Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji
benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-
tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah : 261)
kerajaan (NGO) yang bukan bermatlamatkan keuntungan yang ditubuhkan sebagai sebuah ikatan Amanah pada Zulqaedah 1429H bersamaan Disember 2008.
(a) Menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan pendidikan bagi kepentingan umat Islam, khususnya anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan anak-anak faqir miskin.
(b) Melaksanakan kegiatan da'wah dan pembangunan komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan penyebaran Islam kepada masyarakat terutamanya golongan kurang bernasib baik.
(d) Menjadi wadah bagi menggembleng usaha dan tenaga rakyat Malaysia untuk meningkatkan kapasiti umat Islam dalam membina dayasaing dengan bangsa-bangsa lain di negara ini.
(f) Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat nasional dan internasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.