You are on page 1of 7

Penggunaan Surat Elektronik

Walaupun pengguna surat elektronik mempunyai kebebasan teks dalam surat tersebut, sebenarnya pembekal perkhidmatan Internet mempunyai akses ke atas setiap surat tersebut. Ini mengurangkan 'privacy' berbanding dengan cara konvensional. Justeru itu, segala maklumat sulit seperti kata rahsia atau kod yang penting tidak sesuai dimasukkan ke dalam surat elektronik.

Internet : Tempat Penjanaan Kebencian dan Jenayah? Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan bandar. Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berasaskan kebencian berterbangan dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjanakan kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yan diperolehi. Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam bandar dan mengancam keselamatan serta ketenteraman bandar. Selain itu, Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah. Rangkaian internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat untuk melakukan jenayah.

Pengaruh Signifikan Terhadap Kehidupan Masyarakat


Pengangkutan
Pengangkutan Jalan

Lebuh-Raya Bersistem Automasi(LBA) masa depan yang berupaya mengurangkan 1.2 juta pelanggaran setiap tahun, menyelamatkan beribu-ribu nyawa, serta menjimatkan berjuta-juta ringgit akibat kemalangan. Sistem Pengangkutan Pintar , telah mengawal lalulintas dalam sesetengah teknologi ini telah dipasarkan dewasa ini. Selain itu, Kenderaan Pintar diperlukan untuk membantu pengendali dalam pengendalian kenderaan, persekitaran dan memberi amaran terhadap masalah kesesakan. Salah satu elemen kenderaan pintar adalah Anti Lock Braking System(ABS) yang menghalang tayar kenderaan mengunci dirinya dalam keadaan perhentian panik. Salah satu elemen penting untuk mewujudkan LBA adalah Sistem Kedudukan Global. Dengan wujudnya sistem ini, peta tidak lagi diperlukan, sistem ini akan menentukan jalan yang paling pendek serta cepat dan memandu kenderaan anda ke destinasi yang telah ditentukan anda. Dewasa ini, Sistem Pemanduan Kenderaan telah mula dipasarkan di Amerika Syarikat. Sistem Pengurusan Kesesakan diperlukan untuk mengenalpasti kesesakan.

Pengangkutan Udara

Komputer memainkan peranan yang penting untuk memastikan keselamatan yang lebih, berkait dengan rekabentuk, juruterbang, sistem pemanduan dan lalulintas udara

Pengangkutan Laut

Dengan wujudnya Emergency Position Indicating Radio Beacons(EPIRB), pelayarpelayar dengan mudah boleh menghantar isyarat kecemasan sekiranya timbul sebarang masalah.

Pendidikan
Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Reformasi Sistem Persekolahan Cara pengajaran konvensional di Amerika Syarikat misalnya memberi kuliah didapati tidak mendatangkan keputusan yang baik. Ini adalah kerana pelajar hanya duduk dan mendengar kuliah tersebut tanpa penyertaan yang menggalakkan Namun dengan wujudnya rangkaian maklumat yang membolehkan pelajar memberi pandangan dan maklum balas secara rawak dan dengan cepat maka penyertaan tersebut akan mempunyai kadar yang lebih tinggi.

Perubatan
Membantu Golongan Yang Memerlukan Bantuan Khas teknologi maklumat terutamanya komputer memainkan peranan yang penting dalam memberi kebebasan kepada mereka. Selain itu, komputer juga memberi peluang sosial baru kepada orang cacat melalui penggunaan internet, irc serta icq dan lain-lain program. Mereka tidak perlu pergi ke kawasan bandar untuk bertemu atau berkenalan. Mereka juga tidak perlu melalui pengalaman pahit di dalam bandar yang tidak direka untuk mereka. Tele-Perubatan Pesakit sebenarnya tidak perlu berjumpa dengan doktor. Suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah memadai untuk menggantikan tugas sedemikian Walau bagaimanapun, penggunaan Smart Card akan melengkapkan lagi sistem tersebut memandangkan kesemua maklumat peribadi pesakit termasuk sejarah perubatan telah dikodkan. Namun kita tidak harus melihat bidang perubatan ditukarkan kepada sejenis industri. Perubatan sebagai perindustrian akan mencetuskan kesan mental yang buruk terhadap pesakit. Pesakit sebenarnya telah dibebankan dengan persekitaran hospital yang dipenuhi dengan pesakit-pesakit lain. Justeru itu, penggunaan teknologi yang keterlaluan akan menyebabkan hubungan doktorpesakit hilang, ini akan menjanakan keadaan yang tidak menggalakkan dalam kes kesihatan yang serius.

Seni dan Hiburan


Digital Dewasa ini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di Bandar Dunia Maya Ia adalah satu sistem yang mensimulasikan alam nyata(reality). Alam nyata ditayangkan dalam bentuk imej, dalam dunia yang kelihatan seperti dunia nyata. Pengalaman dalam dunia maya bukan hanya menerusi skrin imej tetapi ia sendiri menjadi pengalaman kepada mereka yang berada di dalamnya.

Rekreasi
Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan maklumat dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. Ini bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek. Kesannya masa rekreasi penduduk akan bertambah dan ini akan mempengaruhi penawaran jenis perkhidmatan pada masa depan.

Perdagangan dan Perindustrian


Perdagangan Elektronik Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan .Gedung membeli-belah berangkai(online shopping) dijangka akan menarik .Di Malaysia, gedung-gedung seperti Parkson, Sapura, 3Comm dan Biz.st telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh. Di samping itu, surat elektronik yang semakin tinggi kadar penggunaannya akan memberi pengaruh terhadap perkhidmatan pos serta sistem pengangkutan yang bersabit dengannya. Ia juga mengurangkan penggunaan kertas dan sampul surat. Ini merupakan satu langkah baik ke arah kemampanan hutan di dunia.

Kesimpulan
Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, asas teoritikal tentangnya harus diperkembangkan. Kita masih agak kabur tentang konsep "maklumat". Kekurangan asas teoritikal yang kukuh akan menyukarkan lagi penjelasan fenomena berhubung dengan teknologi maklumat dan komuniksi. Tiga kuasa telah mempengaruhi pembangunan teknologi maklumat. Pertama sekali, keghairahan pakar yang menciptanya, diikuti harapan untuk faedah masa depan dan akhirnya kebimbangan terhadap peperangan. Tiada satu pun daripada ini nampaknya menyokong kajian ke atas kesan sosial yang dibawa oleh teknologi maklumat. Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa teknologi maklumat boleh digunakan untuk tujuan baik atau jahat. Kuasanya adalah amat kuat dan kuasa ini boleh digunakan dengan cara yang tidak sesuai untuk kepentingan peribadi yang boleh menjejaskan kepentingan pihak lain. Justeru itu, dalam keasyikan Malaysia melancarkan era teknologi maklumat, rakyatnya harus diberi pendedahan tentang kesan baik dan buruk yang akan dibawa oleh teknologi maklumat. Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia memerlukan teknologi ini untuk bersaing dan berganjak kepada corak ekonomi baru namun masyarakat haruslah bersedia terutamanya secara mental untuk menerima kos dan faedah yang akan dijanakan.

You might also like