You are on page 1of 3

Nama : K/P:

Amali 5a Tajuk Pengenalan

Nutrisi Tumbuhan Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi fotosintesis. Fotosinstesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon.proses ini dibantuoleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hydrogen. Klorofil digunakan oleh tumbuhan hijau,alga dan cyanobakteria;klorofil dijumpai dalam membrane tylakoid.elektronelektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan electron,yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis.dalam cyclic fotofosforilasi,electron-elektron balik ke klorofil.dalam non-cyclic fotofosforilasi,electron-elektron digunakan untuk menurunkan NADP dan elektron balik kepada klorofil daripada H2O atau H2S.apabila H2O dioksidakan oleh tumbuhan hijau,O2 dihasilkan.oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan,sementara hydrogen digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula(glukosa),hasil akhir fotosistesis. Kanji adalah polisakarida terbentuk daripada proses kondensasi unit glukosa alfa.hal ini terdiri daripada dua komponen iaitu amilosa dan amilopektin.amilosa merupakan polimer linier unbranced 200 hingga 1500 unit alfa glukosa.kanji ini tidak larut dalam air.ia boleh disimpan dalam jumlah yang besar dengan hanya sedikit kesan pada potensi air sel tanaman dan ia tidak menjejaskan aktiviti metabolism.butiran kanji ini boleh ditemui dalam kloroplas. Fotosintesis sangat penting kepada tumbuhan kerana melalui proses ini tumbuhan hijau dapat membuat makanannya sendiri.

Objektif / Hipotesis

Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan hijau. Daun hijau yang terdedah kepada cahaya matahari akan mempunyai kanji dan daun tersebut akan bertukar warna menjadi biru gelap apabila diuji dengan larutan iodine. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tumbuhan sihat dengan daun yang besar. Air mendidih Jubin putih Tabung didih Penunu Bunsen Larutan methanol Larutan iodine

Bahan dan Alat Radas

Prosedur

1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih. 2. Daun dimasukkan ke dalam air mendidih untuk membunuh dan

Nama : K/P:

3. 4. 5. 6.

7. 8. 9.

melembutkan daun. Daun tadi dikeluarkan dan dimasukkan kedalam tabung didih. Larutan methanol dimasukkan sehingga memenuhi separuh tabung didih. Tabung didih diletakkan di dalam bikar yang mengandungi air panas. Selepas 5 minit daun dikeluarkan dari tabung didih.Daun yang telah dinyahwarna diperhatikan.Methanol melarutkan klorofil tetapi bukan kanji. Daun tadi dicelupkan ke dalam air panas selama beberapa saat untuk melembutkanya. Daun diletakkan di atas jubin dan beberapa titis larutan iodine dititiskan ke atas daun tadi. Hasil pemerhatian direkodkan.

Keputusan

Pemerhatian

Inferens

Warna daun tersebut bertukar warna menjadi biru gelap selepas lrutan iodine dtitiskan ke atasnya

Perubahan warna itu menunjukkan daun itu mengandungi kanji dan proses fotosintesis berlaku

Nama : K/P:

Analisis data

Daun mempunyai kloroplas.kloroplas ini mengandungi klorofil yang terletak di grana.ia berfungsi untuk tenaga memerangkap cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.perubahan warna kepada biru gelap apabila dititiskan larutan iodine menunjukkan proses fotosintesis telah berlaku pada daun yang diuji.

Perbincangan

Daun hijau diletakkan didalam air panas untuk membunuh sel dan membuka sel membrane supaya titisan iodine mudaj memasuki sel.proses memanaskan daun didalam larutan methanol pula bertujuan untuk melarutkan klorofil hijau supaya keputusan akhir dapat dilihat dengan lebih jelas.larutan iodine dititiskan untuk menguji kehadiran kanji.sekiranya terdapat kanji maka ia berubah warna menjadi biru gelap.bahagian daun yang tidak mempunyai kanji pula tidak akan menunjukkan sebarang perubahan. Pada keadaan yang terbaik untuk proses fotosintesis,penghasilan glukosa adalah lebih cepat daripada keperluan tumbuhan pada waktu tersebut.lebihan glukosa disimpan sebagai kanji,ini menandakan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Daun hijau yang terdedah kepada cahaya matahari mempunyai kanji dan apabila ujian dilakukan ia akan menukar warna iodine menjadi biru gelap. http://www.chm.bris.ac.uk/motm/chlorophyll/chlorophyll_h.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Chlorophyll Nalini T Balachandran,Sia Chwee Khim,Kee Bee Suan(2011).Biology Referens Ekspress.Penerbitan Pelangi Sdn,Bhd. Lee S.C,Liew S.L,Choong N.M(2004)Success in Biology for STPM vol.2,Kuala Lumpur,Fajar Bakti Sdn.Bhd. Lam Hon Kee(2000)Biology The Living science,Singapore Pearson. Mader,Sylvia S(2007)Biology (9th eds)New York McGraw Hill.

Kesimpulan

Rujukan

You might also like