You are on page 1of 3

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama

proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut. Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat membuat tanggapan negatif yang sering kita dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik dan vokasional. Di mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah. (Sufean Hussein (1996).

Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada pada mereka digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri dan berbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam petikan rencana Pendidikan Sebagai Satu Industri dalam Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat. Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat. Sufean Hussein (1996).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like