You are on page 1of 7

Aktiviti mendengar Ada 2 peringkat: i. mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi bahasa. Contoh: a.

mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi: ladang - padang pantai - pandai lali - lari galah - kalah b. latih tubi pemintal lidah: Pandang pandan depan padang. Letak tulang atas dulang Berat beras dua belas kilo Dari darah dari nanah yang punah di tanah c. memadankan perkataan dengan gambar: Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di bawah gambar yang sesuai. A = buku B = kuku C = duku

ii. Mendengar untuk memahami dan bertindak balas. Pada peringkat ini, latihan diberi untuk menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dijalankan, antaranya ialah: (a) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas. (b) Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama. (c) Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. 1. Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas: a. Melakukan pergerakan mengikut arahan: Duduk Tututp pintu Berdiri tegak, rapatkan kaki. Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan Pusing kiri Pusing kanan b. Menandakan butiran yang berkaitan. Latihan ini biasanya menggunakan petikan yang ringkas yang diperdengarkan

kepada murid dan mereka diminta menandakan butiran yang berkaitan. Petikan ringkas ini dibaca atau diperdengarkan melalui pita rakaman. Contoh: Seorang perempuan membawa tiga orang anaknya ke sebuah restoran dan memesan makanan daripada pelayan restoran tersebut. Berikan saya secawan teh, dua pinggan nasi lemak dan sepinggan bihun goreng. Murid diberi kertas edaran yang mengandung senarai menu makanan dan minuman. Sambil mendengar petikan dibaca, murid diminta menandakan butiran-butiran berkenaan. Makanan; Minuman Pulut panggang; Kopi Mi rebus; Teh Bihun goreng; Nescafe Kek; Milo Karipap; Air sejuk Nasi lemak; Sirap c. Menandakan betul atau salah. Murid diberi kertas edaran yang mengandung bahan grafik seperti gambar, gambar rajah, graf atau jadual yang diikuti dengan senarai pernyataan. Semasa guru membacakan pernyataan-pernyataan tersebut, murid mendengar sambil menandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan bahan grafik yang diberi. d. Menyusun gambar. Murid diberi gambar yang tidak mengikut susunannya. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita atau puisi yang berkaitan daripada guru, mereka menyusun gambar-gambar itu mengikut urutan yang betul. e. Mendengar dan memilih gambar. Satu set gambar yang seakan-akan serupa diberi kepada murid. Mereka mendengar penerangan daripada guru atau pita rakaman dan memilih gambar yang tepat mengikut penerangan yang didengar. f. Melukis bahan berbentuk gragik. Dalam aktiviti ini murid mendengar penerangan yang diberi oleh guru. Sambil

mendengar, murid merakamkan maklumat-maklumat itu dalam bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, carta, graf atau jadual. Contoh: Guru bercerita: Encik Hamid berkahwin dengan Puan Halimah dan mendapat sepasang cahaya mata. Yang sulung bernama Faisal dan adiknya bernama Aini. Faisal berkahwin denganZaharah dan mendapat tiga orang cahaya mata iaitu Sasha, Izwan dan Azmi. Faisal kemudiannya mendapat pula dua orang anak saudara hasil perkahwinan Aini dengan Haris. Nama-nama mereka ialah Hafiz dan Khairul. Sambil mendengar cerita di atas, murid dikehendaki melukis carta jurai keturunan. g. Menandakan lokasi dan arah perjalanan. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti cerita, penerangan atau arahan yang diberi. Murid menandakan lokasi dan arah perjalanan di atas peta mengiktu pernyataan yang didengar. Contoh: Setiap murid diberi sebuah peta kawasan perumahan. Guru menerangkan arah perjalanan seseorang ke tempat-tempat tertentu seperti sekolah, kedi buku, kedai runcit dan rumah kawan. Sambil mendengar penerangan guru, murid dikehendaki menandakan lokasi arah dan perjalanan di atas peta berkenaan. h. Mengisi jadual. Dalam aktiviti ini murid diberi jadual yang tidak lengkap untuk dimuatkan dengan data. Sambil mendengar bahan rangsangan seperti cerita, dialog atau penerangan, murid mengisi jadual tersebut dengan data yang diperlukan. i. Teka siapa saya. Aktiviti ini merupakan sejenis permainan yang membolehkan murid mendengar dengan teliti dan memberi jawapan dengan tepat. Guru menerangkan tentang sesuatu dan murid cuba meneka apa yang diterangkan oleh guru. Penerangan tentang sesuatu benda yang akan diteka itu diteruskan sehingga murid dapat meneka dengan betul. Biasanya bahan rangsangan yang digunakan berbentuk teka-teki. Contoh: Rupa saya bulat. Saya boleh melompat dan berguling-guling. Manusia sanggup bersusah payah untuk menonton saya. Cuba teka siapakah saya?

2. Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lama. Aktiviti jenis ini memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar. Contoh aktiviti: i. Menjawab soalan kefahaman. Berdasarkan bahan rangsangan yang diperdengarkan, murid diminta menjawab soalan-soalan kefahaman sama ada berbentuk objektif, aneka pilihan dan jenis terbuka. Contoh: murid diperdengarkan dengan ucapan guru besar pada Hari Guru. Kemudian mereka diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan ucapan tersebut.

ii. Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan. Murid mendengar bahan rangsangan seperti ucapan, lakonan, syair dan sajak. Sambil mendengar, mereka dikehendaki mencatat isi, mengulas atau membuat ringkasan daripada bahan yang didengar.

3. Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang. Aktiviti mendengar jenis ini merupakan langkah awal bagi satu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masa yang diperuntukkan adalah singkat. Walau bagaimanapun, langkah ini menjadi asas bagi aktiviti seterusnya. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan dan seterusnya menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis, atau kedua-duanya sekali. Contoh aktiviti: i. Mengkategorikan fakta. Dalam aktiviti ini murid diperdengarkan dengan bahan rangsangan seperti rencana, komentar, dokumentari dan perbahasan. Berdasarkan rangsangan ini,

murid diminta mengkategorikan maklumat, kenyataan, pendapat dan ulasan. ii. Menilai perwatakan. Bahan rangsangan yang diperlukan bagi aktiviti ini seharusnya membolehkan murid menilai perwatakan seseorang. Contohnya, rakaman, perbualan, dialog, lakonan, perbincangan dan forum. Setelah mendengar bahan rangsangan ini, murid diminta menilai sikap dan pendirian penutur. iii. Mendengar untuk mencantum maklumat. Dalam aktiviti ini murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka kemudian bertukar-tukar maklumat dan mencantumkan maklumat ini untuk membolehkan murid melaksanakan tugasan.

1. Kemahiran Mendengar

Sebaik sahaja seorang bayi dilahirkan, dia terus memulakan proses pertama dan utama dalam rangka mempelajari bahasa ibundanya. Cuma, ia berlaku tanpa disedari. Proses ini berlaku secara terus menerus tanpa henti. Dia mendengar daripada semua orang di sekelilingnya. Walaupun ia tidak dirancang, namun ia benar-benar suatu latih-tubi yang amat intensif dan ekstensif. Sedikit demi sedikit dia mengenali suara, cara sebutan huruf, intonasi, sampailah kepada pembentukan ayat-ayat. Pada tahap ini, kanak-kanak kecil hanya belajar kemahiran mendengar secara sehala. Ini adalah tahap pembinaan dan pengukuhan. Tanpa melalui tahap ini, perkembangan bahasa seoranag kanak-kanak akan terganggu. Masalah ini dapat dilihat dengan jelas pada kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran, di mana tahap penguasaan bahasanya begitu lembab berbanding kanak-kanak biasa.

Apakah bentuk bahasa yang didengari oleh kanak-kanak? Adakah dia mendengar kalimat-kalimat secara berasingan? Sebenarnya, dalam proses mendengar, kanakkanak tidak disogokkan dengan kalimat-kalimat secara berasingan seperti yang terdapat dalam kamus. Malah, dia mendengar bahasa digunakan dalam ayat yang lengkap dan dalam suasana yang sebenar. Menurut pakar, semakin banyak latihan mendengar dilakukan, maka semakin mantap penguasaan bahasa seorang kanak-

kanak. Inilah faktor asas kenapa kanak-kanak dapat menguasai bahasa ibundanya dengan sempurna dalam masa yang singkat. Satu daripada kesan latihan mendengar yang mantap ialah seseorang akan dapat menangkap maksud perkataan dan bentuk-bentuk ayat yang didengari secara automatik, iaitu tanpa berfikir, dan mampu memberi reaksi yang sesuai. Suasana pembelajaran kanak-kanak seperti di atas harus diadaptasi dengan sebaikbaiknya untuk membentuk kemantapan kemahiran mendengar yang menjadi asas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran yang berikutnya. Pakar-pakar bahasa mengatakan bahawa belajar melalui pancaindera mendengar adalah lebih berkesan daripada belajar melalui pancaindera penglihatan. Bagaimanakah cara merealisasikan proses pembelajaran mendengar seperti yang diterangkan di atas. Terdapat berbagai teknik untuk menghasilkan proses pembelajaran tersebut.

Mendegar CD atau kaset yang mengandungi rakaman perbualan yang sebenar. Sebaik-baiknya hendaklah dimulai dengan tahap yang asas (elementary), yang mengandungi tajuk dan bahasa yang mudah, iaitu yang berlaku seharian. Mungkin anda boleh mencipta sendiri bahan-bahan atau alat-bantu belajar tersebut atau mendapatkannya daripada internet. Mula-mula, dengar CD dengan penuh perhatian. Jika ianya agak panjang, anda boleh gunakan 'pause' dan ulang-dengar beberapa kali. Catat perkataan yang tidak difahami dan setelah mengetahui maksudnya dengar sekali lagi, malah sehingga beberapa kali sehingga anda memahaminya seratus peratus. Mendengar berulang-kali amat penting dalam proses memantapkan kemahiran mendengar. Tenik ini hendaklah diteruskan dari satu CD ke satu CD atau lain-lain media. Kemahiran mendengar anda bergantung sebanyak mana bahan yang anda dengar dan sebanyak mana masa yang anda habiskan untuk tujuan itu. Dalam membuat catatan anda tidak digalakkan untuk mencatatkan perkataan secara berasingan, sebaliknya hendaklah dicatatkan dalam bentuk bagaimana ia digunakan di dalam ayat. Media pandang-dengar seperti VCD juga baik untuk digunakan dengan mempraktikkan teknik yang disebut di atas. Mendengar sambil melihat mungkin lebih dekat kepada proses pembelajaran yang dilalui oleh kanakkanak. Ia akan memberi kesan yang lebih mendalam. Cara terbaik untuk mendapatkan hasil yang maksima ialah menonton babak demi babak secara berulang-kali. Jangan beralih ke babak kedua selagi babak pertama belum dapat difahami sepenuhnya.

Mendengar radio adalah sesuatu yang amat mudah. Pilihlah program yang sesuai dengarlah dengarlah dengan tekun. Dalam masa yang singkat anda akan dapat rasai hasilnya. Jika anda berada di sebuah negara Arab, ini adalah satu peluang keemasan untuk anda garapkan segala kemahiran termasuklah kemahiran mendengar. Bergaullah dengan pelajar-pelajar Arab dan juga penduduk tempatan (kalau keadaan mengizinkan). Satu fenomena yang menyedihkan berlaku kepada penuntut-penuntut Malaysia di luar negara dimana mereka lebih suka bergaul sesama sendiri. Sikap ini amat merugikan sekali. Janganlah perkara ini terjadi kepada anda. Mungkin peluang seperti ini tidak berulang di masa akan datang. Jika proses ini berjalan dengan lancar, anda akan dapati bahawa semakin lama, semakin mudah bagi anda memahami bahan-bahan yang anda dengar, dan pada masa yang sama ia menunjukkan bahawa anda telah melakukan sesuatu yang betul.

You might also like