You are on page 1of 10

TAJUK : Manusia dibezakan daripada haiwan kerana manusia mempunyai budaya dan tamadunnya yang tersendiri.

Namun demikian terhadap kepelbagaian budaya dan tamadun dalam kalangan kelompok manusia.Dengan menghuraikan contohcontoh yang sesuai,bincangkan apa itu budaya dan fungsinya dalam masyarakat.

PENGENALAN Kebudayaan atau budaya sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu buddayah yang membawa maksud budi pekerti atau akal manusia yang digunakan di dalam kehidupannya. Ianya merangkumi segala yang dilaksanakan atau dilakukan oleh manusia. Jika dilihat pengertian dalam bahasa Inggeris,ianya merujuk kepada perkataan culture yang membawa maksud kebudayaan .Begitu juga dengan bahasa latin yang merujuk kepada perkataan colore bermaksud sesuatu yang dikerjakan atau yang diusahakan.Selain daripada itu,definisi budaya atau kebudayaan itu boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan bidang. Budaya atau kebudayaan dilihat secara normatif membawa kepada 2 bentuk iaitu aturan kehidupan manusia yang membina pola-pola kelakuan dan tindakan manusia itu sendiri manakala seperkara lagi menekan kepada nilai-nilai kemanusiaan yang terbentuk. Di dalam bidang psikologi pula budaya dan kebudayaan itu sendiri lebih kepada kecenderungan manusia berkomunikasi antara satu sama lain di dalam belajar memenuhi kitaran kehidupan dan emosional dirinya sendiri. Dari segi genetis pula,definisi budaya atau kebudayaan itu dilihat dari segi asal usul bagaimana budaya itu berkembang tetapi tetap bertahan biar pun telah berzaman lamanya. Ini membuktikan kepada kecenderungan budaya yang lahir dari komunikasi manusia yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang berikutnya.

Selain itu,dari segi historis pula,budaya ditakrifkan sebagai warisan yang diamalkan dari satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya. Kebudayaan juga boleh didefinisikan sebagai salah satu cara hidup suatu masyarakat atau pun kaum tertentu.Ianya bermaksud cara mencari rezeki,kepercayaan mereka,bahasa mereka,adat resam,kesenian, dan semua aspek yang melibatkan kehidupan mereka.Sebenarnya kebudayaan itu terdiri daripada dua perkataan iaitu budi dan daya. Budi maksdunya akal atau kebijaksanaan dan daya bermaksud kekuatan,tenaga,upaya atau pengaruh.Dengan lain perkataan,cara hidup ataupun kebudayaan sesuatu kaum mencerminkan kebijaksanaan anggotanya bekerjasama antara satu sama lain dengan suasana aman damai. Oleh kerana masyarakat Malaysia berbilang kaum,maka kebudayaan juga terdapat berbagai bentuk.Tanpa disedari satu kebudayaan baru terbentuk di kalangan masyarakat kita. Kebudayaan itu lah dikatakan kebudayaan Malaysia bukan mengikut kaum tertentu di Malaysia. Bagi keseluruhan definisi yang dinyatakan mengikut pelbagai sudut,ianya bolehlah disimpulkan bahawa kebudayaan atau budaya itu terbentuk dari kehidupan manusia yang membentuk pemikiran yang merangkumi rohani dan jasmani di dalam sesuatu kelompok masyarakat itu. Di samping itu,ianya juga mencakupi perilaku individu di dalam masyarakat melalui pengalaman hidup yang dibina dari norma-norma,simbol-simbol ,dan kepercayaan serta keyakinan mereka di dalam sekumpulan masyarakat itu sendiri. Ini bermakna budaya atau kebudayaan itu adalah berkaita rapat dengan sesuatu masyarakat membentuk tamadun manusia.

Pengertian Tamadun Tamadun terawal muncul lebih kurang empat ribu tahun dahulu.Munculnya tamadun awal ini adalah berdasarkan kerjasama penduduk dalam sesuatu masyarakat. Justeru,tamadun adalah satu istilah yang diberikan kepada suatu kawasan di mana ramai orang yang hidup bersama secara aman damai di bawah satu sistem pemerintahan yang teratur dan tersusun. Masyarakat bertamadun merupakan golongan yang terdiri daripada pelbagai kelompok manusia seperti petani,pegawai ,pedagang,peniaga buruh,pengurus dan sebagainya. Pengetahuan, kemahiran dan pencapaian orang yang bertamadun adalah lebih jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan orang hanya bergantung kepada pertanian atau perikanan semata-mata. Tamadun pula terbentuk sejak dulu lagi di negara ini. Ini dapat kita lihat dengan jelas apabila kita melihat sejarah pembukaan negeri Melaka yang diasaskan pembukaaannya oleh Parameswara yang berasal dari Palembang. Dari perkampungan nelayan yang kecil dan mundur,akhirnya bertukar menjadi sebuah negeri yang dihormati dan dikenali di seluruh dunia . Pencapaian ini bukanlah mudah tetapi apabila budaya masyarakat dan pemerintahan negeri Melaka yang melakukan perubahan ,maka terciptalah kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka.Ketamadunan waktu itu, membolehkan Melaka berkembang menjadi sebuah negeri yang berdaulat melalui penaklukan dan perkahwinan diraja. Melalui cara ini ketamadunan negeri Melaka terus terusan berkembang . Begitulah seterusnya sehinggalah kejatuhan negeri Melaka dan lahirlah dasar penjajahan Portugis,Inggeris, Jepun dan Belanda ke atas negara kita.Malahan,apabila urusan kemerdekaan negara ini juga berkait dengan budaya dan tamadun masyarakat pada masa itu. Ini dapat menjelaskan bahawa tamadun dan budaya manusia amatlah berkait rapat antara satu sama lain.

FUNGSI BUDAYA Berdasarkan definisi budaya itu tadi,maka bolehlah dirungkaikan bahawa budaya itu merupakan sesuatu perkongsian nilai-nilai kemanusiaan di dalam sesuatu masyarakat. Malahan,budaya berperanan atau berfungsi untuk menjanakan dan memertabatkan kehidupan sesuatu masyarakat. Fungsi budaya di negara ini ,bolehlah dilihat sebagai kesinambungan dari generasi yang terdahulu untuk diteruskan oleh generasi yang berikutnya.Ini merangkumi sikap kemanusiaan masyarakat di negara ini yang dapat melakukan perkongsian kehidupan. Justeru ,fungsi budaya di negara dapat dijelaskan melalui dua cara iaitu : a. Budaya perkongsian Budaya yang dikongsi atau yang diperturunkan dari generasi yang terdahulu,untuk diteruskan tanpa rasa ragu atau untuk dipersoalkan.Ianya adalah untuk memastikan budaya ini akan berterusan dan tidak akan hilang ditelan zaman yang beredar. b. Budaya dipelajari bersama Budaya ini boleh dilihat dari sudut budaya yang diamalkan oleh masyarakat pada masa kini melalui pembelajaran atau kitaran kehidupan yang dilalui pada pada masa kita. Ianya digunakan sebagai satu amalan mulia dan boleh digunakan oleh semua generasi dan tanpa ada rasa keraguan serta kebimbangan.

a.Budaya Perkongsian Budaya perkongsian ini biasanya adalah sesuatu amalan yang membawa kepada kebaikan kepada semua pegangan agama di negara ini. Ianya adalah amalan biasa diamalkan untuk kesejahteraan kehidupan di dalam masyarakat. Salah satu cara budaya ini adalah budaya memenuhi keperluan biologi manusia iaitu budaya perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Budaya ini diterima oleh semua kaum di Malaysia dan menidakkan perkahwinan yang berbeza iaitu perkahwinan sejenis atau bersedudukan yang melanggar budaya dan tamadun masyarakat Timur seperti negara kita. Ianya diamalkan di dalam masyarakat kita baik agama Islam,Hindu,Buddha dan Kristian. Budaya perkahwinan ini diteruskan dari generasi ke satu generasi bagi meneruskan perkembangan bangsa dan keturunan masyarakat itu sendiri dan secara tak langsung memperkembangkan budaya masyarakat tersebut. Di dalam membincangkan soal budaya perkahwinan itu sendiri boleh dijelaskan melalui 3 kaum-kaum yang ada di Malaysia iaitu Melayu ,Cina dan India. Ketiga-tiga kaumini biasanya akan mengadakan kenduri kendara untuk sesuatu majlis perkahwinan,sedangkan di dalam soal hukum perkahwinan tiada dinyatakan untuk melaksanakannya. Ianya telah menjadi satu ikutan atau budaya yang diamalkan dari dulu lagi. Sebenarnya budaya mengadakan kenduri kahwin adalah bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan yang berjauhan dan memberitahu rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain tentang perkahwinan tersebut. Di sinilah secara tidak langsung budaya bergotong-royong dilaksanakan bersama-sama terutama di kawasan perkampungan.

Selain daripada itu ,budaya perkongsian ini juga boleh dilihat ketika berlakunya kematian atau seseorang itu meninggal dunia. Apabila ini berlaku,tidak kira apa sekali bangsa dan agamanya,masyarakat kita akan menziarahi keluarga simati. Budaya menziarahi adalah sesuatu yang telah diamalkan tanpa perlu dipelajari.Tujuannya adalah agar kita belajar merendah diri dan menghormati orang lain.Walaupun begitu,terdapat juga pantang larang tertentu ketika menziarahi keluarga simati.,contohnya bagi kaum Cina,sekira berlaku kematian,mereka dilarang memakai pakaian yang cerah warnanya.Mereka akan memakai pakaian yang berwarna hitam.putih atau kelabu yang melambangkan kesedihan mereka.Begitu juga dengan orang India yang berpakaian putih apabila berlaku kematian. Bagi kaum Melayu,mereka tiada halangan tentang pakaian tetapi biarlah pakaian yang menutup aurat bagi lelaki mahupun perempuan. Di samping itu,budaya hidup bermasyarakat yang diterapkan oleh generasi yang terdahulu merupakan sesuatu yang perlu diamalkan dan diteruskan tanpa rasa keraguan. Ini bermakna kita akan lebih mengenali jiran-jiran atau kelompok komoniti masyarakat di persekitaran kita.Hidup bermasyarakat ini bermaksud merangkumi segala nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian kita melalui tindakan gotong-royong,bermesyuarat,bersukan,rukun tetangga dan sebagainya. Tindakan ini akan merapatkan jurang budaya kaum masing-masing apabila dapat melaksanakan sesuatu tugasan itu secara bersama. Budaya sebegini telah diterima pakai oleh semua ahli masyarakat di Malaysia kerana ianya mendatangkan banyak kebaikan kepada semua ahli masyarakat setempat dan negara khasnya. Malahan budaya masyarakat negara ini yang akan menyediakan hidangan ketika tetamu datang ke rumah telah menjadi satu kebiasaan sama ada ketika musim perayaan atau pun pada

hari-hari biasa .Budaya ini adalah sebagai menghargai sikap tetamu yang sudi datang mengunjungi rumah mereka.Budaya kunjung mengunjungi ini adalah sebahagian daripada sikap hidup bermasyarakat anatara kaum di Malaysia.

b.Budaya Dipelajari Budaya yang dipelajari merujuk kepada sikap ahli masyarakat yang berusaha menangani cabaran kehidupan di zaman ini secara bersendirian atau pun secara berkumpulan.Budaya ini biasa merangkumi semua ahli masyarakat Malaysia. Ianya melibatkan kehidupan kita seharian . Malahan,ianya juga merupakan satu kelangsungan hidup dan dominan untuk meneruskan kehidupan. Salah satu budaya yang dipelajari ialah budaya ketekunan bekerja sama ada melibatkan pekerja syarikat dan juga pentadbir.Budaya ini boleh kita lihat melalui konsep yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri keempat iaitu Tun Mahatdir Mohamad iaitu Dasar Pandang ke Timur (Jepun dan Korea).Konsep ini diamalkan oleh masyarakat i melalui pembelajaran sama ada melalui kursus yang dihantar oleh syarikat atau pembelajaran kendiri sama ada melalui televisyen atau bahan bacaan. Budaya ini dapat meningkatkan produktiviti dan kemahiran bekerja. Selain itu,budaya ict juga amat penting di dalam kemasyarakatan agar tidak ketinggalan ke belakang.Budaya ict merangkumi internet,penggunaan komputer dan program-program yang digunakan pada masa kini.Budaya ini dapat memertabatkan bangsa Malaysia di mata dunia. Penggunaan telefon bimbit juga telah menjadi satu keperluan dan bukan satu barang mewah untuk digunakan. Inovasi penggunaan telefon bimbit di kalangan ahli masyarakat semakin meluas dan menjadi kemestian setiap orang untuk memilikinya.Budaya penggunaan

telefon pada masa kini mudah dipelajari untuk memudahkan urusan seharian. Budaya pembelajaran dan fungsi telefon yang pelbagai dapat membantu kesinambungan hidup bermasyarakat. Selain daripada itu, budaya menjaga alam sekitar di persekitaran kita juga penting bagi menjamin kesejahteraan kehidupan kita. Sekiranya budaya ini tidak diamalkan,dalam jangka masa 20 tahun,kita menghadapi masalah persekitaran yang benar-benar bersih. Ini akan menyebabkan udara kita akan bermasalah dan mengganggu kelangsungan hidup manusia. Justeru,masyarakat perlu didedahkan dengan budaya menjaga persekitaran kita dengan baik. Budaya penghijrahan generasi muda dari kampung ke bandar juga merupakan sebahagian dari traformasi yang perlu diawasi sebaik mungkin.Golongan yang sebegini sememangnya perlu belajar menghargai penghijrahan generasi muda ke bandar dengan ilmu yang cukup.Budaya ini mudah mempengaruhi dan memesongkan pegangan sesorang sekiranya tiada kekuatan diri dan ilmu agama serta ketabahan hidup di kota. Suasana ini telah melanda kepada semua generasi muda.Penghijrahan ke arah jalan yang baik amatlah dihargai tetapi budaya ini perlu berhati-hati agar penghijrahan itu tidak menjadi sia-sia . Di samping itu,budaya menghormati golongan tua amat perlu diamalkan dan perlu belajar pada masa sekarang. Pada masa sekarang,ramai golongan muda yang berkelulusan akademik berbanding golongan tua. Golongan tua adalah golongan yang kaya dengan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui kehidupan berbanding dengan golongan muda. Justeru,golongan muda perlu menitik beratkan penghormatan kepada golongan tua biarpun mereka berkelulusan tinggi kerana pengalaman itu biasanya mengatasi segalanya.Pembelajaran sebegini akan mengajar kelangsungan hidup di masa akan datang.

Budaya Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang unik sekali kerana di dalamnya terdapat pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Walaupun terdapat pelbagai bangsa,agama dan budaya,namun penduduk Malaysia dapat hidup dengan penuh harmoni sekali tanpa ada perbalahan yang meruntun segala kedamaian sejagat di Malaysia. Di dalam pembinaan negara yang utuh seperti negara Malaysia, pemimpin negara amat peka akan keadaan ini. Sejak dulu lagi,pemimpin terdahulu telah cuba menanamkan semangat budaya cintakan negara melalui lagu-lagu patriotik seperti lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing.Malah apabila tiba bulan kemerdekaan,radio dan televisyen akan menyiarkan lagu-lagu yang akan menimbulkan kesedaran mencintai negara ini. Bagi memastikan pelbagai bangsa dan agama dapat bersatu,maka kerajaan sentiasa berusaha memastikan slogan Bahasa Jiwa Bangsa akan sentiasa digarap agar ianya tercapai matlamatnya. Mengikut perlembagaan persekutuan,bahasa rasmi adalah bahasa Melayu ,maka seluruh penduduk negara ini perlu membudayakan fahaman terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita.Penduduk yang berbilang bangsa,agama dan bahasa ini perlu disatukan melalui satu bahasa . Kita perlu rasa bertuah kerana kestabilan ekonomi dan politik negara kita adalah hasil daripada budaya masyarakat Malaysia yang sentiasa mengamalkan tolerasi di dalam kehidupan seharian kita. Budaya memartabatkan bahasa Melayu juga menjadi penghubung kepada bangsa-bangsa lain untuk belajar menghargainya. Selain itu,masyarakat Malaysia perlu menghargai dan membudayakan Rukunegara yang diwujudkan pada tahun 1970. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu kesan yang mendalam di

jiwa masyarakat Malaysia apabila rusuhan kaum berlaku di Kuala Lumpur. Peristiwa tersebut berlaku akibat tiada pemahaman terhadap budaya masyarakat Melayu ketika itu. Justeru,iktibar peristiwa itulah,maka masyarakat Malaysia perlu belajar budaya masyarakat kaum-kaum yang ada di Malaysia. Di samping itu,budaya masyarakat Malaysia yang sentiasa berusaha meningkat taraf hidup akan meningkatkan ekonomi negara kita. Apabila ekonomi negara meningkat,secara tidak langsung pembangunan yang dirancang akan juga bergerak sejajar dengan pembangunan ekonomi penduduknya. Budaya membina kehidupan keluarga yang lebih baik dan stabil akan memastikan usaha yang berterusan agar ianya tercapai.

PENUTUP Kesimpulannya budaya atau kebudayaan pasti akan membentuk ketamadunan manusia yang maju ke hadapan sekiranya intipati budaya itu digarap dan dihargai sepenuhnya. Sesungguhnya kebudayaan akan membentuk bangsa Malaysia yang berjaya seperti slogan 1 Malaysia yang sentiasa menjadi wadah perjuangan masyarakat Malaysia pada masa kini.

You might also like