You are on page 1of 26

BAHAGIAN B KERJAYA GURU SEBAGAI IBADAH

1. KONSEP GURU

Menurut Choong Lean Keow (2009), berdasarkan Kamus Online MerriamWebster, guru didefinisikan sebagai seorang yang mengajar. Antara sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru adalah seperti pendidik, infrastruktur, ahli pedagogi, jurulatih dan tutor.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, guru adalah orang yang mengajar iaitu pengajar atau pengasuh.

Menurut Choong Lean Keow, berikut adalah definisi yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996. 1. Mengajar murid di suatu institusi pendidikan. 2. Menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar dan pengetua.

2. KONSEP KERJAYA GURU

Terdapat pelbagai sebab bagi seseorang individu menceburi bidang keguruan seperti pekerjaan guru adalah mulia, peluang untuk membentuk generasi muda dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta kepuasan dan perasaan gembira melihat murid-murid cemerlang dari segi kurikulum atau kokurikulum.

Secara mudah, profesion keguruan adalah satu kerjaya yang memberi peluang istimewa untuk meninggalkan kesan dan pengaruh yang positif ke dalam diri murid-murid yang diajar.

Seperti yang kita sedia maklum, kebelakangan ini, profesion keguruan di negara kita telah menjadi semakin mencabar. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bukan sahaja terhad kepada penyampaian fakta sahaja tetapi turut merangkumi sifat dedikasi dan komitmen guru dari segi masa dan usaha. Misalnya, para guru di abad ke -21 dikehendaki: 1. Melakukan kolaborasi dengan rakan sekerja, pihak pengurusan dan ibu bapa dalam usaha menambah baik mod penyampaian pengajaran serta

menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid. 2. Melibatkan diri dalam program perkembangan profesional. 3. Membantu murid-murid mengembangkan kemahiran generik termasuk kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir. 4. Membimbing semua murid tanpa mengambil kira jantina, etnik atau kelas sosial untuk mencapai perkembangan yang menyeluruh dalam pelbagai aspek termasuk fizikal, emosi, rohani dan intelek.

Menurut Choong Lean Keow (2009), secara keseluruhan, ini bermaksud guru bukan sahaja perlu melengkapi diri dengan kemahiran pedagogi (hard skills) malahan kemahiran-kemahiran interpersonal (soft skills) bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju tahun 2020 (PIPP, 2006:52).

3. KONSEP IBADAH

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ibadah atau ibadat bermaksud bakti (khidmat) kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan. Misalnya adalah sembahyang, berdoa, bersedekah dan berbuat baik sesama manusia.

Menurut Choon Lean Keow (2009), maksud ibadah boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu bahasa dan syarak. 1. Dari segi bahasa, ibadah bermaksud taat dan tunduk atau dalam bahasa Arab, al-taah wal-khudu.

2. Dari segi syarak pula bererti ketaatan dan kepatuhan yang harus disertai dengan perasaan kasih dan cinta kepada Allah s.w.t. kerana hanya Dialah sahaja yang berhak menerima kasih dan cinta yang sebenarnya.

Melalui pengertian tersebut, maka boleh dikatakan bahawa ibadah meliputi dua unsur iaitu: 1. Tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah s.w.t. 2. Cinta sepenuhnya kepada Allah s.w.t. sesuai dengan tujuan dijadikan manusia itu sendiri.

PERSPEKTIF AGAMA

ISLAM

KRISTIAN

PERSPEKTIF AGAMA

HINDU

BUDDHA

1. AGAMA ISLAM

Sistem pendidikan tradisional yang berasaskan Islam dikendalikan di sekolah pondok dan madrasah. Guru yang mengajar di sekolah pondok dan madrasah memang arif dalam pengajian kitab-kitab suci dan digelar sebagai tok guru. Ketika itu, golongan ini amat disanjung tinggi oleh masyarakat kampung berkenaan. Tiada sesiapapun melainkan tok guru dan bidak pondok yang layak untuk berbicara mengenai kitab-kitab tersebut. Di samping itu, tok guru dianggap sebagai rol model dan teladan untuk dijadikan contoh kepada orang lain. Mereka sering dirujuk bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, misalnya

menerangkan syarat yang diperlukan bagi seseorang lelaki berpoligami atau menjadi guru mengaji kepada budak-budak di kampung.

Semasa

sesi

pengajaran,

budak

pondok

akan

memberi

perhatian

sepenuhnya apabila tok guru mereka membaca sambil menerangkan maksud di sebalik ayat-ayat yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran. Interaksi antara tok guru dengan murid, murid dengan murid, sesi soal jawab atau perbincangan jarang diadakan. Ini adalah kerana ajaran tok guru dipercayai sebagai benar dan tepat sekali serta tiada isu atau persoalan yang patut dibangkitkan. Oleh hal yang demikian, pengajian kitab akan dilakukan secara berulang-ulang agar dapat mengukuhkan kefahaman murid-murid. Teknik hafalan juga dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid-murid mengingati ayat-ayat yang terkandung dalam setiap kitab.

2. AGAMA KRISTIAN

Menurut

agama

Kristian,

Yesus

Kristus

adalah

mahaguru

yang

menyampaikan segala ajaran Kristian lebih daripada dua ribu tahun yang lalu. Tugas tersebut kemudiannya diambil alih oleh rasul-rasul (apostles) dan wali-wali (saints). Antara tanggapan penganut-penganut Kristian terhadap peranan serta ciri-ciri personaliti mereka adalah seperti berikut: 1. Membimbing dan membantu murid-murid mereka untuk melengkapi diri dengan ilmu yang sedang mereka carikan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab suci. Akan tetapi, bukan menjadi tanggungjawab guru untuk membekalkan semua ilmu yang hendak dipelajari malahan murid-murid perlu berusaha untuk membuat rujukan yang sesuai berdasarkan sumber bahan yang disyorkan. 2. Melindungi murid-murid mereka daripada kumpulan-kumpulan tertentu yang cuba membawa pengaruh negatif atau ajaran sesat, bagai gembala yang bertanggungjawab ke atas keselamatan kambing biri-biri mereka. 3. Menunjukkan arah yang tepat agar murid-murid mereka dapat berjumpa dengan jalan yang benar dan betul berpandukan ajaran kitab-kitab suci. Namun, ada kalanya murid-murid diberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri berkaitan dengan arah mana yang hendak mereka tujui.

Sebarang kesilapan yang mungkin berlaku akan menjadi peringatan agar tidak berulang lagi kelak. 4. Memberi dorongan yang wajar agar dapat meningkatkan pencapaian anakanak murid dari segi pencarian ilmu kerohanian. Dorongan yang diberi berbentuk kata-kata pujian, kata hikmah dan sebagainya.

3. AGAMA BUDDHA

Pada zaman purba kala. sebelum agama Buddhadiajar di rumah rahib, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru. Kriteria kemasukan adalah berasaskan kepada sistem kasta dan dikhaskan untuk djivas (iaitu Brahmanas dan Kshatriyas) sahaja. Seorang guru berupaya untuk mengajar semua mata pelajaran kepada sekumpulan kecil murid di bawah jagaan beliau.

Namun, dengan wujudnya agama Buddha, rumah rahib atau Sangha telah menggantikan rumah guru sebagai tempat untuk belajar ajaran Buddha. Kemasukan ke pusat-pusat pembelajaran tersebut bukan sahaja terhad kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Rumah-rumah rahib ini terletak di bawah kawalan dan pengurusan sekumpulan guru. Kaedah penyampaian yang digunakan adalah secara lisan sahaja, iaitu daripada seorang kepada orang lain dan tidak berpandukan buku. Murid-murid akan menghafal segala yang terkandung di dalam Dhamma

(kebenaran) dan Vinaya (disiplin atau peraturan). Berbeza dengan sistem pendidikan Islam, murid-murid yang mempelajari ilmu Buddha dibenarkan membuat penaakulan, kemudian berbahas dan bertengkar secara konstruktif seterusnya mengemukakan idea masing-masing mengenai isu-isu yang timbul. Antara teknik penyampaian yang digunakan oleh guru-guru Buddha adalah seperti jadual, ikustrasi dan eksperimen. Selain daripada pengajaran mata pelajaran kerohanian, mata pelajaran lain seperti rukun-rukun agama lain, falsafah dan sebagainya turut diajar. Lama kelamaan, rumah-rumah rahib seperti Takshila dan Nalanda telah

berkembang dengan pesat sehingga mencapai status universiti.

Rahib dan rahib perempuan Buddha amat dihormati oleh penganut-penganut Buddha. Memandangkan mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam

mengenai doktrin dan disiplin Buddha, mereka akan dianggap sebagai contoh kepada komuniti Buddha serta sumber di mana komuniti memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.

4. AGAMA HINDU

Menurut perspektif agama Hindu, seseorang guru dianggap sebagai wakili Tuhan di dunia ini. Berdasarkan hierarki sosial, guru diberi penghormatan yang amat tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa. Oleh demikian, muridmurid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu keagamaan yang sempurna.

Seorang guru agama Hindu adalah orang yang paling berilmu dan pakar dari segi kitab-kitab suci serta berupaya menunjukkan jalan yang benar dan betul berdasarkan pengalaman, amalan dan celik akal yang tinggi. Selain itu, golongan guru dijadikan sebagai teladan di mana gaya hidupnya harus dicontohi oleh penganut agama Hindu.

Di negara India pada zaman purba kala, ibu bapa dan guru adalah pasangan dalam pendidikan di mana ibu bapa bertanggungjawab ke atas kebajikan fizikal anak-anak mereka manakala kebajikan kerohanian mereka menjadi tanggungjawab guru. Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab moral dan profesional untuk membentuk murid-murid menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab melalui disiplin yang ketat. Seorang guru diibaratkan seperti seorang pengawal yang sentiasa mengawal pertuturan, tindakan dan tingkah laku anak-anak muridnya agar mereka tidak leka, cuai atau lalai.

Bagi mempelajari kitab-kitab suci agama Hindu, mereka menggunakan teknik hafalan di mana mereka banyak menghabiskan banyak masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dianggap sudah menamatkan pengajian mereka lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

Dalam agama Hindu, terdapat dua jenis guru iaitu acharyas dan upadhayas. Jenis guru acharyas dikatakan lebih hebat kerana mengajar ilmu berbentuk teori dan amalan berbanding dengan upadhayas yang hanya menyampaikan teori sahaja. Tambahan pula, acharyas duduk bersama-sama murid di dalam guru kala (rumah khas yang biasanya terletak di dalam hutan) dan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk perkhidmatan yang diberi.

PERJUANGAN INSAN PENDIDIK

PERJUANGAN INSAN PENDIDIK

BARAT

TIMUR

NEGARA

A. TOKOH-TOKOH PENDIDIK BARAT

1. JOHN DEWEY (1859-1952)

1.1. Latar Belakang

Beliau dilahirkan di Burlington, Vermont pada 20 Oktober 1859. Beliau telah memupuk minat dalam bidang falsafah sejak beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda justeru menjadikan bidang ini sebagai pengkhususan pada peringkat sarjana di Universiti John Hopkins. Setelah bertugas di Universiti Minnesota selama 10 tahun, pada tahun 1894 pula, Dewey bertukar ke Universiti Chicago di mana beliau
John Dewey

mengetuai Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi.

Dua tahun kemudian, beliau menubuhkan Sekolah Makmal Universiti, atau lebih dikenali sebagai Sekolah Dewey. Akibat kontroversi yang timbul di sekolah tersebut,

Dewey telah meletakkan jawatan lalu berpindah ke Kolej Guru Kolombia, sebuah institusi pendidikan yang terkenal kerana sering dikunjungi oleh ahli-ahli pendidik selurih dunia. Kolej tersebut seterusnya menjadi tempat sebaran ilmu mengenai teori-teori Dewey. Lama kelamaan, beliau semakin terkenal terutamanya di peringkat antarabangsa.

Beliau pernah dijemput ke negara Jepun, China, Turki, Mexico, Afrika Selatan dan Rusia di mana beliau menjalankan banyak kajian atau menghasilkan laporanlaporan pendidikan. Dewey telah bersara wajib pada tahun 1930 tetapi kekal dengan jawatan Professor Emeritus sehingga tahun 1939. Beliau meninggal dunia pada 1 Jn 1952 di New York.

1.2. Sumbangan

Dewey telah menggariskan pandangan beliau mengenai pendidikan dalam bukunya Democracy and Education. Berikut adalah petikan yang diambil daripada buku tersebut.

Democracy and Education oleh John Dewey

Secara keseluruhan, pendidikan boleh dianggap sebagai satu proses yang mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar dapat memudahkan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran fizikal dan moral mereka.

Di dunia kini yang sentiasa berubah, pendidikan bukan lagi dianggap sebagai sesuatu yang tetap dan muktamad; keadaan dan keperluan berbeza antara sebuah negara dengan negara lain dan antara satu lokasi dengan lokasi yang lain. Oleh itu, satu-satu sistem pendidikan mungkin sesuai dan berkesan di satu-satu tempat atau untuk satu-satu sasaran tertentu pada satu masa sahaja. Namun, besar kemungkinan ia tidak bersifat sedemikian di tempat, pada masa atau untuk sasaran yang lain.

Setiap individu mempunyai potensi yang unik tanpa mengambil kira ciri-ciri fizikal atau psikologi masing-masing. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk membantu setiap individu mencapai potensi mereka demi kepentingan masyarakat.

Para pendidik bertanggungjawab untuk membantu individu memahami serta menghargai norma dan amalan satu-satu budaya. Ini membawa implikasi bahawa pemupukan kemahiran kreatif dan kritis agak penting untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam masyarakat kini agar dapat menuju ke arah pembentukan semula masyarakat yang lebih baik.

Kaedah mengajar tidak boleh diasingkan daripada kandungan mata pelajaran. Kedua-dua komponen ini adalah saling bergantungan. Seorang pendidik yang berkesan seharusnya berupaya untuk mengaitkan kandungan dengan keperluan, kehendak, minat dan tahap perkembangan murid bersesuaian dengan konteks fizikal, sosial dan politik di mana mereka berada.

Pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah; ia seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat seseorang demi perkembangan yang berterusan.

2. MARIA MONTESSORI (1870-1952)

2.1. Latar Belakang

Maria Montessori dilahirkan dengan nama Maria Tecla Artemesia Montessori pada 31 Ogos 1870 di Chiaravalle, Itali. Setelah tamat pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 1896, beliau digelar sebagai doktor perempuan yang pertama di Itali. Sambil menjalankan tugas klinikal harian dengan pesakit kanak-kanak, beliau mula tertarik dengan cara mereka belajar. Justeru, pada tahun 1901, Montessori pun melanjutkan pelajaran dalam
Maria Montessori

bidang psikologi dan falsafah. Tiga tahun kemudian, beliau

dilantik sebagai profesor antropologi di Universiti Rom. Pada tahun 1906, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan sepenuh perhatian ke atas 60 orang kanakkanak di daerah San Lorenzo, Rome. Montessori meninggal dunia akibat pendarahan serebrum (cerebral haemorrhage) di Noordwijk, Holland pada 6 Mei 1952 ketika berusia 81 tahun.

2.2. Sumbangan

Seperti yang kita tahu, Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Atas sumbangan beliau, Montessori dixalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak tiga kali, iaitu pada tahu 1949, 1950 dan 1951. Kini, walaupun beliau telah meninggal dunia, perjuangan beliau masih diteruskan melalui Association Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam, Netherlands.

Antara sumbangan beliau dalam bidang pendidikan kanak-kanak adalah seperti berikut: 1. Kaedah Montessori yang mula diperkenalkan di Casa dei Bambini, atau Rumah Kanak-kanak. Kaedah ini berpegang kepada dua prinsip, iaitu: Kanak-kanak lebih mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa.

Kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Kedua-dua prinsip telah mengilhamkan usaha Montessori dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi, pengajaran dan latihan perguruan.

2. Pameran bilik darjah (digelar glass house) di Pameran Antarabangsa Panama-Pasifik di San Francisco pada tahun 1915. 3. Pusat Latihan Montessori di Laren, Netherlands (1938). 4. Siri kursus latihan perguruan di India (1939). 5. Pusat Montessori di London (1947).

3. JEAN PIAGET (1896-1980)

Jean Piaget adalah seorang ahli falsafah, ahli sains asli dan ahli psikologi perkembangan yang terkenal kerana telah banyak mengkaji mengenai kanak-kanak, khususnya dari segi perkembangan kognitif mereka. Malahan pengaruh teori perkembangan beliau agak ketara dalam bidang psikologi perkembangan, pendidikan, falsafah, artificial intelligence dan pendidikan moral. Di samping itu, beliau juga
Jean Piaget

telah

mengemukakan

pandangan

mengenai

epistemologi genetik (kajian mengenai perkembangan ilmu).

3.1. Latar Belakang Nama sebenar beliau adalah Jean Will Fritz Piaget 2 nd dan dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Lake Neuchatel, Switzerland. Beliau adalah seorang kanak-kanak cerdas dan mempunyai sifat ingin tahun yang tinggi berhubung dengan alam semula jadi. Ketika beliau hanya berusia 10 tahun, beliau telah mahir membuat pemerhatian yang begitu rapi mengenai alam sekeliling, sehinggakan soalan-soalan yang sering dikemukakan hanya boleh dijawab dengan membuat rujukan di pusat sumber. Pengkhususan beliau di peringkat kedoktoran adalah dalam bidang zoologi. Piaget meninggal dunia pada 16 September 1980 ketika berusia 84 tahun.

3.2. Sumbangan

Pada tahun 70-an dan 80-an, pemikiran Piaget menjadi sumber inspirasi bagi reformasi pendidikan negara Eropah dan Amerika yang lebih cenderung kepada pendekatan berpusatkan kanak-kanak.

Merujuk Perbualan Bersama Jean Piaget (satu dokumentasi pemikiran Piaget mengenai pendidikan), beliau mengatakan bahawa Bagi masyarakat umum, pendidikan bermaksud membimbing kanak-kanak supaya menjadi orang dewasa mengikut acuan masyarakat masing-masing.. namun, bagi saya, pendidikan bermakna menghasilkan pencipta dan pereka bentuk - bukan mereka yang hanya akur dan menjadi pengikut sahaja.

Piaget turut percaya bahawa kanak-kanak bukan hanya bekas kosong untuk diisikan dengan ilmu seperti mana yang diutarakan oleh ahli teori mazhab pedagogi tradisional. Sebaliknya, kanak-kanak adalah pembina ilmu yang aktif serta ahli sains muda yang sering mencipta dan menguji teori-teori yang terdapat di dalam dunia mereka.

4. CARL ROGERS (1902-1987)

Carl Rogers merupakan seorang individu yang terkenal dengan teori pemusatan ilmu. Ia adalah teori mengenai satu pendekatan yang diutarakan oleh beliau bertujuan untuk memahami personaliti dan hubungan manusia. Pendekatan ini biasa digunakan di dalam bidang-bidang tertentu seperti psikoterapi dan kaunseling (terapi pemusatan klien) dan pendidikan (pembelajaran berpusatkan murid).

4.1. Latar Belakang

Carl Ransom Rogers dilahirkan pad 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois, Chicago. Memandangkan beliau sudah mahir membaca pada usia prasekolah lagi, beliau pun memulakan pendidikan formal du Gred Dua. Asuhan dan didikan di rumah yang amat menekankan kepada unsur

Carl Rogers

agama telah menjadikan Rogers seorang yang berdikari dan berdisiplin. Beliau mula menceburi diri dalam bidang pertanian di Universiti Wisconsin-Madison, diikuti dengan sejarah dan seterusnya, agama. Dua tahun kemudian, Rogers melanjutkan pelajaran ke Kolej Guru, Universiti Columbia. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1928 dan Doktor Falsafah pada tahun 1931. Sambil menyempurnakan tesis kedoktoran, beliau telah melibatkan diri dengan kajian-kajian berkaitan dengan kanak-kanak di Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap Kanak-Kanak, Rochester, New York. Pada tahun 1930, Rogers telah dilantik sebagai Pengarah persatuan tersebut. Beliau meninggal dunia pada 4 Februari 1987 di San Diego, California ketika berusia 85 tahun.

4.2. Sumbangan

Semasa bertugas di Persatuan Mencegah Keganasan Terhadap kanakkanak, Rogers telah menghasilkan buku pertama beliau berjudul, The Clinical Treatment of the Problem Child (1939). Hasil daripada penerbitan buku tersebut, Rogers telah diberi gelaran Profesor di Ohio State University pada tahun 1940.

The Clinical Treatment of the Problem Child (1939)

Kemudian, buku kedua beliau yang berjudul Counselling and Psychotherapy; Newer Concepts in Practice telah diterbitkan. Buku ini menekankan kepentingan bagi klien mewujudkan hubungan dengan seorang ahli terapi yang prihatin dan bersifat terbuka. Menurut Rogers, hubungan sedemikian dapat membantu klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi serta memperoleh celik akal agar berupaya menstrukturkan semula hidupnya.

Counselling and Psychotherapy; Newer Concepts in Practice

Pada tahun 1945, Rogers telah mendirikan sebuah pusat kaunseling di Universiti Chicago. Berdasarkan pengalaman beliau di pusat tersebut, hasil karya utama beliau berjudul Client-Centered Therapy berjaya diterbitkan pada tahun 1951.

Client-Centered Therapy (1951)

Sepanjang hayat beliau, Rogers banyak menjelajah ke luar negara untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu mengenai pendekatan pemusatan individu. Antara tahun 1915 sehingga 1980, beliau telah mengendalikan beberapa bengkel bersiri bersama anak perempuan beliau, Natalie Rogers. Antaranya adalah seperti pertumbuhan kendiri, perubahan sosial dan komunikasi silang budaya.

Atas sumbangan beliau dalam bidang psikoterapi, kaunseling dan psikologi, Rogers dianugerahkan Award for Distinguished Profesional Contributions to Psychology oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA). Di samping itu, beliau juga

terpilih untuk menerima anugerah Ahli Humanis Tahun 1964 oleh Persatuan Humanis Amerika. Menjelang penghujung hayat beliau, Rogers telah dicalonkan untuk anugerah Nobel Prize atas segala usaha beliau terhadap konflik antara kumpulan nasional di Afrika Selatan dan Ireland Utara. Nama Rogers menduduki tempat keenam dalam senarai nama ahli psikologi abad ke-20 yang terkenal.

5. ALBERT BANDURA (1925-Hingga Kini)

Albert Bandura terkenal sebagai ahli psikologi yang banyak mengkaji mengenai bidang kognitif sosial, khususnya efikasi kendiri (self-efficacy).

5.1. Latar Belakang

Albert Bandura dilahirkan pada 4 Disember 1925 di Mudare, Alberta, Kanada. Beliau telah menerima anugerah Bolocan dalam bidang psikologi daripada Universiti Columbia. Beliau telah memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1951 dan Doktor Falsafah pada tahun berikutnya daripada Universiti Iowa. Pada tahun 1953, beliau mula bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Stanford sehingga kini. Pada tahun 1974,
Albert Bandura

Bandura telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Psikologi

Amerika.

5.2. Sumbangan

Pada peringkat awal, Bandura telah mengkaji mengenai peranan modelling sosial berhubung dengan motivasi, pemikiran dan tindakan. Kajian beliau yang terkenal adalah eksperimen dengan patung Bobo. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku. 1. Adolescent Aggression (1959) 2. Social Learning and Personality Development (1963) 3. Aggression: A Social Learning Analysis (1973)

Social Learning and Personality Development (1963) Bobo

Aggression: A Social Learning Analysis (1973)

Sebagai tanda penghormatan, pada tahun 1974, Bandura telah digelar sebagai David Starr Jordan Professor of Social Science in Psychology oleh Universiti Stanford. Pada tahun 1977, beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Social Learning Theory. Buku tersebut mempunyai pengaruh yang begitu kuat sehingga berjaya mengubah hala tuju psikologi masa kini yang agak berbeza berbanding tahun 80-an.

Social Learning Theory (1977)

Seterusnya, pada tahun 1986, beliau telah menerbitkan sebuah buku berjudul Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. Buku tersebut menerangkan tentang teori kognitif sosial berhubung dengan cara manusia berfungsi. Dalam hal ini, penekanan diberi kepada proses kognitif, kawalan kendiri dan refleksi kendiri yang penting bagi penyesuaian diri dan tindak balas individu terhadap perubahan.

Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory (1986)

Buku keenam Bandura yang telah diterbitkan pada tahun 1997 berjudul Self Efficacy: The Exercise of Control. Di dalam buku ini, beliau telah mengutarakan teori efikasi kendiri serta aplikasinya dalam bidang pendidikan, kesihatan, psikopatologi, olahraga, perniagaan dan hal-ehwal antarabangsa.

Self Efficacy: The Exercise of Control (1997)

B. TOKOH-TOKOH PENDIDIK TIMUR

1. HAMKA (1908-1981)

1.1. Latar Belakang

Nama HAMKA merupakan singkatan daripada nama penuh beliau iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau bukan sahaja diiktiraf sebagai seorang tokoh ulamak dan sasterawan negara asalnya, iaitu Indonesia malahan jasa beliau dikenang di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. HAMKA dilahirkan pada 17 Februari 1908 di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat. beliau biasa dikenali dengan gelaran Buya, nama panggilan orang Minangkabau yang bermaksud seorang yang dihormati.

Pendidikan awal HAMKA adalah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Kelas Dua. Ketika berusia 10 tahun, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang agama dan bahasa Arab di Sumatera Thawalib, Padang Panjang. Beliau mula menceburi diri dalam bidang keguruan sebagai guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan pada tahun 1927. Seterusnya, beliau menjawat jawatan sebagai Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 sehingga tahun 1958. Di samping itu, HAMKA pernah menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta.

Selain itu, HAMKA pernah dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa menolak jawatan tersebut apabila Presiden Sukarno mengarahkan beliau untuk memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia.

HAMKA meninggal dua pada 24 Julai 1981 di Jakarta, Indonesia.

1.2. Sumbangan

HAMKA berminat mengkaji karya ulamak dan tokoh-tokoh utama Timur Tengah termasuk Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad dan sebagainya yag ditulis dalam bahasa Arab. Di samping itu, beliau juga gemar membaca karya sarjana tokoh-tokoh Inggeris, Perancis dan Jerman seperti William james, Sigmund

Freud, Jean Paul Satre, Karl Marx dan Pieere Loti. Sifat beliau yang tekun membaca dan gemar bertukar-tukar idea dan pendapat dengan tokoh-tokoh terkenal Indonesia seperti Raden Mas, Surjopratono, Haji Fachrudin menjadikan beliau seorang ahli pidato yang disegani ramai.

Selain itu, HAMKA juga merupakan seorang wartawan, penulis, penyunting dan penerbit. Sejak tahun 1920-an, beliau telah menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Beliau turut menjadi penyunting majalah-majalah seperti Kemajuan Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Antara karya yang telah dihasilkan oleh HAMKA adalah seperti: 1. Karya ilmiah Islam seperti Tafsir al-Azhar sebanyak lima jilid. 2. Karya kreatif seperti novel dan cerpen. Antara novel yang ditulis oleh beliau adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli yang juga dijadikan sebagai buku teks sastera di Malaysia dan Singapura.

Sebagai tanda penghargaan ke atas semua sumbangan dan usaha beliau dalam bidang sastera, HAMKA telah dianugerahkan anugerah kehormatan daripada dua buah universiti iaitu Doktor Honoris Causa, Universiti al-Azhar (1958) dan Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan (1974). Selain itu, beliau juga menerima gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno daripada Kerajaan Indonesia.

2. LAO TZE (570 SM-490 SM)

2.1. Latar Belakang

Lao Tze adalah merupakan seorang ahli falsafah negara China serta pengasas kepada ajaran Taoism. Nama Lao Tze membawa maksud Mahaguru atau Old master.

Lao Tze dikatakan lahir pada than 570 SM di Luoyang, ibu negeri lama Negara China. Kebanyakan masyarakat tidak mempercayai kewujudan beliau tetapi tokoh-tokoh sejarah berpendapat sebaliknya kerana masih terdapat simpanan sejarah beliau walaupun ringkas.

Berdasarkan sejarah, Lao Tze telah dilantik sebagai penyimpan Arkib Imperial oleh Raja Zhou di Luoyang. Dengan kesempatan ang diberi, beliau amat tekun membaca buku-buku klasik yang tersimpan di dalam arkib tersebut. Kesannya, beliau menjadi seseorang yang berilmu pengetahuan luas. Tidak lama kemudian, keadaan di Luoyang menjadi huru-hara dan Lao Tze mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut dengan menaiki lembu lalu menghala ke barat.

Tiba sahaja Lao Tze di Han Gu Pass, beliau telah ditahan oleh pengawal yang mengawal keselamatan di tempat tersebut. Apabila mengetahui bahawa Lao Tze tidak merancang untuk kembali semula ke China, maka pengawal tersebut meminta beliau berkongsi bersama kebijaksanaan yang dimiliki.

Dengan serta-merta, Lao Tze mula menulis sebuah esei sepanjang lebih daripada 5000 patah perkataan. Oleh itu, wujudlah hasil penulisan beliau yang terkenal iaitu Tao Te Ching. Sebaik sahaja beliau selesai menulis, beliau meneruskan perjalanan dan tidak pernah lagi ditemui oleh sesiapa semenjak daripada hari itu di negara China. Walau bagaimanapun, Lao Tze dikatakan telah meninggal dunia pada 490 SM.

2.2. Sumbangan

Berdasarkan pembacaan beliau, Lao Tze membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri daripada langit, bumi, manusia dan prinsip-prinsip yang dikenali sebagai dao. Menurut beliau lagi, segala yang wujud di dunia ini dikawal oleh peraturaperaturan semula jadi. Oleh hal yang demikian, wujud konsep-konsep seperti kaya dan miskin, hidup dan mati, cantik dan hodoh dan sebagainya. Walaupun semua ini bersifat songsang, tetapi sebenarnya adalah saling bergantung. Jika tiada orang yang kaya maka tidak akan wujud orang yang miskin ataupun jika tidak ada bayi yang dilahirkan, sudah tentu tidak ada orang yang mati.

Tao Te Ching adalah ajaran Lao Tze yang merangkumi bidang yang amat luas, iaitu daripada aspek kerohanian individu serta dinamik interpersonal sehingga teknik-teknik politik. Di samping itu, ia menegaskan perubahan ke atas cara manusia melakukan sesuatu dan bukannya apa yang dilakukan.

C. TOKOH-TOKOH PENDIDIK NEGARA

1. BURHANUDDIN HELMI (1911-1969)

1.1. Latar Belakang

Burhanuddin bin Muhammad Nor atau lebih dikenali sebagai Burhanuddin Helmi dilahirkan pada tahun 1911 sebelum Perang Dunia Pertama di Changkat Tualang, Perak. Bapa beliau dikenang sebagai seorang yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah sehingga digelar Abi Halim. Mengambil iktibar daripada bapanya, beliau turut menggunakan gelaran Al-Hulaimi yang kemudiannya ditukar kepada Al-Helmi yang membawa maksud orang yang tidak pemarah.

Sepanjang hayat Burhanuddin Helmi. sifat lemah lembut, jujur, bertolak ansur, sabar, santun dan tenang telah menjadi prinsip dan amalan hidup beliau baik dalam bidang politik mahupun dalam hal-hal peribadi. Beliau sering mengingatkan pengikut-pengikut beliau supaya berlemah-lembut menurut tabiatnya yang dapat disesuaikan dengan muslihat yang akan datang, dalam dasarnya bersesuaian dengan hak perikemanusiaan (Burhanuddin, 1953:86 & 87 - makamnya du perkarangan masjid di Taiping).

Burhanuddin Helmi bukan sahaja dikenang atas perjuangan politik beliau, malahan juga sebagai seorang yang sering membaca, menulis dan beribadat. Dalam hal ini, beliau suka menganalisis kehidupan manusia serta kedudukan bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Sejak kecil lagi, Burhanuddin Helmi tidak bersekolah Melayu sahaja malahan telah mengikuti kelas al-Quran dan agama. Pada tahun 1924, beliau berkesempatan untuk menjurus dalam pendidikan Islam di Sekolah Agama Sungai jambu, Sumatera

Barat. Semasa di sana, beliau diperkenalkan kepada semangat kebangsaan dan cita-cita politik Islam. Pada tahun 1926, beliau meneruskan pendidikan di Pondok Pulau Pinang, Jitra, Kedah dan kemudian berpindah ke Madrasah Al-Masyhur AlIslamiyyah di Pulau Pinang sehingga tamat tingkatan menengah atas (Thanawi) pada tahun 1934. Di akhir pengajian tersebut, beliau telah ditawarkan biasiswa untuk melawat dan melanjutkan pelajaran di India. Semasa di sana pula, beliau telah memilih bidang homeopati sebagai pengkhususan pengajian beliau. Dengan kejayaan memperoleh gelaran Doktor, Burhanuddin merupakan anak Melayu pertama berijazah homeopati.

Dengan kesempatan yang ada semasa di India, beliau telah mengenali pejuang-pejuang kebangsaan India seperti Gandhi, Nehru dan Mohd Ali Jinnah. Di samping itu, beliau turut berpeluang melawat universiti di Santinikatan yang diasaskan oleh Rabindranath Tagore. Di institusi pengajian tersebut, Burhanuddin Helmi telah didedahkan kepada pengajian falsafah, kebudayaan dan kesenian India.

1.2. Sumbangan

Semenjak beliau berada di sekolah rendah lagi, Burhanuddin Helmi sudah mula mengarang, menulis dan mengedarkan akhbar Berita Minggu. Maka, beliau telah berjaya menghasilkan banyak karya dalam pelbagai bentuk seperti rencana untuk banyak akhbar, majalah dan buku. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Mutu Kerajinan dan Asuhan Kesihatan (tahun 30-an). Mengajar aspek-aspek kerajinan dan kesihatan. 2. Mencari Allah (tahun 30-an). Bercorak agama dan falsafah. 3. Perjuangan Kita (1946). 4. Agama dan Politik (1954). Merupakan ucapan dalam ceramah semasa kursus politik anjuran Pemuda UMNO Pontian. 5. Ideologi Politik Islam (1957). Mengandungi ceramah tersusun anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya, Singapura. 6. Falsafah Kebangsaan Melayu (1954). Mengandungi bahan-bahan ucapan yang tersiar dalam Mingguan Melayu antara tahun 1953 sehingga 1954. 7. Simposium Tasawuf dan Tariqat (1960). Menghuraikan 26 tajuk yang berkaitan dengan amalan tasawuf dan tariqat.

8. Arah Perjalanan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963).

Di samping itu, Burhanuddin Helmi juga telah memulakan projek menterjemah al-Quran ke dalam bahasa Melayu pada hari jadi beliau yang ke-36. Berdasarkan catatan buku harian beliau, terjemahan tersebut beliau cadangkan sebagai penghargaan kepada kedua-dua ibu bapa beliau. Akan tetapi, projek ini diberhentikan semasa pendudukan Jepun dan hanya dapat diteruskan semasa beliau dalam tahanan (antara 1965 - 1966) sehingga kematian beliau pada tahun 1969. Selain itu, beliau juga telah mengusahakan sebuah kamus Jawi MelayuInggeris-Arab. Walau bagaimanapun, di saat-saat kematian, beliau baru mencapai huruf Jawi yang kelima sahaja, iaitu huruf jim.

2. AMINUDDIN BAKI (1926-1965)

2.1. Latar Belakang

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung di Chemor, Perak. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Chemor. Setelah lulus peperiksaan Darjah Lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pendidikan sehingga tamat persekolahan menengah di Sekolah Anderson Ipoh, sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu.

Pada tahun 1946, beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf (PERMI) di negeri Perak. Walaupun berminat dalam persatuan pelajar, penglibatan beliau agak singkat sahaja kerana telah ditawarkan tempat di Kolej Raffles pada tahun 1947. Satu tahun kemudian, beliau dan pemimpin-pemimpin pelajar lain telah menubuhkan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Pada tahun 1949, Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana telah ditawarkan tempat untuk belajar di Universiti Malaya, Singapura Semasa di universiti, beliau amat berminat dalam bidang perguruan. Bagi meluaskan pengalaman dalam bidang tersebut, beliau menjadi seorang guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu pada 1949 sehingga 1951. Penglibatan

beliau dalam GPMS menjadi aktif semula pada tahun 1950 apabila beliau dilantik sebagai Yang DiPertua pertubuhan tersebut.

Pada tahun 1951, setelah memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian, Aminuddin Baki pun kembali ke negeri Perak untuk bertugas di Sekolah Inggeris Sultan Yusuff, Batu gajah. Pada tahun berikutnya, beliau pun bertukar ke Sekolah Anderson, Ipoh sehingga Julai 1952 apabila beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London. Setelah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan pada tahun 1953, beliau balik semula ke Tanah Melayu dan bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Pada usia 36 tahun, Aminuddin dilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Selangor, kemudian ditawarkan jawatan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Selain itu, beliau juga menganggotai Senat Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan sebagainya.

Aminuddin Baki meninggal dunia pada 25 Disember 1965 akibat serangan jantung.

2.2. Sumbangan

Antara sumbangan Aminuddin Baki adalah seperti yang berikut: 1. Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran). 2. Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955. 3. Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. 4. Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). 5. Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

3. AWANG HAD SALLEH (1934-Hingga Kini)

3.1. Latar Belakang

Awang Had Salleh dilahirkan pada 24 Jun 1934 di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Balik Pulau, kemudian di Sekolah Melayu Kuala Ketil, Semiling dan Gurun di Kedah di mana beliau lulus Darjah III. Walaupun pendidikan beliau tergendala akibat Perang Dunia Kedua, beliau masih meneruskan pendidikan beliau setelah perang tamat. Awang meneruskan persekolahan di Sekolah Melayu Seberang perak, Kedah sehingga Darjah VI. Beliau tamat persekolahan rendah di Sekolah Melayu Sungai Korok Lama dengan memperoleh keputusan peperiksaan Darjah VI yang terbaik di seluruh negeri Kedah pada tahun 1949.

Awang Had Salleh menyambung pendidikannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dari tahun 1951 sehingga 1954 dan berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Dua tahun kemudian, beliau mendaftar untuk mengambil Lower Certificate of Examination (LCE) dengan Pejabat Pelajaran Negeri Kedah. Setahun kemudian, beliau memperoleh Malaysian Certificate of Education (MCE), seterusnya menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bahru. Pada tahun 1961 sehingga 1964, Awang Had Salleh melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang sastera kemudian meneruskan ijazah lanjutan dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1972, beliau berjaya memperoleh Doktor Falsafah daripada Universiti Stanford California di Amerika Syarikat.

Awang Had Salleh mula menceburi bidang keguruan sebagai seorang guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah pada tahun 1950. Setelah tamat latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, beliau kembali mengajar di negeri Kedah. Seterusnya, pada tahun 1957, beliau menjadi guru Bahasa Kebangsaan di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Dua tahun kemudian sehingga 1959, Awang had Salleh bertugas sebagai penolong pensyarah di Maktab Latihan Harian sebelum berpindah ke Maktab Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebagai pensyarah dari tahun 1964 sehingga 1969. Setahun kemudian, beliau menjawat jawatan sebagai penolong pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan seterusnya sebagai pensyarah pada tahun 1969. Mulai bulan April 1974, Awang Had

Salleh menjadi Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya sehingga 1 September 1978 di mana beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Teknologi MARA. Pada bulan Julai 1980, beliau menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

3.2. Sumbangan

Awang had Salleh banyak menghasilkan karya dan memenangi beberapa anugerah. Karya beliau yang pertama ialah sebuah sajak yang berjaya tersiar di Majalah Guru pada tahun 1954. Skop penulisan beliau agak luas dan merangkumi cerpen, drama, esei dan novel.

Berikut adalah antara hasil karya beliau: 1. Perbendaharaan kata Itali-Melayu. Merupakan karya terjemahan oleh Antonio Piagafetta. 2. Mengikuti Novel (sebuah esei). 3. Selindung Bulan Kedah Tua (sebuah cerpen). 4. Merah Kuning Biru (kumpulan cerpen). 5. Biru Warna. Sebuah novel yang membicarakan mengenai hubungan antara kaum.

Selain itu, Awang Had Salleh juga menumpukan perhatian kepada penulisan bukan sastera seperti drama. Pada tahun 1974, beliau telah mengemukakan dua buah drama berjudul Buat Menyapu si Air Mata dan Pelarian Seorang Tua kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like