You are on page 1of 5

Jalan cinta ...

By :

‘aku’ yang mencari CINTA...

S
aat tunggu waktu solat asar aku duduk sendirian diruang tamu rumah
datukanda.Diluar sana air masih menitik dari hujung atap bumbung
rumah.Hujan lebat dari tengahari jumaat ini membuat tanah kering kembali
basah.Ah!kedengaran ada yang mengeluh.Kenapa?Hari hujan... habislah pakaian
tak kering. Macam-mana nak keluar, dan macam-macam lagilah! Haii... marah pada
siapalah agaknya? Bukankah hujan itu Rahmat ALLAH?

Dalam sendirian aku tersenyum seketika bila mengingatkan telatah seorang


sahabat yang tak sabar-sabar menunggu hari bahagianya.Hujung bulan ni
nikahnya.Lepasni title pun dah bertukar, tanggungjawab semakin berat.Kesabaran
mesti dua kali lipat.Usaha perlu diperganda.Iman juga mesti lebih kukuh.

Aku ketawa bila sahabat itu bertanya tentang aku.KAHWIN?? aku terdiam.Tak
pernah terfikir dan terlintas di kepalaku.Terima kasih sebab kau mengingatkan aku
tentang persoalan itu.

Kau : Bila lagi?


Aku : Belum fikirlah
Kau : Eh!boleh pula jawab macam tu? Kau ni ada perasaan ke tidak?
Aku : (ketawa) aku nak selesaikan degree aku dululah.
Kau :kau tahu, aku sayang dan cinta sangat dengan dia.Dia baik, selalu manjakan
aku n bla..bla..bla...
Aku : (diam dan hanya senyum sambil mendengar luahan rasa si sahabat)
Dalam hati aku bermonolog.. Sabahat, kata-kata manis itu bukan tiket sebuah
kebahagian. Apa cukup dengan baik, manja dan bunga untuk buat kau bahagia
seumur hidup? Sekarang mungkin itulah pengertian cinta pada kau tapi selepas
berumahtangga bagaimana?

Aku :habis kau taknak study lagi?


Kau :malaslah...lagipun kerja aku sekarang dah OK.
Aku :kau tak sayang ke sijil STPM yang kau ada?Taknak kerja yang lebih elok?
Kau :Aku taknak keluar dari sini.Alaa..Nanti dah kahwin pandai-pandai la nak
hidup.

Aku sekali lagi terdiam.Tak semudah itu sahabat.Zaman sekarang zaman wang
ringgit! Money is everything! Dah tak ada lagi yang free.Dulu pergi toilet free,
minum air suam dekat kedai free tapi sekarang? Gerak sikit duit! Bukan aku mata
duitan atau materialistik tapi apa salahnya kau fikir semua tu.Sekarang mungkin
sayang.,cinta dan bla..bla..bla...Tak ada tak apa.Sanggup susah sama-sama.Makan
nasi dengan garam pun jadilah.

Tapi sampai bila kau sanggup tahan.Suatu hari nanti akan ada zuriat.Anak tu akan
membesar. Makanan, pelajaran, kesihatan, tempat yang selesa, semua itu nak
dapat guna apa? DUIT! Kad-kad cinta, puisi-puisi romantik tu dah tak boleh
pakai.Kalau satu hari satu kad boleh masak tak ape...

Aku bukan memperlekehkan cinta kau.TIDAK! aku Cuma sahabat yang pernah
memerhati, mendengar dan melihat kesengsaraan hidup akibat cinta! Aku Cuma
nak kau majukan diri.Kita masih muda.Nikah memang sunnah RASULULLAH tapi
menjaga kebajikan diri juga perkara yang dituntut dalam Islam.

Kau : sekarang kau dengan siapa?Takkan tak ada yang special?


Aku :(gelak lagi!)
Kau :takkan tak ada?Alaa..boringlah hidup kau kalau macam tu.
Aku :Kadang-kadang memanglah boring.
Kau :So, carilah yang seseorang yang boleh membahagiakan kau.
Aku :Biarlah.. aku belum sedia lagi.
Kau :alaa..poyolah kau!

Aku pandang muka dia. Lebar sungguh senyumannya.Ceh!Menyampah pula


rasanya. Sahabat, kau nak panggil aku poyo ke nyada-ngada ke macam bagus ke...
suka hati kaulah! Aku tetap dengan pendirian aku. Belum masanya nak cari kekasih.
Assignment aku belambak! Lagi elok aku fikir pasal benda-benda tu dari fikir pasal
kekasih.

Tapi sebagai seorang insan aku tidak menolak fitrah kehidupan.Cinta itu memang
perlu.Dan jauh disuatu sudut dalam hati kecil ini mengakui hakikah cinta itu
memang indah.Bohonglah kalau aku kata tak cemburu bila tengok kawan-kawan
satu rumah asyik bergayut,sms.Aku sendiri suatu saat dulu pernah merasai
keindahan dunia cinta.
Memang bahagia!Nak lagi masa tu baru meningkat remaja.Sikit-sikit gurau,sikit-sikit
gelak.Kalau merajuk main pujuk-pujuk pula.Bila birthday main wish-wish.Macam
bahagia sangat.Terasa diri dihargai dan disayangi. Orang lain belakang kita asal
awak faham saya dan saya sayang awak.

Tapi bila aku meningkat usia.Aku mula berfikir.Apa benarkah ini cinta? Kalau ya,
seriuskah aku?suatu hari aku terbaca satu artikel katanya ‘Couple Haram’ . Eh!
Betul ke? Tapi fikiran masih menafikan kebenaran. Ah! kami bukan buat benda
haram.Dating pun tidak inikan pula nak buat maksiat! Kami tak jiwang-jiwang.Kalau
call pun just tanya khabar,borak-borak.Apa haramkah semua itu?

Selang beberapa hari aku terbaca sesuatu yang singgah dan memberi kesan dalam
hatiku. ALLAH berfirman dalam surah Al-Isra’ surah ke 17 ayat ke 32 yang
bermaksud : “Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah
perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk,”

Tapi aku tidak buat maksiat macam-mana kata aku menghampiri zina? Ah!Tak boleh
jadi. Aku mesti jumpa Abang Solleh seniorku dan pelajar tahun akhir jurusan Wahyu
dan Al-Quran. Dari jauh aku melihat dia sedang membaca terjemahan Quran di
surau hostel.

Aku garu kepala.Malu nak cakap! Tapi kalau tak tanya kepala ni terasa terbeban
pula. “Sebenarnya bang, couple ni boleh ke tidak?”

Pertanyaan aku disambut senyuman meleret dari Abang Solleh.Ah sudah! Mesti dia
fikir yang bukan-bukan pasal aku.

“Kamu bercinta?”
“Hmm..lebih kurang macam tulah.”

“Akhi, memang fitrah manusia untuk berkasih-kasihan.Lumrah lelaki pasti tertarik


dengan wanita dan begitu juga sebaliknya.Sedangkan Adam juga sunyi tanpa
Hawa.Rasulullah sendiri menangis sedih tatkala Khadijah dipanggil ALLAH
pulang.Tapi, pergaulan kita ada batasannya.”

“Tapi bang,saya dengan dia tak pernah buat benda tak senonoh macam-mana nak
dikatakan menghampiri zina.Niat kami baik.Kami Cuma nak berkawan.Kalau sms
pun bukannya sms jiwang-jiwang.Selalu juga kami bagi tazkirah, ingatkan masing-
masing tentang solat dan kadangkala berbincang pasal pelajaran saja. Kan ke baik
tu bang?”

“Memang niat kamu baik.Tapi kamu kena tahu niat tidak menghalalkan cara.Yang
batil tetap batil dan yang haq tetap haq.”

“Akhi, Syaitan buat manusia lupa tentang mana baik mana buruk.Pada mulanya
memang niat anta baik tapi anta kena ingat syaitan licik!Dia sedaya upaya mahu
menjerumuskan anak Adam ke lembah kemaksiatan.”
Aku terdiam.Otak laju berfikir dan terus berfikir.Kebenaran yang sudah semakin
jelas dikepala. Aku tanya lagi. “Tapi bang... Kalau selalu dating tu lain ceritalah.Tapi
kami ni tak pernah jumpa macam-mana nak dikatakan zina?”

“Akhi, zina itu banyak.Zina tangan, zina kaki,zina mata,zina pendengaran dan zina
lidah.Tapi, anta kena ingat ada zina yang anta tak boleh elak bila bercouple iaitu
zina hati.”

Aku terdiam.Lidah kelu.Badan panas sejuk bila tiba-tiba terlintas difikiran tentang
hadith Rasulullah dalam Riyadhus Solihin dimana larangan melihat wanita.Kalau
kaki berzina kerana pergi ketempat maksiat,tangan berzina kerana
berpegangan,lidah berzina dengan kata-kata, mata berzina kerana melihat dan hati
pula berzina bila kita merindui,mengingati dan membayangi dia.Hakikat bahawa diri
tetap tidak dapat lari dari maksiat hati.Aku malu lalu menangis sebak.

Selepas Isyak tatkala sedang duduk bertadabbur Al-Quran seorang diri aku kembali
mengingati kisah petang tadi.Ah! Aku harus mencari penamatnya.Harus!Aku sudah
tidak mahu berjanji.Aku tidak mahu dia terlalu mengharap.Dan yang utama, kisah
cinta ini harus ku selesaikan.

Menggeletar tangan menaip sms...

“Assalamualaikum..Sya mhon maaf andai kata2 saya ini bakal menyakiti hati
awak.Tapi saya harus menyelesaikannya.Setakat sni shja phubungan kita.Slma ini
apa yg kita buat salah dsisi Islam.Sy doakan awak sntiasa istiqamah dgn solat dan
Quran.Maafkan saya.Klau ada jodoh kita jumpa lg. Assalamualaikum..”

Aku memejam mata sambil tangan menekan button [send] . Ya ALLAH... jagailah
hatinya dengan kata-kataku.Jangan biarkan dia terluka.Bukakanlah hatinya agar
faham tentang kenyataan ini.

Tet..tett..! [massage receive]

Dadaku berdebar-debar.Berkali-kali ku telan airliur. Bolehkan dia menerima?Adakah


dia marah atau...
Aku menarik nafas sambil membaca dengan penuh perasaan.

“Abang..tanggungjawab sebagai umat harus kita laksana.Wpun pedih namun


kenyataan itulah yg harus kita hadapi.Terima kasih diatas perhatian abang selama
ini.”

Telefon bimbit terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai. Dadaku pedih. Malam itu aku
tidur dengan linangan airmata.Aku tak pernah terfikir untuk putuskan hubungan
ini.Aku pernah terfikir mahu jadikan kau yang halal buatku tapi ajaran agama harus
kita laksanakan Insyaallah..kalau jodoh milik kita pasti bertemu lagi.

Kau :Fiy! Menung pulak dia.Aku bercerita macam nak rak kau layan perasaan
pula!
Aku : (ketawa sambil mengusap muka.Laa.. aku tak dengar langsung apa yang dia
cakap)
Kau :kau ni fikir apa?
Aku :Tak adalah..kisah lama.
Kau :Kisah cinta yang tak kesampaian?
Aku :Bukan cinta tak kesampaianlah! Belum masanya...
Kau :Huh!tak habis-habis jawapan yang sama.Jadi bila masa yang sesuainya?

Aku angkat bahu sambil tersenyum.Bila tiba satu saat hatiku benar-benar terbuka
untuk menerima cinta itulah waktu yang paling sesuai untuk aku meminta bonda
merisiknya.Saat itu aku mahu menghalalkan hubungan syarak tanpa ada
kemurkaan Illahi.

Kau :jangan memilih sangat Fiy.Bujang sampai ketua kau nanti.


Aku :(ketawa) cerewet sikit apa salahnya.Kita mesti nak yang terbaik dalam
hidupkan?

Manusia tidak ada yang sempurna.Dan kerana kekurangan itulah aku mencari
pendamping yang sentiasa setia membantuku.Dalam satu puisi yang pernah
kubaca berbunyi ;

“Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’ Seandainya dirimu


tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah..”

RABBI, aku bukakan pintu hatiku untuk menerima cinta namun aku serahkan
kembali kepadaMU untuk memilih mana yang terbaik untukku....

You might also like