You are on page 1of 4

ZZZT1043 HUBUNGAN ETNIK

SEMESTER 2 2011/2012

TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK KAJIAN: PREJUDIS DAN STEREOTAIP DI KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK DI UKM

DISEDIAKAN OLEH:

HUSNA LIYANA BT MOHD TAIB (A118656) FARAH ELYANI MOHAMED (A133407) MUHAMMAD AFIQ B ABD AZIS (A124486) KU BASYIRAH BINTI KU YAACOB (A119048)

DISEDIAKAN UNTUK: PROF. MADYA DR. ROOSFA HASHIM TAJUK KAJIAN: PREJUDIS DAN STEREOTAIP DI KALANGAN PELAJAR

PELBAGAI ETNIK DI UKM


1.0 Pengenalan

Malaysia adalah sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dengan cirri-ciri budaya, nilai, dan kepercayaan yang berlainan bertepatan dengan takrifan tentang masyarakat majmuk. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara kehidupan tersendiri. Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, prejudis ini menjadi stereotaip. Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik. Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat peretnikan yang menebal. Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mmpunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain. Sebagai contoh, orang barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia. Begitu juga, etnik melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik cina dan india dan sebaliknya. Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif. 2.0 Permasalahan Kajian

Sebenarnya dalam kehidupan harian kita kerap berlaku prejudis dan streotaip tanpa kita sedar. Oleh itu, penyelidik ingin tahu kerapatan hubungan antara etnik di antara pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mempunyai pelajar yang berlainan etnik seperti melayu, cina dan india. Senarion pelajar yang berlainan etnik menjalankan aktiviti di university bersama-sama dengan etnik yang lain adalah jarang, mereka lebih cenderung untuk melakukan aktiviti antara etnik yang sama sahaja. Ini selaras dengan pendapat Sanusi Osman (1989) bahawa, walaupun palajar institut pengajian tinggi mempunyai peluang berinteraksi yang bebas, namun mereka jarang melakukan aktiviti harian bersama-sama dengan mereka yang berlainan etnik. Malah mereka juga lebih gemar memilih rakan dari etnik yang sama. Oleh itu, kajian ini akan meninjau kerapatan hubungan antara pelajar di UKM dengan mengkaji persepsi terhadap hubungan antara etnik, aktiviti dan amalan dalam bilik kuliah kea rah intergrasi. Sikap prejudis dan stereotaip dikalangan pelajar berbilang etnik di institusi pengajian tinggi juga boleh mendorong kepada keregangan hubungan antara etnik. Jadi kajian ini juga bertujuan unutk mengkaji kewujudan sikap prejudis dan stereotaip di kalangan pelajar berbilang etnik.

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kewujudan sikap prejudis dan stereotaip di dalam komuniti pelajar berbilang etnik di UKM.

Objektif Khusus : 1. Mengetahui pandangan-pandangan prejudis & stereotaip dikalangan pelajar pelbagai etnik. 2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya sikap prejudis dan stereotaip dikalangan pelajar pelbagai etnik di UKM. 3. Mengenalpasti tindakan ataupun langkah yang sesuai diambil untuk membendung sikap prejudis dan stereotaip dikalangan pelajar pelbagai etnik.

4.0 Lokasi / Skop Kajian

Responden bagi kajian ini terdiri di kalangan pelajar-pelajar berbilang etnik di UKM.

5.0 Metodologi Kajian

Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Ia akan memudahkan penyelidik mendapat maklumat-maklumat daripada responden dan mentadbir kajian dengan mudah dan tepat.

Dalam kajian ini satu set soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian biodata responden, bahagian kedua ialah mengenai pandangan prejudis pelajar pelbagai etnik di UKM. Bahagian ketiga pula mengenai punca-punca timbulnya prejudis dan stereotaip dikalangan pelajar pelbagai etnik di UKM dan bahagian yang terakhir mengenai tindakan ataupun langkah yang perlu diambil untum membendung prejudis dan stereotaip dikalangan pelajar pelbagai etnik di UKM.

You might also like