You are on page 1of 5

KAWALAN/MENGHADANG

Semua pemain perlulah mampu untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan. Biasanya, pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang sementara pasukan lawannya dianggap pasukan pertahanan. Maka, setiap pemain perlu mahir menangkap dan melontar bola. Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula juga hendaklah pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada dihalang oleh lawan. Ketika bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Sebagai pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan mengawal lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas semula penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah menjangkakan arah atau haluan bola yang akan dilontar. Ini termasuklah juga menjangkakan kepada siapa dalam pasukan lawan bola tersebut akan dihantar.

Cara Mengawal
Teknik mengawal juga penting dalam permainan ini: (a) Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri berhadapan dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3 meter dari kaki hadapan penyerang. Tangan pemain yang mengawal mestilah diletakkan di belakang atau rapat dengan badan. (b) Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang bola sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain pertahanan dibenarkan. (c) Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh pihak lawan. Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang boleh menggunakan sebelah atau dua belah tanganya yang dihulurkan ke arah tangan pemain lawan supaya ia berada di antara jarak balingan dan arah jarak balingan itu. Undang-undang gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara kawalan ini. dengan pemain penyerang adalah pada jarak yang

Mengawal Zon
Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu kawasan bermain bagi mengelirukan pihak lawan dan dalam pada masa yang sama mengucar-kacirkan strategi pasukan penyerang. Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola daripada pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian gelanggang tetapi biasanya dilakukan di bahagian tengah dan pertahanan dalam bulatan jaringan.

Mengawal
Mengawal adalah asas pertahanan. Pihak bertahan hendaklah menghalang pihak lawan daripada membuat hantaran, menerima bola, dan membuat jaringan. Ini bererti semua pihak penyerang mestilah dikawal oleh pihak yang bertahan dan bukan sahaja mengawal pemain yang memiliki bola. Dia strategi asas dalam mengawal pihak lawan adalah seperti yang diamalkan dalam permainan bola keranjang : (a) Kawalan individu atau kawalan satu kawal satu. (b) Kawalan kawasan atau zon Dalam masa mengawal, pemain dibenarkan menghadang pihal lawan dan memintas hantaran untuk menguasai bola. Bagaimanapun, pemain-pemain hendaklah bertindak dalam batasan peraturan mengenai sentuhan badan dan jarak 0.90meter.

Latihan Mengelak Dan Mengawal


Biasanya kedua-dua kemahiran ini dibuat secara serentak. Ketika membuat latihan mengawal, latihan mengelak pun dijalankan. Pada masa memanaskan badan, aktiviti yang membawa unsur pergerakkan mengelak dan mengawal hendaklah dijalankan. Latihan mengelak dan mengawal yang lebih khusus boleh dijalankan dalam latihan berkait, sesi permainan kecil dan permainan bola jaring. Aktiviti yang sesuai untuk latihan mengelak dan mengawal adalah seperti berikut : (a) Curi ekor (b) Cuit ekor (c) Tampar lutut (d) Burung helang dan anak ayam

(e) Lari bebas berselerak dan tukar arah setiap kali apabila berhadapan dengan peserta yang lain. (f) Bergerak pantas dari satu tempat ke tempat yang lain. variasi latihan Tukar hala pergerakkan (misalnya ke depan, ke kiri, ke kanan dan kebelakang semula.) Tukar kelajuan pantas, perlahan, kemudian memecut. Gunakan gerak keliru atau mengacah dengan mencondongkan badan ke kiri tetapi tiba-tiba berlari ke sebelah kanan. (g) Melintas kawasan Berempat. A dan B cuba berlari dan melintas ke sebelah garisan gol tanpa dicuit oleh C dan D yang mengawal dalam kawasan gol dan kawasan tengah. (h) Melintas kawasan dengan bola Seperti latihan (g), A dan B cuba hantar menghantar bola supaya dapat melintas ke kawasan gol. C dan D hendaklah mengawal kawasan masing-masing. (i) Menyekat pergerakkan Cara : Bertiga. A mengawal B yang bergerak bebas dalam kawasan yang ditandakan empat penjurunya. Apabila C menyebut nombor penjuru, Bhendakleh bergerak pantas ke penjuru tersebut. A pula menyekat pergerakkan B supaya tidak sampai ke penjuru tersebut. Variasi : C akan menghantar bola ke penjuru yang disebutkan untuk disambut oleh B. A cuba memintas bola tersebut.

(j) Latihan berkait Cara : E menghantar bola ke G, F cuba mengawal. G hendaklah cuba bergerak ke kiri atau kanan F untuk menerima hantaran E. Jika G dapat menguasai bola, F hendaklah berhadapan dengannya untuk mengganggu usaha menjaring. Variasi : 2 lawan 3 Cara : A bergerak bebas ke kiri atau kanan belakang garisan. B, C dan D berada di tempat yang tetap. E dan F mengawal di tengahtengah. B, C dan D akan menghantar bola antara satu sama lain. E dan F hanya akan memintas sekat bola yang dihantar kepada A.

You might also like