You are on page 1of 14

Struktur Organisasi Pendidikan Khas Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Organisasi
C:\Documents and

Settings\NawawiHassan\Desktop\sem 8\New Folder (3)\kpm_chart-bahasa-(1).pdf

Peranan Bahagian Pendidikan Khas


Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang

dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan bertepatan sertas selaras dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai program dan aktiviti yang berkaitan dengan kecemerlangan program akademik, kokurikulum dan peningkatan sahsiah murid pendidikan khas. Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti di

dalam pelaksanaan program dan aktiviti Pendidikan Khas. Merancang dan mengurus persediaan pengoperasian institusi baru di bawah Bahagian Pendidikan Khas. Menjadikan Bahagian Pendidikan Khas sebagai penanda aras pendidikan khas dalam dan luar negara. Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang mantap dan berkualiti dengan pelbagai agensi luar di dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pelajaran.

Struktur Organisasi Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri

Peranan JPN dalam pendidikan khas


Memastikan semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.
Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas Negeri ditubuhkan dan berfungsi sepenuhnya.

Memastikan guru-guru pemulihan khas di negeri melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan.
Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT) JPN. Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur

pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat negeri.

Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan

pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing. Memastikan guru-guru Pemulihan Khas dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas. Merancang dan menyediakan kursus latihan untuk guru Pemulihan Khas. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan Pogram Pemulihan Khas. Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas.

Organisasi Pendidikan Khas di PPD

Peranan PPD dalam Pendidikan Khas


Memastikan Semua sekolah rendah diperuntukkan satu jawatan Guru Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas seperti dalam kelayakan peruntukan guru.
Memastikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas berfungsi sepenuhnya. Memastikan guru-guru pemulihan khas melaksanakan Program Pemulihan Khas dengan berkesan.

Menjadikan Program Pemulihan Khas sebagai agenda utama dalam sasaran kerja tahunan (SKT).
Memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan Program Pemulihan Khas. Membuat unjuran untuk mengurangkan murid yang belum menguasai kemahiran 3M di peringkat daerah. Memberi penekanan agar guru besar memastikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan di dalam kelas biasa dijalankan di sekolah masing-masing. Menjalankan pemantauan secara berkala di Program Pemulihan Khas. Menyediakan laporan berkala pencapaian program pemulihan khas.

Sekian.Terima Kasih

You might also like