You are on page 1of 3

LAMPIRAN 1 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PERNYATAAN PROFESIONAL

Sebelum menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah menetapkan fokus aktiviti utama saya iaitu persekitaran sekolah yang melibatkan pengurusan atau pentadbiran sekolah, prasarana yang dapat merangsang pembelajaran, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum, serta program dan aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar, Kedah. Tujuan tugasan ini adalah memudahkan saya memahami budaya sekolah dan bilik darjah. Saya akan mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid. Di samping itu, saya juga memahami pengurusan sekolah dan strategi pengajaran pembelajaran di sekolah tersebut. Melalui aktiviti ini saya dapat membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Selain itu, program ini bertujuan untuk membina kemahiran mengumpul maklumat tentang persekitaran sekolah. Saya juga dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal dan membina sikap positif terhadap profesion keguruan. Tambahan pula, tugasan ini dapat membantu saya dalam mempertingkat kemahiran membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru. Saya dapat mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi. Bagi menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah ini secara lebih berkesan, beberapa strategi telah dirancangkan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di seluruh Sekolah Kebangsaan Mergong dan membuat catatan. Perkara yang saya catatkan ialah persekitaran sekolah yang melibatkan pengurusan atau pentadbiran sekolah, prasarana yang dapat

merangsang pembelajaran, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum, serta program dan aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Mergong. Saya juga akan mengambil peluang untuk menangkap gambar persekitaran sekolah. Saya juga telah menyediakan senarai semak untuk memudahkan pemerhatian saya.

LAMPIRAN 1 Temubual Saya telah menetapkan matlamat saya untuk menemubual dengan beberapa orang dan murid yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Mergong. Selain itu, saya juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah dan guru-guru.

Analisis Maklumat Saya akan menganalisis maklumat yang telah dikumpulkan akan dianalisis, dirumuskan, dan dipersembahkan dalam laporan. Selepas menjalankan proses pemerhatian, merekod data dan menganalisis data, saya akan membuat laporan dan refleksi untuk memastikan bahawa saya telah memperoleh maklumat yang diperlukan untuk matlamat yang ditetapkan.

Pengalaman Berasaskan Sekolah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pelajar tentang budaya pelbagai kaum dalam sesuatu mata pelajaran. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, interaksi dengan komuniti sekolah dan refleksi, pelajar dapat menilai kesesuaian rancangan pelajaran dengan kandungan kurikulum. Kebolehan pelajar menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam penggunaan sumber P&P berkaitan tajuk pelbagai budaya adalah menjadi fokus utama penilaian. Antara aspek-aspek yang perlu dilihat dalam sepanjang pemerhatian yang dijalankan adalah merangkumi:i. Mengumpul maklumat dan menyenaraikan budaya masyarakat setempat yang diamalkan di negara kita berdasarkan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. ii. Menghuraikan pelbagai sumber yang sesuai dalam mengaplikasikan budaya masyarakat setempat dalam. iii. Jelaskan nilai-nilai murni pelbagai budaya masyarakat setempat dalam merealisasikan perpaduan dalam kepelbagaian.

LAMPIRAN 1 Saya juga menyatakan sedikit mengenai budaya sekolah yang berkait rapat dengan budaya masyarakat setempat meskipun tiada dalam tugasan sebagai penambah maklumat. Sebelum memulakan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS), saya telah merancang pelaksanaan tugasan dengan mengatur pelan tindakan atau jadual kerja bagi memudahkan saya membuat pemantauan dan memastikan saya tidak lari daripada fokus utama tugasan ini dijalankan.

You might also like