You are on page 1of 24

UNDANG-UNDANG PERATURAN BOLA TAMPAR

PERATURAN ASAS BOLA TAMPAR


Semasa permainan, satu pihak terdiri

daripada 6 orang pemain dan tidak boleh kurang.


Permainan ini dikawal oleh 2 orang referi

Hanya ketua pasukan yang bermain

dibenarkan berhubung dengan referi semasa perlawanan


Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa

5 saat dari bunyi wisel referi.

Memijak garis servis semasa membuat servis

adalah salah
Pemain boleh kontek bola dengan

menggunakan mana-mana bahagian badanya.

Pemain dibenarkan bermain dengan

menggunakan sebelah tangan dan juga menanduk bola


Pemain barisan belakang tidak dibenarkan

merejam bola semasa berada dalam kawasan serangan.

Pasukan boleh meminta 2 kali rehat dan 6 pertukaran

dalam setiap set


Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya

memperoleh mata ke-25.


Jika skor sampai 24-sama, permainan set itu akan

tamat jika satu pihak itu mendapat kelebihan 2 mata daripada lawannya , (26-24) atau satu pasukan itu mendapat mata ke-27, (27-25)

UNDANG-UNDANG PASUKAN
1.0 Pendaftaran - Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12

orang pemain, seorang jurulatih, seorang penolong jurulatih, dan seorang doktor perubatan. - Pendaftaran pemain-pemain adalah wajib. - Pemain-pemain yang telah direkodkan tidak boleh ditukar.

2.0 Kapten
- Hanya kapten dibenarkan bercakap dengan

referi diatas sebarang bentuk keraguan. - Kapten boleh menandai borang skor.

3.0 Jurulatih
- Jurulatih boleh menandai borang skor. - Jurulatih boleh memberi arahan kepada

pemain-pemain dan ahli-ahli yang duduk di atas bangku sewaktu perlawanan berlansung.

3.0 Peserta

- Pemain yang tidak bermain harus duduk di atas bangku atau berada di kawasan memanaskan badan.

4.0 Susunan Giliran


- Enam pemain setiap pasukan mesti berada

dalam gelanggang - 3 pemain di sepanjang jaring (Pemain depan). - 3 pemain lagi pemain belakang.

jaring

4 5

3 6

2 1
zon servis

- Apabila servis dilakukan,pemain-pemain

dibenarkan bergerak bebas di gelanggang sendiri dan zon bebas. - Pasukan yang mendapat hak servis,pemainpemainnya harus berputar satu posisi mengikut arah jam.

UNDANG-UNDANG PERSEDIAAN PERMAINAN


1.0 Penentuan Perlawanan
- Membuat lambungan syiling berdasarkan:

= servis pertama = pemilihan gelanggang

2.0 Sesi memanaskan badan


- 3 minit untuk setiap pasukan - 5 minit jika sesi memanaskan badan

dijalankan serentak oleh kedua-dua pasukan.

3.0 kelewatan - Hanya 15 minit sahaja akan diberikan

kepada sesuatu pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan Kemenangan percuma dengan kiraan 25 0, 25 - 0.

4.0 Pasukan tidak lengkap

- Pasukan yang mempunyai kurang daripada 6

pemain dianggap tidak lengkap dan tidak dibenarkan bermain dalam set atau perlawanan. - Pasukan lawan akan diberi poin atau poin dan set untuk memenangi perlawanan tersebut.

UNDANG-UNDANG BERMAIN
1.0 Bola - Bola Dalam : bola yang menyentuh lantai

gelanggang bermain termasuk garisan sempadannya. - Bola Keluar : Sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang.

: Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang, siling, atau orang di luar gelanggang. : Ia menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena.

- Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4

kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali menyandang. - Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang. - Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan terbantu. - Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola berturutan kecuali menyandang.

2.0 Jaring

- Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau pihak lawannya dalam ruang lawan. - Pemain tidak boleh masuk ruang lawan. - pemain tidak dibenarkan menyentuh jaring.

UNDANG-UNDANG PENGGANTIAN PEMAIN


- Bilangan pengggantian maksimum yang

dibenarkan bagi sesuatu pasukan bagi satu set adalah 6. - Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama. - Pemain pengganti boleh masuk bermain hanya satu kali dalam 1 set, dan hanya boleh diganti semula oleh pemain yang sama.

- Pemain yang telah diganti hanya boleh

masuk semula dengan mengambil posisi asalnya. - Pemain yang cedera, atau tidak layak bermain perlu diganti melalui penggantian sah.

Semua undang-undang permainan di bawah MAVA dan Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa hendaklah diikuti

You might also like