You are on page 1of 5

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Pentaksiran Kerja-Kursus Projek Jadual Spesifikasi Tugas Kursus: Sains, Teknologi dan

Masyarakat Tempoh: 6 Minggu Tarikh Mula: 24 September 2012 Tarikh Serahan: 5 Nov 2012 Program: Kumpulan: Disediakan oleh: Disahkan oleh: Nama & Tandatangan: PISMP PGSR Sains Ambilan Januari 2008 Abdul Muhaimin Osman Penyelaras Kursus Tahun/Semester: Semester 8/ 2012

Ketua Jabatan

Tarikh:

23 September 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN KURSUS KUMPULAN SEMESTER

: SAINS DAN MATEMATIK : SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT : PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2009 :8

TARIKH MULA

23 September 2012

TARIKH SERAH

5 November 2012

1. Menghuraikan dan membina struktur yang inovatif dan kreatif dengan mempertimbangkan aspek kestabilan dan keadaan di bumi. 2. Menerangkan pelbagai kaedah yang terlibat dalam pemuliharaan air, tanah, hutan dan hidupan liar. 3. Menerangkan tenaga di biosfera dengan merujuk kepada aliran tenaga. 4. Menghuraikan kaedah yang terlibat dalam pelupusan sisa. 5. Membezakan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. 6. Menerangkan kesan bahan tambah dalam makanan, racun perosak dalam pertanian dan pencemaran kepada manusia. 7. Menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar. Kerja kursus ini adalah untuk menilai hasil pembelajaran Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menyediakan satu penulisan ilmiah mengenai isu-isu sains, teknologi dan masyarakat seperti yang pemuliharaan, pelupusan sisa, kecekapan tenaga, sumber tenaga yang boleh diperbaharui, program kitar semula dan pengurusan sumber air. 2

2. 3. 4. 5. Tugasan Projek

Melaksanakan satu kajian lapangan terhadap isu-isu sains, teknologi dan masyarakat seperti yang disenaraikan di bawah: Menganalisa dan menilai status perkembangan isu-isu sains, teknologi dan masyarakat di negara ini. Membentangkan rumusan dapatan kerja lapangan dengan menggunakan ICT. Menghasilkan satu penulisan refleksi berbentuk analitikal terhadap tugasan yang dilaksanakan.

Tugasan 1 Secara individu, anda dikehendaki menyediakan satu penulisan ilmiah berdasarkan salah satu tajuk yang disenaraikan di bawah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Air dan kaedah pemuliharaannya Tanah dan kaedah pemuliharaannya Hutan dan kaedah pemuliharaannya Kecekapan penggunaan tenaga melalui amalan terbaik Kesan jangka panjang penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Pengurusan sumber air untuk kesejahteraan masyarakat. Teknologi terkini dalam penghasilan tenaga yang boleh diperbaharui. Faktor-faktor kegagalan program kitar semula dan cara-cara mengatasinya.

30 Markah

Penulisan ilmiah anda mesti mengandungi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) Pengenalan Definasi dan penerangan ringkas mengenai tajuk yang dipilih Peranan badan kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dengan isu yang dibincangkan. Impak secara langsung dan tidak langsung terhadap masyarakat. Teknologi berkaitan yang terlibat secara langsung dengan isu yang dibincangkan. Pandangan dan pendapat anda terhadap isu yang dibincangkan. Cadangan Penambahbaikan terhadap isu dan masalah yang dibincangkan Penutup. Refleksi pelaksanaan tugasan 1 Bibliografi

Tugasan 2 Dalam kumpulan bertiga, anda dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap hasil kerja lapangan yang berdasarkan salah satu isu sains, teknologi dan masyarakat. Anda juga perlu membentangkan hasil kerja lapangan dalam bentuk persembahan elektronik dengan menyertakan ringkasan executive dalam bentuk cetakan slaid persembahan elektronik. Berikut adalah tajuk-tajuk isu yang boleh dipilih: i) ii) iii) iv) v) vi) Kejayaan dan kegagalan program pemuliharaan hidupan liar di Malaysia. Kesan penggunaan bahan tambah makanan kepada kesihatan umum masyarakat. Impak negatif pencemaran udara atau air atau bunyi atau radiasi terhadap kesihatan umum masyarakat. Masalah pelupusan sisa dan kaedah terkini dalam menanganinya. Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem setempat akibat penggunaan racun rosak pertanian Perkembangan dan potensi tenaga boleh diperbaharui di luar dan dalam negara

70 Markah

Laporan lengkap anda mesti mengandungi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) Pengenalan. Definasi dan penerangan ringkas mengenai tajuk yang dipilih. Penerangan ringkas mengenai tempat atau kawasan kerja lapangan anda. Analisis factor-faktor yang menyumbang kepada isu yang dibincangkan. Penerangan berdasarkan maklumat hasil temubual dengan pegawai dan penduduk setempat yang terlibat secara langsung dengan isu yang dipilih. Impak secara langsung dan tidak langsung terhadap masyarakat Cadangan potensi penambahbaikan kepada penyelesaian terhadap isu dan masalah yang dibincangkan. Penutup. Refleksi pelaksanaan tugasan 2 Bibliografi

Panduan Pelaksanaan Projek

1. 2. 3.

Tugasan 1 adalah tugasan individu manakala tugasan 2 adalah tugasan berkumpulan yang terdiri dari 3 orang pelajar. Gambar dan gambarajah perlu disertakan bagi menyokong hujah serta meningkatkan kredibiliti penulisan dan pelaporan. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 4

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix)

Muka hadapan hendaklah mengikut format terkini Fon Arial Saiz Huruf 12 Langkau 1.5 baris Rujukan adalah mengikut format APA Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu Panjang tugasan individu adalah tidak melebihi 10 mukasurat dan tidak melebihi 25 mukasurat bagi tugasan kumpulan Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:

i.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan menyeluruh.

ii. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukan. iii. Keseluruhan isi dan pengelohan perlu menunjukkan keaslia dengan sokongan ilmiah. iv. Organisasi laporan perlu jelas dan koheren. v. Menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah vi. Rujukan mestilah tepat dan dari pelbagai sumber vii. Penulisan refleksi menunjukkan kematangan fikiran dari idea yang jelas, lahir dari proses perolehan dan penguasaan ilmu.

You might also like