Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Autisme/autistik

Autisme/autistik

Ratings: (0)|Views: 129|Likes:
Published by aien_Raz
definisi, ciri-ciri kanak-kanak autisme/autistik
definisi, ciri-ciri kanak-kanak autisme/autistik

More info:

Published by: aien_Raz on Mar 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/15/2014

pdf

text

original

 
 Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang seriusoleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut PersatuanPsikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20orang dalam setiap 10,000 manusia.Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkatbayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata danamat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yangsama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasiini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri).Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidupdan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untukmembantu anaknya.Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalahketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalahuntuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidakpeduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri sertamenunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk.Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untukmengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaanmuka dalam pertuturan.Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang laindan hidup dalam dunianya sendiri.Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknikpertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas denganmengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalamkebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun merekatetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agakluar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yangsama pada tempat yang sama.Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranyaalat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamukdan melonjak-lonjak. Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyaikesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpaberasa bosan.Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua bijigulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of samenessiaitu pengekalan kesamaan.
 
 Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatuperbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depanmata sendiri atau menggigit kuku.Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkanketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikutkemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukankewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaranmereka.Menurut APA lagi, kebanyakan tanda anak autistik dapat dikesan sebelum usiamereka mencecah 3 tahun. Hampir 50 peratus daripada anak autistik mempunyaiIQ (Darjah Kecerdasan) kurang daripada 50, iaitu julat kecacatan akal yangserius.Sementara itu, hampir 25 peratus tergolong dalam julat IQ 50 hingga 70manakala bakinya memperlihatkan purata IQ yang melebihi 70.Ujian IQ amat berguna untuk menentukan pronogsis anak autistik. Semakintingginya skor IQ, semakin kurang sokongan keluarga yang diperlukan.Untuk mereka yang memperoleh skor IQ yang rendah juga menghadapi masalahmenguasai kebolehan berkomunikasi. Anak sedemikian memerlukan sokongansosial dan pendidikan yang jauh lebih banyak apabila dewasa.Untuk kebanyakan kes, keupayaan menguasai sesuatu bahasa dan skor IQmerupakan petunjuk ramalan yang boleh dipercayai untuk masa depan anakautistik.Punca berlakunya kecelaruan autistik boleh ditinjau daripada perspektif psikologikal, sosial dan biologikal. Autisme merupakan suatu kecelaruan yangmasih memerlukan banyak penerokaan. Autisme bukan berpunca daripada suatu faktor sahaja tetapi kombinasi faktor biologikal dan psikososial untuk melahirkan tingkah laku yang luar biasa.Pada peringkat permulaan, Kanner (1943) mengatakan autisme berpunca daripadafaktor biologikal.DinginTidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autismeadalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikapdingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya.Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawakecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yangbercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secararelatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi.Bettelheim percaya bahawa tingkah laku anak autistik sama seperti askar Jerman yang masih hidup di kem ketika Perang Dunia Kedua. Kumpulan askar inimenunjukkan ciri-ciri autistik seperti tidak prihatin, mengasingkan diri dan juga kelihatan murung.Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahidirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian.Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang laintelah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik.
 
Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi.Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lainyang normal.Tahun kebelakangan ini, dimensi biologikal pula lebih diberi keutamaan olehpara penyelidik dan pusat kesihatan profesional.Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan autistik termasuk Germanmeasles, hypsarrhythmia, cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa autisme disebabkan faktor genetik.RisikoJones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandungselepas melahirkan anak autistik kerana bimbang akan risiko mendapat anakyang menghidap kecelaruan tersebut lagi.Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai anak autistik menghadapikebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan anak autistikyang berikutnya.Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponenbiokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian anakkembar "Twin Studies".Kajian ini menunjukkan bahawa anak autistik daripada kembar monozigotikmemperlihatkan peratusan autisme yang tinggi, iaitu 70 peratus manakalaperatusan autisme untuk anak kembar dyzygotic adalah - 0 (Folstein & Rosen,2001).Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecelaruan autistik boleh diwarisi.Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terlibat dalam kecelaruanautistik mungkin terletak pada kromosom 2,7,15 dan x.Bukti sedemikian turut diperoleh oleh Wassink et al (2001) yang mengatakanbahawa gen WNT2 terletak pada kromosom 7 yang mana gen inilah yang memainkanperanan utama dalam menyebabkan kecelaruan autistik.Untuk kebanyakan anak autistik, mereka menghadapi aras serotonin dandopamine yang tinggi.Tsai dan Ghasinddin pada 1992 pula mengatakan 30 hingga 75 peratus daripadagolongan autistik memperlihatkan struktur neurologikal yang luar biasa.Manakala penyelidik yang menggunakan teknologi CT dan MRT mendapati bahawawujudnya keadaan yang luar biasa untuk bahagian serebelum iaitu saiz yanglebih kecil berbanding orang normal.Walaupun keluarbiasaan otak ini bukan dijumpai di setiap kajian, inimerupakan dapatan yang lebih boleh dipercayai. Menurut kajian, jantinamerupakan satu faktor bahaya yang signifikan.Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap autismeberbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelakiberbanding perempuan, satu sahaja.Kajian autistik merupakan suatu bidang yang baru dan masih memerlukan suatukombinasi teori yang lebih lengkap.Kebanyakan anak autistik tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna. Merekaterpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, merekatidak seharusnya berputus asa.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->