You are on page 1of 2

AKTIVITI SOAL JAWAB Berikan jawapan anda dalam komen di bawah

1. Kedudukan

Mari kita masuk ke Kelas 1 Bestari, meja dan kerusi pelajar tersusun dalam lajur dan baris yang kemas. Perhatikan rajah di atas : setiap lajur kita beri nombor dari kiri ke kanan, misalnya lajur 01, 02, 03, 04 dan seterusnya. Baris kita beri nombor dari hadapan ke belakang, misalnya 01, 02, 03, 04 dan seterusnya. Kedudukan di tempat setiap lajur dan baris itu bertemu atau bersilang disebut sebagai koordinat. Dengan itu, tempat duduk pelajar dalam kelas dapat kita tentukan berdasarkan koordinat. Nyatakan kedudukan Zazili.

2. Arah

Keterangan Rajah:

Zazili dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk menentukan kedudukan pejabat, gelangang tenis, makmal, pondok bacaan, dewan, surau, kantin dan bilik guru. Guru memberi kompas sebagai panduan. Marilah kita ikuti bagaimana Zazili dan rakan-rakannya melakukan tugas. (Rujuk rajah di atas) a) Zazili berdiri di kawasan lapangan di tengah-tengah kawasan sekolah. b) Dia memegang kompas dan menghadap ke pejabat. Jarum kompas itu menunjukkan arah utara. c) Dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada permukaan kompas, bolehkah kamu menolong dia menandakan kedudukan bangunan dan tempat-tempat lain.

3. Jarak
Jarak Rumah Ali Mengikut Jarak Mutlak Dan Relatif

Jarak Mutlak Jauh Jarak rumah Ali dari Pekan Saga

Jauh 5 km

Jarak Relatif Kos Jika Ali menaiki teksi Jika Ali menaiki bas Jika Ali berbasikal Masa Jika Ali berkereta

Kos / Masa RM 4.00 RM 1.00

40 minit 15 minit

Adakah jarak rumah Ali berubah mengikut kos dan masa? Apakah yang menyebabkan kos dan masa ke rumah Ali berubah?

You might also like