You are on page 1of 8

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA - Makanan - Persekitaran - kognititf

KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU I

MAKANAN
Para doktor menyarankan kepada ibu-ibu yang mengandung agar mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang bagi tumbesaran anak dan otaknya. Sebagai contoh pengambilan asid folid dan asid lemak (EFA). Pengambilan EFA amat penting sewaktu hamil kerana bahan ini membantu dalam perkembangan otak bayi, mata dan sel sarafnya. EFA mengandungi asid linoleic dan acid alphalilolenic. Minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak matahari, kekacang adalah sumber yang baik untuk membekalkan EFA yang diperlukan oleh tubuh ibu untuk disalurkan kepada bayi.

Pada masa sekarang juga, terdapat ubat serta susu yang dijual di pasaran yang dapat membantu perkembangan dan kecerdasan otak bayi semasa dalam kandungan. Seelok-eloknya untuk mengambil bahan ini, para ibu perlulah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat para doktor yang pakar terlebih dahulu. Ini kerana makanan yang seimbang dapat melindungi ibu dan bayi daripada menghadapi masalah yang membahayakan. Salah satu daripadanya ialah kecacatan pada otak bayi. Tumbesaran otak yang terbantut juga mungkin akan menyebabkan bayi yang dilahirkan kurang cerdas ataupun hiperaktif.

PERSEKITARAN
Persekitaran terdiri daripada gaya hidup, sosio-ekonomi, perhubungan dalam keluarga dan masyarakat sekeliling. Penggunaan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat setempat secara automatik menyumbang kepada perkembangan bahasa setiap manusia.

KOGNITIF
Kecerdasan individual dinilai menerusi kecekapan individu tersebut berbahasa. Kanak-kanak cerdas lebih cekap penggunaan bahasanya berbanding kanak-kanak terencat akal (gangguan atau masalah pertuturan). Sayugia berpendapat bahawa fungsi bahasa adalah sarana gambara pemikiran individu.

Jean Piaget menyatakan bahawa pengadaptasian individu dengan alam sekitar merupakan faktor yang penting dalam perkembangan manusia. Pembelajaran terhasil melalui interaksi kanakkanak tersebut bersama orang yang lebih berpendidikan daripadanya. Teori beliau telah membahagikan lima konsep asas yang berkaitan dalam penyataan gambaran teori pembelajaran; iaitu : Skema Adaptasi Keseimbangan Asimilasi Akomodasi

KOGNITIF Pada hakikatnya, proses pemerolehan bahasa itu pada setiap anak sama, iaitu melalui pembentukan dan ujian hipotesis tentang kaedah bahasa. Pembentukan kaedah itu dimungkinkan oleh adanya kemampuan bawaan atau struktur bawaan yang secara mental adalah dimiliki oleh setiap anak. Inilah yang disebut dengan alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device / LAD).

Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat-alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil dari pada kebolehan kognisi umum dan interaksi manusia dengan sekitarannya. Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat-alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa.

You might also like