You are on page 1of 8

SOALAN B. JELASKAN RASIONAL DAN KEPENTINGAN PENGISIAN KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

Setiap perkara meliputi matlamat dimana setiap matlamat tersebut mempunyai isi serta kepentingan-kepentingannya yang tertentu dimana jika dilihat dari sudut hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Ianya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bagi melengkapkan pendidikan tanpa sempadan, sudut pendidikan adalah nadi dimana endidikan adalah aspek terpenting dalam pembangunan sesebuah negara yang bermula dengan pendidikan peringkat rendah dan bagi meralisasikan hasrat ini, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain itu, pengisian kurikulum adalah aset penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sekolah rendah kerana terdapat bidang dapat beberapa sains , sebab geografi dalam dimana dan antaranya yang dapat boleh dilihat dari aspek untuk boleh pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang ilmu sebagai contoh, ilmu lain-lain terma digunakan sains yang memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu bidang sains digunakan pelbagai berkaitan memperkembangkan kemahiran bahasa dan juga ilmu pengetahuan. Kini, ilmu sains dan matematik juga dipelajari secara dwibahasa melalui Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dimana Bahasa Melayu tetap diambil kira dan dititik beratkan bagi pemahaman yang lebih mudah untuk pelajar. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pemerolehan ilmu juga dapat membantu murid terutama dalam menyelesaikan masalah serta menggalakkan

mereka berfikir secara kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru akan memberi kesan serta input kepada minda pelajar dan mereka memproses pengajaran tersebut dimana ketika itulah mereka belajar dengan input-input yang disampaikan oleh guru. Komunikasi amat penting dan ia melibatkan pembukaan minda rangsangan pelajar dan isi yang ringkas melalui bahasa Melayu memudahkan pelajar. Pengisian kurikulum terkini cara masa terdiri daripada elemen yang yang teknologi pelbagai, menggabungkan meliputi maklumat aspek dan

perkembangan kemahiran

dalam belajar, depan,

pendidikan kemahiran kecerdasan

ilmu,nilai,kewarganegaraan, sosio budaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu belajar komunikasi,kajian pembelajaran

konstruktivisme, dan konstektual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan dan patriotism diberi penekanan selaras dengan matlamat Negara membangunkan masyarakat madani. Apabila ditekankan kelima-lima perkara inilah yang menyumbang kepada kepentingan pengisian tersebut. Pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya bidang sains, geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran berbahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua, penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu dimana ianya adalah amat penting dalam laluan bagi melahirkan generasi yang berbudi pekerti tinggi, berakhlak mulia dan mampu menjadi modal insan seterusnya bakal menjadi pemimpin yang dinamik pada masa depan. Aspek nilai sangat penting dalam penyerapan nilai murni dalam pendidikan bahasa Melayu untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia selain membantu melahirkan murid yang memiliki tahap keprihatinan mereka yang semakin bertambah. Nilai penting

untuk kehidupan manusia dari awal kelahiran hingga akhir hayat. In kerana kita sebagai orang Melayu hendaklah menghormati hak dan keistimewaan kaum lain serta saling menghormati antara satu sama lain bagi melahirkan suasana yang harmoni dan aman. Perasaan seperti ini haruslah dipupuk sejak awal lagi terutama di sekolah rendah supaya murid-murid menyedari akan kepentingan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Ketiga, dari sudut kewarganegaraan. Disini kita dapat lihat dimana pengisian kurikulum merupakan perkara positif yang dapat dicapai dan antaranya ialah unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan pada pemupukan semangat cinta dan taat tanah air. Buku-buku sejarah yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh sejarawan negara bertujuan mengekalkan sikap patriotik diri rakyat terhadap jasa-jasa wira-wira negara yang berjuang untuk kemerdekaan negara dimana cetusan jiwa bersemangat patriotic menjadikan kita rakyat yang berdikari dan tidak memerlukan penjajahan. Ini disebabkan oleh semangat patriotisme atau cinta kepada negara semakin pudar dan pupus di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam generasi kini dan masa depan. Pemupukan dan negara serta unsur yang meluas bertujuan untuk melahirkan

warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa mendidik murid - murid supaya lebih prihatin tentang keselamatan negara sekaligus melahirkan pemimpin yang mempunyai komitmen tinggi dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, unsure-unsur budaya barat amnya dapat dibendung bagi melahirkan rakyat yang berjiwa patriotisme dan mengikut budaya orang Melayu yang kaya dengan adab serta budi pekerti yang sopan dan disanjungi.

Keempat, dari aspek peraturan sosiobudaya dapat ditafsirkan bahawa peraturan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Kesantunan dan laras bahasa penting dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu masih mengamalkan adat resam yang sangat sinonim dengan Melayu supaya murid murid dapat mengetahui cirri - ciri bagi kaum Melayu agar mereka dapat mengenali jati diri mereka sebagai kaum Melayu. Sebagai contohnya tidak melupai asal usul tanah air walaupun jauh berkelana mencari ilmu dan menguasai bahasa asing, tetapi tidak melupakan bahasa ibunda. Kelima adalah kemahiran bernilai tambah. Kemahiran bernilai tambah alaf baru merangkumi beberapa kemahiran iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual dimana ia mengutamakan murid dalam mengaplikasikan kemahiran ilmu berteknologi baru dalam kehidupan seharian mereka yang sekaligus memudahkan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi selain pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan mengenai fungsi-fungsi kecanggihan teknologi moden kepada generasi baru amat penting kerana kita perlu seiringan dengan negara maju yang lain dan tidak sekali ketinggalan dek zaman. Kemahiran berfikir juga mempunyai kepentingannya tersendiri dimana kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur , membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk

menghadapi dunia yang sering berubah dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Kesimpulannya, pengisian kurikulum adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga penting bagi guru kerana guru perlu bijak menyesuaikan murid dengan kaedah yang betul dalam memberi pengajaran kepada pelajar supaya pelajar mampu menerima input dengan mudah dan guru juga berperanan dalam menghasilkan strategi yang dinamik dalam memberi impak kepada pelajarnya dalam pendidikan.

Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti dibawah :

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui aktiviti dan soalan yang memerlukan pemikiran KEMAHIRAN BERFIKIR kritis dan kreatis dalam aktiviti mendengar, bertutur,membaca dan menulis. Kemahiran berfikir samaada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa akan datang.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI menggunakan computer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar mel elektronik, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat yang terdapat dalam internet.

Kemahiran belajar cara belajar perlu di ajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR pembelajaran yang berkesan. Penguasaan terhadap kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kajian masa depan adalah satu pendekatan pembelajaran KAJIAN MASA DEPAN bagi membolehkan murid menyedari isu atau permasalahan masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat sesuatu ramalan serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan pelbagai merangkumi linguistic, logic matematik, KECERDASAN PELBAGAI itu, guru muzik, perlu kinestatik, ruang, potensi interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh mengembangkan kecerdasan murid dengan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Pembelajaran

konstuktivisme

dalam

pembelajaran dapat melahirkan murid yang boleh PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin, faham dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

Pembelajaran

konstektual

adalah

kaedah

pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL dengan pengalaman harian individu, masyarakat dalam alam pekerjaan. Pembelajaran konstektual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevana

You might also like