Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PENGENALAN
 Tajuk pertama ini kita akan melihat definisi beberapa aspek dalamperkembangan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak. Antara definisiyang akan diberi penekanan adalah aspek kecerdasan fizikal,tingkahlaku dan sosial serta kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Kita juga akan membincangkan beberapa tokoh yang terlibat denganperkembangan fizikal, tingkahlaku sosial dan kecerdasan kinestetik.Seterusnya perbincangan ini akan menjurus kepada implikasi aspekperkembangan fizikal, tingkahlaku sosial dan kinestetik ini terhadappembelajaran kanak-kanak. Ini selaras dengan matlamat dan objektif am pendidikan prasekolah untuk membolehkan muridmemperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalankesihatan dan keselamatan yang betul (Kementerian PendidikanMalaysia, 2003)
Topik Topik 
 
11
Teori
HASIL
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menyatakan definisi kecerdasan fizikal, tingkah laku sosialdan kecerdasan kinestetik kanak-kanak;
2.
Mengemukakan tokoh dalam perkembangan fizikal danimplikasi kecerdasan fizikal dalam pembelajaran kanak-kanak;
3.
Mengemukakan tokoh dalam aspek tingkahlaku dan sosialdan implikasinya dalam pembelajaran kanak-kanak; dan
4.
Mengemukakan tokoh dalam kecerdasan kinestetik danimlikasina dalam embelaaran kanak-kanak.
AKTIVITI 1.1
Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahamtentang perkembangan fizikal kanak-kanak. Bagaimana kanak-kanak mula merangkak dan berjalan. Bagaimana kanak-kanak
 
 TOPIK 1 TEORI
TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL 
1.1.1Pandangan
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asaspertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihanalam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga seringdikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggotabadan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikalseharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapatberkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya,seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaansekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan ataupersekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikanpendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjagakebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.
Rajah 1.2
: Kanak-kanak lebih berminat untuk meneroka dan belajar dalampersekitaran yang bersih, selamat dan ceria
1.1
2
Gambar persekitaran tadika yang sihat danceria, kanak-kanak sedang bermain bersamarakan.
 
 TOPIK 1 TEORI
Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalampenjagaan diri. Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yangboleh mendatangkan kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak jugaperlu tahu bagaimana untuk menghindari tempat yang berbahaya.Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk mengamalkan cara menjagakeselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu oleh orang yangtidak dikenali.Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjagakebersihan tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikatrambut dan memberus gigi. Mereka juga harus diberikan pengetahuandari aspek pemakanan yang sihat, seimbang dan berkhasiat. Selain itu,kanak-kanak juga seharusnya dapat mengamalkan tabiat carapemakanan yang baik seperti jenis makanan yang sesuai untuksarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak jugaperlu didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggotabadan yang betul. Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapatmemastikan organ dan anggota badan dapat berfungsi denganberkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas yang betul ataupergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan kecergasantubuh badan mereka.
SEMAK KENDIRI 1.1 
Bagaimanakah anda dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagitumbesaran fizikal kanak-kanak ?
MAK KENDIRI 1.13
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more