• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 4
    CommentGo Back
Download
 
MODUL 9
PENGLIBATAN IBU BAPA DAN GURU IISINOPSIS
Kemahiran ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka akan membantumembentuk generasi akan datang dan cara bagaimana generasi tersebutmempengaruhi dunia di sekeliling mereka. Selain daripada itu guru prasekolah jugaperlu membantu usaha ini dengan memahami keperluan dan kehendak kanak-kanakserta menyemai harga diri yang tinggi dalam diri mereka. Modul ini mengandungitiga unit (7.5, 7.6 dan 7.7 masing-masing) berkaitan keibubapaan, kehendak dankeperluan kanak-kanak dan konsep harga diri kanak-kanak. Unit Keibubapaanmenghuraikan konsep keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak,kemahiran mengawal diri dan pemahaman tentang keluarga bahagia yang amatpenting dan mempengaruhi keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak. Garispanduan untuk membantu keluarga memilih pusat pendidikan awal kanak-kanakyang bersesuaian dengan falsafah keluarga dan keperluan kanak-kanak jugadibincangkan. Keperluan dan kehendak kanak-kanak menjelaskan perbezaanantara keperluan dan kehendak kanak-kanak. Huraian juga menyentuh bagaimanakeperluan dan kehendak kanak-kanak perlu ditangani dengan baik oleh guruprasekolah. Unit akhir dalam modul ini menyentuh tentang konsep, kepentingan dankesan harga diri kanak-kanak, indikator harga diri dan bagaimana guru dapatmeningkatkan harga diri kanak-kanak.
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1.
Sebelum menggunakan modul sila jawab semua soalan dalam ujian pra.
2.
Cuba fahami dan hayati objektif modul ini.
3.
Seterusnya anda perlu membaca nota yang berkaitan dengan tajuk. Andadigalakkan supaya mendapat khidmat kepakaran daripada pensyarah matapelajaran anda semasa anda hadir untuk kuliah/sesi interaksi di maktab.
4.
Setelah membaca nota, sila jawab soalan ujian pasca.
5.
Anda digalakkan untuk membuat refleksi semasa menggunakan modul ini.
7.5KEIBUBAPAANHASIL PEMBELAJARAN
1
 
Selepas mengikuti unit ini anda akan dapat :1.menjelaskan konsep keibubapaan2.mengetahui prinisp-prinsip keibubapaan3.memahami matlamat & objektif keibubapaan4.merancangkan pemerhatian ke atas kanak-kanak5.memahami konsep kawalan diri6.memahami cara mengekalkan kebahagiaan dalam keluarga7.memahami cara dan kriteria memilih pusat penjagaan/prasekolah untukanak-Anak
Ujian Pra
1. Apakah maksud keibubapaan dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak?Huraikan faedah program keibubapaan kepada murid prasekolah.2. Bagaimanakah kemahiran keibubapaan dapat membantu membentuk keluargabahagia?3. Huraikan bagaimana guru prasekolah dapat menggalakkan ibu bapa kanak-kanak prasekolah menyertai program keibubapaan di pusat prasekolah.
7.5.1
Konsep Keibubapaan
Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalamproses perkembangan yang biasa, ibu bapalah yang banyak menyokongperkembangan bahasa, sosial dan akademik anak-anak mereka. Terdapat buktipositif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan bahawa mengajar kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-anak di bawah jagaan mereka.Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga dan peranannya sangat pentingdalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluargayang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapasangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited.2
 
Selain daripada faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalamusaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep ‘melentur buluh biar dari rebungnya‘ perlu diberi penekanan . Ibu bapa merupakan satu unitdan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dankemanusiaan.Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapamenerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahirankeibubapaan. Namun demikian ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yangmereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan yang berkesandan telah mencadangkan latihan dalam kemahiran keibubapaan untuk para ibubapa.Banyak keluarga hendak melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak mereka. Ahliprofesional pendidikan awal kanak-kanak mengakui nilai dan kepentinganmewujudkan kerjasama berkesan dan bermakna dengan ibu bapa dan keluarga.Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks.Epstein mencadangkan 6 jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein menghuraikankerjasama yang perlu wujud di antara pihak sekolah, keluarga dan masyarakat.Jenis penglibatan tersebut bukan berbentuk hieraki tetapi ia merupakan suatukerangka untuk menghubungkan keluarga, ahli masyarakat dan ahli profesionalpendidikan awal kanak-kanak. Enam jenis penglibatan ibu bapa mengikut Epsteinialah :
Jenis 1 : Keibubapaan – membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaandan memahami perkembangan kanak-kanak.
Jenis 2 : Komunikasi – mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan diantara sekolah dan keluarga
Jenis 3 : Kesukarelawan – menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukareladengan pelbagai cara.
Jenis 4 : Pembelajaran di rumah melibatkan keluarga menyokong aktivitipembelajaran di rumah.3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
03 / 23 / 2010This doucment made it onto the Rising List!

En. Zul, modul ni untuk siapa? untuk ibubapa atau untuk guru prasekolah? siapa yang sediakan modul ni? sumber ni saya nak ambil sikit buat tesis saya boleh ke

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...