DEGENERASI UMAT ISLAM MASA KINI: SATU PENGAMATAN
Oleh Mohamad Ridhwan AliasUmat Islam mengikut definisi Allah S.W.T adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di antaraumat manusia kerana mereka sentiasa berjihad menegakkan Al-Maaruf dan di waktu yangsama juga mereka mencegah yang mungkar.Mereka adalah contoh yang terbaik dan manusia pilihan kerana mereka yakin akan wujudnyaAllah S.W.T dan percaya sepenuhnya kepada janji-janji Allah, mereka beriman kepada AllahS.W.T dan iman itu ditunjukkan dengan sifat taat dan takwa kepada Allah S.W.T pada setiapsaat dalam kehidupan mereka, mahupun apabila mereka berada sesama mereka ataupunmereka keseorangan diri.Mereka sedar bahawa mereka tidak akan dinamai sebagai seorang beriman jika belummendorong dirinya untuk bekerja keras, menerus dengan kerja-kerja Islam danmenyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada orang lain yang belum lagi merasai kemanisandan menikmati cara hidup Islam.Sesungguhnya tepatlah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
Itulah sifat umat yang terdahulu yang mendapat didikan iman dari madrasah RasulullahS.A.W yang mana sumber didikan mereka hanyalah Al-Quran, nilai rabbani yang sentiasamendidik dan membetuli mereka dan setiap aktiviti mereka di dalam kehidupan sama adadalam bentuk fikiran, tindakan dan amalan.Di sana masih ada perbezaan yang jauh antara umat Islam kini dan generasi Quranik yang pertama dahulu yang mana di dalam jiwa mereka terdapat iman yang bergelora, menyala,cermat dan waspada.Sebaliknya umat Islam kini mempunyai iman yang bisu, mandul, tidur nyenyak dalam jiwadan mereka tidak mematuhi hukum dan tuntutan iman itu sendiri.Umat Islam secara global mengalami permasalahan yang sama walaupun berbeda wilayah.Kebangkrapan umat Islam bermula dengan peneluran benih-benih jahiliah oleh penjajah danditeruskan oleh proksi mereka di kalangan anak watan.Menurut Anwar al Jundi, empayar penjajah telah memulakan usaha untuk memusnahkanIslam dengan meruntuhkan tiga tiang asas di dalam keperibadian pekerti umat Islam iaitumenutup atau membuang syariat Islam di dalam enakmen perundangan negara, menukar peraturan ekonomi dengan memperundangkan kaedah riba dan menukar kaedah pendidikandan pengajaran supaya terkeluar daripada landasan al Quran dan as sunnah.Impak daripada penjajahan lahirlah sifat perhambaan yang selalu haus dengan budaya-budaya baru dari Barat. Jiwa hamba ini timbul disebabkan oleh mereka tidak menyerahkan urusanmereka secara keseluruhan kepada Allah. Iman mereka hanyalah iman kosmetik dimanamereka memilih ajaran Islam mengikuti kepentingan nafsu mereka sahaja.Keimanan mereka seiringan dengan nafsu seranah mereka. Maka benarlah firman Allah.“
Kemudian kami jadikan kamu berada di atas Syariat (peraturan) dari urusan (Deen) itu,maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Apa gunanya keimanan jika kita mencampurkan kebenaran dengan kebathilan.
Add a Comment
syahrezapahlevileft a comment