You are on page 1of 39

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU Nama pelajar : Siti Nadzira bte Mustaffa 910912-01-5540 : Nor

Hidayah bte Sedek 910106-11-5272 Unit Matapelajaran Nama pensyarah Tarikh serahan : : : : Pengajian Pra Sekolah Bahasa Melayu 1 Pn.Nor Maizam bte Hamid 16 ogos 2009

HALAMAN JUDUL

TAJUK TUGASAN: TUGASAN KERJA KURSUS INDIVIDU (PPISMP) SEM 1 (ALAT ARTIKULASI)

JABATAN BAHASA MELAYU INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU.

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .......................................................................... Nama Penulis: .......................................................................... Tarikh : ...........................................................................

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .......................................................................... Nama Penulis: .......................................................................... Tarikh : ...........................................................................

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya dapat kami menyempurnakan tugasan kerja kursus Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Bersyukur juga kerana kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tanpaNya, mustahil tugasan ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang rumit. Namun begitu, setiap orang mesti menghadapi kesulitan dalam melakukan sesuatu perkara walaupun sedikit, bergantung kepada setiap individu itu bagaimana untuk menyelesaikannya. Dalam ruangan ini, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu kami bagi meyiapkan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah-pensyarah Bahasa Melayu yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami. Sesungguhnya tanpa mereka, sukar untuk kami mengetahui dengan jelas cara-cara untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan dan sahabatsahabat perjuangan yang telah memberi kerjasama yang baik serta tidak lokek ilmu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bantuan mereka, kami tidak akan mendapat sumber rujukan yang pelbagai untuk kerja kursus ini. Selain itu juga, ribuan terima kasih kami tujukan kepada senior-senior yang juga merupakan tulang belakang kami untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik lagi berdasarkan pengalaman mereka. Sebenarnya, panduan dari mereka telah banyak membantu kami dalam menghasilkan satu folio Bahasa Melayu yang sempurna. Akhir kata, tanpa kerjasama dan panduan dari banyak pihak, tugasan ini tidak mungkin akan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bantuan dari semua pihak yang terlibat amat kami hargai dan budi bakti kalian tidak terbalas oleh kami. Harapan kami agar kerja kursus ini mendapat respon yang baik dari pensyarah dan seterusnya dapat dijadikan panduan kepada kami dalam pembelajaran serta dapat dikongsi oleh semua. Sekian, terima kasih

ISI KANDUNGAN

Halaman judul Halaman pengakuan Penghargaan Isi kandungan Pendahuluan Sistem bunyi bahasa melayu Fungsi alat pertuturan Lidah Gigi Bibir Gusi Lelangit Rongga Pita suara

Konsonan asli bahasa melayu Bunyi-bunyi konsonan Refleksi Kesimpulan Borang kolaborasi Bibliografi

PENDAHULUAN

Pertamanya, folio ini dilaksanakan adalah bagi menyempurnakan tugasan kerja kursus Bahasa Melayu yang telah diberikan kepada semua pelatih guru bagi program persediaan ijazah sarjana muda semester satu di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu ini. Tugasan ini mestilah disiapkan dalam tempoh dua minggu dari tarikh pemberian. Di peringkat institut pengajian tinggi, markah bukan hanya dinilai daripada peperiksaan, tetapi juga meliputi kerja kursus yang diberikan. Oleh itu, setiap penuntut mestilah menyiapkan tugasan yang telah diberi. Bagi menyiapkan tugasan Bahasa Melayu dalam tempoh yang telah ditetapkan, pelatih telah dibahagikan kepada kumpulan berpasangan mengikut kelas masingmasing. Sehubungan dengan itu,tugasan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cepat di samping memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan..Folio ini memuatkan satu silibus Bahasa Melayu iaitu cara menghasilkan bunyi konsonan melayu asli dan organ artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi tersebut. Penyembahannya adalah dalam bentuk grafik yang disertai dengan gambar-gambar yang berkaitan serta contoh-contoh yang tepat dan jelas. Hasil kerja kursus ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada para pelatih guru di kemudian hari. Akhir kata, kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kandungan folio ini mendapat pandangan yang baik dari semua pihak yang berkenaan. Selain itu, kami juga berharap folio ini dapat membantu meningkatkan prestasi kami dalam akademik di samping membantu para guru pelatih dalam pembelajaran mereka.

Sistem Bunyi Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi manusia adalah seperti:
Hujung

Anak tekak Rongga tekak Rongga hidung mulut

Pita suara Paru-paru

lidah Hadapan lidah Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Rahang

Rongga

Tenggorak Epiglotis

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada tengah lidah, hadapan lidah, dan empat bahagian, iaitu hujung lidah, belakang lidah. Pembahagian ini

membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke manamana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Bahagian dan kedudukan bahagian lidah:
a. Belakang lidah: bertentangan dengan lelangit lembut. b. Tengah lidah: bertentangan antara pertemuan lelangit keras

dengan lelangit lembut.


c. Hadapan lidah: bertentangan dengan lelangit keras. d. Daun lidah: sepanjang garisan yang menghadap gusi. e. Hujung lidah: bahagian yang paling akhir.

Tiga bahagian yang awal, iaitu belakang, tengah, dan hadapan lidah dikenali sebagai dorsum dalam bahasa Latin dan bermaksud tulang belakang kepada pertuturan manusia.

Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

Rongga. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga iaitu: o Rongga tekak o Rongga mulut o Rongga hidung Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak. Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam, sementara rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.

Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung pada keadaan, sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.

Kedudukan rongga

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tengkorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis

berkenaan.

Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli dan sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y] [p] [b] [t] [d] [k] [g] [s] [r] [l] [m] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara Konsonan letupan dua bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan sisian gusi bersuara Konsonan sengau dua bibir bersuara

Bunyi-bunyi konsonan Ialah bunyi-bunyi bahasa selain,bunyi vokal sama ada bersuara atau tidak bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan

satu geseran,yang berlaku dalam rongga mulut,rongga tekak atau rongga hidung.kesimpulannya bunyi-bunyi konsonan,mempunyai cirri-ciri berikut :

Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara,bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.

Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. Semasa menghasilkannya berlaku sekatan atau geseran dalam rongga tekak atau rongga mulut hasil daripada sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.

Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau,bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Seperti bunyi huruf vokal,penghasilan bunyi-bunyi konsonan ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut :

Rajah yang berikut memperlihatkan bunyi-bunyi konsonan Melayu asli: Cara Penghasilan Dua Bibir Gusi Daerah artikulasi Gusi Lelangit Lelangit Lelangit Keras Lembut Pita Suara

Letupan Letusan Geseran Getaran Sisian Sengauan Separuh Vokal

pb

td S R L N

Keras cj

kg

? H

m w

Keadaan glotis Glotis di rapatkan dan pita suara bergetar tatkala arus udara keluar dari paru-paru,menghasilkan bunyi-bunyi suara.glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.menghasilkan bunyi tidak bersuara.perlu diingat bahawa jika glotis dirapatkan dan pita suara tidak bergetar semasa arus udara dari paru-paru melalui nya.bunyi yang terhasil ialah bisikan.

Lelangit lembut Jika lelangit lembut dinaikkan,bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral.jika lelangit lembut diturunkan,udara dari paruparu dapat keluar melalui rongga hidung,menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.

Cara arus udara

Keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan iaitu konsonan letupan,konsonan letusan,konsonan geseran,konsonan sengau,konsonan sisian,konsonan getaran dan separuh vokal.

Cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa melayu dihuraikan mengikut cara penghasilannya iaitu dari segi arus udara keluar dari paru-paru. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa melayu iaitu letupan,letusan,geseran,getaran,sisian,sengau,dan separuh vokal.

Konsonan letupan. Konsonan letupan (hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan diantara alat artikulasi.pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi (merapatkan alat sebutan dengan mana-mana daerah sebutan. Ini menyekat arus udara dari paru-paru.sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta merta,menghasilkan bunyi letupan.jika sekatan ini tidak dilepaskan,akan terhasil bunyi hentian glotis [ ? ]. Seperti yang telah dijelaskan,selain hentian glotis,letupan-letupan lain dalam bahasa melayu ialah letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara,letupan gusi bersuara dan tidak bersuara.

Letupan dua bibir [ p ] (tidak bersuara) dan [ b ] (bersuara)

Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari paru paru tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga.arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.kemudiannya,sekatan itu dilepaskan dengan serta merta. Semasa menghasilkan bunyi itu,glotis direnggangkan,pita suara tidak bergetar,dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara,iaitu [ p ].tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,yang terhasil ialah letupan dua bibir bersuara [ b ].contoh penggunaan dalam perkataan :

Pakar Api Tiap

bungkus abadi sebab

Letusan gusi [ t ] ( tidak bersuara ) dan [ d ] ( bersuara ) Cara menghasilkan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan

tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi.kemudian,sekatan itu dilepaskan dengan serta merta. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan,pita suara tidak bergetar,dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letusan gusi tidak bersuara,iaitu [t].tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,yang terhasil ialah letusan gusi bersuara [d].contoh kehadiran dalam perkataan : Tiap Datin

Letupan lelangit lembut [k] (bersuara) dan [g] (bersuara)

Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan belakang lidah dirapatkan ke langit lembut,arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang dengan lelangit lembut.kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta merta.

jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar,bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,bunyi yang terhasl ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].contoh perkataan ialah :

lepak

gila

Hentian glotis [ ? ] Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat serapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

Arus udara dari paru-paru dan tersekat dibelakang rapatan pita suara.rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta merta tanpa menggetarkan pita suara.justeru terhasillah bunyi hentian glotis.hentian glotis di akhir perkataan perkataan yang di eja dengan huruf k misalnya :

[ buda ? ] [ kapa ? ] [ tida ? ]

Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]

Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan lelangit lenbut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga

mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal,contohnya kehadiran dalam perkataan :

Hutan Sahaja Suluh

Cara membunyikannya:

1. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara digetarkan. 4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh: Awal silap [silap] latu [satu] Tengah Lasak [lasak] lesu [lsu] Akhir pedas [pdas] lemas [lmas]

Konsonan sengau dua bibir [ m ] Konsonan sengau dua bibir atas,lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.contoh kehadiran dalam perkataan :

Malam Aman Siam

Konsonan sengauan(nasal) ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung.

Contoh cara menyembunyikannya adalah seperti berikut: Cara membunyikannya:

1. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan

arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.


3. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga

hidung. 4. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. 5. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m].

Contoh: Awal macam [maam] murah [murah] Tengah teman [tman] lumba [lumba] Akhir ketam [ktam] badam [badam]

konsonan sengau gusi [ n ] konsonan sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dari gusi atas.lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.glotis dirapatkan dan pita suara bergetar contoh kehadiran dalam perkataan :

nampak tanak daun

konsanan sengau gusi-lelangit keras [] konsanan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah ditemu/dirapatkan ke langit keras.lelngit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.oleh sebab lambang [ ]tidak ada pada mesin taip,dalam sistem ejaan rumi bahasa melayu konsonan ini dilambangkan dengan hurufnya.contoh kehadiran dalam perkataan : nyawa

anyaman

konsanan sengau lelangit lembut [n]

konsanan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.dalam sistem ejaan rumi bahasa melayu,konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf,iaitu ng.contoh kehadiran dalam perkataan :

ngilu angah bising

konsanan sisian (l) konsanan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara dikiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan sisian,iaitu sisian gusi [l].konsonan sisian gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan ke dinding belakang rongga tekak.

Arus udara dari paru-paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah).glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.contoh kehadiran dalam perkataan ; Lambat Tuala cekal

Dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa melayu, terdapat hanya satu konsonan sisian iaitu sisian gusi, [l]. Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.

Cara membunyikannya:

1. Hujung lidah dikenakan pada gusi. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara dirapatkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5. Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [l]. Contoh: Awal lagu [lagu] lipat [lipat] Tengah tilam [tilam] kelam [klam] Akhir tebal [tbal] kekal [kkal]

Konsanan getaran (r) Konsanan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan/sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut,tetapi dengan cara menggetarkan lidah.dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan getaran iaitu konsonan getaran gusi [r]. Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah kearah gusi dengan menggetarkan hujung lidah.lelangit lembut dinaikkan

rapat ke dinding belakang rongga tekak.glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. contoh kehadiran dalam perkataan : Rambut Seru sukar

Konsonan getaran gusi bersuara [r] Cara membunyikannya:

1. Hujung lidah dikenakan pada gusi. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara dirapatkan. 4. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara. 5. Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r]. Contoh: Awal rapat [rapat] rugi [rugi] Tengah tiram [tiram] seram [sram] Akhir sabar [sabar] lebar [lebar]

REFLEKSI

Alhamdulillah, Akhirnya saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini.Setelah diberi tugasan ini, saya membahagikan beberapa kumpulan yang mengandungi dua ahli setiap kumpulan berdasarkan arahan yang telah ditetapkan. Saya dan rakan-rakan telah bekerjasama dalam menyempurnakan tugasan ini agar dapat disiapkan dalam tempoh yang diberi.untuk mendapat maklumat mengenai tugasan ini saya telah membuat rujukan di Pusat Sumber Zaba dengan cara memilih beberapa buah buku yang berkaitan untuk dijadikan bahan rujukan. Sehubungan dengan itu, saya telah meminjam buku-buku tersebut serta membuat salinan terhadap helaian helaian yang berkaitan. Selain itu juga, saya mendapatkan maklumat menerusi internet yang banyak memaparkan tentang tajuk ini,walaupun pada mulanya amat sukar bagi saya melakukannya.Saya telah meminta pensyarah menjelaskan lagi tentang perkara yang kurang jelas mengenai tugasan ini.Setelah menggabungkan maklumat daripada bahan

rujukan tadi,saya menyampaikan maklumat dalam bentuk Microsoft word dan membuat salinan dalam bentuk sebuah folio. Berdasarkan pengalaman ini,saya berharap agar saya dapat memperbaiki lagi hasil kerja saya dengan lebih baik untuk peringkat yang seterusnya pada masa hadapan.saya terharu kerana untuk menyiapkan tugasan ini,saya sanggup untuk bersengkang mata demi menghasilkan sesuatu yang menarik dan sempurna dalam tempoh yang ditentukan ini.InsyaAllah usaha seperti ini akan terus berterusan pada masa akan datang . Sebagai kesimpulan, sebagai seorang guru pelatih atau penuntut institut pengajian tinggi, kita haruslah sedar bahawa dan peka terhadap setiap kerja yang kita lakukan agar dapat menghasilkan sesuatu yang memuaskan dan menepati kehendak tugasan. Sesudahnya tugasan ini siap,barulah saya faham dengan lebih mendalam mengenai dihasilkan. Seterusnya,tugasan ini dapat disiapkan dengan mudah kerana adanya bantuan dari rakan-rakan seperjuangan saya,termasuklah Nor Hidayah bte Sedek iaitu rakan setugas yang sama-sama menyiapkan tugasan ini. Sebelum saya mengundur diri,saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan saya ini,dan tidak lupa juga kepada Pn.Nor Maizam bte Hamid yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. bidang bunyi-bunyi bahasa melayu itu dihasilkan atau dituturkan,misalnya bagaimana bunyi konsonan dalam bahasa Melayu itu

Terima kasih. SITI NADZIRA BINTI MUSTAFFA.

REFLEKSI

Alhamdulilah..... Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah kurnianya,akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini walaupun pelbagai rintangan dan dugaan saya harungi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini,dengan bantuan kawan setugas saya iaitu Siti Nadzira bte Mustaffa dapat juga saya menyiapkan tugasan ini,walaupun saya berdepan dengan masalah seperti,kekurangan bahan rujukan dan ketika tugasan ini disiapkan pusat sumber sedang diperbaiki,ini sedikit sebanyak telah melambatkan kerja mencari bahan di pusat sumber untuk melengkapkan tugasan saya.saya juga mencari bahan menggunakan internet,tetapi yang menjadi masalah kepada saya ialah ketika gelombang wayarles amat lemah dan mengalami kesukaran untuk melayari beberapa laman web

tertentu.walaubagaimanapun,masalah-masalah ini dapat saya atasi dengan berkat kesabaran dan bantuan dari rakan-rakan. Kini dengan menyiapkan tugasan ini barulah saya faham tentang adanya alat-alat artikulasi dalam bidang bahasa melayu satu ini.Dengan ini sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutama puan Nor Maizam binti Hamid yang telah memberi tunjuk ajar dan membimbing saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Terima kasih NOR HIDAYAH BINTI SEDEK.

KESIMPULAN Pada keseluruhannya, kerja- kerja untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak terutama sekali kami sendiri sebagai ahli kumpulan. Tanpa bantuan dan sokongan daripada daripada pihak pihak tersebut, mustahil kami dapat melaksanakannya dengan baik. Sebenarnya, kerja secara berkumpulan amatlah membantu bukan sahaja dalam meyiapkan tugasan seperti ini, malah juga pekerjaan pekerjaan yang lain. Sebenarnya, kerja kursus ini bukan sahaja hanya untuk memenuhi syarat sebagai tugasan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pelatih tetapi boleh juga dijadikan wadah dan sumber rujukan kepada kita semua. Walaupun hanyalah sekadar sebuah folio, namun isi kandungannya adalah ilmu yang berguna dan harus dikongsi bersama.

Konklusinya, usaha yang berterusan adalah kunci kepada segalasegalanya kerana tanpa usaha sesuatu pekerjaan itu mungkin tidak akan dapat diselesaikan dengan sempurna. Tugasan ini adalah hasil kerja keras dan usaha dari kami.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA NO.KAD PENGENALAN NAMA NO.KAD PENGENALAN UNIT KERJA KURSUS NAMA PENSYARAH

:SITI NADZIRA BTE MUSTAFFA : 910912-01-5540 :NOR HIDAYAH BTE SEDEK : 910106-11-5272 : PPISMP PRASEKOLAH(SEMESTER 1) : BAHASA MELAYU : PUAN NOR MAIZAM BINTI HAMID

TARIKH 2.8.2009

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Menerima soalan

CATATAN -Mencatat perkara

TANDATANGAN

tugasan dan taklimat daripada pensyarah bahasa melayu Pn.Nor Maizam bte Hamid

penting. -Soal jawab mengenai tugasan. -tugasan perlu dihantar pada 16 ogos 2009.

(Pn.Nor Maizam bt Hamid) (Nor Hidayah bt Sedek) (Siti Nadzira bt Mustaffa) (Ummi Kalthom bt Abdullah) (Koh Rou Wen)

(Muhd Azri bin Ahmad Anuar)

2.8.2009

Memahami kehendak soalan tugasan perbincangan bersama ahli dan rakan-rakan yang lain.

-Mencatat nota. -Menerima pendapat orang lain. -berkongsi maklumat. -membuat agihan tugas (Siti Nadzira bt Mustaffa) (Ummi Kalthom bt Abdullah) (Koh Rou Wen) (Nor Hidayah bt Sedek)

(Muhd Azri bin Ahmad Anuar) 3.8.2009 hingga 6.8.2009 Mencari maklumat dari internet/pusat sumber bersama ahli dan rakanrakan. -mencatat maklumat penting dari internet dan buku. -cetakan maklumat internet -catatan bibliografi -berkongsi maklumat. (Ummi Kalthom bt Abdullah) 7.8.2009 hingga 9.8.2009 Rujukan cara-cara menghasilkan senior yang berpengalaman. (Siti Nadzira bt Mustaffa) (Ummi Kalthom bt Abdullah) (Koh Rou Wen) 10.8.2009 hingga 11.8.2009 Menyediakan rangka kerja bersama ahli kumpulan. -mengumpul maklumat yang diperolehi. -memperbuat perbandingan maklumat (Nor Hidayah bt Sedek) -mencatat perkara penting (Nor Hidayah bt Sedek) tugasan. (Siti Nadzira bt Mustaffa) (Nor Hidayah bt Sedek)

tugasan dari senior- -bertanya mengenai

antara ahli kumpulan.

(Siti Nadzira bt Mustaffa)

12.8.2009 Hingga 13.8.2009

Berbincang dengan menghasilkan tugasan yang lebih baik.

-berkongsi maklumat (Nor Hidayah bt Sedek) (Siti Nadzira bt Mustaffa)

ahli kumpulan untuk -menghasilkan tugasan.

14.8.2009 Hingga 15.8.2009

Memperbetulkan kesalahan yang terdapat pada tugasan.

-menyemak tugasan. -memperbaiki kesalahan pada tugasan. -menghasilkan tugasan yang sempurna. (Siti Nadzira bt Mustaffa) (Nor Hidayah bt Sedek)

16.8.2009

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah.

-diterima dan direkod (Pn.Nor Maizam bt Hamid)

BIBLI0GRAFI

Tiada nama pengarang. Dilayari pada 6 ogos 2009. Di laman web http://www.tutor.com.my Tiada nama pengarang. Dilayari pada 6 ogos 2009. Di laman web http://www.yahoo.com.my

http:www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.scribd.com/doc/11838924/alat -artikulasi

Siri teks kolej fajar bakti,Linguistik am untuk guru bahasa malaysia,Abdullah Hassan. Oxford fajar,Siri pendidikan guru,Bahasa melayu satu,Siti hajar binti Abdul aziz Buku rujukan longman,Teks Pra u STPM ,Bahasa Malaysia 1,Goay Teck Chong,Choo Say Tee,Zaihudin Ahmad

You might also like