Di dalam bahagian ini akan dipaparkan tokoh-tokoh awal Jabariyyah serta dasar pemikiran yang dibawa. Walaupun pada hakikatnya setiap daripada peneraju aliran inimempunyai beberapa dasar pemikiran yang popular yang diikuti oleh pengikutnya tetapi penulis akan memfokuskan hanya dasar pemikiran yang melibatkan persoalan berkaitan perbuatan manusia(af’al al- ‘ibat) dengan perbuatan Allah(af’al Allah). Ini adalah keranaatas dasar pemahaman inilah penulis melihat ianya mempengaruhi cara berfikir segelintir masyarakat Melayu di samping budaya yang didokongi oleh mereka.
1.2(a)Aliran Al-Jahmiyyah dan Pemikirannya
Aliran Jabariyyah telah mula dipaparkan di dalam sejarah teologi Islam ialah oleh Ja’dIbn Dirham dan ia telah dikembangkan dengan hebatnya oleh Jahm bin Safwan al-Rasi.Seterusnya aliran ini digelar sebagai alilran al-Jahmiyyah bersempena dengan nama beliau. Aliran ini adalah sebuah aliran yang radikal dan ekstrem. Dalam aspek yang ingindibincangkan dalam kertas kerja ini iaitu persoalan perbuatan manusia(afal al-ibat), bahawa manusia tidaklah mempunyai kebebasan, kehendak, kemampuan(al-istiţa’ah)mahupun daya usaha sendiri. Di samping itu manusia juga dikatakan tidak mempunyaiikhtiar atau pilihan. Maka segala apa yang dilakukakan oleh manusia adalahdipaksa(majbur) dengan tiada kemahuan dan pilihan baginya . Segala perilaku dalamsesuatu yang berlaku adalah telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Maka segala perilakumanusia itu hanyalah simbolik semata-mata atau kiasan seperti mana peredaran bumi,terbit dan terbenamnya matahari serta pasang dan surutnya air laut yang semua itu didalam kawalan dan ketentuan Allah. Selain itu ia juga termasuk dalam melaksanakankewajipan, menerima pahala dan dosa .Dalam pernyataan yang lebih radikal sifatnya, mereka beranggapan bahawa kalau merekamencuri maka Allah yang mencuri, kalau mereka sembahyang maka Allah yangsembahyang, kalau mereka berpuasa maka Allah yang berpuasa dan begitulah seterusnya.Sehinggakan terdapat segelintir daripada mereka mempunyai fahaman yang lebih dalamiaitu menyatukan dirinya dengan kewujudan Allah. Mereka berkata “wujudnya danwujud Tuhan satu” . Ini juga adalah tergolong dalam golongan yang mempercayai konsepWahdatul Wujud sebagaimana yang dibincangkan di dalam perbincangan Tasawwuf.
1.2(b) Aliran Al-Najjariyyah dan Pemikirannya.
Al-Husayn bin Muhammad al-Najjar adalah pelopor kepada kumpulan kedua dalamaliran al-Jabariyyah. Selain dipanggil sebagai al-Najjariyyah ia juga dikenali sebagai al-Husayniyyah sempena nama beliau. Syahrastani di dalam kitabnya al-Milal wa al-Nihal berpandangan bahawa aliran yang dibawa oleh al-Husyan ini adalah aliran yang pertengahan atau moderat sifatnya.Mengenai persoalan perbuatan manusia(af’al al-‘ibad) dan perbuatan Allah(af’al Allah), beliau mengatakan bahawa Allah berkuasa sepenuhnya mencipta setiap perbuatanmanusia sama ada baik atau pun buruk iaitu sama sebagaimana pemikiran yang dibawaoleh Jahm bin Safwan. Tetapi yang membezakan di antara kedua-duanya ialah berkenaan persoalan kasb atau acquisition . Ini bermaksud manusia mempunyai pengaruh kepada
Leave a Comment
maksaih bnget