You are on page 1of 14

PERSEDIAAN MENGAJAR

MENGANDUNGI :
1. Butiran am
- tarikh /masa
- mata pelajaran
- tahun
- bilangan murid
- tajuk

2. Hasil pembelajaran
- Fokus utama – satu @ dua
- Fokus sampingan - satu @ dua

3. Objektif pembelajaran
- Pada akhir pelajaran ini murid dapat ( rujuk hasil pembelajaran
yang hendak dicapai ) :
1.
2.
3.

4. Sistem Bahasa–a.Tatabahasa
i) morfologi- struktur kata
- bentuk kata
- proses pembentukan kata
- golongan kata
ii) sintaksis – unsur utama ayat
- jenis ayat
- ragam ayat
- susunan ayat
- binaan ayat
- proses penerbitan ayat
- aspek tanda baca
b. Sistem Ejaan – pola keselarasan huruf vokal
- ejaan kata pinjaman
- ejaan kata dasar dan kata terbitan
c. Sebutan dan Intonasi – sebutan
- intonasi
d. Kosa kata
e. Peribahasa
5. Pengisian Kurikulum
a. Ilmu
b. Nilai Murni
c. Kewarganegaraan
d. Peraturan Sosiobudaya
e. Kemahiran Nilai Tambah
i) Kemahiran Berfikir
ii) Kemahiran Belajar Cara Belajar
iii) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
iv) Kajian Masa Depan
vi) Kecerdasan Pelbagai
vii)Pembelajaran Konstruktivisme
viii) Pembelajaran Kontekstual

6. Pengetahuan Sedia Ada Murid

7. Bahan Bantu Mengajar

PENULISAN OBJEKTIF

i.Secara eksplisit
– dalam bentuk perlakuan yang boleh dilihat di samping syarat dan
pencapaian minimum yang boleh dicapai dalam sesuatu p & p

ii. Perlu mengambil kira


– tajuk pelajaran, hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran bagi
sesuatu p & p

OBJEKTIF EKSPLISIT DITEKANKAN SEPERTI BERIKUT:

S SPECIFIC - KHUSUS
M MEASURABLE - BOLEH DIUKUR
A ATTAINABLE - BOLEH DICAPAI
R REASONABLE - BERSESUAIAN/LOGIK
T TIMELY - DALAM TEMPOH/JANGKA MASA
CONTOH- CONTOH

Bercerita Melaporkan Berlakon


Berbincang Menghuraikan Bertutur
Berbual Melabelkan Bersoal jawab
Mendengar Menyatakan Membaca
Menjawab Mengkategorikan Menyusun
Membina Menyenaraikan Merumus
Mencatat Menemubual Menyebut
Mengulas Mengemukakan Mencirikan
Membandingkan Mengenal pasti Menerangkan
Membezakan Menyampaikan Menamakan
Mengucapkan Mengecam Menganalisis
Menceritakan semula
Contoh

Persediaan Mengajar

Bahasa Melayu

Tahun 4
Tarikh/ Masa : 2 Mei 2008 / 8.00 – 9.00 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Mutiara
Bilangan murid : 30 orang
Tajuk : Putrajaya

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama

6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan


maklumat yang menyeluruh

Aras 1
i. menyatakan gambaran umum tentang sesuatu teks yang
dibaca

Fokus Sampingan

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara


tersurat dan tersirat

Aras 1
i. Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota


daripada bahan yang didengar atau dibaca

Aras 1
i. memilih dan menulis idea yang terdapat dalam
petikan yang dibaca atau didengar
Objektif Pelajaran :

Pada akhir pelajaran ini murid dapat :

1. menyatakan gambaran umum tentang teks , “ Putrajaya” yang telah


dibaca secara luncuran.
2. menyatakan sekurang-kurangnya 6 daripada 7 isi – isi penting
daripada teks
3. mencatat sekurang-kurangnya 6 daripada 7 idea atau isi penting
berdasarkan teks.

Sistem Bahasa:

a. Tatabahasa : Morfologi (Kata nama am dan kata nama khas)


b. Kosa kata : pentadbiran, perdana, lokasi, bestari,strategik

Pengisian Kurikulum:

a. Ilmu : Kajian Tempatan


b. Nilai Murni : Bekerjasama, menghargai
c. Kemahiran Bernilai Tambah:-
i)Kemahiran Berfikir : Mencirikan, Menghubungkait
ii)Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca dengan kritis,
Mencatat Nota,
Membuat Rujukan
iii)Kecerdasan Pelbagai: Muzik, Interpersonal, Intrapersonal

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah membaca / mendengar tentang


Putrajaya

Bahan Bantu Mengajar : Gambar bandar – bandar utama di Malaysia


,gambar Putrajaya ,borang pengurusan grafik, borang KWLH, kaset
lagu “ Keranamu Malaysia dan Fikirkan Boleh ”
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P & P Catatan
Masa

Set induksi 1.Rakaman lagu, 1. Murid menyanyikan Pengisisn


“ Fikirkan Boleh lagu, “Fikirkan Boleh” kurikulum:
3 minit ”
2. Murid menamakan Kecerdasan
2.Gambar bandar – bandar-bandar utama di pelbagai -
bandar utama di Malaysia berdasarkan muzik
Malaysia gambar yang
* Kuala Lumpur ditunjukkan oleh guru.
Kuantan
Kuching
Ipoh

Langkah 1 1. Borang KWLH 1. Murid diberikan Teknik


borang KWLH dan KWLH
7 minit 2. Soalan: diminta mengisi
a. Apakah yang ruangan K (perkara Kontekstual
kamu tahu yang diketahui) dan W
tentang (perkara yang ingin Kecerdasan
Putrajaya? diketahui ) tentang pelbagai -
b. Apakah yang Putrajaya intrapersonal
kamu ingin tahu
tentang
Putrajaya?

Langkah 2 1. Borang KWLH 1.Murid diberikan teks Nilai:


2. Teks, Putrajaya dan diminta membaca Patriotisme
25 minit 3. Isi – isi penting: secara luncuran untuk
a. pusat pentadbiran mendapatkan gambaran Kemahiran
b. sempena nama umum tentang teks Belajar
Perdana Menteri 2. Murid diminta mengisi Cara Belajar:
yang pertama. ruangan L ( perkara
c. bandar bestari yang dipelajari) Mencatat
tunggal di Asia berdasarkan teks yang nota
d. dalam kawasan dibaca.
Koridor Raya 3. Murid diminta
Multimedia menyatakan isi –
isi penting
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti P & P Catatan
Masa
Kemahiran
Langkah 3 1. Cara 1. Guru berbincang Belajar
10 minit mendapatkan bersama murid tentang Cara
maklumat cara mendapatkan Belajar:
tambahan : maklumat tambahan - membuat
- pusat sumber berkenaan Putrajaya. rujukan
- internet 2. Murid mengisi ruangan
- akhbar H ( bagaimana Kecerdasan
- majalah mendapatkan pelbagai :
maklumat tambahan ) Interpersonal

Langkah 4 1. Tatabahasa 1. Murid bersama rakan Kecerdasan


- Kata nama am diminta berbincang dan pelbagai :
10 minit dan kata nama menyenaraikan kata Interpersonal
khas nama am dan kata Intrapersonal
nama khas
2. Latihan – rujuk 2. Murid diminta Pemulihan
lampiran membuat latihan yang Pengayaan
disediakan

Penutup 1. Lagu- Keranamu 1. Murid menyanyikan Kecerdasan


Malaysia lagu, Keranamu pelbagai :
5 minit Malaysia. muzik
2. Murid diminta
merumuskan tentang Pengayaan
pelajaran hari ini.
FIKIRKAN BOLEH

Jika kau fikirkan boleh


Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan


Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Usahalah apa kau fikirkan


Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan


Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Kau boleh ( 3 X )
K- know W- what L – learn H- how

Apa yang Apa yang Apa yang Bagaimana


telah ingin telah mendapatkan
diketahui diketahu dipelajari maklumat
tambahan
PUTRAJAYA

Putrajaya ialah pusat pentadbiran kerajaan


persekutuan yang baru. Namanya diambil bersempena perdana
menteri yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra
al – Haj. Bagi tujuan membina bandar ini, tanah seluas 14,780
hektar di Perang Besar telah dipilih untuk dibangunkan.
Kawasan ini dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik di
antara Bandaraya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang
Antara Bangsa Kuala Lumpur.
Putrajaya dibangunkan mengikut konsep bandar
dalam taman. Ciri – ciri keindahan alam sekeliling
di kawasan itu turut diambil kira. Di samping itu reka bentuk
bangunannya pula mengambil kira ciri – ciri moden
dan tradisional. Di sini dibina bangunan pentadbiran kerajaan,
pusat perdagangan, pusat kebudayaan dan kawasan rekreasi.
Putrajaya juga merupakan bandar bestari tunggal
di Asia yang dibangunkan di kawasan Koridor Raya
Multimedia. Bandar ini dilengkapi dengan rangkaian
komputer yang canggih supaya urusan pentadbiran berjalan
dengan lebih lancar dan berkesan.
PUTRAJAYA
Lengkapkan tempat kosong dengan maklumat yang sesuai
berdasarkan teks.

1. Pusat pentadbiran kerajaan yang baru ialah __________.

2. Pembangunan di Putrajaya berkonsepkan __________


dalam taman.

3. Bandar bestari ini dilengkapi dengan rangkaian


__________ yang moden dan canggih.

4. Putrajaya terletak di antara _____________________.

5. Reka bentuk __________ Putrajaya bercirikan moden


dan tradisional.

6. Putrajaya berkaitan dengan nama _______________.


KERANAMU MALAYSIA

Buruh nelayan dan juga petani


Gaya hidup kini dah berubah
Anak – anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi


Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalanraya

Alam siber teknologi terkini


Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota atau di desa
Kita semua pasti berasa bangga

Keranamu , kami mendapat tuah


Keranamu, kami bangsa berjaya
Keranamu, kami hidup selesa
Demi bangsa kemakmuran negara

Keranamu, kami bebas merdeka


Keranamu, nyawa dipertaruhkan
Keranamu, rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu, Negara Malaysia,


Malaysia,
Terima kasih Malaysia

You might also like