You are on page 1of 4

INSTITUT SUKAN NEGARA

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2008


(KOTA BHARU

14 -18 SEPTEMBER 2008)

SOALAN TUGASAN (ANATOMI DAN FISIOLOGI LATIHAN)

NAMA : WAN RUZAILAN BIN WAN DAUD ALAMAT : NO 2, JALAN PUTRA PERMAI 8G, TAMAN EQUINE, 43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR NO. TELEFON : 012 2095040
Soalan 2

A. Huraikan mengenai sistem kardiovaskular Terdiri daripada jantung, salur darah dan paru-paru, jantung mengepam darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian tubuh melalui jaringan tiub yang disebut arteri dan cabangnya yang lebih kecil dipanggil ateriol. Darah akan kembali ke jantung melalui salur kecil yang disebut venul dan kemudian melalui tiub yang lebih besar disebut vena. Fungsi sistem ini ialah mengitar darah dan komponenya ke seluruh tubuh. Dalam proses ini, darah menghantar nutrien, hormon dan oksigen ke sel-sel serta membuang bahan kumuhan selular serta karbon dioksida daripada tisu.

B. Jelaskan mengapa sistem ini begitu penting dalam profil seorang atlet
Sistem kardiovaskular amat penting dalam profil seorang atlit kerana

ketidaksempurnaan pada

sistem ini menyebabkan oksigen dan nutrien tidak dapat

dibekalkan keseluruh badan termasuklah kepada otot-otot yang sedang bekerja. Jika otot otot yang sedang bekerja tidak dapat menerima oksigen secukupnya berkemungkinan akan mengalami kelesuan dan tidak mampu untuk menjana pengeluaran tenaga, Sistem ini merupakan nadi kepada badan seseorang iaitu sebagai pengangkut oksigen, darah, nutrien yang mana akan dihantar keseluruh badan untuk proses penghasilan tenaga seterusnya membuang bahan kumuhan daripada otot dengan membawa tisu-tisu ke buah pinggang dimana ianya dibuang. Tanpa sistem kardiovaskular yang baik seseorang atlit bukan hanya tidak mampu menghasilkan tenaga tetapi akan menjadikanya tidak bermaya dan lesu kerana jantung tidak dibekalkan dengan oksigen yang mencukupi seterusnya oksigen,dan nutrien tidak dapat dihantar keseluruh badan dengan kadar keperluan yang dikehendaki oleh badan.

C. Berikan contoh-contoh bagi menjelaskan jawapan anda dalam bahagian (B)

Sistem ini penting bagi seseorang atlet kerana jantung yang baik akan memberi bekalan oksigen yang mencukupi untuk penggunaan tenaga yang terhad seperti adenosine triphosphate (ATP), creatine phosphate (CP) dan glikogen. Semasa latihan defisit oksigen berlaku kerana atlet bergantung pada ATP, CP dan glikosis anaerobic (yang menghasilkan asid laktik). Apabila pengambilan oksigen memenuhi keperluan, satu keadaan yang stabil akan berlaku dan seseorang itu mampu terus berlatih selagi dapat ditampung oleh bekalan tenaga yang ada. Selepas latihan, oksigen mula kembali ke tahap rehat secara perlahan-lahan. Pemulihan dalam pengambilan oksigen secara berlebihan semasa rehat dipanggil hutang oksigen (oxygen debt). Hutang ini digunakan untuk menampung defisit oksigen bagi menggantikan ATP dan CP, untuk membuang asid laktik serta menggantikan glikogen dalam hati dan otot yang digunakan semasa latihan. Sistem kardiovaskular yang baik ini secara langsungnya mampu menambah tahap kecergasan seseorang atlit.

D. Huraikan satu kaedah latihan yang sesuai untuk melatih sistem ini.
Satu kaedah latihan yang boleh dijalankan ialah latihan aerobik diantaranya ialah: 1. Latihan Fartlek (daya tahan system tenaga) Atlet berlari dengan kelajuan yang berbeza secara selang seli sama ada di permukaan rata atau berbukit. Tempat latihan boleh dibuat dimana-mana yang selamat untuk mengelakkan kebosanan. 2. Latihan Litar (daya tahan otot) Mengandungi 8-10 stesen disusun secara litar. Setiap gerakkerja yang berlainan dinomborkan dan atlet melakukan latihan mengikut ulangan yang ditetapkan pada setiap stesen. Satu litar yang baik disusun tidak membebankan satu jenis otot yang sama sahaja. Jenis latihan di setiap litar

biasanya ialah squat jump, sit up,barbell, tekan tubi, lari ulang alik dan burpee Objektif kaedah ini ialah:a. Membina dan meningkatkan system kardiovaskular b. Mencapai Vo2 max yang lebih tinggi c. Meningkatkan kadar kerja menggunakan kapasiti aerobic d. Vo2 max boleh ditingkatkan lebih daripada 30% Kelebihan latihan ini pula ialah:1. Meningkatkan dayatahan dan kelesuan serta tenaga tambahan 2. Mengawal lemak badan 3. Mencantikan otot 4. Meningkatkan stamina dan daya tahan otot

You might also like