You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK SENTOSA KALI KE ___ TAHUN 2013

Mengumumkan ketibaan Yg Berusaha Kapt Dr Hj Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan diringi Yang Dipertua PIBG, Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan. Majlis mengalu-alukan ketibaan tuan. Diminta para hadirin berdiri tegak untuk kita sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku. Dipersilakan Terima Kasih. Bismillahhirrahmannirrahim Bunga kecubung berwarna ungu Ditatah berlian batu bermutu Adat Melayu menyambut tetamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Yang dialukan, 1. Yg Berusaha Kapt Dr Hj Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan 2. Yang Berusaha En. Johari b. Abd Hamid, Yang Dipertua PIBG SK Sentosa, Kampar 3. Yg Berusaha En Fairuzzabadi b. Zamzuri Guru Besar SK Sentosa, Kampar. Aluan 4. Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sentosa, Penolong-Penolong Kanan, guruguru, ibubapa dan seterusnya hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersamasama dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sentosa Kali Ke____ Tahun 2013. Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi terima kasih diatas kehadiran para tetamu, ibu bapa berkumpul dan berhimpun dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai ahli PIBG SK Sentosa ini. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan dan mencari mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak1

Ketibaan

Lagu Negaraku

anak SK Sentosa dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin mahupun sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama. Para hadirin sekalian, Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput Tn Hj Rosli b. Suhaime untuk mengetuai bacaaan doa. Dipersilakan. Amin-amin Ya Rabbil alamin. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan-Nya. Insya-Allah. Adat bahasa menyampaikan pesan Adat upacara menyampaikan ucapan Para hadirin sekalian, UCAPAN ALUAN YDP Bagi memulakan pada petang ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Johari b. Abd Hamid, Yang Dipertua PIBG SK Sentosa untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan. Untaian madah kata alaun Untaian ingatan sepanjang zaman Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa UCAPAN GB Para hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Fairuzzabadi b. Zamzuri, Guru Besar SK Sentosa untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi.

Yang ditunggu sudah tiba Yang dinanti sudah bersedia Perahu kolek di hilir tanjung sarat bermuat kayu jati salam tersusun sirih junjung Amanat tetamu kita amati Cempaka Sari Warisan Sejati Menjadi Kebanggaan Seisi Negeri Ucapan Perasmi Memang Dinanti Berilmu Tinggi Bijak Bestari. Para hadirin sekalian, Dengan penuh rasa tazim, majlis mempersilakan Yang Berusaha Kapt Dr Hj Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sentosa kali ke___ Tahun 2013. Dipersilakan. Maka rasmilah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sentosa kali ke___ Tahun 2013. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan PPD atas ucapan itu tadi. Tunduk menguning serumpun padi Pohon palas di pinggir hutan Tuan mencurah selaut budi Tidak terbalas segunung intan Penyampaian Cenderahati AJK PIBG Seterusnya majlis penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG SK Sentosa yang lalu, Sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan, komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh barisan AJK PIBG. Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yg Berusaha Yang DiPertua PIBG, En Johari b. Abd Hamid untuk mengiringi Yang Berusaha Kapt Dr Hj Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan bagi menyampaikan cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sentosa yang lalu.

UCAPAN Perasmi

Anak Perak berbudi bahasa, Luhur hati tetamu dimulia, Sumbangan diberi tanda berbudi, Seikhlas hati sepenuh jiwa. Penyampaian Cenderahati Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yg Berusaha Yang DiPertua PIBG, En Johari b. Abd Hamid untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Kapt Dr Hj Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan. Terima kasih kepada tuan PPD diatas kesudian menyerikan majlis pada pagi ini. Nyanyian alam menusuk sukma, Hutan Belum jadi tarikan, Pertemuan kita sedetik Cuma, Salah dan silap harap maafkan. Penutup Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sentosa kali ke___ Tahun 2013.. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri. Dengan ini, saya sudahi dengan wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB.. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Dengan itu, majlis menjemput tetamu kita, untuk bersama-sama menikmati hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Jamuan

You might also like