You are on page 1of 12

1.

PENDAHULAN Ibnu Battuta merupakan pengembara Islam Eropah yang terkenal di seluruh

dunia. Ibnu Battutah dibesarkan dalam sebulah keluarga Islam yang taat beragama dan mengamalkan sunnahNya dengan sempurna. Melalui pengaruh baik tersebutlah beliau berjaya menjadi seorang insan yang berilmu dan berdedikasi. Beliau mendalami pelbagai ilmu agama dan telah menggaplikasinya dengan baik dalam kehidupan beliau. Beliau bukan sahaja seorang pengembara terkenal, malah seorang penulis yang hebat juga dengan kewujudan bukunya iaitu Rihlah. Ibnu Batutta memulakan pengembaraan beliau secara berperingkat. Ibnu Battuta telah melakukan pengembaraan secara meluas yang di mana pada ketika itu tiada seorang pun yang mampu mengembara sejauh yang beliau lakukan. Selama hampir 30 tahun, beliau telah mengunjungi tiga benua bermula dari Afrika Utara, Afrika Barat , Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara hinggalah ke negara China. Beliau turut memberi sumbangan yang meluas kepada masyarakat terdahulu hingga kini. Beliau telah menyumbangkan banyak ilmu dalam pelbagai bidang seperti geografi ketamadunan, sejarah dan penulisan. Malah beliau turut menyumbang secara rohaniah dalam diri saudara Islam yang lain dalam bidang pengembaraan. Sehingga ke hari ini, sejarah dan kisah pengembaraan beliau dikenang oleh setiap yang mengenali beliau dan sentiasa menjadi inspirasi kepada masyarakat dalam menerokai perkaraperkara baru.

2.0

BIODATA Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim

At-tanji dan digelar Syamsuddin bin Battutah. Beliau juga dikenali sebagai seorang pengembara yang jujur oleh tokoh orietalis yang bernama Dozy. Beliau dilahirkan di Tangier 17 Rejab 703 Hijrah/ 25 Februari 1304 . Tangier merupakan sebuah kota yang berhampiran selat di Gibrattel, Morocco. Beliau juga merupakan seorang yang berbangsa Berber, iaitu salah satu suku kaum orang Afrika Utara di Lembah Nil yang tersebar luas di Atlantik Mesir. Beliau juga merupakan kaum Muslim dari puak Sunni, iaitu golongan Islam yang paling ramai di dunia dan dikenali sebagai Ahli Sunnah wal Jamaaah. Ibnu Battuta dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat beragama dan mengamalkan sunnah dengan betul dan sempurna. Melalui pengaruh yang baik itulah telah melahirkan seorang insan yang berdedikasi dan berilmu. Selain itu, Ibnu Battuta begitu tertarik untuk mendalami ilmu-ilmu fiqh, sastera dan syair Arab. Dengan mendalami ilmu-ilmu agama dan dunia, Ibnu Battutah muncul menjadi seorang cendekiawan, sasterawan puisi, teologis dan ulama dalam Mazhab Maliki. Mazhab Maliki merupakan mazhab fiqh yang tertua dalam Islam sunni dan mengamalkannya di Afrika Utara dan Afrika Barat. Mazhab maliki menggunakan Al-quran, hadis, ijma dan qiyas sebagai sumber tambahan dan juga menggunakan amalan orang Islam Madinah. Seawal usia 6 tahun, kehidupan beliau diwarnai dengan pelbagai pengaruh yang mendatangkan faedah dan pelajaran yang berlandaskan agama dan Al-quran. Beliau merupakan salah satu anak muda di Tangier yang keluar merantau untuk mencari ilmu dan memperluaskan ilmunya serta pengalaman beliau.
2

Ibnu battutah telah meninggalkan kampung halamannya pada hari Khamis 2 Rajab 725 Hijrah/14 Jun 1325 Masihi. Beliau baru sahaja berumur 21 tahun empat bulan pada ketika itu. Tujuan beliau adalah untuk menunaikan ibadah haji ke Tanah suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah. Di situlah mulanya detik perjalanan beliau yang amat memberikan impak yang besar kepada beliau dan memberikan pelbagai kebaikan kepada beliau. Selama hampir 30 tahun, beliau telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat , Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China. Pengembaraan beliau telah mencapai 75 ribu batu atau sejauh 120 ribu kilometer. Kehebatan beliau mampu mengalahkan sejumlah penjajah Eropah yang terkenal dengan kehebatannya seperti penjelajah Christopher, Columbus, Vasco de Gama dan Magellan yang mulai belayar 125 tahun setelah Ibnu Battutah. Semasa di bumi Aceh,, Serambi Mekah, beliau terdampar di Samudera Pasai Tenggara semasa kerajaan Islam pertama di Nusantara pada abad ke-13M. Beliau telah berada di Samudera Pasai Tenggara selama 15 hari pada tahun 1345. Beliau juga telah mengatakan bahawa Samudera Pasai Tenggara sebagai negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan indah. Akhir sekali, beliau telah mengakhiri catatan perjalanannya dengan sebuah kalimat Akhirnya aku sampai juga di Kota Fez (Moroko). Di situ beliau menuliskan hasil pengambaraannya, dan meninggal dunia di Maroko pada tahun 1377 M. Ibnu Battuta telah memberitahu bahawa pada abad pertengahan, peradaban telah tumbuh dan berkembang di bumi Nusantara, sejajar dengan raja-raja lain di dunia. Ibnu Battuta telah memerintah umatnya dan mengembara dan menjelajah muka bumi ini dengan sifat-sifat murni yang telah tertanam di dalam diri beliau.
3

3.0

IBNU BATTUTA PERINTIS PENGEMBARAAN Ibnu Batutta memulakan pengembaraan beliau secara berperingkat. Pada

peringkat pertama, beliau memulakan perjalanan dari Tunis, Mesir, Syria, Iraq dan beberapa negeri di utara Semenanjung Tanah Arab dan terus ke Makkah dan Madinah (The Journey Of Ibnu Batutta, James Rumford, 2004). Pada ketika itu beliau baru berumur 21 tahun,iaitu pada tahun 725 hijrah/ 1325 masihi. Beliau kemudiannya mengembara merentasi padang rumput Asia ke India, Malvides dan ke China. Dalam perjalanan ini beliau banyak bertemu banyak para ulama dan ilmuan seperti Syeikh Abi al-Abbas Ibn Abd al-Zahir. Pada peringkat kedua,perjalanan bermula pada 729 hijrah /1329 masihi dari Kota Makkah menuju ke selatan Iraq, Median ke selatan Parsi dan ke Kota Baghdad. Dari Baghad beliau ke Tabriz, Utara Mesopotamia dan kemudian balik semua ke Baghdad dan dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah. Sepanjang perjalanan beliau terpaksa menyeberangi padang pasir dan menghadapi berbagai-bagai bahaya dan cabaran. Beliau juga telah melintasi daerah yang biasa dikunjungi oleh musafir dan pedagang-pedagang dari Afrika Utara dan Andalusia yang menjadi laluan jemaah haji setiap musim. Beliau juga menziarahi Kufah dan kesan-kesan tinggalan pemerintahan Saidina Ali seperti mihrab beliau,tempat beliau dibunuh dan rumah terakhirnya (The Travels Of Ibnu Battuta :in the Near East, Asia and Africa, Samuel Lee2004). Pada peringkat ketiga, setelah berada di Makkah selama kira-kira dua atau tiga tahun bagi tujuan mendalami pengetahuan ilmu agama,kemudian beliau memulakan pengembaraannya peringkat ketiga. Pada peringkat ini, beliau memulakan

pengembaraanya dengan membawa pembantu. Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga sampai di Oman, Humuz dan Bahrain yang terletak di kawasan Teluk Parsi. Semasa beliau belayar di pantai Laut Arab untuk smpai ke Oman dan Bahrain, beliau sempat menyaksikan bagaimana penyelam-penyelam

mengeluarkan mutiara dari dasar Laut Arab. Dalam tempoh itu juga beliau sempat menghadap amir-amir di negeri-negeri tersebut. Dari Teluk Parsi beliau kembali semula ke Makkah melalui jalan darat untuk menunaikan ibadat haji buat kali ketiga pada tahun 732 hijrah/1332 masihi. Pada peringkat keempat,Ibnu Battuta memulakan pengembaraanya menuju ke Turki atau Asia Minor, Bulgaria, selatan Rusia, dan kemudian ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afghanistan, dan hinggalah tiba di India iaitu di kawasan Sungai Indus. Seterusnya beliau meneruskan perjalanan menuju ke Constantinople melalui jalan darat dan laut selama lebih kurang sebulan. Keadaan di Constantinople pada ketika itu adalah yang paling indah pernah beliau saksikan sepanjang perjalanan beliau walaupun hanya meninggalkan baki akibat daripada penaklukan tentera salib. Beliau sampai di India pada tahun 733 Hijrah/1333 Masihi. Di India beliau menetap selama lapan tahun. Dalam tempoh itu beliau pernah dilantik menjadi qadhi besar Delhi di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Ibn Tughluq. Akhirnya,beliau telah dihantar oleh Sultan Muhammad Ibn Tughluq dari Delhi sebagai utusan Kesultanan Delhi, India ke negeri China. Dalam perjalan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa.Apabila sampai di China beliau mendarat di pelabuhan yang di kenali pada masa itu sebagai zaitun. Beliau sempat berkenalan dengan para ulama dan
5

kaum terpelajarnya di sana. Dari sana beliau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan pada 753 Hijrah/1352 Masihi melalui padang pasir Sahara. Dengan ini beliau menamatkan pengembaraanya sejauh kira-kira 120,000 kilometer (75,000 batu) iaitu suatu perjalanan yang amat jauh yang belum pernah dilakukan oleh ahli-ahli pelayaran pada zaman pertengahan yang memakan masa selama kira-kira 27 atau 28 tahun iaitu antara tahun 725-753 H/1325- 1352 M (The Travel of Ibnu Batutta, Tim Mackintosh Smith, 2003).

4.0

SUMBANGAN IBNU BATTUTA Ibnu Battuta dilahirkan di Tangier di Maghribi pada 1304 Masihi. Ibnu Battuta

adalah nama keluarga dan dengan nama ini beliau menjadi terkenal. Beliau berasal dari suku Berber daripada Luwata. Ibnu Battuta berazam bahawa dia akan keluar pada perjalanan beliau dari ini bandar Tangier pada 14 Jun, 1325 Masihi. Perjalanannya dilanjutkan sepanjang tempoh tiga puluh tahun dan dalam tempoh ini beliau telah mengembara ke atas seluruh dunia Islam di Asia dan Afrika. Dari Maghribi beliau mengembara ke Tlemcen, yang terletak di Algeria. Kemudian beliau mengembara ke Algiers, Mitija, Jurpura, Bougie, Bona, Tunis, Sus, Qabis, Tripoli dan Alexandria. Dari Alexandria beliau mengembara ke Damietta, Fariskur, Ashmun, Samanud dan Kaherah. Dari Kaherah, beliau mengembara ke Mesir Atas seterusnya melalui Dayr al-Minia, Manflut, Asyut, Ikhmim, Qina, Qu, Luxor, Kana dan Eifu dan beberapa tempat lagi yang kini adalah bandar maju seperti Syria, Iraq, Iran dan India yang bertempat di Delhi
6

selain bertempat di Kepulauan Nusantara (Great Personalities In Islam, Badr Azimadi, 2007) . Ibnu Battuta adalah seorang pengembara dan penulis di dalam Islam. Banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada masyarakat. Beliau juga adalah seorang pemerhati yang baik. Antara sumbangan beliau ialah dalam bidang geografi. Ibnu Battuta juga telah mencatatkan tentang tempat yang telah dilawati oleh beliau dengan kemas dan mudah untuk difahami. Tambahan pula, beliau juga telah mengkaji tempat yang dilawati dengan mendalami pengetahuan geografi tempattempat tersebut. Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 1353 Masihi yang mana telah memerlukan masa yang lama. Tambahan pula, Ibnu Batutta turut memberi sumbangan dalam bidang sejarah apabila beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi. Antara pemerintah yang pernah beliau temui ialah Genghis Khan dan Sultan Muhammad Tughlaq (Travelling Man : The Journey of Ibn Battuta 1325-1354, James Rumford, May 2004) . Hubungannya dengan mereka telah dicatat di dalam bukunya Rihlah, antara perkara yang terkandung di dalam buku tersebut ialah tentang aspek sosial, ekonomi dan politik yang boleh didapati terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam. Beliau juga telah memberi sumbangan kepada ilmu sejarah dengan pengislaman nusantara. Ibnu Battuta juga telah meberi sumbangan yang lain seperti telah menaikkan semangat pengembaraan kepada orang Islam malah memberikan semangat baru ataupun nafas baru kepada pengembara-pengembara lain yang ingin mengikut jejak langkahnya. Beliau juga telah digelar oleh para orientalis sebagai The Prince of Muslim Travellers. Di samping itu, pengembaraannya juga yang mengambil
7

masa selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan pengembara terkenal seperti Marco Polo ( The Odyssey of Ibn Battuta, David Waines, October 2010) .

5.0

KEPENTINGAN IBNU BATTUTA KEPADA SEJARAWAN SEDUNIA Abu Abdullah Muhammad Ibnu Abdullah Al Lawati Al Tanji Ibnu Battuta adalah

seorang pengembara Islam di abad ke-14 Masihi. Beliau dilahirkan di Morroco atau Maghribi, pada tahun 1304 (The Adventure Of Ibn Battuta, A Muslim Traveler Of The 14th Century, Ross E. Dunn, 2004 ) . Sememangnya tidak dinafikan, beliau merupakan antara pengembara yang terhebat sejak zaman berzaman. Beliau dapat mengembara secara meluas di bawah perlindungan agama Islam kerana ketika itu raja-raja Mongol iaitu pemerintah kepada tentera-tentera Parsi dan barat Asia Tengah memeluk Islam (The Travels and Journals of Ibn Battuta ,Clinton Grant). Beliau telah berjaya melakukan pengembaraan berpuluh ribu batu dan pelayaran terakhir beliau adalah di sub-Sahara Afrika, salah satu tamadun berkembang Afrika Barat pada ketika itu. Beliau kekal di sana seketika sebelum kembali semula melalui bandar Timbuktu (Ibn Battuta Travels In Asia And Africa, H.A.R Gib, 1929) Pengembaraan beliau sejauh berpuluh ribu batu telah memberi kesan kepada ketamadunan manusia dan juga hasil penyelidikan sejarawan sedunia. Ibnu Battuta merupakan tokoh yang penting kerana hakikat bahawa beliau sebenarnya mendokumenkan atau merekodkan setiap inci butiran perjalanan beliau. Walau ke mana sahaja beliau jejaki dan tamadun apa jua yang beliau temui, Ibnu
8

Battuta sentiasa mendokumenkan perasaannya dan pendapatnya sendiri terhadap adat dan tradisi mereka, persediaan politik dan sosial mereka. Kesemua rekod-rekod tentang perjalanannya dimasukkan ke dalam sebuah buku yang dipanggil Rihla. Apa yang penting tentang ini ialah bahawa tanpa catatan beliau, tidak mungkin ketamadunan yang banyak dan berbeza-beza dapat ditemui. Sejarawan juga mungkin tidak akan pernah tahu tentang kewujudan tamadun-tamadun yang lebih kecil tanpa buku Ibnu Battuta. Sebagai contoh, Ibnu Battuta telah memberi kesan dalam sejarah Afrika Barat. Dengan kewujudan Rihla, dan ketiadaan rekod-rekod lain pada ketika itu, Ibnu Battuta secara tidak langsung menyediakan sejarah sepintas lalu ke dalam sejarah Afrika Barat (Tim Mackintosh Smith, 2003). Hal ini menjadi sesuatu yang penting kepada setiap individu di Afrika Barat. Contoh yang lain, seperti yang dikatakan oleh Ross E.Dunn dalam mukadimah bukunya iaitu The Adventures Of Ibnu Battuta, A Muslim Traveler Of The 14 th Century, Ibnu Battuta membimbing beliau secara jauh dan meluas dalam dalam konteks Hemisfera Timur iaitu berkaitan dengan usahanya dalam menulis bukunya. Beliau telah mendapatkan nasihat dan kritikan daripada bilangan ulama-ulama dan rakan-rakan yang luar biasa daripada biasa. Ross E.Dunn juga menyatakan bahawa minatnya untuk menulis buku ini bermula sejak beliau menghabiskan masa beliau menterjemah sebahagian daripada sebuah naratif oleh sebuah kelas, pelajar lulusan sebuah sekolah Arab. Beliau banyak bergantung pada pelbagai sumber bagi menyelesaikan masalah pemahaman teks dan

tatabahasa yang beliau hadapi ketika melaksanakan penyelidikan bagi menulis buku tersebut. Beliau menggunakan buku Rihla terbitan edisi bahasa Arab yang kemudiannya mendorong beliau untuk menyelami bahasa tersebut malah beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi masalah tatabahasa dan memahami maksud teks.

6.0

CADANGAN DAN HARAPAN Ibnu Battuta adalah antara pengembara yang tersohor dan termashyur yang

telah kita ketahui sekian lama. Beliau telah mengembara hampir seluruh dunia dan telah menimba pelbagai pengalaman di sepanjang perjalanannya. Beliau juga telah menbukukan pelbagai pemerhatian dan pengkajian beliau yang boleh dianggap sebagai berprestij dan boleh diguna pakai yang merangkumi aspek ekonomi, sosial, politik serta ilmu sosiologi dan antropologi. Antara cadangan yang boleh diutarakan yang boleh diterapkan di dalam diri seorang pelajar ialah dengan gigih mendalami pelbagai ilmu merangkumi pelbagai aspek seperti ilmu ekonomi, ilmu perniagaan serta ilmu pengembaraan. Contohnya, seorang pelajar itu haruslah tidak meletakkan had dalam mendalami ilmu kerana ilmu adalah subjektif dan meluas. Selain itu, seorang pelajar itu haruslah rajin membuat penyelidikan dan kajian tentang sumbangan tokoh ilmuwan Islam. Sebagai contoh, pelajar mestilah mencari rujukan samada di perpustakaan mahupun internet sebagai

10

medium mencari maklumat. Oleh itu, pelajar dapat mengembangkan ilmu pengetahuan sekaligus mengambil iktibar untuk dijadikan panduan harian dalam kehidupan. Sebagai harapan seorang pelajar, kita perlulah mengadaptasi kehidupan seorang tokoh Islam yang baik untuk diterapkan ke dalam hidup kita. Ia juga dapat memberi impak yang besar kepada hidup kita seterusnya akan memperbaiki gaya hidup kita ke arah yang lebih baik mengikut landasan Islam. Oleh itu, pelajar dapat mengembangkan ilmu pengetahuan sekaligus mengambil iktibar untuk dijadikan panduan harian dalam kehidupan.

7.0

PENUTUP Konklusinya, sejarah Islam telah meninggalkan pengaruh yang besar dan

mendalam kepada generasi pada masa kini. Antara kesan yang boleh dilihat ialah melalui aspek kebudayaan, sosial, ekonomi dan agama. Tamadun yang terhasil pada zaman dulu memberi pengaruh yang besar kepada umat islam pada masa kini untuk hidup dengan keadaan yang lebih baik. Tamadun Islam merupakan tamadun yang penting dalam sejarah dunia dan memberi makna yang besar dalam jiwa setiap umat Islam. Tinggalan sejarah melalui catatan dan nukilan yang baik haruslah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian dan dalam menghadapi perubahan arus dunia. Sebagai contoh,

pengembaraan Ibnu Battuta merentasi hampir seluruh dunia haruslah dicontohi oleh para remaja pada masa kini bagi mencapai sesuatu pembaharuan yang berkualiti.

11

Selain itu, tamadun Islam juga menyumbangkan model yang amat penting dalam membangunkan sahsiah insaniah, keluarga dan masyarakat dalam negara seterusnya mampu membangunkan negara ke arah pembangunan yang lebih berkesan. Imej yang baik yang dimiliki negara dapat memberikan impak yang besar kepada mata dunia bahawa negara kita mengamalkan nilai-nilai yang baik dan mempunyai visi yang ke arah menjadi sebuah negara yang lebih maju pada amsa akan datang.

12

You might also like