You are on page 1of 2

Refleksi Pertandingan Bola Tampar 2009 Pada 1 Oktober 2009, kelas LIMT2 telah menganjurkan satu pertandingan bola

tampar di gelanggang bola tampar IPGM Kampus Pulau Pinang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan bola tampar dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar di samping memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai pengurusan sesebuah kejohanan sukan. Pertandingan bola tampar telah diadakan dengan lancar tanpa menghadapi apa-apa masalah yang akan menjejaskan kualiti pertandingan tersebut. Saya selaku AJK Keselamatan pertandingan bola tampar, saya berasa amat bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli jawatankuasa lain dalam menjayakan pertandingan itu walaupun kita menghadapi masalah kesuntukan masa untuk merancang pertandingan tersebut. Pertandingan bola tampar diadakan kurang daripada seminggu selepas ahli-ahli kelas LIMT2 baru balik dari Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang kebanyakkannya telah memilih untuk menjalankan ROS berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing Namun, pertandingan tersebut telah berjaya diadakan melalui sikap bertanggungjawab, bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli kelas tersebut. Namun begitu, saya berpendapat bahawa pertandingan bola tampar tersebut boleh diperbaiki jikalau kertas kerja pertandingan dapat disiap dan diluluskan lebih awal. Ini memudahkan AJK-AJK untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, pengiklanan pertandingan bola tampar dalam kalangan pelatih IPGM juga boleh dijalankan lebih awal untuk menarik lebih banyak penyertaan daripada para pelatih dalam pertandingan tersebut. Pertandingan bola tampar boleh dijalankan dengan lebih selesa jikalau kita mendapat peruntukan wang yang lebih banyak untuk menempah gelanggang bola tampar dalam stadium tertutup. Sebarang pengumuman yang telah dibuat boleh

didengar oleh para hadirin dan para peserta dengan jelas jikalau kita mempunyai sistem siaraya yang lebih baik. Selain itu, penyusunan meja-meja dan kerusi-kerusi untuk tetamu juga perlu diperbaiki agar tempat pertandingan tersebut nampak lebih tersusun dan kemas. Keselamatan para peserta juga patut ditingkatkan dengan mendapat bantuan keselamatan dari ahli persatuan-persatuan lain seperti Persatuan Bulan Sabit Merah supaya peserta dapat rawatan yang patut, sesuai dan segara dari ahli persatuan tersebut. Majlis penyampaian hadiah juga boleh diperbaikkan dengan mengadakannya semasa perhimpunan IPGM pada hari Rabu agar keputusan pertandingan tersebut dapat dikongsi bersama-sama dengan para pelatih IPGM. Para peserta juga patut dianugerahkan dengan sijil-sijil penyertaan untuk dijadikan sebagai kenangan penyertaan Pertandingan Bola Tampar 2009 IPGM Kampus Pulau Pinang. Secara umum, Pertandingan Bola Tampar 2009 telah berjaya dijalankan dengan lancar dan telah memenuhi matlamat dan objektif-objektif yang telah ditetapakan.

You might also like