You are on page 1of 29

LITERASI BAHASA PENGENALAN

WAJ3104

BONEKA adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog. Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanakkanak untuk berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanakkanak menjadi andaiannya. SEJARAH RINGKAS

Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan bermain dengan boneka-boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran yang terdapat pada masa kini. Dulu, bentuknya tidak menarik, dan dikatakan sangat menyeramkan dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan buat pertama kalinya pada 600 tahu sebelum Masihi. Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk upacara ritual dan keagamaan.

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Boneka

Barat

Boneka merupakan sesuatu benda atau barang yang menyerupai patung. Biasanya boneka selalu digunakan untuk mengajar kelas pemulihan dan pra sekolah yang dijadikan sebagai bahan bantuan mengajar. Selain itu boneka adalah salah satu

hiburan untuk orang zaman dahulu seperti wayang kulit. Boneka juga boleh dijadikan alat permainan untuk anak-anak kecil dan juga boleh dijadikan perhiasan bilik atau rumah terutamanya untuk anak perempuan. Perkataan boneka telah berasal daripada perkataan boneca di dalam bahasa portugis. Boneka telah wujud pada masa 3000-2000 masihi lagi. Ketika itu boneka yang di hasilkan hanya diperbuat daripada tanah liat, tulang dan potongan kain. Bagi masyarakat Yunani dan Romawi kuno, mereka menggunakan boneka untuk upacara keagamaan manakala masyarakat Mesir kuna pula menggunakan boneka sebagai gantian korban manusia. Selain daripada alat permainan kanak-kanak, boneka juga digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat ghaib ataupun mistik seperti upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung, sihir, pemanggilan roh dan sebaginya. Untuk membuktikan kebenaran boneka digunakan untuk upcara keagamaan pada masa dulu, boneka seringkali dijumpai di makammakam kuna atau situs-situs sejarah mahupun pra sejarah.

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman, boneka telah dibuat sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah diperbuat dari tanah liat, kayu, dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, fabrik pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, dan Belanda membuat boneka yang sama dengan pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih hidup. Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini. Pada tahun 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735. Di akhir Perang Dunia I, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara penghasil boneka terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Pernag Dunia II, kilang membuat boneka berjaya membuat boneka menjadi yang lebih menarik, lebih menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya, dan dapat membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi atau boneka yang dapat makan dan minum sendiri. Bonekaboneka ini telah dijual dengan harga yang mahal

LITERASI BAHASA PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN BONEKA Konsep Boneka

WAJ3104

Boneka yang merupakan salah satu model perbandingan adalah benda tiruan dari bentuk manusia atau binatang. Boneka adalah hasil ciptaan yang berbentuk haiwan,manusia dan lain-lain yang digunakan untuk menyampaikan masej sesuatu pembelajaran. Kebiasaannya bonika digemari oleh kanak-kanak kerana mereka dapat merasakan dan menghargai sifat-sifat yang terdapat pada boneka itu. Sifat istimewa Boneka juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi dalam P&P untuk penyampaian nasihat, meyelesaikan masalah dan mencerminkan gaya hidup murid. Objek @ bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang disesuaikan dengan bahanyang diceritakan. Objek yang yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak @ cerita. Pada permainan ini terjadi komunikasi antara satu pelajar dengan pelajar lain, tetapi tidak terorganisasi, tidak ada yang memimpin permainan, dan tujuan permainan tidak jelas. (Associative play) Pelajar akan banyak bermain peran (drama) namun bukan drama formal, seperti harus menghafal teks, namun suatu drama kreatif yang spontan,pelajar secara spontan mengambil peran atau perilaku orang lain yang didasarkan pada peran kenyataan atau khayalan yang telah mereka alami sehari hari. Pelajar akan diberi kebebasan memilih perannya sendiri. (Dramatic Play Center )

LITERASI BAHASA Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan

WAJ3104

Mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan Mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran. Memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P Membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman Terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal Sebagai media pendidikan, dalam penggunaannya boneka dimainkan dalam bentuk sandiwara boneka. Penggunaan boneka dalam pendidikan telah popular sejak tahun 1940-an di Amerika. Di Indonesia, penggunaan boneka sudah lumrah, misalnya wayang golek (di Jawa Barat) digunakan untuk memainkan ceritera Mahabarata dan Ramayana. Perkembangan Sensoris Motorik Pada saat melakukan permainan, aktivitas sensoris-motorik merupakan komponen terbesar yang digunakan pelajar dan bermain aktif sangat penting untuk perkembangan fungsi otot. Perkembangan Intelektual - Pada saat bermain, pelajar melakukan eksplorasi dan manipulasi terhadap segala sesuatu yang ada di lingkungan sekitarnya. Pada saat bermain pula pelajar akan melatih diri untuk memecahkan masalah. Pelajar juga akan menggunakan daya fikir dan imaginasinya semaksimal mungkin.

LITERASI BAHASA Perkembangan Sosial

WAJ3104

- Melalui kegiatan bermain, pelajar akan belajar memberi dan menerima. Bermain dengan orang lain akan membantu pelajar untuk mengembangkan hubungan sosial dan belajar memecahkan masalah dari hubungan tersebut. Perkembangan Kreativitas Perkembangan Moral Perkembangan Kesedaran Diri - Melalui bermain, pelajar mengembangkan kemampuannya dalam mengatur tingkah laku. Pelajar juga akan belajar menguji kemampuannya dengan mencuba peran-peran baru. Bermain Sebagai Terapi - Dengan melakukan boneka, pelajar akan terlepas dari ketegangan dan stress yang dialaminya kerana dengan melakukan boneka pelajar akan dapat mengalihkan rasa sakitnya pada permainannya (distraksi) dan relaksasi melalui kesenangannya melakukan boneka. Mengembangkan kemampuan berbahasa, - lakonan boneka dapat menambah kemahiran dan kefasihan berbahasa murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana

permainan ini memerlukan kecekapan bertutur. Meningkatkan rasa percaya diri, - permainan ini juga dapat meningkatkan rasa percaya diri pelajar kerana bukan senang untuk tampil dihadapan dan melakonkan aksi boneka dengan jayanya. Mengembangkan ekspresi emosi dan perasaan. - kerana kita dapat mengetahui ekspresi emosi pelajar apabila murid melakonkan boneka dengan sesuatu watak . Emosi mereka akan terpapar dalam persembahan tersebut.

LITERASI BAHASA Jenis-jenis Boneka Terdapat beberapa jenis boneka seperti berikut.

WAJ3104

1. Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2. Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

LITERASI BAHASA 3. BONEKA WAYANG KULIT

WAJ3104

Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halusdiletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebutakan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya ialah wayang kulit.

Contoh boneka wayang kulit.

4. Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang. Seperti contoh

rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat.

LITERASI BAHASA 5. Boneka Bertali

WAJ3104

Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Contoh boneka bertali.

6. Boneka Beg Kertas. Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

LITERASI BAHASA 7. Boneka pinggan kertas.

WAJ3104

Boneka ini diperbuat daripa pinggan kertas. Pinggan kertas boleh diubahsuai mengikut cerita. Contohnya mulut harimau, ular dan lain-lain.

Contoh boneka pinggan kertas.

8. Boneka penuh. Sejenis boneka yang lengkap iaitu mempunyai kaki, tangan, kepala dan sebaginya seperti patung beruang, patung Barbie, patung arnab dan sebagainya.

Contoh boneka penuh.

10

LITERASI BAHASA 9. Boneka tangan.

WAJ3104

Boneka ini seperti boneka jari. Untuk menggerakkan boneka ini, kita hendaklah memasukkan tangan kedalam boneka. Contoh boneka tangan adalah itik, ayam dan kucing.

Contoh boneka tangan.

11

LITERASI BAHASA Jenis-jenis Pentas 1) Pentas Tingkap Dan Pintu

WAJ3104

12

LITERASI BAHASA

WAJ3104

2) Pentas Meja Dan Papan Tulis

13

LITERASI BAHASA 3) Pentas Berlipat

WAJ3104

14

LITERASI BAHASA PERANCANG BONEKA UNTUK

WAJ3104

KANAK-KANAK

Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita dengan penuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi. Selain itu, penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya. Cara menggunakannya

Dilihat dari bentuk dan cara memainkannya dikenal beberapa jenis boneka, antara lain: Boneka jari Boneka ini dibuat dengan alat sederhana seperti tutup botol, bola pingpong, bambu kecil yang dapat dipakai sebagai kepala boneka. Sesuai dengan namanya boneka ini dima-inkan dengan menggunakanjari tangan. Kepala boneka diletakkan pada ujung jari kita/ dalam. Dapat juga dibuat dari semacam sarung tangan, dimana pada ujung jari sarung ta-ngan tersebut sudah berbentuk kepala boneka dan dengan demikian kita/ dalam tinggal memainkannya saja.

15

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Boneka Tangan Kalau boneka dari setiap ujung jari kita dapat memainkan satu tokoh, lain halnya dengan boneka tangan. Pada boneka tangan ini satu tangan kita hanya dapat memainkan satu boneka. Disebut boneka tangan, karena boneka ini hanya terdiri dari kepala dan dua tangan saja, sedangkan bagian badan dan kakinya hanya merupakan baju yang akan menutup lengan orang yang memainkannya disamping cara memainkannya juga hanya memakai tangan (tanpa menggunakan alat bantu yang lain). Cara memainkanya adalah jari telunjuk untuk memainkan atau menggerakkan kepala, ibu jari, dan jari tangan untuk menggerakkan tangan. Di Indonesia penggunaan boneka tangan sebagai media pendidikan/ pembelajaran di sekolah-sekolah sudah dilaksanakan, bahkan dipakai diluar sekolah yaitu pada siaran TVRI dengan film seri boneka Si Unyil Boneka Tongkat Disebut boneka tongkat karena cara memainkannya dengan menggunakan tongkat. Tongkat-tongkat ini dihubungkan dengan tangan dan tubuh boneka. Wayang Golek di Jawa Barat misalnya adalah termasuk boneka jenis ini. Untuk keperluan penggunaan boneka tongkat sebagai media pendidikan/ pembelajaran di sekolah, maka tokohtokohnya dibuat sesuai dengan keadaan sekarang. Misalnya dibuat tokoh tentara, pedagang, lurah, nelayan dan sebagainya Boneka tongkat dapat dibuat darikayu yang lunak seperti kayu kemiri, randu, dan sebagainya. Boneka Tali Boneka tali atau Marionet banyak dipakai dinegara barat. Perbedaan yang menyolok antara boneka tali dengan boneka yang lain adalah, boneka tali bagian kepala, tangan, dan kaki dapat digerak-gerakkan menurut kehendak kita/dalangnya. Cara menggerakkannya dengan tali. Dengan demikian maka kedudukan tangan orang yang memain-kannya berada di atas boneka yang dimainkannya. Untuk memainkan boneka tali diperlukan latihan-latihan yang teratur, sebab memainkan boneka tali ini memerlukan keterampilan yang lebih sulit dibandingkan dengan memainkan bonekaboneka yang lainnya. Adakan tetapi memiliki kelebihan lebih hidup dari pada boneka yang lain, karena mendekati gerak manusia atau tokoh yang sebenarnya.

16

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Boneka Bayang-bayang Boneka bayang-bayang (Sadhow Puppet) adalah jenis boneka yang cara memainkannya dengan mempertontonkan gerak bayang-bayang dari boneka tersebut. Di Indonesia khususnya di Jawa dikenal dengan Wayang kulit. Namun untuk keperluan sekolah, wayang semacam ini dirasakan kurang efektif, karena untuk memainkan boneka ini diperlukan ruangan gelap/tertutup. lagi pula diperlukan lampu untuk membuat bayang-bayang layar. Teknik Boneka Definisi boneka Boneka merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakukan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa sahajaobjek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain juga akan cubamenghidupkan watak menerusi dialog yang dpertuturkan atau aksi boneka tanpa sebarangdialog. Selain itu, boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Melalui penggunaan boneka, pendengar dapat menghayati di samping melibatkan dirisecara tidak langsung dalam aktiviti tersebut.

b)Kelebihan teknik boneka Pendedahan komunikasi Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita Merangsang daya imaginasi Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.

17

LITERASI BAHASA

WAJ3104

KEGUNAAN BONEKA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEMULIHAN


1.Memenuhi fitrah naluri kanak-kanak yang suka bermain. 2.Konsep pembelajaranadalah belajarsambil bermain. 3.Kanak-kanak tidak berasa bosan keranaaksi-aksi boneka tersebutdapatmenceriakan suasana P&P 4.Menarik minat murid-murid pada sesi P&P pada hari itu. 5.Menimbulkan rasa seronokdan teruja melihat aksi boneka yang dipersembahkan. 6.Menghilangkan rasa bosan dan menceriakan sesi P & P 7.Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuandalam proses pengajaran dan pembelajaranuntuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. 8.Dengan ini,murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah

penyampaian itu dengan khusus untuk di samping melihatkan diri secaratidaklangsung melalui penggunaan boneka. 9.Pengaplikasian permainan bonekaakan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. 10.Selain daripada itu,penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk Bekerjasama secara kumpulan.

18

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Kelebihan Penggunaan Boneka Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pemulihan Efisien terhadap waktu, tempat, biaya, dan persiapan; tidak memerlukan keterampilan yang rumit; dapat mengembangkan imaginasi dan aktivit para pelajar dalam suasana gembira. Memberikan keseronokan dalam pembelajaran kepada pelajar.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Boneka merumuskan tujuan pengajaran secara jelas, didahului dengan pembuatan naskahnya, lebih banyak mementingkan gerak ketimbang verbal,

dimainkan sekitar 10-15 minit, diselingi dengan nyanyian, cerita disesuaikan dengan umur para pelajar, diikuti dengan tanya jawab para pelajar diberi peluang memainkannya.

19

LITERASI BAHASA Langkah Langkah Kegiatan Menggunakan Boneka Guru meyediakan dua buah boneka yang diperlukan 2. Guru menyediakan teks dialog

WAJ3104

3. Guru memberikan pendahuluan dengan memperkenalkan nama kedua boneka itu kepada pelajar, dan menyebutkan judul cerita yang akan dibawakan 4.Guru memegang dua buah boneka untuk membawa watak yang ngn dilakonkan. 5. Melaksanakan dialog antara kedua-dua boneka yang dilakukan oleh guru dengan bersahut-sahutan. Cara pengucapan kata-kata hendaknya diatur sedemikian rupa dengan nada suara yang berlainan pada waktu melakukan dialog, sehingga pelajar dapat membezakan pendahuluan dan penutupan. 5. Guru memberi tugas pada anak untuk menceritakan kembali isi cerita secara sederhana 6 .Bagi murid yang memberi respon yang baik, guru boleh memberi pujian dan untuk murid yang masih lemah, dorongan dan motivasi perlu diberikan.

Penggunaan Seni Boneka dalam kurikulum contoh aktiviti boneka

Judul : Ibu dan Aiman Nilai : Jauh perjalanan luas pengalaman

Objektif : kanak-kanak akan dapat Murid dapat belajar mengeja perkataan Menerapkan nilai-nilai murni dalam ji kanak-kanak Mendidik murid menuntut ilmu walau dimana mereka berada.Peralatan : boneka ular, replika kucing, gambar arnab, pokok, bunga, burungTeks : ibu dan Aiman

20

LITERASI BAHASA

WAJ3104

BABAK 1 Ibu telah membawa anaknya Aiman untuk bersiar-siar ke taman. Sepenjang perjalanan untuk ketaman tersebut terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan yang mereka temui

Ibu : Aiman,mari kita pergi bersiar-siar ke taman. Aiman : boleh juga, mari ibu!

BABAK 2 Semasa mereka sedang dalam perjalanan ke taman.

Aiman : ibu, apakah itu? Atasnya berwarna hijau dan badanya berwarna coklat? Ibu : oohh, itu adalah pokok. Aiman tahu tak untuk eja pokok? Aiman : maaf ibu, saya tidak tahu. Bagaimana untuk mengeja pokok? Ibu : Mari kita eja sama-sama. P.O.K.O.K. pokok! Aiman : P.O.K.O.K. pokok! Ibu apa pula itu? Bulunya lembut, comel lah!Aiman suka! Ibu : itu adalah kucing. mari kata sama-sama mengeja kucing.K.U.C.I.N.G. kucing! Aiman : K.U.C.I.N.G kucing!Kucing : meaw, meaw!! Ibu : Aiman, cuba kamu buat bunyi kucing. Aiman : kawan-kawan mari ikut Aiman bunyikan bunyi kucing dengankuat. MEAW, MEAW! Ibu : Aiman, cuba kamu lihat di sebelah pokok tadi itu. Kamu tahu tak apa haiwan itu? Aiman : errmmm... tak pasti lah ibu. Apakah haiwan itu? Ibu : itu adalah arnab. Boleh kamu tolong ejakan arnab untuk ibu? Aiman : A.R...A.R...hmmm... Aiman tidak pastilah ibu bagaimana untuk mengeja arnab. Ibu : tidak mengapa. Mari mengeja arnab bersama ibu. A.R.N.A.B.arnab Aiman : A.R.N.A.B. arnab. Ibu, lihat itu. Aiman tahu apakah haiwan itu.Itu adalah burung. Betulkah ibu? Ibu : betul, pandai anak ibu. Bagaimana untuk mengeja burung? Aiman : Aiman cuba ye ibu. B.U.R.U.N.G. burung! Ibu : betul! Wah, anak ibu sudah semakin pandai mengeja. Mari ibu belanja Aiman katak. Aiman : wah! Itu makanan kegemaran Aiman. Terima kasih ibu! Ibu : sama-sama. Mari kita balik!Aiman : mari!

21

LITERASI BAHASA

WAJ3104

e)Proses dan peralatan : 1.pemilihan cerita Contoh cerita berkenaan haiwan, kehidupan, keadaan semasa Terdapat dua pilihan dalam memilih cerita ; a) Memilih cerita terlebih dahulu sebelum membuat skrip kemudian membina boneka berdasarkan watak dalam cerita. b) Menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan dalam cerita Skrip - Tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan harus sesuai dengan kanakkanak. Skrip hanya dijadikan garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Pencerita - Menggunakan teknik menggerak lakonkan bonek Dialog ditutur selaras dengan gerak laku Menggunakan pelbagai variasi suara Boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerak lakonkan boneka Membina boneka mudah Boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan Benda-benda yang ada disekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stoking,sisa kain, tuala mandi dan kertas kotak.Bahan yang digunakan Stokin Sarung tangan Kertas warna Benang dan jarum Kad manila Kotak Tisu Getah Reben Gam

22

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Cara membuat boneka ular: 1. Ratakan bahagian jahitan di hujung stoking dan ukur 6 cm. Tandakan dan gunting. 2. Bukakan bahagian yang digunting untuk mulut ular .3. Lipatkan kadbod nipis, bahagian atas diukur 1 cm lebih 4. Gunting kadbod 19 cm x 6 sm 5. Bulatkan bucunya. Letakkan atas sepan dan lipat. Jahit. 6. Gunting bulat bucu dan jahit kedua-dua hujungnya. 7. Lipat dua kadbod yang telah dibalut sepan, 8. Bahagian atas 1 cm lebih dari bahagian bawah. 9. Masukkan ke dalam stoking. 10. Bahagian atas di bahagian tumit / tapak kaki stoking. 11. Masukkan kapas / fiber di bahagian atas kepala iaitu dari hujung stoking (mulut) hingga ke bahagian lipatan kadbod sahaja. 12. Ukur kain flannelette merah 20 cm x 7 sm. Gunting dan tampal pada strawboard 19 cm x 6sm yang telah dibulatkan bahagian hujungnya 13. Gunting serong tepi dan gamkan ke dalam bahagian yang digunting 14. Cantumkan kadbod merah dengan kadbod mulut yang telah digamkan di stoking gamkan. 15. Gamkan mata di bahagian atas kepala ular.16. Hiaskan badan ular menggunakan reben yang telah digunting bulat-bulat. Pentas: 1.Menggunakan kotak. Kemudian memotong kotak dengan menggunakan kotak pada bahagian hadapan dan belakang kotak. 2.Membuat hiasan pada kotak bertemakan hutan .Cara menggunakan; 1.Menyediakan pentas yang dibuat. 2.Menggunakan tangan untuk menggerakkan boneka stokin dan sarung tangan yang dibentuk merupai arnab dan kuda. 3.Memulakan cerita.

23

LITERASI BAHASA Kelebihan boneka yang dibuat; 1.Mempunyai unsur-unsur tauladan dan sesuai dengan kanak-kanak.

WAJ3104

2.Dapat menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak yang ditonjolkan dalam cerita. 3.Menarik perhatian kanak-kanak dengan boneka binatang dan warna-warna yang dihasilkan. 4.Mudah digunakan oleh kanak-kanak. 5.Boneka yang dihasilkan tahan lama.

Jangkaan kelemahan; 1.Boneka yang menarik menyebabkan kanak-kanak teruja untuk mengggunakan dan dikhuatiri akan dirosakkan. JENIS CERITA

Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak antaranya mengenai cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lain-lain lagi. Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu pencerita menyampaikan cerita.

24

LITERASI BAHASA

WAJ3104

Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walaubagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. MEMBUAT BONEKA Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan, sarung kaki, kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi. Contoh Cara Membuat Boneka Sarung Tangan Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Alat/ bahan: Kain belacu/ sarung tangan Pensel Gunting Jarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat Cara membuatnya: 1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan, 2. Gunting garisan pengguntingan. 3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. 4. terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. 5. catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 7. boneka yang telah siap untuk dilakonkan.

25

LITERASI BAHASA

WAJ3104

PERSEKITARAN Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Kalu boleh dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

SUSUN ATUR Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas.

TEKNIK PENYAMPAIAN Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

26

LITERASI BAHASA

WAJ3104

AKTIVITI SUSULAN Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan: a) Menggerak lakonkan semula cerita b) Membina boneka c) Menyanyi menggunakan boneka d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka Contoh cerita Judul: Mengapa Gagak Hitam Nilai: Gelojoh membawa padah. Objektif: kanak-kanak dapat mengenal burung gagak dan merak, membezakan pelbagai warna.

Peralatan - Boneka gagak - Boneka merak - Pita rakaman - Warna - Prop bingkai (gambar disertakan) Teks: Merak dengan Gagak Babak I Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik. Gagak : Macam mana caranya? Merak : aku ada kawan. Seorang pemuda yang menjadi pelukis. Gagak : Oh begitu, cepatlah. Aku sudah tidak sabar lagi. Merak : Sabarlah, aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok. Gagak : elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini ya! Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.

27

LITERASI BAHASA Hubungan dengan Kurikulum dan bidang

WAJ3104

Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan: - Daya kreativiti - Perkembangan komunikasi dan bahasa. - Sosio emosi - Menambah ilmu pengetahuan - Pengalaman Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak: - Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan. - Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan. - Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak. - Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.

28

LITERASI BAHASA

WAJ3104

RUMUSAN Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

29

You might also like