Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
31Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian a TIMSS 2007 Prestasi Pelajar Malaysia

Kajian a TIMSS 2007 Prestasi Pelajar Malaysia

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 6,255|Likes:
Published by notarazi
Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang bagini, UNESCO mengeyorkan bahasa keluarga digunakan untuk pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi memudahkan dan mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik dan sains pelajar. Semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi.
Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang bagini, UNESCO mengeyorkan bahasa keluarga digunakan untuk pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi memudahkan dan mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik dan sains pelajar. Semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi.

More info:

categoriesTypes, Research
Published by: notarazi on Mar 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/10/2013

pdf

text

original

 
Dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2007 tentang Prestasi Pelajar 8th Grade(Tingkatan 2) Malaysia dalam Ujian Matematik dan SainsProfesor Emeritus Dato Isahak Haron,
Universiti Pendidikan Sultan Idris24 Februari, 2009.Apakah dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2077 mengenai Pencapaian Matematik danSains Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia?Malaysia adalah antara 59 buah negara yang mengambil bahagian dalam kajianpencapaian Matematik dan Sains antarabangsa bagi pelajar berumur 14+ tahun Gred 8(pelajar Tingkatan 2) yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics andScience Study at Fourth and Eightth Grades, International Study Center (TIMSS2007), Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts,USA. (Malaysia tidak mengambil dalam bahagian murid Grade 4, atau Tahun 4).Sebelum 2007, Malaysia pernah juga mengambil bahagian dalam kajian yang sama bagitahun 1999 dan 2003. (Kajian ini dilakukan empat tahun sekali).Pada Disember 2008, dua laporan dapatan kajian TIMSS 2007 berhubungan denganpencapaian Matematik dan Sains ini diterbitkan. (Laporan ini dapat dirujuk dalaminternet TIMSS 2007).Kandungan item dan taraf ujian Matematik dan Sains antarabangsa ini diselaraskanuntuk 59 negara (dengan persetujuan negara itu sendiri) bagi membolehkanperbandingan dibuat tentang tahap dan trend pencapaian Matematik dan Sains pelajarGred 8 (Tingkatan 2).Dapatan Kajian TIMSS 2007 menunjukkan yang skor purata pencapaian pelajar Malaysia2007 untuk Matematik dan Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skorprestasi pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003.Menurut Kajian itu:Skor Matematik untuk tiga tahun pelajar Malaysia adalah sebagai berikut:1999 = 5192003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)Skor Sains untuk tiga tahun pula adalah seperti berikut:1999 = 4922003 = 510 (naik 18)2007 = 471 (turun 40)Dalam kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS ini, adanegara yang skor purata pencapaian sampel pelajarnya meningkat sedikit ataumenurun sedikit. Tetapi penurunan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak34 mata untuk Matematik dan 40 mata untuk Sains adalah signifikan dan terbesarsekali dalam kalangan 59 negara itu.Akibat daripada penurunan dalam prestasi pelajar Malaysia 2007 dalam Matematik danSains ini, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam International benchmarksAdvanced Benchmark (625), Highbench mark (550) dan Intermediate Benchmark (475)
 juga menurun secara signifikan berbanding dengan TIMSS 2003, mengikut Laporan itu.Hanya 2% pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketegori Advanced Benchmark,
 dalam TIMSS 2007 berbanding dengan 6% dalam 2003.
 
Dalam kategori Highbench mark (550) peratus merosot daripada 30% dalam 2003 ke
 18% dalam TIMSS 2007; dan untuk Intermediate Benchmark (475) Malaysia menurundaripada 66% (2003) kepada 50% (2007). Kemerosotan peratus pencapaian Matematikini adalah signifikan, mengikut Laporan itu; dan secara bandingan dengan negaralain, adalah yang terbesar. Daripada segi ranking pencapaian matematik, kedudukanMalaysia jatuh daripada tangga 10 dalam 2003 ke tangga 20 dalam 2007.Trend kemerosotan yang sama juga berlaku dalam Sains. Peratus pelajar Malaysiayang mencapai TIMSS 2007 International benchmarks High benchmark (550) untuk
 Sains menurun dari 28% dalam 2003 kepada 18% bagi 2007. Bagi Intermediate
 International Benchmark (skor 475) pula peratus merosot daripada 71% (2003)
 kepada 50% bagi 2007. Penurunan ini adalah signifikan, mengikut Laporan itu; dansecara bandingan dengan negara lain, adalah yang terbesar.Secara bandingan dengan negara-negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori Matematik itu juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark
 Matematik TIMSS 2007, hanya 2% pelajar Malaysia termasuk dalam kategori ini,berbanding dengan misalnya Chinese Taipei (45%), Korea (40%), Singapura 40%, HongKong SAR 31%, Japan 26%, Hungary (10%), England (8%), Russian Federation (8%), US(6%), Australia (6%), Serbia 5%, Romania (4%), Thailand (3%).Dalam kategori High benchmark 550 Matematik pula, hanya 18% pelajar Malaysia
 yang tergolong dalam kategori ini, berbanding dengan beberapa negara lain sepertiChinese Taipei 71%, Korea 71%, Singapura 70%, Hong Kong SAR 64%, Japan 61%,England 35%, Hungary 36%, Czech Republic 26%, Russian Federation 33%, US 31%,Australia 24%, Serbia 24%, Romania 20%.Secara bandingan dengan negara-negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara signifikan.Ulasan sebabBerikut adalah salah satu ulasan Laporan ini mengenai faktor yang bolehdihubungkait dengan pencapaian Matematik dan Sains (factors associated with higherachievement in Mathematics and Science). Antara lain Laporan itu menyatakan,At both fourth an eighth grades, on average across countries, a large majority of
 students reported always or almost always speaking the language of the test athome, and these students had higher average mathematics (and science) achievementthan those who reported it less frequently. TIMSS Mathematics/ Science Report
 2007, p. 7)Ertinya dalam kebanyakan negara, pelajar yang menyatakan yang mereka belajar matapelajaran ini dalam bahasa ibunda (home language) adalah secara puratanya lebihtinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang menyatakan merekabelajar matematik dan sains dalam dalam bahasa asing di peringkat rendah danmenengah (8th grade).Dengan perkataan lain, terdapat ada hubungan rapat antara pembelajaran Matematikdan Sains dalam bahasa asing dengan kelemahan dalam prestasi Matematik dan Sains.Peranan penting bahasa ibunda dalam pembelajaran akademik, misalnya matematik dansains, sudah banyak dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kognitifakademik berkembang terutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikanawal. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa asing dan terus belajarmatematik dan sains melalui bahasa asing tersebut sebagai bahasa pengantar,pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Cummins &Saville-Troike 1991; Swain 1986).
 
Pendidikan dalam bahasa ibunda adalah amat kritikal untuk kanak-kanak mencapaitahap kematangan mental, iaitu kemahiran memahami dan membina konsep secarakonstuktivis dalam matematik dan sains.Penjelasan ini relevan dalam konteks dapatan dan ulasan TIMSS di atas, yangmenunjukkan pencapaian Matematik dan Sains pelajar yang menggunakan bahasa ibundauntuk pengajaran-pembelajaran matematik dan sains secara purata adalah lebihtinggi berbanding dengan pelajar yang belajar dalam bahasa asing. Ini adalahkerana bahasa ibunda memudahkan pelajar memahami konsep sains dan matematik yangdiajarkan di sekolah.Semua negara dalam Kajian TIMSS ini yang pelajarnya menggunakan bahasa ibundadalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Korea, Jepun, ChineseTaipei, Singapura, England, US, Romania, dsb mencapai skor matematik dan sainsyang tinggi.Mungkin pada saat ini ada orang membangkitkan kes Singapura? Harus diingat bahawabahasa Inggeris adalah bahasa keluarga untuk kebanyakan pelajar Singapura.Semenjak 10 - 15 tahun kebelakangan ini, termasuk dalam komunikasi harian dalammasyarakat.Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang bagini, UNESCO mengeyorkan bahasa keluargadigunakan untuk pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagimemudahkan dan mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik dan sains pelajar.Semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaranutama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajibboleh dipilih dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagaibahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasadalam konteks pembelajaran isi.Apakah kesimpulan atau inferens yang boleh kita buat dari dapatan Kajian TIMSS2007 dalam pencapaian Matematik dan Sains pelajar Malaysia?Haruslah diingat pada 2003 Malaysia belum melaksanakan pengajaran Matematik danSains dalam bahasa Inggeris bagi pelajar Tingkatan 2 yang menjadi sampel kajian2003 itu; tetapi bagi sampel 2007 pelajar Tingkatan 2 (8th Grade) mereka diajarMatematik dan Sains dalam bahasa Inggeris semasa mereka berada dalam Tingkatan 1dan 2. Kajian-kajian (Isahak 2008, Juriah Long 2006) menunjukkan 70%-80% pelajarTingkatan 2 menyatakan yang mereka sukar dan agak sukar mengikuti pengajaran guruMatematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.Kesimpulan 1: Dalam konteks di atas bolehlah kita membuat inferens bahawapertukaran penggunaan bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah dari BahasaMalaysia ke Bahasa Inggeris (bahasa kedua/asing bagi kebanyakan pelajar, terutamapelajar Melayu) mulai 2003 (untuk pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 dan seterusnya),telah menyukarkan dan melemahkan proses pengajaran-pembelajaran pelajar Malaysiauntuk belajar kedua-dua mata pelajaran ini. Dengan itu prestasi pelajar Malaysiadalam ujian TIMSS (2007) merosot secara signifikan: bagi Matematik dari 508 (2003)jatuh ke 474 (2007); dan Sains dari 510 (2003) jatuh ke 471 (2007).Kemerosoton ini adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian itu.Kemerosotan ini menurun juga prestasi pelajar kita dalam PMR dan SPM. Ini adalahrealitinya.Kesimpulan 2: Prestasi dan tahap pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik danSains dalam Kajian TIMSS 1999 dan 2003 boleh dibanggakan. (Bahkan YB MenteriPelajaran Datuk Seri Hishammuddin sendiri dengan bangganya melaporkan hal ini

Activity (31)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Aruna Madasamy liked this
Esterlita Julit liked this
Nor Azila Talib liked this
Nor Azila Talib liked this
Rusmiza Rusle liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->