Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
INSTITUT PENDIDIKAN GURUMALAYSIA
 
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANDENGAN KEPUJIAN (PENDIDIKAN PRASEKOLAH)
Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
 
Berkuat kuasa mulai Januari 2007KANDUNGANMUKA SURAT1.Pengenalan22.Matlamat Program23.Hasil Pembelajaran Program24.Sistem Akademik35.Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan DenganKepujian46.Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan DenganKepujian (Pendidikan Prasekolah)67.Agihan Kursus Mengikut Semester88.Sistem Penyampaian dan Pentaksiran 109.Matriks Hasil Pembelajaran 1110.Sinopsis Kursus
Kursus Wajib11
Kursus Teras14
Pakej Kursus Elektif 25
Kursus Tanpa Kredit2811.Lampiran 1: Hasil Pembelajaran Program3112.Lampiran 2: Sistem Penyampaian dan Pentaksiran3714.Lampiran 3: Senarai Pakej Kursus Elektif 2 (Pilihan)3913.Lampiran 4: Matrik Hasil Pembelajaran40
 
1.
PENGENALAN
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh InstitutPendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program latihan perguruanpraperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai bidang.Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tigasemester di IPGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah SarjanaMuda Perguruan dengan Kepujian selama empat tahun.
2.MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yangberkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilanprofesionalisme dalam bidang Pendidikan Prasekolah.
3
.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Para lulusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Pendidikan Prasekolah) berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang:
i.
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentangkandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran,pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yangberkaitan dengan bidang Pendidikan Prasekolah.
ii.
Menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaranmelalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang PendidikanPrasekolah.
iii.
Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakanpengajaran dan pembelajaran dalam bidang sains pendidikan rendahdengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etikaprofesional keguruan.
iv.
Berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasaimelalui bidang Pendidikan Prasekolah dalam pelbagai situasi sebenar.
v.
Memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan denganPrinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia.dan
vi.
Menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya danpatuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more