Soalan (a)Pengenalan
Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktiskeselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesankepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. KaedahPengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujudantara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklimsekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada caradan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.
Budaya Sekolah
Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai
"realiti dalaman"
. Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai
"Thisinner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."
Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes,and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel abouteach other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals andtraditions refelecting collaboration and collegiality."Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma,nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongantertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amatdiutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dankurikulum tidak formal.1