You are on page 1of 38

BAB 4

NASIONALISME

PENGENALAN Hans Kahn - gerakan untuk menbentuk masyarakat yang lebih terbuka, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. R. S. Chavan sympathy. sebagai sentimen, loyalty of

Juga disebut sebagai fahaman kebangsaan pemikiran dan tindakan yang menunjukkan cinta kepada bangsa dan negara.

Bermula di Eropah pada abad ke-18, selepas Revolusi Perancis pada 1789. Asia Tenggara - wujud dalam abad ke-20. Orang Melayu
perjuangan untuk mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negaranya sendiri seperti sebelum kedatangan penjajah.

Tujuan
membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing. Melahirkan perasaan bersatu padu di antara rakyat yang dijajah.

Selepas merdeka
perjuangan mempertahankan maruah martabat serta kedaulatan negara. dan

BENTUK DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME

Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dari sudut masyarakat peribumi (Melayu) dan masyarakat imigran. Peribumi - dua bentuk perkembangan;
gerakan radikal (bersenjata), sederhana (tidak bersenjata) - melalui pertubuhan dan desakan media massa.

GERAKAN NASIONALISME BERSENJATA

Bermula

Melayu Melaka menentang Portugis dan Belanda, Melayu Kedah menentang Siam. Sosio ekonomi - pengutipan cukai. Kepimpinan - di lihat sebagai mencabar kewibawaan pembesar Melayu sebagai pemimpin tradisi tempatan. Campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-adat Melayu.

Penentangan terhadap Inggeris

Gerakan nasionalisme bersenjata berlaku di hampir kebanyakan negeri di Tanah Melayu dan juga di Sabah.

Gagal kerana tiada jaringan yang kukuh di kalangan penduduk di Tanah Melayu dalam menentang penjajah.
berbentuk setempat, sementara dan bergerak secara kecilkecilan.

Tidak wujud perpaduan dan rasa kekitaan di kalangan penduduk.

Peristiwa penentangan penjajah;


Sultan Kedah untuk menduduki kembali Pulau Pinang pada tahun 1789, Pemberontakan Dol Said di Naning (1831), Pembunuhan J.W.W. Birch (1875), Pemberontakan Datuk Bahaman di Pahang (1895), Pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih (1915), Penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (1928).

Dol Said Campur tangan dalam pentadbiran Naning Menghalang menyelesaikan kes jenayah di Naning Kuatkuasa undang-undang seperti di Melaka Menghalang hubungan Naning Belanda Melancarkan pemberontakan terhadap British. (1831 sehingga 1833). Kalah dan menyerah diri pada 4 Februari 1833.

Tok Janggut (Haji Mat Hassan) Berlaku di Pasir Putih, Kelantan Membakar Pejabat Daerah, kebun-kebun, dan kediaman milik pegawai-pegawai British. Penasihat British Kelantan dengan bantuan pasukan polis dari Singapura - Perang Tok Janggut. Dibunuh
mayatnya diarak di Pasir Putih dan Kota Bharu digantung di Padang Merdeka selama beberapa ketika sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

SEMANGAT NASIONALISME BUKAN BERSENJATA

Tokoh intelektual tempatan membawa perubahan minda melalui media massa, madrasah, sekolah dan pusat-pusat pengajian.
perkembangan pertubuhan Melayu yang bersifat bukan politik, separa politik dan yang bersifat politik. pengetahuan dan pengalaman mengenai perkembangan politik luar negeri. perkembangan pertubuhan-pertubuhan kaum bukan Melayu - Cina dan India.

Golongan Agama Kesedaran nasionalisme berkait rapat dengan gerakan pembaharuan / islah Islam yang sedang berkembang di Asia Barat
Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rashid Ridha. Idea pembaharuan dimuatkan dalam majalahmajalah yang seperti Al-Manar dan Al-Urwatuk Wuthqa. Pelajar-pelajar Melayu di Universiti Al-Azhar menubuhkan persatuan kebajikan Al Jamiah Al Khariah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan menyatukan mereka.

Kerjasama dalam persatuan Indonesia-Malaya (PERPINDO)

Perkumpulan

Pemuda

persamaan dari segi rumpun bangsa, agama dan bahasa serta keturunan.

Idea reformasi (islah) yang berkembang di Asia Barat dibawa ke Tanah Melayu oleh pelajar lepasan universiti di Timur Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi.

Pandangan reformis - dalam Majalah Al-Iman (1906), Al-Ikhwan (1926) di Singapura, di Pulau Pinang Idaran Zaman (1925) dan Saudara (1928)

Guna media untuk mengkritik bangsa Melayu


yang masih mengamalkan adat-adat lama dan kolot serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Berlaku pertentangan nilai antara Golongan reformis (Kaum Muda) dengan (Kaum Tua).
Kaum Muda di lihat sebagai golongan anti-establishment dan membawakan gerakan pembaharuan Islam

Reformis Islam
golongan yang tidak puas hati dengan keadaan masyarakat Islam telah jauh ketinggalan. umat Islam sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan hadis.

Kaum Muda melihat ilmu sains dan sistem pendidikan Barat lebih efisien untuk kehidupan moden.
Menubuhkan Pertubuhan Melayo-Muslim sebagai usaha dan mengasaskan lebih banyak sekolah moden Belajar Bahasa Inggeris, asas matematik, mantik (logik), ekonomi dan perdagangan. Sekolah Agama Al-Diniah di Kampung Lalang, Sungai Rengas, Perak (1924), diasaskan oleh Syeikh Al-Junid dari Sumatera.
Murid-murid didedahkan dengan mata pelajaran perdagangan dari segi teori dan amali di kedai-kedai menjual getah dan kedai-kedai runcit.

Madrasah juga melahirkan pengusaha-pengusaha Muslim dengan mengeluarkan barangan harian seperti kicap dan sabun.
Haji Wan Mahmud bin Haji Wan Daud (1929) salah seorang pengasas Madrasah Muhammadiah, Kota Bharu menulis buku bahasa Melayu pertama bidang perdagangan Siasah Perniagaan.

Golongan Menengah Melayu MPSI (1922) - melahirkan pemikir Melayu yang menjadi pelopor kepada gerakan kebangsaan tanah air.
Harun Amminurashid, Abdul Hadi Husin, Ibrahim Yaakub, Abdul Ghafar Baba, Senu Ab. Rahman, Syed Nasir, Pak Sako, Buyong Adil.

Guru-guru dari MPSI mendapat banyak idea perjuangan daripada perkembangan semangat kebangsaan di Indonesia - menentang Belanda.
Boedi Utomo, Sarekat Islam, Partai Muhammadiah, Partai Nasional Indonesia. Komunis Indonesia,

Tokoh MPSI seperti Zainal Abidin Ahmad, Buyong Adil, Ibrahim Yaakub dan lain-lain lagi telah menubuhkan dua buah persatuan;
(i) Ikatan Pemuda Semenanjung (1929) (ii) Ikatan Semenanjung Borneo (1930)

ditubuhkan secara sulit dan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan politik Indonesia seperti Partai Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno.

Pengetua MPSI, O.T. Dussek, banyak memberi dorongan kepada pelajar-pelajar mengenai kepentingan kemajuan dan pendidikan. Sedar dan prihatin terhadap kemunduran bangsa Melayu terutamanya dalam pendidikan. Bersimpati terhadap cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bangsa Melayu. Memberi kelonggaran kepada guru-guru di maktab untuk mengembangkan idea-idea politik Berminat dan cenderung terhadap kebudayaan dan bahasa Melayu.

Gerakan nasionalisme di MPSI tidak berkekalan;


Kerajaan British menempatkan tokoh-tokoh pendidik muda ke kawasan berlainan dan sukar untuk berhubung antara satu sama lain. 1927, Abdul Hadi Husin ditukarkan ke Kelantan dan diberikan jawatan sebagai Nazir. 1936, O.T. Dussek dipencenkan dan kembali ke England. 1939, Harun Aminurrashid dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pelajaran Melayu dan ditugaskan ke Brunei.

Menyebarkan semangat nasionalisme akhbar seperti Warta Malaya dan Majlis. 1938 - menubuhkan parti politik Melayu pertama,
Kesatuan Melayu Muda (KMM) diasaskan oleh Ibrahim Yaakub.

Dilabel sebagai radikal oleh British dan dianggap sebagai parti berhaluan kiri. Menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menubuhkan Kesatuan Malaya Raya - menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Ogos 1939, Kongres Melayu di Kuala Lumpur.


Tertubuhnya Persatuan Melayu SeMalaya - langkah pertama untuk menyatukan semua orang Melayu.

British mengesyaki ahli-ahli KMM telah bekerjasama dengan Jepun.


1940 KMM diharamkan. Ibrahim Yaakub dan 150 ahli telah ditangkap

4.4.3 Golongan Bangsawan Melayu Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905),


dibina khusus bagi menempatkan anak-anak pembesar-pembesar Melayu Tujuan utama - memberikan latihan kepada anak-anak golongan bangsawan Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Inggeris. Melahirkan tenaga birokrat Melayu yang akan melaksanakan dasardasar British. Simbol kebanggaan yang bersifat elit. Simbol status bagi pembesar-pembesar Melayu.

Tokoh penting MCKK


Dato Onn Jaafar Raja Chulan Raja Abdullah Muhammad Eunos Abdullah

merupakan golongan yang menyokong British


mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan di lihat oleh British sebagai lebih liberal, agak sederhana dan boleh dibawa berunding.

Walaupun pro British, mengemukakan banyak tuntutan terhadap British


Mengambil lebih banyak langkah untuk memperbaiki taraf hidup orang Melayu, Memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang Melayu di dalam jabatan kerajaan. Melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti termasuk ke Oxford dan Cambrigde. Mengkritikan British mengenai kemasukan masyarakat imigran secara berleluasa ke Tanah Melayu - akan mengancam peluang-peluang yang sepatutnya dikecapi oleh orang Melayu. Kritikan disalurkan melalui akhbar seperti Warta Malaya.

1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan oleh Eunos Abdullah.


Membimbing masyarakat Melayu Singapura untuk memajukan diri dalam lapangan politik, ekonomi, pendidikan, dan kemasyarakatan.

1935, Kesatuan Melayu Selangor ditubuhkan Raja Sir Uda dan Tengku Ismail. Negeri-negeri lain turut menubuhkan parti politik.
bersifat elit dan tidak menyeluruh.

4.5 PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun (1942-1945) Layanan kaum yang berbeza-beza melahirkan semangat nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka. Anak Melayu berpeluang menceburi bidang pentadbiran
memberikan keyakinan mengenai keupayaan untuk mentadbir tanah air sendiri. peluang ini tidak diperolehi semasa pemerintahan Inggeris dahulu.

Ahli-ahli KMM yang ditahan British dibebaskan.


KMM membantu Jepun sebelum kemasukan mereka ke negara ini.

Ibrahim Yaakub dilantik sebagai ketua KMM dan diberikan jawatan penting dalam pentadbiran. Jepun mengharamkan KMM
Konsep Melayu Raya dan hubunngan KMM dengan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) Pejuang Melayu yang selama ini kagum dan menyokong Jepun kecewa dan mula sedar bahawa mereka tersilap langkah kerana penyokong Jepun. Jepun sebenarnya tidak jujur terhadap orang-orang Melayu

Semangat kebangsaan kaum Cina sebelum perang banyak tertumpu kepada tanah asal mereka.
kurang berminat dalam politik tempatan - motif utama penghijrahan kerana kepentingan ekonomi dan tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu. memperlihatkan minat terhadap fahaman komunis semakin meluas - menubuhkan kongsi-kongsi gelap dan parti-parti politik seperti Kuomintang dan Parti Komunis yang sealiran dengan perkembangan politik di China sendiri.

Fahaman komunis di Tanah Melayu


pengaruh dari Parti Komunis China (Communist Party of China CPC) arahan dari Biro Komunis Antarabangsa Bagi Timur Jauh (Comintern). bergerak selari dengan Parti Komunis China. bermula (1923) mlalui sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu. Main School (Sekolah Utama) yang ditubuhkan di sekitar tahun-tahun 1926 hingga 1927merupakan badan eksekutif terpenting dalam perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu.

30 April 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan


gabungan dua pertubuhan Cina yang terkenal di Tanah Melayu, iaitu Parti Komunis Nanyang dan Kesatuan Sekerja Nanyang (Nanyang General Labour Union). dikendalikan secara langsung oleh Comintern dan bukan lagi oleh China.

Sokongan kuat masyarakat Cina terhadap PKM


tidak puas hati mereka terhadap kerajaan pada masa itu. sering beranggapan bahawa mereka perlu mendapat peluang lebih daripada apa yang mereka telah perolehi akan mendapat keutamaan sekiranya PKM memerintah negara ini.

PKM
bercita-cita menegakkan sebuah Kerajaan Republik Soviet Malaya melancar pemberontakan bersenjata British tolak Perlembagaan Rakyat oleh barisan parti politik kiri All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang di dalangi oleh PKM.

Peristiwa Darurat 1948


titik tolak penting dalam perkembangan politik masyarakat Cina di Tanah Melayu. perkembangan ideologi komunis di Tanah Melayu berkait secara langsung dengan soal perkauman.

Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum


Ditubuhkan bagi mengalihkan tumpuan dan sokongan masyarakat Cina terhadap PKM yang disifatkan sebagai parti orang Cina, British telah menggalakkan pemimpin-pemimpin Cina menubuhkan parti politik Cina yang sah. Februari 1949, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan dan diketuai oleh Tan Cheng Lock. Parti alternatif bagi orang Cina bagi mengurangkan sokongan masyarakat ini terhadap PKM. Saluran bagi mengemukakan tuntutan dan kepentingan mereka terhadap British.

Semangat nasionalisme orang India juga mengikut pergerakan politik di negara asal mereka, India.
Mahatma Ghandhi - mempengaruhi pemikiran masyarakat India di Tanah Melayu - agak berpelajaran.

Semasa pendudukan Jepun


Indian National Army (INA) ditubuhkan - kerjasama Jepun dengan Subhas Chandra Bose. membenarkan Tanah Melayu dijadikan pusat gerakan bagi INA. kerjasama ini lebih berupa sokongan kuat Jepun terhadap rakyat India - membebaskan negara mereka daripada British.

Jepun telah mengeksploitasi pemimpin-pemimpin India

dan

memperalatkan

Subhas Chandra Bose menekankan bahawa tujuan utama gerakan INA adalah untuk membebaskan India daripada British. Gunakan cogankata Chalo Delhi (Pergi ke Delhi) untuk menaikkan semangat nasionalisme di kalangan buruh India. INA dengan kerjasama Indian Independence Leagua telah membentuk kerajaan sementara.
sukarelawan INA mencapai jumlah 16,000 orang. penubuhan pasukan tentera wanita India - The Rani of Jhenshi.

Perang Dunia Kedua tamat


kaum India terus memperjuangkan kepentingan politik mereka selari dengan perkembangan politik di India yang sedang menuntut kemerdekaan dari British. bermatlamatkan kemenangan bagi perjuangan kebangsaan di India dan menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu. Di samping itu, mereka juga turut bersama-sama memperjuangkan kepentingan politik dengan kaum-kaum lain di negara ini. Dengan sokongan dan dorongan daripada pemimpin di India sendiri - Ogos 1949, Kongres India Tanah Melayu atau Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan - John A. Thivy sebagai Yang Dipertua Kongres pertama.

PENUBUHAN PARTI PERTUBUHAN MELAYU BERSATU (UMNO) Orang Melayu bersatu menentang cadangan Malayan Union pada tahun 1945. 1 Mac 1946, persidangan pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.
selama tiga hari dan dihadiri oleh semua persatuan di tanah air termasuklah Persatuan Orang Asli. bersetuju bergabung - Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Dato Onn bin Jaafar.

11 Mei 1946
Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan.

KESIMPULAN Semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara. Faktor pelbagai bangsa, agama, dan adat resam menyebabkan proses pembentukan dan penyatuan kesedaran politik lambat berlaku.
KMM tidak mampu bertahan lama kerana tekanan British. UMNO berjaya menyatukan orang Melayu, bekerjasama dengan Inggeris dan parti-parti bukan Melayu. Nasionalisme merupakan satu proses untuk membentuk dan memperkukuhkan identiti sebuah negara dan bangsa yang bebas merdeka.

You might also like