Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seni Islam

Seni Islam

Ratings: (0)|Views: 3|Likes:
Published by Along
(:
(:

More info:

Published by: Along on Mar 09, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/20/2014

pdf

text

original

 
Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama,tablo, teater, filem dan sebagainya.Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yangberbentuk puisi dan prosa.Konsep Seni Menurut Perspektif IslamSeni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaanantara seni. Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilaiakhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seniIslam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seniIslam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yangdisumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas.Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allahswtlantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya.Manusiadijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yangmerupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allahswt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi jugamempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaanmanusiayang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsepkeseniandan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputiaspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Senimestilahmerupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya senimestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuatbaikdan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukanmembawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semuaaktivitikesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah danketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta
 
kesanggupanberserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaandan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusiamenjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuhkepada keredhaan Allah swt.2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspekestetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepadakeseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyainilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan danbudi yang mantap.4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan danperaturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukanIslam.5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dansesama manusia dan juga makhluk. Islam tidak pernah menolak kesenian selagidan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seniuntuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanyaindividu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina danmencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksudmenarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangatpenyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullahsaw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu(tarannum) al-Quran.(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karyaseni yang tidak diperlukan oleh manusia.(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yangberupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadahdalam fardhu ain dan kifayah.
Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakanantara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagaikemaksiatan yang lain.
 
 Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sepertipergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama adadibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alattiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi(hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuktujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yangberbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari)
Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.Matlamat KesenianDalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupunkeseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrahsemulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrahmanusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwadandunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawakecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. SeniIslamdibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhiddanpengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkarama'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrahasalkejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurutkesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang samadengan akalsupaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani ataudenganalam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberiketenangandi jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepadakesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seniuntuk seni'tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->