TUTORIAL SEJARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA DI MALAYSIATajuk Perbincangan:
RUSUHAN KAUM 13, MEI 1969: PERISTIWA SEBELUM DAN TINDAKANSELEPASNYA
1.1PENDAHULUAN
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlahdengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa.Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula iadapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dankebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik.Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi,semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupunArab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketikaitu berbentuk
co-existance
, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja. Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawakepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari olehadanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalamekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabilakaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demiuntuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik danekonomi.1
Leave a Comment