You are on page 1of 3

KARI AYAM ::

Bahan-bahan: 1 ekor ayam | dipotong 16 200gm serbuk kari | dibancuh dengan sedikit air 200ml santan 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 50gm bawang merah 30gm bawang putih 2 biji buah keras 1 sudu teh kas kas 1 batang serai | dititik 3 sudu makan asam jawa 1 tangkai daun kari 1 helai daun pandan Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya Minyak masak secukupnya | untuk menumis Cara memasak: 1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik baunya. 2. Masukkan bahan kisar bersama kas kas dan biarkan hingga kekuningan. 3. Setelah itu, masukkan bancuhan serbuk rempah kari bersama daun kari dan biarkan hingga garing. 4. Kemudian masukkan santan dan biarkan hingga mendidih. 5. Masukkan ayam, serai, asam jawa dan juga daun pandan. Kacau hingga sebati. 6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. 7. Biarkan mendidih dan angkat.

:: NASI AYAM ::
Bahan-bahan: 1kg beras 200 gm bawang merah 200 gm bawang besar 100 gm bawang putih | diketuk 1 liter stok ayam 3 helai daun pandan 50 ml minyak bawang putih Garam secukup rasa Lada sulah secukupnya Cara memasak: 1. Masukkan beras ke dalam periuk bersama air stok ayam.

2. Masukkan bawang-bawang yang dimayang, daun pandan, minyak bawang putih, lada sulah dan air stok ayam dan garam secukup rasa.. 3. Tanak sehingga masak.

:: KURMA AYAM:
Bahan-bahan:
500gm aym | dipotong kepingan

1 sudu makan minyak masak 1 peket perencah Kurma Ayam segera | dibancuh dengan sedikit air 3 sudu makan air 200gm bawang besar 200gm kentang 625ml air 125ml santan Cara memasak: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik baunya. 2. Masukkan perencah Kurma Ayam dan biarkan hingga garing. 3. Setelah itu, masukkan ayam, kentang dan biarkan reneh selama 20 minit atau sehingga kentang lembut. 4. Akhir sekali, masukkan santan dan biarkan mendidih seketika. 5. Angkat dan hidangkan.

:: ASAM PEDAS IKAN PARI ::


Bahan-bahan: 500gm ikan pari 5 biji kacang bendi 1 biji terung panjang 2 kuntum bunga kantan 1 tangkai daun kesum 1 batang serai 10ml air asam jawa 4 sudu makan minyak masak Garam secukup rasa 1 liter air Bahan kisar: 20 tangkai cili kering

6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2cm halia 2cm kunyit hidup 2.5cm belacan Cara memasak: 1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan air asam jawa dan air. Kacau dan biarkan mendidih. 3. Selepas itu perasakan dengan garam secukup rasa. 4. Masukkan kacang bendi, terung panjang, serai dan daun kesum. 5. Apabila mendidih, masukkan ikan dan biarkan seketika. 6. Angkat dan sedia dihidangkan.

NASI TOMATO :
BAHAN-BAHAN: 2 sudu minyak sapi @ mentega 2 cawan beras putih 5 kulit kayu manis 5 bunga cengkih 5 bunga lawing 4 cawan air 1 tin sup tomato

CARA MEMASAK: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Panaskan periuk dan masuk kan minyak sapi tersebut Masukkan bahan rempah tadi goring hingga wangi Masukkan sup tomato serta air. Sehingga ia mendidih Seterusnya masukkan beras dan gaulkan nya Pindah kan periuk tadi ke rice cooker sehingga masak Akhir sekali masuk Kan kismis, kekacang mengikut selera masing2.

You might also like