Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Gerakan Munafik Bermula Di Madinah Di Bawah Pimpinan Abdullah Bin Ubai1

Gerakan Munafik Bermula Di Madinah Di Bawah Pimpinan Abdullah Bin Ubai1

Ratings: (0)|Views: 6 |Likes:
Published by Adham Abdrahman

More info:

Published by: Adham Abdrahman on Mar 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/16/2014

pdf

text

original

 
Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan
Abdullah bin Ubai
. Sebelumkedatangan Rasulullah SAW ke Madinah, beliau merupakan seorang yang sangat berpengaruh
di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Peperangan Bu‟as, penduduk
Madinah sudah bersepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai ketua di Madinah, malahmahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubaimenjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dandimuliakan.
 
Sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak disana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yangmulia berbanding orang-orang Arab Madinah. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomidan mempunyai kekuatan dalam bidang ketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahliagama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahli ketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggioleh orang Arab Madinah.
Lantaran itu, orang Arab Madinah suka meniru peradaban Yahuditetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi
. Bagi orang Arab agama Yahudi dilihat sebagaikhusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahudi, banyak nilai-nilaimoral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah.
 
Golongan Arab Madinah yang berilmu merupakan orang yang paling banyak mencedok
peradaban Yahudi dan meng‟Arab‟kan peradaban tersebut, termasuklah Abdullah bin Ubai.
Kumpulan Abdullah bin Ubai mempraktikkan nilai-nilai moral yang lebih tinggi daripada orangArab Madinah yang lain. Oleh kerana itu, mereka dipandang tinggi dan dihormati.
Ketika Perang Bu‟as hampir berlaku di antara dua golongan terbesar di Madinah, kumpulan
Abdullah bin Ubai menentang suku-suku mereka yang mahu berperang itu. Bila peperanganberlaku, Abdullah bin Ubai juga tidak ikut serta dalam peperangan tersebut. Sikapberkecualinya menyebabkan dia dicadangkan untuk menjadi raja setelah kedua-dua pihakyang berperang itu berdamai.
 
Walaupun menimba dari telaga Yahudi, namun ahli fikir Arab Madinah mempertahankan ke-Araban mereka. Sikap yang demikian menyebabkan terbentuk aliran pemikiran yang kabur. Iabukan Yahudi dan bukan juga Arab. Mereka menganggap diri mereka setaraf dengan orangYahudi yang berilmu dan mereka lebih mulia daripada umat Arab yang jahil. Oleh kerana apayang terbentuk dalam aliran pemikiran mereka tidak jelas, maka tidak ada satu bentukkepercayaan atau akidah yang mereka pertahankan. Mereka mempertahankan satu perkarasahaja, iaitu merekalah golongan Arab yang paling pintar dan orang-orang Arab yang lain tidaksama dengan mereka.
 
Apabila agama Islam datang ke Madinah dibawa oleh orang Arab Makkah, kumpulanAbdullah bin Ubai sejak awal-awal lagi telah menolaknya
. Mereka menganggap apa yangbaru datang itu lebih rendah daripada apa yang ada dengan mereka. Mereka menjadigolongan yang tidak mempertahankan sebarang kepercayaan dan juga tidak ada satukepercayaan yang mereka terima. Sebagaimana golongan Yahudi yang menganggap semuabangsa di dunia lebih rendah daripada mereka, begitu juga kumpulan Abdullah bin Ubai yang
 
meminum air daripada telaga Yahudi, menganggap semua orang Arab lebih rendah daripadamereka. Mereka adalah golongan yang sudah ada keputusan untuk mengunci mata, telinga danhati mereka daripada segala agama yang datang kepada mereka.
 
Arus perkembangan Islam melanda Madinah dengan pantas dan menyeluruh. Dalam tempohkurang dari satu tahun, hampir keseluruhan penduduk Madinah sudah memeluk agama Islam.Segala aktiviti tertumpu kepada Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Kumpulan Abdullahbin Ubai yang memandang diri mereka sebagai lebih mulia itu tidak ada pilihan lain,melainkan ikut serta di dalam rentak perkembangan Madinah supaya tidak tersisih. Namun,
penyertaan mereka sebenarnya bertujuan mencari jalan merampas semula kekuasaan diMadinah sebagaimana sebelum kedatangan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW
. Merekamahu orang-orang Makkah meninggalkan Madinah.
 
Oleh kerana mereka tidak mempunyai satu bentuk kepercayaan yang jelas dan tidak ada satuagama dipertahankan, mereka boleh bergerak cergas dalam apa juga medan kepercayaanatau agama. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haram tidak ada padamereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agama yangdiperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebut
menyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil „
MUNAFIK 
‟.
Merekamemakai baju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidakmerelakannya
.
 
Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak meyakini agama Islam kerana merekamempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentanganmereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepadaagama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan merekatidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka bolehmenyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka bolehmenentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulen.
Mereka menganggap Islamlaksana baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan hanya apabila ianya mendatangkankeuntungan kepada mereka
.
 
Allah SWT berfirman tentang keadaan golongan munafik:
Dan sebahagian daripada manusia
ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan Hari Kemudian”. Padahal
mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah danorang yang beriman, padahal mereka tidak perdayakan melainkan diri mereka sendirisedangkan mereka tidak sedar. Di hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkanpenyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan yang pedih sebab mereka telah
berdusta. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan dibumi”, mereka menjawab: “Kami tidak lain melainkan orang yang membuat kebaikan”.
Ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak
sedar. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Berimanlah sebagaimana orang yang telahberiman”. Mereka berkata, “Apakah harus kami beriman seperti orang
-orang bodoh itu
beriman?” Ketahuilah mereka itulah orang
-orang yang bodoh tetapi mereka tidak ketahui.
 
Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman mereka berkata, “Kami telahberiman”. Apabila bersen
dirian dengan syaitan-
syaitan mereka, mereka berkata, “Kami
beserta kamu. Kami tidak lain melainkan memperolok-olokkan (orang yang beriman).
” (QS
Al-Baqarah: 8~14)
 
Orang munafik sangat berbeza daripada orang kafir. Orang kafir dengan tegas menyatakantidak beriman baik secara terang-terangan atau pun secara bersembunyi. Ancaman azabneraka dan pujukan nikmat syurga tidak menarik orang kafir kepada iman. Orang munafik pulamengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah mereka dan tidak keberatan menyertai amalanibadat bersama-sama orang Islam yang lain, tetapi ucapan dan ibadat yang dilakukan itu tidakberbekas pada hati mereka.
Mulut mereka mengatakan beriman kepada Allah SWT dan hariakhirat tetapi hati mereka kufur
. Mereka adalah orang yang Islam pada zahir tetapi kafirpada hati. Perbuatan zahir mereka sesuai dengan perbuatan orang yang beriman keranamereka mahu menyembunyikan apa yang ada dalam hati mereka.
Ada kepentingan diri yangmahu dijaga
.
 
Golongan munafik tidak mengakui kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Bagi mereka,Nabi Muhammad SAW hanyalah seorang lelaki Arab yang sama dengan lelaki Arab yang lain,yang dipandang lebih rendah daripada mereka. Mereka menolak kepimpinan Nabi MuhammadSAW. Mereka mahu agar Baginda SAW mengikuti kepimpinan mereka. Mereka juga tidakmempunyai perasaan hormat kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana itu, mereka tidakmenerima kedudukan wahyu sebagai Kalam Allah SWT. Mereka menganggap wahyu hanyalahperkataan Nabi Muhammad SAW yang sama dengan perkataan orang lain yang boleh dihujahdan ditolak.
Golongan munafik, dengan kerjasama kaum Yahudi, sangat aktif di dalammempertikaikan wahyu dan hadis Nabi Muhammad SAW
.
 
Allah SWT memperingatkan Rasulullah SAW supaya sentiasa berwaspada terhadap golonganmunafik yang akan mencuba untuk membawa baginda SAW tunduk kepada pemimpin mereka.Rasulullah SAW juga diperingatkan bahawa golongan munafik itu tidak suka kepada Baginda
SAW: “
Wahai Nabi! Patuhlah kepada Allah dan jangan engkau turuti orang-orang kafir danmunafik, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana
.” (QS al
-Ahzab: 1)
 
Dan jangan engkau tunduk kepada orang-orang kafir dan orang-orang munafik, danbiarkanlah gangguan mereka. Dan berserah dirilah kepada Allah kerana cukuplah Allahsebagai Pemelihara.
” (QS Al
-Ahzab: 48)
 
Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu kepada hukum yang Allah telahditurunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafikmenghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
” (QS An
-
Nisa‟: 61)
 
Di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabimempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yangbaik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin, dan menjadi

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->