You are on page 1of 4

PENGENALAN LAGU PUSINGAN Lagu pusingan merupakan lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan bergilir-gilir sehingga ke akhir

lagu. Minima untuk menyanyikan lagu pusingan memerlukan sekurang-kurangnya dua orang.Lagu pusingan yang akan dibincangkan pada tugasan kali ini berjudul Lenggang kangkung. LAGU PUSINGAN PILIHAN

Dalam mengajar lagu pusingan, seseorang itu perlu dikenalkan kepada melodi lagu.Melodi ini diperkenalkan frasa demi frasa atau baris demi baris secara ansur maju secara unison. Selain dari unsur pic, tempo yang betul juga amat perlu. Untuk ini guru harus memberikan metronome sambil mengiring dengan instrumen yang berpic seperti piano ataupun gitar. Yang paling ideal, guru memainkan muzik iringan dengan kibod beserta accomponimen kerana telah ada rentak iringan mengikut tempo yang sesuai.

PENGAJARAN LAGU PUSINGAN Sebelum menyanyikan lagu pusingan ini seseorang itu harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagu tersebut. Apabila yakin akan melodi sebenar lagu, barulah lagu ini dinyanyikan secara pusingan. Lagu-lagu pusingan juga merupakan satu cara dalam memperkenalkan konsep harmoni kepada pelajar. Untuk lagu ini dua kumpulan dibentuk untuk menyanyikan lagu pusingan. Kumpulan 1 dibimbing untuk menyanyikan lagu bar 1, apabila kumpulan 1 mula menyanyi pada detik yang ke 4 pada bar 1, kumpulan 2 mula menyanyi bar 1.

Seterusnya guru menilai kemampuan kumpulan yang dibentuk dalam ketekalan pada melodi kumpulan masing-masing tanpa terikut baris melodi kumpulan yang lain. Sekiranya berjaya guru boleh membentuk kumpulan yang ketiga. Kumpulan ketiga menyanyikan lagu Lenggang Kangkung apabila kumpulan 1 menyanyikan lagu pada detik yang ke 4 pada bar yang ke 2 atau kumpulan 2

menyanyikan pada detik yang ke 4 pada bar 1.

Kumpulan yang pertama akan sampai ke penghabisan lagu dahulu diikuti dengan kumpulan kedua dan ketiga. Kesemua kumpulan tidak akan berhenti serentak kecuali diarahkan untuk berhenti pada tempat yang sesuai. Lagu pusingan ini boleh digandakan bilangan kumpulan mengikut kesesuaian dan ia biasanya hanya satu lagu dinyanyikan. Lagu pusingan ternyata mengandungi konsep-konsep muzik di dalamnya. Selain pic, ritma,harmoni dan tempo, ia juga mengandungi konsep muzik seperti tekstur. Polifonik merupakan salah satu konsep muzik dalam dalam bidang tekstur. Tekstur merujuk kepada lapisan bunyi yang didengari ketika ia dinyanyi atau

dimainkan serentak. Ketebalan dan kenipisan merupakan sistem atau kayu pengukur yang digunakan untuk mengenalpasti elemen tekstur. Di dalam lagu pusingan, elemen polifoni nyata terserlah di mana apabila lagu Lenggang Kangkung dinyanyikan pada bar yang ke 5 apabila kesemua 3 kumpulan menyanyi dengan serentak. Elemen tekstur polifoni,dan harmoni menjadi elemen utama dalam nyanyian lagu pusingan. Lagu pusingan ini juga amat sesuai diajar kepada seseorang itu sebagai asas kepada pembelajaran harmoni dan menambah repertoire dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan muzik di sekolah.

You might also like