You are on page 1of 36

1.

Pengenalan

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi + daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.

Kebudayaan yang biasanya dihubungkan dengan cara hidup sesuatu masyarakat dan ciri yang menekankan kewujudannya tidak secara automatic, wujudnya pelanjutan budaya, kedinamisannya, simbolisnya, dan fungsifungsinya sebagai alat perhubungan amat menarik dalam rangka pengajian sosiobudaya mana-mana masyarakat pun. Bahkan peraturan yang dijelmakan melalui adat resam, lembaga, tradisi, nilai budaya, kepercayaan, dan peralatan budaya telah dapat menggambarkan sesuatu pernyataan kehidupan manusia.

Kebudayaan

mempunyai

hubungan

yang

amat

rapat

dengan

masyarakat,kerana kalau tidak ada masyarakat tidak ada budaya. Sekiranya kebudayaan adalah cara hidup,bagaimanakah hubungan cara hidup itu dengan kehidupan sesuatu masyarakat misalnya, dengan cara hidup di Malaysia? Sering kali timbul kekeliruan tanggapan terhadap kebudayaan bukan sahaja terhadap konsepnya bahkan juga cirinya. Kekeliruan ini boleh dilihat dari segi, iaitu kekeliruan di kalangan rakyat dan kekeliruan tanggapan hasil daripada pendekatan yang berbeza di kalangan sarjana kebudayaan sendiri.

Pada sesetengah orang, kebudayaan, konsep ini adalah terhad, adalah tarian-tarian atau apa-apa jua pertunjukan seni pentas seperti menorah, makyung kulit, boria, kuda kepang, dikir barat dan lainnya. Mungkin hal ini terjadi kerap kali melihat atau menonton persembahan sedemikian dalam satu-satu pertunjukan,
1

majlis, pesta, pertandingan yang dikelolakan oleh badan sukarela, institusi pengajian, dan perbadanan kerajaan. Kadangkala kita juga menggabungkan

kegiatan itu dengan kegiatan lain, seperti sastera, drama, muzik, sajak, dan sebagainya, yakni, sebagai apa-apa yang bersifat seni. Walau bagaimanapun, sesiapa pun tidak boleh dipersalah tentang hal ini kerana perkembangan pengetahuan kita sememangnya bergantung pada tingkatan perkembangan dan kemajuan masyarakat sendiri. Pendekatan dan pendapat yang menegaskan unsur kebudayaan di negara ini bermula dari barat, atau bermula dari luar, mungkin berdasarkan cara hidup dan perkembangan teknologi masyarakat kita hari ini,biarpun setahu kita belum lagi terdapat kajian yang benar-benar mendalam terhadap perkembangan sejarah dan budaya masyarakat Melayu, kecuali penulisan yang kian lama menjadi monopoli pegawai Inggeris.

2.0

Sejarah Lagu Tradisional

Lagu melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak bertahun-tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk lagu yang tersendiri walaupun banyak alat-alat lagu utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat lagu mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat lagu tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain.

Lagu tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai lagu latar dalam sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri.

Faktor penjajahan ketenteraan, kedatangan pedagang asing dan kini penjajahan media menjadikan muzik menerima pengaruh dari luar. Penjajahan ketenteraan oleh Portugis pada abad ke-16 membawa irama joget, kedatangan pedagang Arab di zaman kegemilangan Melaka membawa irama ghazal dan pedagang dari China membawa dondang sayang. Muzik ini telah diterima sebagai sebahagian daripada muzik Melayu. Tetapi sebagai karya yang sentiasa mempengaruh dan dipengaruh, proses evolusi tidak pernah berhenti sampai bilabila. Selalunya evolusi dalam muzik berlaku secara semula jadi. Sama seperti yang berlaku terhadap budaya sesebuah masyarakat yang hanya disedari berubah apabila ia dilihat secara retropektif. Apabila lagu tradisional Melayu diberi pendekatan yang lebih kontemporari, ini bukanlah suatu yang perlu digeruni. Selagi ada kesedaran dan melakukan dengan penuh tanggungjawab, ia pasti tidak putus dari akar budaya asalnya. Kerana itu aktivis dikir barat misalnya perlu realistik dengan kehadiran lagu-lagu seperti Dikir Puteri oleh Suhaimi Mohd. Zain atau Dikir Rambung oleh kumpulan Kapilla. Selain mempertahankan lagu tradisional Melayu dalam bentuk asal, lagu-lagu baru yang bertolak daripada irama tradisional juga wajar diberi tempat. Cuma yang kelihatan sedikit bermasalah ialah kita ketandusan
3

pencipta lagu yang mampu 'menghidu' muzik tradisional dan dikemukakan dalam bentuk baru. Kebanyakkan pencipta hanya memilih muzik yang langsung tidak berteraskan muzik Melayu.

3.0

Tokoh-tokoh dan Watak-watak Utama Dalam Seni Budaya

Dato Aripin Said dilahirkan pada 11 Disember 1948 di Kampung Batu Bor, Bera, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bohor dan Sekolah Kebangsaan Kuala Bera. Selepas itu, beliau bersekolah pula di Sekolah Menengah Abu Bakar di Temerloh. Beliau kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Kuantan.

Selepas tamat kursus perguruan beliau ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Terengganu dan Pahang. Dalam tahun 1976/1977 beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia dan kemudiannya kembali bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah di Pahang sehingga dilantik sebagai Guru Besar di sebuah sekolah di Triang, Pahang.

Pada tahun 1983-1986, beliau telah menyambung pelajarannya di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed.) dalam disiplin Bahasa (Linguistik), Sastera dan Pendidikan. Selepas mendapat Ijazah pertamanya, beliau menyambung

pelajarannya untuk mendapatkan Sarjana Sastera (M.A.) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Di samping beban tugas akademiknya beliau masih mampu bergiat cergas dalam sastera dan budaya. Beliau juga banyak membuat penyelidikan
5

budaya tradisional di dalam dan luar negeri. Beliau juga tergolong dalam penulis prolifik yang banyak menghasilkan novel-novel dan antologi cerpen. Beliau telah menghasilkan lebih 20 buah novel, antologi cerpen, puisi dan cerita rakyat. Di antara hasil penulisan beliau ialah novel Menungkah Gelombang (Pustaka Mastika 1989, KL), antologi cerpen Sebuah Warung di Tengah Kota (Pustaka Mastika 1989, KL), antologi Cerita Rakyat Awang Sabdu dan Tok Guru, Racik Raja Putera, Cerita Awang Miskin, Tukang Canai Batu Permata serta antologi puisi perseorangan beliau Pemain Rebana(Azam Publisher 1990, KL).

Selain bidang penulisan kreatif beliau juga bergiat cergas dalam pertubuhanpertubuhan serta Persatuan-persatuan penulis. Di antaranya ialah:

Lembaga Pengarah Muzium Negeri Pahang Ahli Persatuan Linguistik Malaysia Aktivis GAPENA Ahli Persatuan Sarjana Melayu Malaysia Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Caw. Pahang Lembaga Pengarah Pusat Seni Pahang Jawatankuasa Hal Ehwal Kebudayaan UPM dan lainlain.

Sebagai seorang penulis yang prolifik beliau pernah memenangi pelbagai pertandingan penulisan di dalam negeri anjuran beberapa badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain. Dalam lapangan Sastera Rakyat, selain menulis cerita-cerita rakyat beliau juga satu-satunya penyanyi lagu-lagu rakyat yang banyak di undang membuat persembahan di dalam dan luar negeri. Lagu-lagu rakyat Pahang seperti Indung-Indung dan Tebang Tebu merupakan antara lagu-lagu yang sering dinyanyikan beliau dalam

persembahannya.

Tokoh Siri Dokumentasi Sastera Rakyat 25 Januari 1990 Arkib Negara Malaysia

Zoltan Kodaly telah dilahirkan pada 16 Disember 1882. Beliau merupakan tokoh terkemuka pada abad ke 20 dalam kebudayaan muzik eropah. Beliau berasal daripada Hungary salah satu tempat di Negara German. Beliau juga merupakan seorang pencipta dan pengubah muzik eropah. Sebagai ethomuzikologis pula, beliau merupakan perintis dalam menyelidik dan mengklasifikasikan lagu rakyat secara saintifik. Ini kerana beliau mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan mahu mengekalkan kebudayaan dan juga identiti negara melalui lagu rakyat beliau. Akibat dari semangat dan kesungguhan, beliau telah berjaya mengumpul dan mengkaji lagu-lagu rakyat seluruh Hungary. Kemudian lagu-lagu tersebut dicipta semula menggunakan kaedah yang asal. Beliau telah hidup selama 85 tahun dan meninggal dunia pada 16 mac 1967

Beliau juga mempunyai seorang kawan yang sama-sama mengkaji hasil seni lagu-lagu rakyat iaitu Bela Bartok. Setelah menyelidik di Hungary, Bela Bartok telah meneruskan tugasnya menyelidik lagu-lagu rakyat di Rusia pula. Vokal adalah teknik yang paling penting yang diperkenalkan kodaly. Teknik ini juga terus digunakan Bela Bartok di Rusia.

Zoltan Kodaly telah memulakan satu usaha dalam penyelidikan prinsip dan bentuk muzik rakyat Hungary. Beliau takut warisan budaya muzik Hungary akan lupus ditelan zaman suatu hari nanti. Oleh sebab mempunyai semangat cintakan negara yang kuat dan mahu muzik menjadi kehidupan harian di kalangan rakyat
7

Hungary, beliau telah menghasilkan falsafahnya. Falsafah dan konsepnya mengandungi prinsip-prinsip yang merupakan aspek perkaedahan yang lain digelar sebagai Kaedah Kodaly. Antara falsafah dan prinsip-prinsip Kodaly ialah :-

Muzik Kepunyaan Manusia Nyanyian adalah Asas Kemahiran Muzik Muzik Rakyat sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Koir Alat Muzik tidak digunakan Pengajaran Muzik Perlu Berlaku diawal Pra Sekolah Muzik Perlu menjadi Tunjang dan Nadi Kurikulum Pendidikan di Sekolah

4.0

Contoh Lagu dan Tarian

Lagu: Kuda Kepang Artis: Joshua

Ayo...konco-konco kita nonton kuda kepang Cik cik nong cik cik gung Ayo...konco-konco nontonnya jangan dekat-dekat

Awas-awas awas-awas kuda kepang lagi kesurupan

Cik cik nong cik cik gung

Pang..pang..pang.. kuda kepang Makan padi makan rumput makan beling

Pang..pang..pang.. kepang-kepang kuda lari sambil lompat-lompatan

[sumber: http://www.ilirik.com/joshua_--_kuda_kepang.html]

Tarian Kuda kepang Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.

Tarian kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut: 9 orang penari 5 orang pemain muzik 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih" 9 - 15 orang penjaga kawasan.

Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Penari-penari biasanya berpakaian seragam.

Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada: lima buah angklung sebuah gendang beberapa gong beberapa bonang(caklempong) beberapa saron beberapa jidur beberapa kenong sekurang-kurang sembilan kuda sebatang pecut serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

10

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penaripenari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penaripenari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Cara permainan

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan. Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang. Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka
11

kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

Pantang

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

12

Lirik Lagu Boria Anak Tanjung - Boria Pulau Pinang Tarian: Boria

Kalimah bismillah bermula kata Alhamdulillah bersyukur kita Perihal Pulau Pinang tajuk cerita Boria Anak Tanjung membawa berita

* Lainlah buluh lainlah parang Lain dahulu lain sekarang Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang Boria Anak Tanjung cuba menerang

Rakyat sekarang pesat pembangunan Kembang ekonomi mengikut susunan Bangunan indah kiri dan kanan Pemimpin berdedikasi memainkan peranan

(Ulang *)

Rakyat hidup berbilang bangsa Tolong menolong setiap masa Menabur bakti membuat jasa Aman damai hidup selesa

(Ulang *)
13

Akhir karangan menyusun jari Cerita kami yang tidak terperi Salah dan silap tanpa disedari Ampun dan maaf pohon diberi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-boria-anaktanjung.html#ixzz1uOQkNysr

14

Tarian: Boria Boria

Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara

perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Taziya.

Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina. Perkataan Boria dikatakan berasai dari perkataan Borai dari bahasa Hindustan yang bermaksud gila atau sasau. Boria jua bermaksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British mempersembahkan boria di atas hamparan tikar sertya pakaian mereka juga dibuat dengan tikar untuk mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala. Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan Bori dari kaum Gujerat yang dating berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan
15

perkataan Boria itu asalnya dari perkataan Ria sahaja iaitu bersuka ria dan kemudian dinamakan Boria. Apapun dari mana perkataan asal Boria ini tiada siapa yang dapat mengatakan betul atau salah sebab ia hanyalah dating dari sumber lisan bukan dari fakta yang dicatat atau ditulis di mana-mana .

Cara dan Adab Permainan Borian Segmen Pertama :Sketsa Sebabak (telah diulas terdahulu) Segmen ke dua: 1Kemasukan Sailor dan Tukang Karang Kemasukan mereka akan diiringi

muzik masuk (intro) sebaik sahaja pelakon sketsa selesai dan keluar.

2-

Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil

menggoyangkan tongkat dan Sailor akan menyahut rangkap pertama beramai ramai sambil membuat pergerakan.Lenggok suara serta alunan suara Tukang

Karang mestilah BUKAN mendayu-dayu, merdu seperti nyanyian lagu Pop sebaliknya pemberatan terhadap kejelasan sebutan seakan-akan sebutan akhir

dipendekkan (BUKAN MELISMATIK). Rangkap yang disampaikan oleh Tukang Karang selalunya akan dimulakan dengan rangkap pengenalan kumpulan serta mengalu-alukan hadirin dan Sailor akan menyahut rangkap yang sama itu kembali beramai-ramai.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.

Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat16

alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan.

Kemudian Tukang Karang akan menyampaikan rangkap-rangkap yang mempunyai isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan Tema Boria itu dipersembahkan dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang telah dilakonkan dalam sketsa Segmen pertama persembahan.

4-

Rangkap karangan Boria akan ditamatkan dengan ucapan terima kasih,

pengunduran diri , memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh atau menguris perasaan penonton.

5-

Persembahan Boria ini juga di akhiri dengan muzik penutup untuk

mengiringi para Sailor keluar dari pentas. Adapun para pelakon sketsa turut sama beraksi seperti Sailor tetapi pergerakkan mereka lebih bercorak humor dan tidak mengikut 100% pergerakan Sailor. Ada juga Tukang Karang pada zaman 50 an yang keluar dari pentas lebih awal dari Sailor kerana mereka terbawa-bawa pangkat atau kedudukan sebagai Ketua Kumpulan Boria mestilah mendapat layanan atau kedudukan yang lebih tinggi dari Sailor maka dia keluar dahulu.

17

Lirik Zapin Berkasih - Anne Hamid Tarian: Zapin

Seri mahligai puncaknya menjulang tinggi Tempat puteri bermandi cahaya bulan Pada siapa hendak ku menumpang kasih Menanti saat ditentukan Tuhan

Sapu tangan jatuh di tengah sawah Terbang bersama angin yang berlalu Luka di tangan berdarah nampak berdarah Luka di hati tak siapa yang tahu Merana sendiri

Nyiur gading baru hendak berbuah Pokok senduduk tak berbunga lagi Sudah kau dapat gading bertuah Tentulah tanduk tak berguna lagi

Biar luluh tulang ku bercerai Bara selautan pun sanggup kurenangi Cintamu bagai si embun pagi Datang sang mentari hilang tak berganti

Ini bukan lagu kecewa Hanya pujuk hati luka Bukan niat mengubat jiwa
18

Melayan hati yang lara

Ini bukan lagu kecewa Hanya melayan asmara Bukan niat mengubat jiwa Melayan hati yang lara

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/10/lirik-zapin-berkasih-annehamid.html#ixzz1uORnLsZR

19

Tarian : Zapin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Tarian Zapin (Jawi: )merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami

pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

Tarian Zapin Arab Tarian Zapin Johor Tarian Zapin Lenga Tarian Zapin Pekan Tarian Zapin Tenglu

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Tarian Zapin di Brunei Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah) Zapin Tar (Jipin Tar)

20

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi.

Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.

Asal tarian Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16. Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.

21

5.0

Senikata Lagu-Lagu Rakyat

Lagu Jong Jong Inai Jong jong inai Mak ipong waja wali ( 2X )

Kenek-kenek Udang Kenek-keneklah udang Lembu patah tanduk Cik Mek kenalah godam Cik Awang kena tumbuk

Jong jong inai Mak ipong waja wali Sepak tunggul inai Berdarah ibu kaki ( 2X )

Oa oa oa oa

Gegak gempita gendang dipalu Kerna menyambut pengantin baru Seri-seri cahaya hai naik ke muka Tak ubahlah pinang dibelahlah dua

Semangkuk jerluk Sepinggan dagang Tak cukup pulut Tambah nasi dagang ( 2X ) Pengantin bersanding sambil menjeling Sudah menjeling tersenyum pula Jong jong inai Mak ipong waja wali ( 2X ) Korus: Kenek-keneklah udang Indah-indah bukan hai lagi kepalang Hai serba dibuat hai kena belaka Korus: Kenek-keneklah udang

Pengantin bersanding atas pelamin Dikunjung orang berduyun-duyun Dihibur-hibur dengan hai tari menari

22

Untuk merayakan hai raja sehari

Geylang si paku Geylang

Korus: Kenek-keneklah udang

Geylang si paku Geylang Geylang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama

Geylang si paku Geylang Geylang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama

23

Anak Itik Tok Wi

Jangan Hampa Tertampi-Tampi Kalau Sudi Katakan Sudi

Anak Itik Tok Wi Mandi Dalam Kolam Buat Apa Tok Wi Ubat Limau Lelam

Jangan Kita Ternanti-Nanti

Sakit Apa Tok Wi? Sakit Sendi Tulang Ubat Apa Tok Wi Ubat Sengal Tulang

Dalam Paya Orang Berakit Buluh Layu Patah Sebatang Dalam Dada Terasa Sakit Sakit Rindu Abang Seorang

Letak Dulang Berhias Tepi Bunga Perca Rebah Bertindih Dengar Abang Adik Menyanyi Lagu Resah Orang Berkasih

Harap-Harap Tumbuhnya Padi Tapi Lalang Tumbuh Sebendang Harap-Harap Kasih Menjadi Sampai Masa Tinggal Seorang Kalau Padi Katakan Padi
24

Ulek Mayang

Ulek dengan puterinya enam

Ulek mayang ku ulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri Ulek mayang diulek Ulek dengan jala jemala Ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya dua

Puteri enam berbaju serong Puteri enam bersanggol sendeng Puteri enam bersubang gading Puteri enam berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggol sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan puterinya empat

Puteri tujuh berbaju serong Puteri tujuh bersanggol sendeng Puteri tujuh bersubang gading Puteri tujuh berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek Ulek dengan tuannya puteri

Puteri empat berbaju serong Puteri empat bersanggol sendeng Puteri empat bersubang gading Puteri empat berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek
25

Tuan puteri berbaju serong Tuan puteri bersanggol sendeng Tuan puteri bersubang gading Tuan puteri berselendang kuning Umbok mayang diumbok Umbok dengan jala jemala Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri

Ikan Kekek - Dodoi Si Manja

Ku tahu asal usul mu Yang laut balik ke laut Yang darat balik ke darat Nasi berwarna hamba sembahkan Umbok mayang ku umbok Umbok dengan jala jemala Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala

Ikan kekek mak ilui-ilui Ikan gelama mak ilai-ilai Nanti adik mak ilui-ilui Pulang sama mak ilai-ilai

Tenang-tenang air di laut Sampan golek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut tersebut Budi yang baik rasa dijunjung

Ikan kekek mak ilui-ilui Ikan gelama mak ilai-ilai Nanti adik mak ilui-ilui Pulang sama mak ilai-ilai

26

Tiga Kupang

Lagu tiga kupang Saku penuh padi Enam ekor burung Masuk dalam kuali

Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja

Korus Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Pagut batang hidung Hidung... hidung... hidung

( ulang dari mula hingga akhir )

27

6.0

Kepentingan dan Peranan

Lagu rakyat ialah lagu yang berada di dalam masyarakat sejak awal lagi. Kadang kala lagu ini tidak diketahui sumber-sumbernya dan siapa penciptanya. Contoh lagu rakyat ialah, Anak Itik Tok Wee dan Anak Ayam. Lagu tradisional dicipta untuk menggambarkan kebudayaan dan nilai-nilai bangsa dan negara. Lagu tradisional dapat memupuk semangat cintakan Negara dan membantu kanak-kanak

mengetahui dan mengenali identiti. Lagu tradisional tersebut adalah berunsur jenaka dan mempunyai nilai-nilai nasihat. Muzik rakyat yang juga dikenali sebagai muzik tradisional merupakan muzik yang dimainkan oleh rakyat untuk rakyat. Muzik rakyat atau tradisional ini berkonsepkan persekitaran dengan memasukkan elemen-elemen persekitaran secara spontan dan seiring dengan kehidupan rakyat yang

menghasilkan muzik tersebut. Contoh muzik rakyat/tradisional ialah boria dan dikir barat. Muzik-muzik seperti ini boleh digunakan untuk mendodoikan anak.

Kepentingan muzik rakyat/tradisional

Lagu berasaskan muzik rakyat/tradisional banyak berdasarkan tema persekitaran. Lagu-lagu seperti menggunakan bunyi binatang akan memberi kanak-kanak ruang untuk mengenal binatang-binatang yang ada pada persekitaran mereka. Muzik rakyat/tradisional dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak kerana kanak-kanak gemarkan irama.

Muzik rakyat/tradisional juga membolehkan

kanak-kanak melahirkan

perasaan dan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Menerusi muzik rakyat/tradisional dan nyanyian, kanak-kanak dapat memperkukuhkan konsepkonsep kendiri yang positif.

Muzik rakyat/tradisional merupakan antara perkara pertama yang ditangkapi oleh deria kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memberi respon kepada tepukan tangan, bunyi-bunyia dan suara di sekitar mereka. Muzik rakyat/tradisional membolehkan kanak-kanak mengingati, menyerap dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri.
28

Selain itu, ianya boleh dikaitkan dengan pembinaan dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak boleh menggunakan keseluruhan anggota badan mereka dalam bentuk pengajaran bertema sambil menari dalam bulatan atau dalam barisan panjang. Di samping itu muzik rakyat/tradisional juga boleh digunakan untuk mendodoikan anak dan mempunyai nilai-nilai nasihat.

Peranan lagu rakyat

Setiap lagu tradisional mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek di antranya dari segi alat yang digunakan, melodi lagu, dan fungsi-fungsinya. Oleh kerana itu, lagulagu tradisional berkembang di setiap daerah dengan ciri-ciri dan konsep masingmasing. Di antara peranan lagu tradisional ialah:

a.

Sebagai Media Ekspresi

Seni merupakan media yang dapat mengungkapkan ekspresi yang ada dalam diri seniman. Seniman lagu atau muzik akan mengungkapkan eksperesinya dalam muzik. Pemuzik akan manjadikan muzik atau lagu sebagai satu-satunya alat untuk mencurahkan berbagai ekspresi yang dimilikinya. Karya-karya muzik dan lagu hasil curahan ekspresi muzik tersebut.

b.

Sebagai Media Hiburan

Muzik dan lagu merupakan hasil karya cipta para seniman yang dapat memberikan hiburan kepada masyarakat. Banyak cara yang dapat dilakukan masyarakat untuk dapat mendengarkan muzik dan lagu. Ada yang menonton persemabahan muzik dan lagu di pentas persemabahan, ada yang menonton pertunjukkan di acara hajatan, ada yang mendengar melalui radio, atau menyaksikan tayangan-tayangan di siaran televisyen.

c.

Sebagai Media Upacara

Muzik ada yang khusus diciptakan untuk keperluan upacara yang dilakukan masyarakat. Sebagai contoh majlis perkahwinan, atau upacara perasmian juga boleh memainkan lagu dan muzik tradisional.

29

d.

Sebagai Media Komersial

kegiatan bermuzik bukan hanya dapat digunakan untuk menyalurkan bakat dan hobi para seniman. Lagu dan muzik juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk memperoleh pendapatan. Bahkan, ada sesetengah orang yang mata pencariannya dalam bidang seni muzik, baik yang berkerjaya sebagai pencipta lagu mahupun pemain muzik.

30

7.0

Mengaplikasikan Nilai Dalam Cerita/ Lagu Rakyat Kepada Anak-anak

Lagu rakyat yang lazimnya diperturunkan secara lisan dari generasi terdahulu ini secara tidak langsung mempunyai nilai didikan tersirat yang turut diselitkan dalam pelbagai variasi. Diiringi dengan alatan muzik seperti rebana, serunai mahupun gamelan, lirik lagunya yang menjalinkan kombinasi perkataan gandaan, imbuhan mahupun akronim membentuk sebuah irama yang cukup indah. Bukan sahaja untuk menzahirkan emosi, intipati lagu-lagu rakyat antara lain turut diadunkan dengan nilai-nilai keagamaan, jenaka, nasihat, kasih-berkasihan termasuk longat negeri. Ia sekali gus mencerminkan budaya masyarakat setempat yang ditonjolkan melalui penceritaan secara kiasan meskipun tidak menggambarkannya dengan penuh deskriptif.

Oleh itu, untuk mengelakkan budaya ini pupus sebagai seorang pendidik memainkan peranan untuk mengembangkan seni budaya kepada anak didiknya agar seni yang ada tidak pupus di telan zaman. Di antara tindakan atau perkara yang dilakukan ialah:

a.

Mengadakan Pertunjukan Seni Pentas

Guru yang berkemahiran dalam seni budaya membuat satu aktiviti persembahan bertemankan seni budaya di Malaysia dan di pecahkan kepada beberapa katogeri. Di antranya ialah menorah, mak yung, wayang kulit, boria, kuda kepang, dikir barat dan sebagainya. Dengan menunjukkan serta membimbing langkah dan teknik yang betul kepada pelajar, pelajar akan menguasainya dah akan mempraktikan serta menunjukan kebolehan dan bakat yang di asah.

b.

Mengadakan Pertandingan

Sesebuah cerita atau lagu rakyat mengandungi nilai yang tersendiri. Jadi untuk memupuk nilai tersebut serta penghayatan pelajar terhadap kesenian serta menambah semangat anak didik dalam menghargai kesenian tradisional guru-guru boleh mengadakan pertandingan sama ada antara persatuan, kelas, bahkan antara sekolah digalakkan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi penghayatan pelajar terhadap seni budaya.

31

c.

Mengadakan Minggu Kesenian

Di antara langkah untuk mengaplikasikan nilai dalam lagu atau cerita rakyat ialah dengan mengadakan minggu kesenian. Di dalam minggu tersebut di isi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kesenian budaya. Dengan cara ini boleh menarik perhatian pelajar terhadap kesenian dan menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri pelajar.

32

8.0

Penutup

Kebudayaan adalah satu cara hidup. Sebagaimana dimaklumi, Malaysia adalah sebuah Negara berbilang kaum, berbilang agama, kebudayaan dan cara hidup yang berlainan sama sekali. Selama ini, masing-masing hidup dan mengamalkan cara hidup sendiri baik dalam apa-apa juga bidang pun.

Oleh sebab itu, terdapat pelbagai kebudayaan telah wujud dan pelbagai lapisan masyarakat sudah menyertainya. Di antaranya ialah lagu rakyat di mana lagu rakyat ialah satu lagu yang berunsurkan nasihat, lawak, teguran, hiburan dan sebagainya.

Lagu rakyat adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuhLagu rakyat biasanya

tumbuhan ataupun senario semasa di kawasan tersebut.

akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Antara lagu-lagu rakyat yang popular sehingga kini adalah ulek mayang, menghilir di sungai Pahang, lemak manis, ayam den lopeh dan inang rodat.

Tambahan pula, dalam lagu rakyat juga memainkan peranan yang penting di antaranya, sebagai hiburan di majlis keraian, sebagai komersial dan sebagai media ekspresi.

Lagu rakyat ini juga boleh diaplikasikan nilai kepada anak didik juga. Di antaranya, mengadakan petunjukkan pentas, mengadakan pertandingan dan mengadakan minggu seni budaya. Dengan cara ini juga secara tidak langsung dapat memupuk minat pelajar dalam menghayati atau mempelajari kesenian budaya di Malaysia.

Ringkasnya, kesenian ini harus diteruskan dan sentiasa mencari pewaris kepada kesenian. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biar dari rebungnya.

33

Bibliografi A. Aziz. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harry Sulastianto. 2006. Seni Budaya. Bandung: Grafindo Media Sdn. Bhd. Izieyana. et. al. 2010. http://kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/muziktradisional.html. March 30 Khairul. 2011. http://khairul-hikaru2000.blogspot.com/2011/08/lagu-rakyat.html. Ogos. Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Wawa. 2009. http://www.liriklagumuzika.com/. Ogos.

34

Lampiran

35

36

You might also like