You are on page 1of 48

Kajian ini cuba mengenalpasti pendekatan yang sesuai untuk membantu murid-murid yang sederhana dan lemah dari

aspek kecerdasan hafalan sifir darab terutamanya sifir 2 hingga sifir 9. Dalam kajian ini, didapati walaupun pendekatan menggunakan Teknik melengkap grid 100 untuk membentuk Jadual Sifir Pelbagai Guna ( JSPG ), namun didapati kaedah ini kurang memberi respons yang baik kepada pelajar terutamanya dikalangan murid yang agak lemah. Kumpulan murid yang majoritinya adalah kumpulan murid PROTIM menghadapi masalah untuk mengaplikasikan kaedah ini. Kajian juga mendapati , latihtubi secara melakukan proses penambahan berulang ( repeated addition ) juga mengambil masa yang agak panjang untuk dikuasai oleh murid-murid.

Data kajian ( 31 Januari 2006 ) menunjukkan 63 244 orang murid tahap dua mengikuti kelas pemulihan dan permasalahan dalam proses pembelajaran yang serius ( PPK ,2006 ). Ini menunjukkan masih ramai murid yang belum menguasai kemahiran asas melibatkan operasi tambah,tolak,darab dan bahagi. Kegagalan murid menguasai kemahiran mendarab adalah berpunca daripada penguasaan sifir darab yang lemah. Teknik melengkapkan Jadual Sifir Pelbagai Guna didapati boleh membantu murid tetapi kurang memberi respons yang baik kepada pelajar terutamanya dikalangan murid yang agak lemah. Pada tahun 2010 kumpulan murid tahun 4 Aktif yang majoritinya adalah kumpulan murid PROTIM menghadapi masalah untuk mengaplikasikan kaedah ini. Analisa keputusan ujian dan peperiksaan menunjukkan hanya 2 pelajar daripada 21 orang murid kelas 4 Aktif lulus dengan pencapaian gred C dalam subjek Matematik. Yang lainnya, 8 orang mendapat gred D dan 11 orang mendapat gred E.

Setelah latihtubi penguasaan operasi empat melibatkan proses penambahan, penolakan,pendaraban dan bahagi dilakukan, didapati murid mula menunjukkan peningkatan terutamanya melibatkan operasi asas tambah dan tolak . Namun begitu ujian protim tapisan pertama yang dilaksanakan mendapati majoriti murid kelas ini gagal menguasai kemahiran yang melibatkan operasi darab dan bahagi.
Bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan peluang yang ada semasa menghadiri persidangan Majlis Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2008 di hotel Pearl International Kuala Lumpur untuk bertukar pandangan dan pendapat dalam sidang selari semasa persidangan tersebut berlangsung. Akhirnya, hasil sidang selari yang saya ikuti, saya mengambil Inisiatif untuk membina Kad Mudah Sifir dengan menggunakan idea Pola Sifir bagi sifir 2 hingga sifir 9. Tinjauan ini juga mendapati murid bertambah kreatif dan berminat untuk membina Kad Mudah Sifir dengan menggunakan Kad-kad jemputan kahwin yang terbuang.

Kajian ini mempunyai beberapa objektif dan status perlaksanaan program MUDAH SIFIR ini antara lainnya ialah : 1. Membantu murid Tahap 2 terutamanya murid kelas yang lemah untuk menguasai kemahiran sifir darab dan seterusnya bagi menyelesaikan masalah operasi bahagi yang ada hubung kait dengan pengoperasian pendaraban.

2. Memberi ruang kepada murid lemah untuk menggunakan kaedah alternatif bagi menyelesaikan masalah hafalan sifir yang agak membebankan pemikiran mereka.
3. Merangsang minat untuk murid menguasai fakta asas sifir darab. 4. Mempelbagaikan kaedah/ pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek matematik.

1. Program MUDAH SIFIR ini diharap dapat membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan sifir darab terutamanya pelajar Tahap 2 , khususnya murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. 2. Membantu kelompok murid kelas PROTIM yang menghadapi masalah menguasai kemahiran sifir darab dan seterusnya bagi menyelesaikan masalah operasi bahagi yang ada hubung kait dengan pengoperasian pendaraban, terutamanya dikalangan murid kelas 3 Aktif, 4 Aktif, 5 Aktif dan 6 Aktif.

1. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kreativiti ke arah merangsang minat murid terhadap penguasaan konsep dan amalan kaedah yang penting dalam Matematik. 2. Justeru itu,KAD MUDAH SIFIR adalah alternatif bagi menyelesaikan masalah penguasaan fakta asas sifir darab dikalangan murid-murid terutamanya murid lemah dan kelompok murid kelas PROTIM.

3. Pemantapan berterusan dalam proses penilaian secara lisan dan bertulis perlu dilaksanakan bagi melihat keberkesanan penguasaan kemahiran ini. ( Fakta Asas Sifir Darab ).

Membina Kad Mudah Sifir. 1. KAD MUDAH SIFIR - TABLE A TABLE A digunakan untuk membina sifir 3 , 7 , dan 9 Sifir 5 tidak terlibat andaian lebih mudah dengan pengiraan dalam turutan melibatkan gandaan lima-lima. 2. KAD MUDAH SIFIR - TABLE B

TABLE B digunakan sebagai asas membina sifir 2 , sifir 4 , sifir 6 dan sifir 8.

Menu

Undur

Teruskan

Tamat

Menu

Undur

Teruskan

Tamat

Menu

Undur

Teruskan

Tamat

RM28 496.80

4 =

RM28 496.80

4 =

RM28 496.80

4 = RM7 124.20

RM42 968.40

6 =

RM42 968.40

6 =

RM42 968.40

6 = RM7 161.40

RM72 963.90

9 =

RM72 963.90

9 =

RM72 963.90

9 = RM8107.10

You might also like