You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Penghargaan Pengenalan Definisi dan Konsep Peribahasa Ciri Ciri Kepentingan Peribahasa Strategi dan Teknik Penggunaan Peribahasa Kesimpulan Rujukan

2 3 5 7 12 14 15

PENGENALAN Keindahan peribahasa Melayu yang sebelum ini menjadi medan berkesan dalam menyampaikan nilai murni dan dakwah kepada masyarakat antaranya dapat dilihat melalui hujan emas di negeri, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Bagaimanapun, perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang melanda warga sejagat menyebabkan bangsa Melayu terlena panjang sehingga seolah olah lupa bahawa mereka mempunyai khazanah bahasa yang bukan sekadar melambangkan jati diri, malahan sarat dengan pelbagai ilmu, mesej dan teladan berguna dalam kehidupan. Penghayatan bangsa Melayu terhadap peribahasa kian tipis dan kelebihan dalam berbahasa dengan memanfaatkan kehadiran peribahasa sebagai wadah penting bernafas intelektual yang mampu menjadi pelengkap kepada pemartabatan bangsa maju sebelum menjelang 2020, seolah olah tiada. Generasi muda yang didedahkan dengan sistem

pendidikan berorientasikan peperiksaan pula tidak lagi menganggap peribahasa menyumbang kepada pembangunan modal insan kerana sistem pendidikan negara tidak memberi tumpuan terhadap fungsi emosi dan jiwa dalam penyampaian ilmu. Meskipun kita sering menyaksikan peribahasa dalam akhbar, majalah, radio, televisyen, iklan, khutbah dan ceramah, ia tetap tidak memberi kesan kepada komunikasi seharian masyarakat khususnya dalam hal memberi nasihat dan perangsang seperti yang menjadi amalan bangsa Melayu lama. Memang tidak dinafikan orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan kelunakan pengucapan. Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula. Jenis yang lazim terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, kiasan dan simpulan. Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari harian.

Sebagaimana yang dinyatakan terlebih dahulu bahawa penggunaan peribahasa dalam penulisan merupakan gaya dan teknik yang dapat menarik minat pembaca. Aspek peribahasa dalam penulisan semakin kurang dititikberatkan walaupun peribahasa lebih merupakan elemen penting dalam kemahiran berbahasa. Antara sebab permasalahan ini ialah anggapan bahawa peribahasa merupakan bahan klise atau milik sastera lama. Selain itu, sebabnya juga ialah tidak memahami peribahasa dengan baik. Juga peribahasa sukar diingat atau dihafal. Generasi muda kini menganggap bahawa pembelajaran peribahasa membosankan. Menurut Goh Suzie (1998)1, masalah mempelajari peribahasa ialah mempunyai banyak makna yang tersirat, terlalu banyak yang perlu difikir. Selain itu, peribahasa juga terlalu panjang dan mempunyai pelbagai makna, kadangkala ianya mengelirukan. Peribahasa dikatakan sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Di samping itu peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana dalam peribahasa tersirat makna yang cukup mendalam dan tepat sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kewujudan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah digunakan untuk mengenal peradaban, di samping membuat ketentuan antara baik buruk serta mencari ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat. Dalam perenggan yang seterusnya, penulis membincangkan tentang definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu. Penulis juga membincangkan secara terperinci berkaitan dengan ciri ciri kepentingan peribahasa dalam penulisan karangan. Selain itu, strategi dan teknik yang berksean dalam pengajaran peribahasa juga turut dihuraikan. Justeru, penulis berharap melalui tugasan ini, peribahasa dapat digunakan

sebagai wacana dalam penulisan kreatif guru dan murid di sekolah.

Goh Suzie. Februari 1988. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

DEFINISI DAN KONSEP PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Pelbagai definisi dan konsep peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dikemukan oleh pakar bahasa dan ahli akademik. Sebagaimana yang dinyatakan dalam pengenalan, tugasan ini membincangkan beberapa definisi dan konsep yang dilontarkan oleh pakar bahasa. Menurut ahli bahasa Zainal Abidin Ahmad2, definisi peribahasa ialah segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan sebutan sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Menurut Ishak Ramly3 pula, peribahasa adalah cabang dalam sastera Melayu dan merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Keris Mas4 pula memberi definisi peribahasa sebagai percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran. Abdullah Hussain5 pula menjelaskan bahasa peribahasa itu sama tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa. Beliau menyatakan bahawa peribahasa mula mula digunakan

apabila bangsa manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dan buruk perlu diadakan untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan perhubungan hidup sesama manusia. Menurut Kamus Peribahasa, maksud peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara tersurat atau tersirat. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas, menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Beliau menyatakan bahawa:

2 3

Zainal Abidin Ahmad. 1965.Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak Ramly.1990.Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jurnal Dewan Bahasa. 4 Keris Mas. 1988.Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 5 Abdullah Hussain.1991.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peribahasa itu ialah rangkaian rangkaian perkataan yang tetap; tersimpul dan terbeku dengan susunan susunan yang khas dan dipakai dengan erti yang khas yang berlainan daripada asalnya6. Apabila kita menyoroti Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dalam bahagian pendahuluan menyatakan: ...Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Huraian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambilkira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK (C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK (C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh contoh peribahasa, tatabahasa dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. Oleh yang demikian, amatlah besar maknanya jika peribahasa di implementasikan dalam penulisan kreatif murid seawal sekol rendah lagi. Penulis berharap melalui tugasan ini, ramai guru dan murid mengorak langkah mempertingkatkan penggunaaan peribahasa dalam komunikasi secara lisan atau bertulis.

Zainal Abidin Ahmad.(1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur:DBP

CIRI CIRI KEPENTINGAN PENGAJARAN PERIBAHASA Peribahasa Melayu yang meliputi simpulan bahasa, bidalan, perbilangan, pepatah dan perumpamaan adalah sebahagian daripada warisan orang Melayu yang bukan sahaja perlu diipelihara, tetapi juga diperkayakan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Walaupun ia boleh mengindahkan lanskap bahasa dalam karangan, ucapan, skrip drama dan kertas kerja, tetapi penggunaannya bergantung pada latar belakang dan minat pengguna masing masing. Sehingga kini, sukar dipastikan jumlah sebenar peribahasa Melayu dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Walaupun ada kira kira 300 buah peribahasa Melayu yang sudah

diterbitkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, setiap buku itu cuma mempunyai bilangan entri yang terhad. Walaupun keterbatasan itu membuat murid, guru, penerbit atau penyelidik sukar mengkaji peribahasa dengan lebih terperinci7. Setiap peribahasa dimasukkan dalam kategori tertentu. Oleh kerana ada di antara peribahasa yang mempunyai maksud yang boleh digunakan dalam beberapa konteks, terdapat peribahasa yang mempunyai kategori lebih dari satu. Misalannya, peribahasa sambil Sebahagian

menyelam minum air mempunyai dua kategori iaitu usaha dan motivasi.

daripada peribahasa ini juga ada disebutkan dalam dua atau tiga bentuk yang berbeza kerana ada peribahasa yang dianggap sebagai kiasan dan ada juga yang bidalan atau perumpamaan, contohnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Begitu juga dengan pepatah boleh terhasil dari simpulan bahasa, misalannya patah kemudi adalah simpulan bahasa tetapi boleh dikembangkan menjadi pepatah patah kemudi, perahu hanyut. Dalam menghasilkan peribahasa, tiga sumber utama digunakan oleh masyarakat penuturnya, iaitu yang pertama melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa, kedua melalui penaakulan para bijak pandai dan ketiga menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2003:vii). Hasilnya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi yang tepat dan kias ibarat yang tajam, malah ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan amat teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, perlu disedari bahawa peribahasa dalam fungsinya menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai ciri pelembut agar pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati.

Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arbaeyah Abd. Rahman (2004).Kamus Peribahasa Melayu Digital yang Pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada masa yang sama, unsur didaktik yang dibawa melalui peribahasa juga akan dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka. Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 2003:14). Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya. Biasanya simpulan bahasa berkaitan dengan beberapa perkara iaitu tubuh badan, contohnya telinga kuali dan hati batu, haiwan, contohnya, buaya darat dan cicak kubin, tumbuh tumbuhan, contohnya durian runtuh dan diam ubi, dan kata nama khas seperti Mat Jenin dan Abu Nawas. Terdapat juga simpulan bahasa yang bersifat bebas, contohnya juling air dan serkap jarang. (Zaba,1965:151-157). Perumpamaan pula merupakan peribahasa yang menyatakan sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu yang lain sehingga menerbitkan makna dua lapis. Istilah perumpamaan digunakan kerana sesuatu maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan satu perkara lain yang setanding Ini bermakna perkataan yang diungkapkan mempunyai makna yang lain daripada erti perkataan yang dipaparkan. Malah Zaba (1965:173) dalam hal ini menyatakan bahawa peribahasa yang tidak mempunyai erti dua lapis tidaklah boleh dinamakan perumpamaan yang berasal daripada bahasa kiasan.Perumpamaan terdiri daripada dua jenis iaitu yang menggunakan perbandingan dan yang tidak menggunakan perbandingan. Contohnya adalah seperti berikut, Menggunakan perbandingan: Bagai abu di atas tunggul Seperti lipas kudung

Tidak menggunakan perbandingan: Menyelam sambil minum air Telunjuk lurus kelingking berkait Pepatah pula lebih menitikberatkan sifat ringkasnya di samping ketepatan perkataan dan kebenaran pengajaran yang diungkapkan di dalamnya. Dengan kata lain, setiap patah
7

perkataan yang digunakan membawakan unsur pengajaran kepada pendengarnya walaupun ada juga pepatah yang tidak memuatkan sebarang pengajaran secara khusus. Ungkapan pepatah adalah berasal daripada patah-patah perkataan. Antara contoh pepatah Melayu adalah seperti berikut : Indah khabar dari rupa Alah membeli menang memakai Sementara itu, bidalan merupakan peribahasa yang maknanya selapis sahaja, iaitu ungkapannya tidak membawa maksud yang lain daripada perkataan yang dipaparkan. Oleh itu, bidalan sering digunakan untuk memberikan teladan secara terus. Dalam hal ini bentuk bidalan terdiri daripada dua bahagian, iaitu menyatakan maksud yang hendak disampaikan, diikuti dengan unsur pematah atau pelengkap bagi maksud tersebut.Contohnya ialah seperti yang berikut : Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan Cicir dipungut hilang dicari Perbilangan mempunyai ciri seakan-akan bidalan dan pepatah, tetapi berbeza dari segi bentuk susunannya, iaitu pernyataan perkataan secara berangkap yang terdiri daripada dua baris atau lebih. Perbilangan biasanya disebut satu persatu seperti kaedah membilang dan isinya seringkali diungkapkan sebagai peraturan dan undang-undang. Berikut merupakan beberapa contoh perbilangan.

Perbilangan dua baris : Kecil jangan disangka anak, Besar jangan disangka bapa.

Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah.

Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama dijinjing.

Hati gajah sama dilapah,


8

Hati kuman sama dicecah.

Selain itu, terdapat pecahan yang lain, iaitu kiasan dan kata hikmat. Kiasan atau bunga bahasa secara ringkasnya ialah ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannya adalah untuk menjelaskan dan menegaskan lagi sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Di samping itu kiasan juga bertujuan memaniskan kata ketika menyebut perkara yang tidak digemari oleh pendengar atau pembaca (Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, 2003: 270-271). Kiasan biasanya menggunakan isyarat perbandingan, contohnya, Mukanya terserlah seperti bulan purnama. Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu. dan adakalanya tanpa isarat perbandingan, contohnya, ayam tambatan, mandi kerbau dan orang rumah. Menurut Zaba (1965), kiasan terpecah kepada beberapa bahagian kecil iaitu kiasan sandar, contohnya tidur ayam; kiasan terus, contohnya kutu embun; kiasan berangkap contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula atau sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa; kiasan berbunga, kiasan pemanis kiasan melompat, tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsil ibarat. Sementara itu kata hikmah pula ialah perkataan bijak pandai yang mengandungi pengajaran dan pengertian yang tinggi. Ungkapan cendekiawan ini dijadikan nasihat, panduan dan pedoman hidup. Contohnya,bersatu teguh bercerai roboh dan pandu cermat jiwa selamat. Dalam era globalisasi pada hari ini, penggunaan peribahasa amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh itu, dalam era moden ini nilai dan norma masyarakat Melayu juga kadangkala tergugat akibat daripada penggunaan bahasa yang terlalu berterus terang dan terbuka. Namun begitu, dalam konteks masyarakat Melayu yang kaya dan mementingkan nilai norma serta adap sopan, sikap keterbukaan ini masih perlu dibataskan. Dalam kaitan ini, hati budi orang Melayu sebagai pemilik peribahasa ini akan dapat dikenali dengan jelas selaras dengan ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa Menunjukkan Bangsa. Oleh itu, penggunaannya dalam wacana penulisan, khususnyan dalam bidang pengajaran, amat sesuai dilaksanakan kerana ia secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda menjadi warga yang berkeperibadian mulia. Dalam konteks kemasyarakatan, peribahasa mempunyai dua tujuan utama, iaitu menyembunyikan ungkapan atau kata-kata kasar dan penghuraian sistem adat Melayu.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaanya, masyarakat Melayu tidak gemar berterus terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Contohnya, untuk meluahkan rasa marah terhadap perlakuan seseorang akan diungkapkan peribahasa yang berikut : Siapa makan lada, dialah terasa pedasnya, dan lembu punya susu, sapi dapat nama. Menerusi peribahasa juga kata kata kasar dapat dielakkan penggunaannya dan diganti dengan kata kata yang lebih halus dan indah bagi menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati. Contohnya dalam menyatakan badan seseorang yang terlalu kurus, maka digunakan peribahasa badannya melidi, sementara bagi menyatakan kebodohan seseorang diganti dengan ungkapan Pak Pandir. Dalam membicarakan persoalan adat pula, peribahasa banyak mengungkapkan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat dalam kehidupan sehari hari. Dalam hal ini, perbilangan digunakan sebagai media untuk menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada orang tertentu khususnya golongan muda. Bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan perbilangan masih digunakan dengan meluas dalam urusan adat dan interaksi sosial ahli masyarakatnya. Contohnya bagi menggambarkan ikatan kemesraan dan kasih sayang, digunakan perbilangan seperti berikut, Merajuk pada yang kasih Manja kepada yang sayang Meminta kepada yang ada Berkaul kepada yang keramat (Zaba, 1965:173) Peribahasa bukan sahaja sebagai alat nasihat dan kiasan malahan menjadi lambang penting dalam menyatukan masyarakat Melayu dan simbolik pantang larang masyarakat Melayu seperti dalam pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat.

10

STRATEGI DAN TEKNIK PENGGUNAAN PERIBAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU Sebagaimana yang dibincangkan dalam perenggan sebelumnya, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa dalam proses pengajaran pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya di sekolah, peribahasa mempunyai kedudukan yang sama penting dengan aspek lain. Hal ini kerana peribahasa berupaya untuk berkembang dan relevan dengan bahasa tersebut secara keseluruhannya. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, dalam bahagian Sistem Bahasa, perkara 5.0, halaman 14 dinyatakan bahawa: Peribahasa...perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa... hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia,... dan hendaklah diajarkan dalam konteks." Dalam hal ini, jelas bahawa pembelajaran dan penghayatan peribahasa bertujuan meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid. Kemahiran berbahasa ini pula akan diteliti dalam konteks kebolehan pelajar menggunakan peribahasa dalam aktviti seharian dan penulisan. Hasil penulisan tentunya akan menjadi lebih indah dan bermutu sekiranya dimuatkan dengan peribahasa yang tepat dan sesuai. Sehubungan itu, murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa secara mudah dan tepat. Namun begitu murid tidak seharusnya digalakkan menghafal sesuatu peribahasa seperti yang lazim dilakukan sebelum ini. Sebaliknya, mereka harus dirangsang agar menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi. Bagi mencapai tujuan ini, beberapa halangan perlu dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antaranya ialah kesukaran murid untuk mengingat sesuatu peribahasa ekoran sifatnya yang mempunyai pelbagai makna. Selain jumlah dan jenisnya yang banyak, sifat peribahasa yang hanya sesuai untuk keadaan tertentu telah menyebabkan minat dan kecenderungan untuk mempelajarinya menurun. Selain itu, pengajaran berpusatkan guru turut menyebabkan pengajaran peribahasa tidak begitu berkesan. Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa, manakala murid begitu pasif sebagai penerima maklumat. Akibatnya murid akan berusaha menghafal peribahasa yang diberikan dan tidak menghayatinya sehingga mereka menganggap peribahasa adalah sesuatu yang sukar untuk diperlajari (Koh Boh Boon, 1982:196-198).
11

Justeru itu, sebagai jalan penyelesaian adalah dicadangkan agar pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah menggunakan pendekatan kontekstual, iaitu guru bertindak sebagai fasilitator. Menerusi pendekatan ini, pengamatan perlu dilakukan mengenai hubungan antara perkara yang dibandingkan, diikuti dengan menyimpul makna yang simbolik dan terakhir dengan membuat penilaian terhadap ketepatan peribahasa berdasarkan konteks atau situasinya. Dengan cara ini, murid diajar menghayati peribahasa berdasarkan kontek dan situasi. Dengan strategi pengajaran berdasarkan konteks ini, guru perlu bijak memilih peribahasa yang akan diajar. Guru dicadangkan agar memilih peribahasa yang mudah dan biasa digunakan dalam masyarakat. Guru juga harus mengetahui maksud dan pengertian serta penggunaan peribahasa yang diajar kepada murid. Berikut merupakan contoh pengajaran peribahasa mengunakan konteks situasi. ...Remaja di kawasan perumahan itu sanggup menggadai nyawa untuk berlumba haram walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak polis. Jelas sekali peribahasa menggadai nyawa di atas diungkapkan dalam bentuk yang tidak tepat. Peribahasa tersebut sebenarnya lebih sesuai bagi menyatakan prajurit negara yang berjuang mempertahankan tanah air atau pengorbanan yang suci dan bermakna. Justeru itu, peribahasa yang tepat bagi remaja yang berlumba haram seperti yang digambarkan dalam petikan tadi ialah menempah maut. Ini kerana, perbuatan yang dilakukan adalah tidak bermoral.

12

KESIMPULAN Berdasarkan tugasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa peribahasa ternyata begitu penting dalam pengajaran bahasa. Dengan adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang menarik dan berkesan, kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan. Ini bukan sahaja dalam aktiviti penulisan ayat atau karangan, malah murid juga digalakkan untuk menggunakan bahasa kiasan ini dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau sebaliknya. Lebih penting lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda juga akan dapat memastikan warisan bangsa tidak terus dilupakan. Mereka juga boleh didedahkan dengan falsafah, pemikiran dan moral bangsa Melayu untuk dijadikan pedoman hidup. Secara langsung, hasrat negara menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan keperibadian mampu dinyatakan pada masa hadapan. Peribahasa yang merangkumi pepatah, bidalan, simpulan bahasa dan sebagainya, wajarlah dimanfaatkan sebagai wahana pendidikan yang mampu menyumbang kepada norma budaya dan nilai agama. Penggunaannya yang tidak lagi diamalkan dalam penulisan atau pertuturan kini adalah berpunca daripada lunturnya semanagat cintakan bahasa Melayu, sekaligus beranggapan bahawa peribahasa yang hadir dalam bahasa Melayu sebagai kurang penting untuk dipraktikkan. Hakikatnya, peribahasa boleh diangkat semula sekiranya masyarakat menanamkan semangat cintakan bahasa Melayu terlebih dahulu. Guru di sekolah pula perlu menjadi ejen pendidikan berkesan dalam memastikan sistem pembelajaran bahasa Melayu berfungsi dalam pembentukan jati diri. Walau bagaimanapun, diakui bahawa usaha berkenaan bukannya perkara yang mudah kerana segala nilai dan norma sedia ada wujud pada watak dan keperibadian bangsa timur, tetapi memerlukan masa dan cara berkesan untuk

merealisasikannya. Peribahasa bukan sahaja sebagai alat nasihat dan kiasan malahan menjadi lambang penting dalam menyatukan masyarakat Melayu dan simbolik pantang larang masyarakat Melayu seperti dalam pepatah Melayu biar mati anak jangan mati adat.

(3,092 patah perkataan)

13

RUJUKAN Abdullah Hussain. 1991. Kamus Istimewa Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Goh Suzie. Februari 1988. Penggunaan Peribahasa Melayu Pelajar Menengah dalam Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak Ramly.1990.Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Keris Mas. 1988.Perbincangan Gaya Bahasa Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Supyan Hussin, Ding Choo Ming, Afendi Hamat & Arbaeyah Abd. Rahman (2004).Kamus Peribahasa Melayu Digital yang Pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia. Zainal Abidin Ahmad (Zaba). 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14

You might also like