KERTAS CADANGANPENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNANKOMPLEKS SK WAWASAN, SUBANG JAYA, KUALA LUMPUR.TAHUN 20091. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memohon ahli Majlis Profesional, Pentadbiran dan Perguruan,Institut Pendidikan Ilmu Khas mempertimbang dan meluluskan cadangan bagi menjayakanPengelolaan Kejohanan Olahraga Tahunan Kompleks SK Wawasan, Subang Jaya, KualaLumpur.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Kejohanan Olahraga Tahunan Kompleks SK Wawasan, Subang Jaya, Kuala Lumpur akan dijalankan pada 5 April 2009 dan akan diadakan di Padang sekolah Kompleks SKWawasan, Subang Jaya, Kuala Lumpur.2.2 Kompleks SK Wawasan terdiri daripada tiga buah sekolah rendah dan mempunyai 1250orang pelajar iaitu 700 pelajar dari SK Dato Onn Jaafar, 900 pelajar dari SK Tun TanCheng Lok dan 650 pelajar dari SK Tun Sambathan. Kejohanan Olahraga pada tahun iniakan dikelolakan oleh SK Dato Onn Jaafar dan dibantu oleh peserta Kursus SijilPerguruan Khas (Pendidikan Jasmani) 2009.2.3 Program tersebut akan member peluang kepada peserta untuk mendapatkan ilmu dankemahiran baru serta pengalaman yang mana diperlukan oleh peserta KSPK PJ.
3. ASAS PERTIMBANGAN