You are on page 1of 240

ASAS-ASAS

TARIQAT
NAQSHBANDIYAH
MUJADDIDIYAH

Karangan dan susunan


Hamba Yang Dhaif:
MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI
NAQSHBANDI MUJADDIDI
Semoga Allah Mengampuninya,
Kedua Ibu Bapanya, Guru-Gurunya
Dan Seluruh Ummat Muslimin
KANDUNGAN

TRANSLITERASI
MUQADDIMAH
1. ASAS TARIQAT NAQSHBANDIYAH
2. ASAS TAMBAHAN SHAH NAQSHBAND
3. LATAIF
4. SEPULUH LATIFAH INSAN
5. TUJUH LANGKAH PENYUCIAN
6. DAERAH IMKAN
7. ALAM KABIR DAN ALAM SAGHIR
8. ALAM AMAR DAN ALAM KHALAQ
9. ZIKRULLAH
10. FADHILAT ZIKIR
11. SYARAT-SYARAT ZIKIR
12. ZIKIR KHAFI
13. ZIKIR ISMU ZAT
14. ZIKIR NAFI ITSBAT
15. MURAQABAH
16. KAIFIYAT MURAQABAH
17. MURAQABAH AHADIYAT
18. RABITAH
19. USUL NAQSHBANDIYAH
KHATIMAH
GLOSARI
SUMBER RUJUKAN
TRANSLITERASI
AYAT-AYAT Al-Quran atau sebutan bahasa ‘Arab yang
ditransliterasikan kepada tulisan Rumi di dalam buku ini
adalah menggunakan simbol Rumi seperti yang dinyatakan
berikut:
SEBUTAN HURUF SIMBOL RUMI SIMBOL ARAB NILAI ABJAD
Alif A ‫ا‬ 1
Ba B ‫ب‬ 2
Ta T ‫ت‬ 400
Tsa Ts ‫ث‬ 500
Jim J ‫ج‬ 3
Ha H ‫ح‬ 8
Kha Kh ‫خ‬ 600
Dal D ‫د‬ 4
Dzal Dz ‫ذ‬ 700
Ra R ‫ر‬ 200
Zai Z ‫ز‬ 7
Sin S ‫س‬ 60
Shin Sh ‫ش‬ 300
Sad S ‫ص‬ 90
Dhzad Dhz ‫ض‬ 800
Ta T ‫ط‬ 9
Za Z ‫ظ‬ 900
‘Ain ‘A ‘I ‘U ‫ع‬ 70
Ghain Gh ‫غ‬ 1000
Fa F ‫ف‬ 80
Qaf Q ‫ق‬ 100
Kaf K ‫ك‬ 20
Lam L ‫ل‬ 30
Mim M ‫م‬ 40
Nun N ‫ن‬ 50
Waw W ‫و‬ 6
Ha H ‫ھ‬ 5
Ya Y ‫ي‬ 10
Huruf ‫( ا‬Alif), ‫( و‬Waw) dan ‫( ي‬Ya) adalah huruf Maddah
dan simbol Rumi yang digunakan di dalam Risalah ini adalah
seperti berikut:

1. [a] untuk ‫ ا‬Alif Maddah


2. [u] untuk ‫ و‬Waw Maddah
3. [i] untuk ‫ ي‬Ya Maddah

Kalimah yang mengandungi ّ (Syaddah) dinyatakan dengan


dua simbol Rumi yang berulang seperti “Yusabbihu lillah” di
mana terdapatnya 2 huruf B ( ‫ ) ب‬dan 2 huruf L ( ‫ ) ل‬adalah
bagi menunjukkan Syaddah.
MUQADDIMAH
 ‫  א‬ ‫ א‬ ‫  א‬

 ‫ א‬     "#$

#% &'(

PENDIRI TARIQAT
NAQSHBANDIYAH

BELIAU adalah Imam Tariqat Hadhrat Khwajah


Khwajahgan Sayyid Shah Muhammad Bahauddin
Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah
‘alaih, dilahirkan pada bulan Muharram tahun 717
Hijrah bersamaan 1317 Masihi iaitu pada abad ke 8
Hijrah bersamaan dengan abad ke 14 Masihi di
sebuah perkampungan bernama Qasrul ‘Arifan
berdekatan Bukhara.

Beliau menerima pendidikan awal Tariqat


secara Zahir dari gurunya Hadhrat Sayyid
Muhammad Baba As-Sammasi Rahmatullah ‘alaih
dan seterusnya menerima rahsia-rahsia Tariqat dan
Khilafat dari Syeikhnya, Hadhrat Sayyid Amir
Kullal Rahmatullah ‘alaih.
Beliau menerima limpahan Faidhz dari
Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam menerusi Hadhrat Khwajah
Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih yang telah 200 tahun
mendahuluinya secara Uwaisiyah.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih telah berkata:
Pada suatu hari aku dan sahabatku sedang
bermuraqabah, lalu pintu langit terbuka dan
gambaran Musyahadah hadir kepadaku lalu aku
mendengar satu suara berkata,
“Tidakkah cukup bagimu untuk
meninggalkan mereka yang lain dan hadir ke
Hadhrat Kami secara berseorangan?”

Suara itu menakutkan daku hingga


menyebabkan daku lari keluar dari rumah. Daku
berlari ke sebuah sungai dan terjun ke dalamnya.
Daku membasuh pakaianku lalu mendirikan Solat
dua raka’at dalam keadaan yang tidak pernah
daku alami, dengan merasakan seolah-olah daku
sedang bersolat dalam kehadiranNya. Segala-
galanya terbuka dalam hatiku secara Kashaf.
Seluruh alam lenyap dan daku tidak menyedari
sesuatu yang lain melainkan bersolat dalam
kehadiranNya.
Aku telah ditanya pada permulaan penarikan
tersebut,
“Mengapa kau ingin memasuki jalan ini?”

Aku menjawab,
“Supaya apa sahaja yang aku katakan dan
kehendaki akan terjadi.”

Aku dijawab,
“Itu tidak akan berlaku. Apa sahaja yang
Kami katakan dan apa sahaja yang Kami
kehendaki itulah yang akan terjadi.”

Dan aku pun berkata,


“Aku tidak dapat menerimanya, aku mesti
diizinkan untuk mengatakan dan melakukan apa
sahaja yang aku kehendaki, ataupun aku tidak
mahu jalan ini.”

Lalu daku menerima jawapan,


“Tidak! Apa sahaja yang Kami mahu ianya
diperkatakan dan apa sahaja yang Kami mahu
ianya dilakukan itulah yang mesti dikatakan dan
dilakukan.”

Dan daku sekali lagi berkata,


“Apa sahaja yang ku katakan dan apa sahaja
yang ku lakukan adalah apa yang mesti berlaku.”
Lalu daku ditinggalkan keseorangan selama
lima belas hari sehingga daku mengalami
kesedihan dan tekanan yang hebat, kemudian daku
mendengar satu suara,
“Wahai Bahauddin, apa sahaja yang kau
mahukan, Kami akan berikan.”

Daku amat gembira lalu berkata,


“Aku mahu diberikan suatu jalan Tariqat
yang akan menerajui sesiapa jua yang
menempuhnya terus ke Hadhrat Yang Maha Suci.”
Dan daku telah mengalami Musyahadah yang
hebat dan mendengar suara berkata,
“Dikau telah diberikan apa yang telah
dikau minta.”

Beliau telah menerima limpahan Keruhanian


dan prinsip dasar Tariqat Naqshbandiyah dari
Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih yang terdiri dari lapan perkara
iaitu:
Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat,
Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam,
Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjuman.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih telah menambah tiga lagi prinsip
menjadikannya sebelas iaitu:
Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani.
Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah
‘alaih telah berkata,
“Jalan Tariqat kami adalah sangat luarbiasa
dan merupakan ‘Urwatil Wutsqa (Pegangan
Kukuh), dengan berpegang teguh secara sempurna
dan menuruti Sunnah Baginda Nabi Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu
‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa daku ke
jalan ini dengan Kekurniaan. Dari awal hingga ke
akhir daku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah
bukan kerana amalan. Menerusi jalan Tariqat kami,
dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmat
akan terbuka dengan menuruti jejak langkah
Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘Alaihi
Wasallam.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih mempunyai dua orang Khalifah besar iaitu
Hadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Attar Rahmatullah
‘alaih dan Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa
Rahmatullah ‘alaih, pengarang kitab Risalah
Qudsiyyah.

Dia adalah ibarat lautan ilmu yang tak


bertepi dan dianugerahkan dengan mutiara-
mutiara hikmah dari Ilmu Laduni. Dia menyucikan
hati-hati manusia dengan lautan amal kebaikan.
Dia menghilangkan haus sekelian Ruh dengan air
dari pancuran Ruhaniahnya. Dia amat dikenali
oleh sekelian penduduk di langit dan di bumi. Dia
ibarat bintang yang bergemerlapan yang dihiasi
dengan mahkota petunjuk. Dia mensucikan Ruh-
Ruh manusia tanpa pengecualian menerusi
nafasnya yang suci. Dia memikul cahaya Kenabian
dan pemelihara Syari’at Muhammadiyah serta
rahsia-rahsia MUHAMMADUR RASULULLAH.

Cahaya petunjuknya menerangi segala


kegelapan kejahilan Raja-raja dan orang awam
sehingga mereka pun datang berdiri di pintu
rumahnya. Cahaya petunjuknya juga meliputi
seluruh Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Dia
adalah Ghauts, Sultanul Auliya dan rantai bagi
sekelian permata Ruhani. Semoga Allah
Merahmatinya Dan Mengurniakan Limpahan
Faidhznya Yang Berkekalan Kepada Kita. Amin.

KEKHUSUSAN TARIQAT
NAQSHBANDIYAH

HADHRAT Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani


Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih
yang merupakan salah seorang dari Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah telah berkata di dalam
surat-suratnya yang terhimpun di dalam Maktubat
Imam Rabbani,
“Ketahuilah bahawa Tariqat yang paling
Aqrab dan Asbaq dan Aufaq dan Autsaq dan
Aslam dan Ahkam dan Asdaq dan Aula dan A’la
dan Ajal dan Arfa’ dan Akmal dan Ajmal adalah
Tariqah ‘Aliyah Naqshbandiyah, semoga Allah
Ta’ala mensucikan roh-roh ahlinya dan
mensucikan rahsia-rahsia Para Masyaikhnya.
Mereka mencapai darjat yang tinggi dengan
berpegang dan menuruti Sunnah Baginda Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menjauhkan dari
perkara Bida’ah serta menempuh jalan Para
Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum. Mereka berjaya
mencapai kehadiran limpahan Allah secara
berterusan dan syuhud serta mencapai maqam
kesempurnaan dan mendahului mereka yang lain.”

Adapun Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf Tsani Rahmatullah ‘alaih telah menerangkan
kelebihan dan keunggulan Tariqah Naqshbandiyah
dengan beberapa lafaz yang ringkas dan padat
adalah menerusi pengalaman keruhaniannya.
Beliau merupakan seorang pembaharu agama
(Mujaddid/Reformer) pada abad ke 11 Hijrah.
Sebelum beliau menerima Silsilah Naqshbandiyah
beliau telah menempuh beberapa jalan Tariqat
seperti Chishtiyah, Qadiriyah, Suhrawardiyah,
Kubrawiyah dan beberapa Tariqat yang lain
dengan cemerlang serta memperolehi Khilafah dan
Sanad Ijazah. Beliau telah menerima Tariqat
Silsilah ‘Aliyah Khwajahganiyah Naqshbandiyah
dari gurunya Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi
Billah Rahmatullah ‘alaih.
Beliau telah berpendapat bahawa dari
kesemua jalan Tariqat, yang paling mudah dan
paling berfaedah adalah Tariqat Naqshbandiyah
dan telah memilihnya serta telah menunjukkan
jalan ini kepada para penuntut kebenaran.

“Allahumma Ajzahu ‘Anna Jaza An Hasanan


Kafiyan Muwaffiyan Li Faidhanihil Faidhi Fil
Afaq”

Terjemahan: “Wahai Allah, kurniakanlah kepada


kami kurnia yang baik, cukup lagi mencukupkan
dengan limpahan faidhznya yang tersebar di Alam
Maya.”

Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband


Bukhari Rahmatullah ‘alaih telah bersujud selama
lima belas hari di hadapan Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dengan penuh hina dan rendah diri, berdoa
memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar
ditemukan dengan jalan Tariqat yang mudah dan
senang bagi seseorang hamba bagi mencapai Zat
Maha Esa. Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengkabulkan doanya dan menganugerahkan
Tariqat yang khas ini yang masyhur dengan nisbat
Naqshband atau digelar Naqshbandiyah.

Naqsh bererti lukisan, ukiran, peta atau


tanda dan Band pula bererti terpahat, terlekat,
tertampal atau terpateri. Naqshband pada
maknanya bererti “Ukiran yang terpahat” dan
maksudnya adalah mengukirkan kalimah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala di hati sanubari sehingga
ianya benar-benar terpahat di dalam pandangan
mata hati yakni pandangan Basirah.

Adalah dikatakan bahawa Hadhrat Shah


Naqshband tekun mengukirkan Kalimah Allah di
dalam hatinya sehingga ukiran kalimah tersebut
telah terpahat di hatinya. Amalan zikir seumpama
ini masih diamalkan dalam sebilangan besar
Tariqat Naqshbandiyah iaitu dengan
menggambarkan Kalimah Allah dituliskan pada
hati sanubari dengan tinta emas atau perak dan
membayangkan hati itu sedang menyebut Allah
Allah sehingga lafaz Allah itu benar-benar terpahat
di lubuk hati.

Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah ini


dinisbatkan kepada Hadhrat Sayyidina Abu Bakar
As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang mana telah
disepakati oleh sekalian ‘Ulama Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah sebagai sebaik-baik manusia sesudah Para
Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Asas Tariqat ini
adalah seikhlas hati menuruti Sunnah Nabawiyah
dan menjauhkan diri dari segala jenis Bida’ah
merupakan syarat yang lazim.
Tariqat ini mengutamakan Jazbah Suluk
yang mana dengan berkat Tawajjuh seorang Syeikh
yang sempurna akan terhasillah kepada seseorang
penuntut itu beberapa Ahwal dan Kaifiat yang
dengannya Zauq dan Shauq penuntut itu
bertambah, merasakan kelazatan khas zikir dan
ibadat serta memperolehi ketenangan dan
ketenteraman hati. Seseorang yang mengalami
tarikan Jazbah disebut sebagai Majzub.

Dalam Tariqat Naqshbandiyah ini,


penghasilan Faidhz dan peningkatan darjat adalah
berdasarkan persahabatan dengan Syeikh dan
Tawajjuh Syeikh. Bersahabat dengan Syeikh
hendaklah dilakukan sebagaimana Para Sahabat
berdamping dengan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Murid
hendaklah bersahabat dengan Syeikh dengan
penuh hormat. Sekadar mana kuatnya
persahabatan dengan Syeikh, maka dengan kadar
itulah cepatnya seseorang itu akan berjalan
menaiki tangga peningkatan kesempurnaan
Ruhaniah. Kaedah penghasilan Faidhz dalam
Tariqat ini adalah sepertimana Para Sahabat
menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Dengan hanya duduk bersama-sama


menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang
berkat dengan hati yang benar dan ikhlas serta
penuh cinta biarpun hanya sekali, orang yang
hadir itu akan mencapai kesempurnaan iman pada
maqam yang tertinggi. Begitulah keadaannya
apabila seseorang itu hadir dan berkhidmat dalam
majlis Hadharat Naqshbandiyah, dengan hati yang
benar dan ikhlas, orang yang hadir itu akan dapat
merasakan maqam Syuhud dan ‘Irfan yang hanya
akan diperolehi setelah begitu lama menuruti jalan-
jalan Tariqat yang lain.

Kerana itulah Para Akabirin Naqshbandiyah


Rahimahumullah mengatakan bahawa,
“Tariqat kami pada ‘Ain hakikatnya
merupakan Tariqat Para Sahabat”.

Dan dikatakan juga,


“Dar Tariqah Ma Mahrumi Nest Wa Har
Keh Mahrum Ast Dar Tariqah Ma Na Khwahad
Aamad.” Yang bermaksud, “Dalam Tariqat kami
sesiapa pun tidak diharamkan dan barangsiapa
yang telah diharamkan dalam Tariqat kami pasti
tidak akan dapat datang.”

Yakni barangsiapa yang menuruti Tariqat


kami, dia takkan diharamkan dari menurutinya
dan barangsiapa yang Taqdir Allah semenjak azali
lagi telah diharamkan dari menuruti jalan ini,
mereka itu sekali-kali takkan dapat menurutinya.
Di dalam Tariqat Naqshbandiyah, Dawam
Hudhur dan Agahi (sentiasa berjaga-jaga)
menduduki maqam yang suci yang mana di sisi
Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in
dikenali sebagai Ihsan dan menurut istilah Para
Sufiyah ianya disebut Musyahadah, Syuhud, Yad
Dasyat atau ‘Ainul Yaqin. Ianya merupakan
hakikat:

“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah


engkau melihat Nya”.

Semoga Allah Mengurniakan Kita Taufiq.

PERKEMBANGAN TARIQAT
NAQSHBANDIYAH
ADAPUN gelaran nama Naqshbandiyah ini mula
masyhur di zaman Hadhrat Shah Bahauddin
Naqshband Rahmatullah ‘alaih. Menurut Hadhrat
Syeikh Najmuddin Amin Al-Kurdi Rahmatullah
‘alaih di dalam kitabnya Tanwirul Qulub bahawa
nama Tariqat Naqshbandiyah ini berbeza-beza
menurut zaman.

Di zaman Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-


Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu sehingga ke zaman
Hadhrat Syeikh Taifur Bin ‘Isa Bin Abu Yazid
Bustami Rahmatullah ‘alaih dinamakan sebagai
Siddiqiyah dan amalan khususnya adalah Zikir
Khafi.
Di zaman Hadhrat Syeikh Taifur bin ‘Isa bin
Abu Yazid Bustami Rahmatullah ‘alaih sehingga ke
zaman Hadhrat Khwajah Khwajahgan ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini
dinamakan Taifuriyah dan tema khusus yang
ditampilkan adalah Cinta dan Ma’rifat.

Kemudian di zaman Hadhrat Khwajah


Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman Hadhrat
Imam At-Tariqah Khwajah Shah Muhammad
Bahauddin Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih
Tariqat ini dinamakan sebagai Khwajahganiyah.
Pada zaman tersebut Tariqat ini telah diperkuatkan
dengan lapan prinsip asas Tariqat iaitu Yad Kard,
Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat, Hosh Dar
Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan dan
Khalwat Dar Anjuman.

Kemudian pada zaman Hadhrat Imam At-


Tariqah Khwajah Shah Muhammad Bahauddin
Naqshband Bukhari Rahmatullah ‘alaih sehingga
ke zaman Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar
Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ini mulai masyhur
dengan nama Naqshbandiyah. Hadhrat Imam At-
Tariqah Khwajah Shah Muhammad Bahauddin
Naqshband Rahmatullah ‘alaih telah menambah
tiga asas sebagai penambahan dari Hadhrat
Khwajah Khwajahgan ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf
‘Adadi dan Wuquf Zamani.

Pada zaman Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah


Ahrar Rahmatullah ‘alaih sehingga ke zaman
Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih Tariqat ini dikenali
dengan nama Ahrariyah sehinggalah ke zaman
Hadhrat Khwajah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah ‘alaih.

Bermula dari zaman Hadhrat Mujaddid Alf


Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah
‘alaih Tariqat ini mula dikenali sebagai
Mujaddidiyah dan ilmu tentang Lataif
Fauqaniyah dan Daerah Muraqabah pun
diperkenalkan. Semenjak itu Tariqat ini mulai
dikenali dengan nama Naqshbandiyah
Mujaddidiyah sehinggalah ke zaman Hadhrat
Mirza Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah
‘alaih.

Kemudian Tariqat ini dikenali dengan nama


Mazhariyah sehingga ke zaman Hadhrat Qutub
Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih. Pada zaman Hadhrat Qutub
Al-Auliya Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih, seorang Syeikh dari Baghdad
yang bernama Hadhrat Syeikh Dhziauddin
Muhammad Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-Baghdadi
Rahmatullah ‘alaih telah datang ke Delhi
sekembalinya beliau dari Makkah untuk berbai’ah
dengan Hadhrat Qutub Al-Auliya Shah ‘Abdullah
Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih setelah
beliau menerima isyarah dari Ruhaniah Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam untuk mengambil Tariqat ‘Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini dan beliau telah
membawanya ke negara Timur Tengah.

Hadhrat Syeikh Dhziauddin Muhammad


Khalid ‘Uthmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah
‘alaih mula memperkenalkan amalan Suluk iaitu
Khalwat Saghirah dan Tariqat ini mula dikenali
sebagai Naqshbandiyah Khalidiyah di Timur
Tengah khususnya di Makkah dan tersebar di
kalangan jemaah Haji dari rantau Nusantara dan
tersebarlah ia di serata Tanah Melayu dan
Indonesia. Walaubagaimanapun di Tanah Hindi,
Tariqat ini masih dikenali sebagai Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Adapun Para Masyaikh Mutaakhirin yang


datang sesudah itu sering menambahkan nama
nisbat mereka sendiri untuk membezakan Silsilah
antara satu dengan yang lain seperti
Naqshbandiyah Khalidiyah dan Naqshbandiyah
Mujaddidiyah. Silsilah Naqshbandiyah ini telah
berkembang biak dari Barat hingga ke Timur.
Meskipun Silsilah ini telah dikenali dengan
beberapa nama yang berbeza, namun ikatan
keruhanian dari rantaian emas yang telah
dipelopori oleh Hadhrat Khalifah Rasulullah
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu
‘Anhu akan tetap berjalan sehingga ke Hari
Qiyamat menerusi keberkatan yang telah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan kepada sekelian
Para Masyaikh yang ditugaskan menyambung
Silsilah ini.

Dalam perjalanan mencapai kebenaran yang


hakiki, terdapat dua kaedah jalan yang biasa
diperkenalkan oleh Para Masyaikh Tariqat, iaitu
sama ada sesebuah Tariqat itu menuruti Tariqat
Nafsani ataupun Tariqat Ruhani.

Tariqat Nafsani mengambil jalan


pendekatan dengan mentarbiyahkan Nafs dan
menundukkan keakuan diri. Nafs atau keakuan
diri ini adalah sifat Ego yang ada dalam diri
seseorang. Nafs dididik bagi menyelamatkan Ruh
dan jalan Tariqat Nafsani ini amat sukar dan berat
kerana Salik perlu melakukan segala yang
berlawanan dengan kehendak Nafs. Ianya
merupakan suatu perang Jihad dalam diri
seseorang Mukmin. Tariqat Ruhani adalah lebih
mudah yang mana pada mula-mula sekali Ruh
akan disucikan tanpa menghiraukan tentang
keadaan Nafs. Setelah Ruh disucikan dan telah
mengenali hakikat dirinya yang sebenar, maka
Nafs atau Egonya dengan secara terpaksa
mahupun tidak, perlu menuruti dan mentaati Ruh.
Kebanyakan jalan Tariqat yang terdahulu
menggunakan pendekatan Tariqat Nafsani, namun
berbeza dengan Para Masyaikh Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah, mereka menggunakan
pendekatan Tariqat Ruhani iaitu dengan
mentarbiyah dan mensucikan Ruh Para Murid
mereka terlebih dahulu, seterusnya barulah
mensucikan Nafs.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala


memimpin kita ke jalan Tariqat yang Haq, yang
akan membawa kita atas landasan Siratul
Mustaqim sepertimana yang telah dikurniakanNya
nikmat tersebut kepada Para Nabi, Para Siddiqin,
Para Syuhada dan Para Salihin. Mudah-mudahan
dengan menuruti Tariqat yang Haq itu dapat
menjadikan kita insan yang bertaqwa, beriman dan
menyerah diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Seorang Penyair Sufi pernah berkata,


Al –‘Ajzu ‘An Darakil Idraki Idraku,
Wal Waqfu Fi Turuqil Akhyari Isyraku.

Seseorang yang berasa lemah dari mendapat


kefahaman adalah seorang yang mengerti;
Dan berhenti dalam menjalani perjalanan orang-
orang yang berkebaikan adalah suatu Syirik.
1. ASAS TARIQAT
NAQSHBANDIYAH

TARIQAT Naqshbandiyah mempunyai prinsip


asasnya yang tersendiri yang telah diasaskan oleh
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Maulana Syeikh
‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih.
Beliau telah meletakkan lapan prinsip asas ini
sebagai dasar Tariqat Naqshbandiyah.

Prinsip-prinsip ini dinyatakannya dalam


sebutan bahasa Parsi dan mengandungi pengertian
dan pangajaran yang amat tinggi nilainya. Adapun
prinsip-prinsipnya adalah seperti berikut:

1. Yad Kard
2. Baz Gasht
3. Nigah Dasyat
4. Yad Dasyat
5. Hosh Dar Dam
6. Nazar Bar Qadam
7. Safar Dar Watan
8. Khalwat Dar Anjuman
Hadhrat Syeikh Muhammad Parsa
Rahmatullah ‘alaih yang merupakan sahabat,
khalifah dan penulis riwayat Hadhrat Maulana
Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih
telah menyatakan di dalam kitabnya bahawa ajaran
Tariqat Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh Abdul
Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
berkenaan zikir dan ajaran lapan prinsip asas
seperti yang dinyatakan di atas turut dianuti dan
diamalkan oleh 40 jenis Tariqat.

Tariqat lain menjadikan asas ini sebagai


panduan kepada jalan kebenaran yang mulia iaitu
jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
dengan meninggalkan sebarang bentuk Bida’ah
dan bermujahadah melawan hawa nafsu.

Kerana itulah Hadhrat Khwajah Maulana


Syeikh Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih mencapai ketinggian Ruhani dan menjadi
seorang Mahaguru Tariqat dan penghulu
pemimpin keruhanian pada zamannya.

1. YAD KARD
Yad bererti ingat yakni Zikir. Perkataan
Kard pula bagi menyatakan kata kerja bagi ingat
yakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan ianya merupakan zat bagi zikir. Berkata
Para Masyaikh, Yad Kard bermaksud melakukan
zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan
hati. Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telah
ditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasa
sibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan.

Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh


adalah zikir yang akan membawa seseorang murid
itu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akan
mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada
Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secara
Lisani ataupun Qalbi. Seseorang murid hendaklah
melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan
sentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir.
Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama ada
dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring
ataupun berjalan, hendaklah sentiasa berzikir.

Pada lazimnya seseorang yang baru


menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini, Syeikh akan
mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah
sebagai zikir yang perlu dilakukan pada Latifah
Qalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklah
berzikir Allah Allah pada latifah tersebut sebanyak
24 ribu kali sehari semalam setiap hari sehingga
terhasilnya cahaya Warid.
Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan
jumlah permulaan sebanyak lima ribu kali sehari
semalam dan ada juga yang menetapkannya
sehingga tujuh puluh ribu kali sehari semalam.

Seterusnya seseorang murid hendaklah


mengkhabarkan segala pengalaman Ruhaniahnya
kepada Syeikh apabila menerima Warid tersebut.
Begitulah pada setiap Latifah, murid hendaklah
berzikir sebanyak-banyaknya pada kesemua
Latifah seperti yang diarahkan oleh Syeikh
sehingga tercapainya Warid. Mengingati Allah
Subhanahu Wa Ta’ala secara sempurna adalah
dengan berzikir menghadirkan hati ke Hadhrat
ZatNya.

Setelah Zikir Ismu Zat dilakukan pada


setiap Latifah dengan sempurna, Syeikh akan
mentalqinkan pula Zikir Nafi Itsbat iaitu kalimah
LA ILAHA ILLA ALLAH yang perlu dilakukan
sama ada secara Lisani iaitu menerusi lidah atau
secara Qalbi iaitu berzikir menerusi lidah hati.

Zikir Nafi Itsbat perlu dilakukan menurut


kaifiyatnya. Syeikh akan menentukan dalam
bentuk apa sesuatu zikir itu perlu dilakukan. Yang
penting bagi Salik adalah menyibukkan diri
dengan zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh
sama ada ianya Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi
Itsbat. Salik hendaklah memelihara zikir dengan
hati dan lidah dengan menyebut Allah Allah iaitu
nama bagi Zat Tuhan yang merangkumi kesemua
Nama-NamaNya dan Sifat-SifatNya yang mulia
serta dengan menyebut Zikir Nafi Itsbat menerusi
kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dengan
sebanyak-banyaknya.

Salik hendaklah melakukan Zikir Nafi Itsbat


sehingga dia mencapai kejernihan hati dan
tenggelam di dalam Muraqabah. Murid hendaklah
melakukan Zikir Nafi Itsbat sebanyak 2 ribu
sehingga ke 5 ribu kali setiap hari bagi
menanggalkan segala kekaratan hati. Zikir tersebut
akan membersihkan hati dan membawa seseorang
itu kepada Musyahadah.

Zikir Nafi Itsbat menurut Akabirin


Naqshbandiyah, seseorang murid yang baru itu
hendaklah menutup kedua matanya, menutup
mulutnya, merapatkan giginya, menongkatkan
lidahnya ke langit-langit dan menahan nafasnya.
Dia hendaklah mengucapkan zikir ini dengan
hatinya bermula dari kalimah Nafi dan seterusnya
kalimah Itsbat. Bagaimanapun, bagi murid yang
telah lama hendaklah membukakan kedua
matanya dan tidak perlu menahan nafasnya.

Bermula dari kalimah Nafi iaitu LA yang


bererti Tiada, dia hendaklah menarik kalimah LA
ini dari bawah pusatnya ke atas hingga ke otak.
Apabila kalimah LA mencapai otak, ucapkan pula
kalimah ILAHA di dalam hati yang bererti Tuhan.
Kemudian hendaklah digerakkan dari otak ke bahu
kanan sambil menyebut ILLA yang bererti
Melainkan, lalu menghentakkan kalimah Itsbat
iaitu ALLAH ke arah Latifah Qalb. Sewaktu
menghentakkan kalimah ALLAH ke arah Qalb,
hendaklah merasakan bahawa kesan hentakan itu
mengenai kesemua Lataif di dalam tubuh badan.

Zikir yang sebanyak-banyaknya akan


membawa seseorang Salik itu mencapai kepada
kehadiran Zat Allah dalam kewujudan secara Zihni
yakni di dalam fikiran. Salik hendaklah berzikir
dalam setiap nafas yang keluar dan masuk.

Yad Kard merupakan amalan di fikiran yang


mana fikiran hendaklah sentiasa menggesa diri
supaya sentiasa ingat kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan melakukan zikir bagi mengingati
ZatNya.

Pekerjaan berzikir mengingati Allah


Subhanahu Wa Ta’ala adalah suatu amalan yang
tiada batas dan had. Ianya boleh dikerjakan pada
sebarang keadaan, masa dan tempat. Hendaklah
sentiasa memerhatikan nafas supaya setiap nafas
yang keluar dan masuk itu disertai ingatan
terhadap Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
2. BAZ GASHT
Baz Gasht bererti kembali. Menurut Para
Masyaikh, maksudnya ialah seseorang yang
melakukan zikir dengan menggunakan lidah hati
menyebut Allah Allah dan LA ILAHA ILLA
ALLAH, begitulah juga setelah itu hendaklah
mengucapkan di dalam hati dengan penuh
khusyuk dan merendahkan diri akan ucapan ini:

         




#$%  !" 

“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi,


A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”

Yang bererti, “Wahai Tuhanku Engkaulah


maksudku dan keredhaanMu tuntutanku,
kurniakanlah Cinta dan Makrifat ZatMu.”

Ianya merupakan ucapan Hadhrat Baginda


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ucapan ini
akan meningkatkan tahap kesedaran kepada
kewujudan dan Keesaan Zat Tuhan, sehingga dia
mencapai suatu tahap di mana segala kewujudan
makhluk terhapus pada pandangan matanya.
Apa yang dilihatnya walau ke mana jua dia
memandang, yang dilihatnya hanyalah Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Ucapan kata-kata ini juga
memberikan kita pengertian bahawa hanya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang menjadi maksud dan
matlamat kita dan tidak ada tujuan lain selain
untuk mendapatkan keredhaanNya.

Salik hendaklah mengucapkan kalimah ini


bagi menghuraikan segala rahsia Keesaan Zat
Tuhan dan supaya terbuka kepadanya keunikan
hakikat Kehadiran Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sebagai murid, tidak boleh meninggalkan


zikir kalimah ini meskipun tidak merasakan
sebarang kesan pada hati. Dia hendaklah tetap
meneruskan zikir kalimah tersebut sebagai
menuruti anjuran Syeikhnya.

Makna Baz Gasht ialah kembali kepada


Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Mulia dengan
menunjukkan penyerahan yang sempurna,
mentaati segala kehendakNya dan merendahkan
diri dengan sempurna dalam memuji ZatNya.

Adapun lafaz Baz Gasht dalam bahasa Parsi


seperti yang diamalkan oleh Para Akabirin
Naqshabandiyah Mujaddidiyah adalah seperti
berikut:
“Khudawanda, Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu,
Tarak Kardam Dunya Wa Akhirat Ra Az Baraey
Tu, Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.”

Yang bererti, “Tuhanku, maksudku hanyalah


Engkau dan keredaanMu, telahku lepaskan Dunia
dan Akhirat kerana Engkau, kurniakanlah Cinta
dan Makrifat ZatMu.”

Pada permulaan, jika Salik sendiri tidak


memahami hakikat kebenaran ucapan kata-kata
ini, hendaklah dia tetap juga menyebutnya kerana
menyebut kata-kata itu dengan hati yang khusyuk
dan merendahkan diri akan menambahkan lagi
pemahamannya dan secara sedikit demi sedikit
Salik itu akan merasai hakikat kebenaran perkataan
tersebut dan Insya Allah akan merasai kesannya.
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam telah menyatakan dalam doanya,
“Ma Zakarnaka Haqqa Zikrika Ya
Mazkur.”
Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu dengan
hak mengingatiMu secara yang sepatutnya, Wahai
Zat yang sepatutnya diingati.”

Seseorang Salik itu tidak akan dapat hadir


ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi
zikirnya dan tidak akan dapat mencapai
Musyahadah terhadap rahsia-rahsia dan sifat-sifat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi zikirnya jika
dia tidak berzikir dengan sokongan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan menerusi ingatan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala terhadap dirinya.

Seorang Salik itu tidak akan dapat berzikir


dengan kemampuan dirinya bahkan dia hendaklah
sentiasa menyedari bahawa Allah Subhanahu Wa
Ta’ala lah yang sedang berzikir menerusi dirinya.
Hadhrat Maulana Syeikh Abu Yazid Bistami
Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Apabila daku mencapai ZatNya, daku
melihat bahawa ingatanNya terhadap diriku
mendahului ingatanku terhadap diriNya.”

3. NIGAH DASYAT
Nigah bererti menjaga, mengawasi,
memelihara dan Dasyat pula bererti
melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Maksudnya ialah seseorang Salik itu sewaktu
melakukan zikir hendaklah sentiasa memelihara
hati dari sebarang khatrah lintasan hati dan was-
was Syaitan dengan bersungguh-sungguh. Jangan
biarkan khayalan kedukaan memberi kesan kepada
hati.

Setiap hari hendaklah melapangkan masa


selama sejam ke dua jam ataupun lebih untuk
memelihara hati dari segala ingatan selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Selain DiriNya, jangan ada
sebarang khayalan pada fikiran dan hati. Lakukan
latihan ini sehingga segala sesuatu selain Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, segala-galanya menjadi
lenyap.

Nigah Dasyat juga bermakna seseorang


Salik itu mesti memerhatikan hatinya dan
menjaganya dengan menghindarkan sebarang
ingatan yang buruk masuk ke dalam hati. Ingatan
dan keinginan yang buruk akan menjauhkan hati
dari kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Kesufian yang sebenar adalah daya untuk


memelihara hati dari ingatan yang buruk dan
memeliharanya dari sebarang keinginan yang
rendah. Seseorang yang benar-benar mengenali
hatinya akan dapat mengenali Tuhannya.

Di dalam Tariqat Naqshbandiyah ini,


seseorang Salik yang dapat memelihara hatinya
dari sebarang ingatan yang buruk selama 15 minit
adalah merupakan suatu pencapaian yang besar
dan menjadikannya layak sebagai seorang ahli Sufi
yang benar.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali


Dehlawi Rahmatullah ‘alaih menyatakan di dalam
kitabnya Idhahut Tariqah bahawa,
“Nigah Dasyat adalah merupakan syarat
ketika berzikir, bahawa ketika berzikir hendaklah
menghentikan segala khayalan serta was-was dan
apabila sebarang khayalan yang selain Allah
terlintas di dalam hati maka pada waktu itu juga
hendaklah dia menjauhkannya supaya khayalan
Ghairullah tidak menduduki hati.”

Hadhrat Maulana Syeikh Abul Hassan


Kharqani Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Telah berlalu 40 tahun di mana Allah
sentiasa melihat hatiku dan telah melihat tiada
sesiapa pun kecuali DiriNya dan tiada ruang bilik
di dalam hatiku untuk selain dari Allah.”

Hadhrat Syeikh Abu Bakar Al-Qittani


Rahmatullah ‘alaih pernah berkata,
“Aku menjadi penjaga di pintu hatiku
selama 40 tahun dan aku tidak pernah
membukanya kepada sesiapa pun kecuali Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sehinggakan hatiku tidak
mengenali sesiapapun kecuali Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.”

Seorang Syeikh Sufi pernah berkata,


“Oleh kerana aku telah menjaga hatiku
selama sepuluh malam, hatiku telah menjagaku
selama dua puluh tahun.”
4. YAD DASYAT
Yad Dasyat bererti mengingati Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan bersungguh-
sungguh dengan Zauq Wijdani sehingga mencapai
Dawam Hudhur yakni kehadiran Zat Allah secara
kekal berterusan dan berada dalam keadaan
berjaga-jaga memerhatikan limpahan Faidhz dari
sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesedaran ini
diibaratkan sebagai Hudhur Bey Ghibat dan
merupakan Nisbat Khassah Naqshbandiyah.

Yad Dasyat juga bermakna seseorang yang


berzikir itu memelihara hatinya pada setiap
penafian dan pengitsbatan di dalam setiap nafas
tanpa meninggalkan Kehadiran Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya menghendaki agar
Salik memelihara hatinya di dalam Kehadiran
Kesucian Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala secara
berterusan. Ini untuk membolehkannya agar dapat
merasai kesedaran dan melihat Tajalli Cahaya Zat
Yang Esa atau disebut sebagai Anwaruz-Zatil-
Ahadiyah.

Menurut Hadhrat Maulana Shah Ghulam


‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Yad Dasyat
merupakan istilah Para Sufi bagi menerangkan
keadaan maqam Syuhud atau Musyahadah yang
juga dikenali sebagai ‘Ainul Yaqin atau Dawam
Hudhur dan Dawam Agahi.
Di zaman para Sahabat Ridhwanullah
‘Alaihim Ajma’in ianya disebut sebagai Ihsan. Ia
merupakan suatu maksud di dalam Tariqah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah bagi menghasilkan
Dawam Hudhur dan Dawam Agahi dengan
Hadhrat Zat Ilahi Subhanahu Wa Ta’ala dan di
samping itu berpegang dengan ‘Aqidah yang sahih
menurut Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan
melazimkan diri beramal menuruti Sunnah
Nabawiyah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Jika Salik tidak memiliki ketiga-tiga sifat ini


iaitu tetap mengingati Zat Ilahi, beri’tiqad dengan
‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan menuruti
Sunnah Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ataupun
meninggalkan salah satu darinya maka dia adalah
terkeluar dari jalan Tariqat Naqshbandiyah,
Na’uzu Billahi Minha!

5. HOSH DAR DAM


Hosh bererti sedar, Dar bererti dalam dan
Dam bererti nafas, yakni sedar dalam nafas.
Seseorang Salik itu hendaklah berada dalam
kesedaran bahawa setiap nafasnya yang keluar
masuk mestilah beserta kesedaran terhadap
Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Jangan sampai hati
menjadi lalai dan leka dari kesedaran terhadap
Kehadiran Zat Allah Ta’ala. Dalam setiap nafas
hendaklah menyedari kehadiran ZatNya.

Menurut Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh


Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
bahawa,
“Seseorang Salik yang benar hendaklah
menjaga dan memelihara nafasnya dari kelalaian
pada setiap kali masuk dan keluarnya nafas serta
menetapkan hatinya sentiasa berada dalam
Kehadiran Kesucian ZatNya dan dia hendaklah
memperbaharukan nafasnya dengan ibadah dan
khidmat serta membawa ibadah ini menuju kepada
Tuhannya seluruh kehidupan, kerana setiap nafas
yang disedut dan dihembus beserta KehadiranNya
adalah hidup dan berhubung dengan Kehadiran
ZatNya Yang Suci. Setiap nafas yang disedut dan
dihembus dengan kelalaian adalah mati dan
terputus hubungan dari Kehadiran ZatNya Yang
Suci.”

Hadhrat Khwajah Maulana Syeikh


‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Maksud utama seseorang Salik di dalam
Tariqah ini adalah untuk menjaga nafasnya dan
seseorang yang tidak dapat menjaga nafasnya
dengan baik maka dikatakan kepadanya bahawa
dia telah kehilangan dirinya.”
Hadhrat Syeikh Abul Janab Najmuddin Al-
Kubra Rahmatullah ‘alaih berkta dalam kitabnya
Fawatihul Jamal bahawa,
“Zikir adalah sentiasa berjalan di dalam
tubuh setiap satu ciptaan Allah sebagai memenuhi
keperluan nafas mereka biarpun tanpa kehendak
sebagai tanda ketaatan yang merupakan
sebahagian dari penciptaan mereka. Menerusi
pernafasan mereka, bunyi huruf ‘Ha’ dari nama
Allah Yang Maha Suci berada dalam setiap nafas
yang keluar masuk dan ianya merupakan tanda
kewujudan Zat Yang Maha Ghaib sebagai
menyatakan Keunikan dan Keesaan Zat Tuhan.
Maka itu amatlah perlu berada dalam kesedaran
dan hadir dalam setiap nafas sebagai langkah
untuk mengenali Zat Yang Maha Pencipta.”

Nama Allah yang mewakili kesemua


Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama dan Sifat-
Sifat Allah dan Af’alNya adalah terdiri dari empat
huruf iaitu Alif, Lam, Lam dan Ha.

Para Sufi berkata bahawa Zat Ghaib Mutlak


adalah Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia
KetinggianNya dan DiriNya dinyatakan menerusi
huruf yang terakhir dari Kalimah Allah iaitu huruf
Ha. Huruf tersebut apabila ditemukan dengan
huruf Alif akan menghasilkan sebutan Ha yang
memberikan makna “Dia Yang Ghaib” sebagai kata
ganti diri. Bunyi sebutan Ha itu sebagai
menampilkan dan menyatakan bukti kewujudan
Zat DiriNya Yang Ghaib Mutlak (Ghaibul
Huwiyyatil Mutlaqa Lillahi ‘Azza Wa Jalla).
Huruf Lam yang pertama adalah bermaksud
Ta‘arif atau pengenalan dan huruf Lam yang
kedua pula adalah bermaksud Muballaghah yakni
pengkhususan.

Menjaga dan memelihara hati dari kelalaian


akan membawa seseorang itu kepada
kesempurnaan Kehadiran Zat, dan kesempurnaan
Kehadiran Zat akan membawanya kepada
kesempurnaan Musyahadah dan kesempurnaan
Musyahadah akan membawanya kepada
kesempurnaan Tajalli Sembilan Puluh Sembilan
Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah. Seterusnya
Allah akan membawanya kepada penzahiran
kesemua Sembilan Puluh Sembilan Nama-Nama
dan Sifat-Sifat Allah dan Sifat-SifatNya yang lain
kerana adalah dikatakan bahawa Sifat Allah itu
adalah sebanyak nafas-nafas manusia.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih menegaskan bahawa hendaklah mengingati
Allah pada setiap kali keluar masuk nafas dan di
antara keduanya yakni masa di antara udara
disedut masuk dan dihembus keluar dan masa di
antara udara dihembus keluar dan disedut masuk.
Terdapat empat ruang untuk diisikan
dengan Zikrullah. Amalan ini disebut Hosh Dar
Dam yakni bezikir secara sedar dalam nafas. Zikir
dalam pernafasan juga dikenali sebagai Paas Anfas
di kalangan Ahli Tariqat Chistiyah.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Tariqat ini dibina berasaskan nafas, maka
adalah wajib bagi setiap orang untuk menjaga
nafasnya pada waktu menghirup nafas dan
menghembuskan nafas dan seterusnya menjaga
nafasnya pada waktu di antara menghirup dan
menghembuskan nafas.”

Udara Antara Udara Antara


Masuk Keluar
Allah Allah Allah Allah
Allah Allah Allah Allah

Perlu diketahui bahawa menjaga nafas dari


kelalaian adalah amat sukar bagi seseorang Salik,
lantaran itu mereka hendaklah menjaganya dengan
memohon Istighfar yakni keampunan kerana
memohon Istighfar akan menyucikan hatinya dan
mensucikan nafasnya dan menyediakan dirinya
untuk menyaksikan Tajalli penzahiran manifestasi
Allah Subhanahu Wa Ta’ala di mana-mana jua.
6. NAZAR BAR QADAM
Nazar bererti memandang, Bar bererti pada,
dan Qadam pula bererti kaki. Seseorang Salik itu
ketika berjalan hendaklah sentiasa memandang ke
arah kakinya dan jangan melebihkan
pandangannya ke tempat lain dan setiap kali ketika
duduk hendaklah sentiasa memandang ke
hadapan sambil merendahkan pandangan.

Jangan menoleh ke kiri dan ke kanan kerana


ianya akan menimbulkan fasad yang besar dalam
dirinya dan akan menghalangnya dari mencapai
maksud.

Nazar Bar Qadam bermakna ketika


seseorang Salik itu sedang berjalan, dia hendaklah
tetap memerhatikan langkah kakinya. Di mana jua
dia hendak meletakkan kakinya, matanya juga
perlu memandang ke arah tersebut. Tidak
dibolehkan baginya melemparkan pandangannya
ke sana sini, memandang kiri dan kanan ataupun
di hadapannya kerana pandangan yang tidak baik
akan menghijabkan hatinya.

Kebanyakan hijab-hijab di hati itu terjadi


kerana bayangan gambaran yang dipindahkan dari
pandangan penglihatan mata ke otak sewaktu
menjalani kehidupan seharian. Ini akan
mengganggu hati dan menimbulkan keinginan
memenuhi berbagai kehendak hawa nafsu seperti
yang telah tergambar di ruangan otak. Gambaran-
gambaran ini merupakan hijab-hijab bagi hati dan
ianya menyekat Cahaya Kehadiran Zat Allah Yang
Maha Suci.

Kerana itulah Para Masyaikh melarang


murid mereka yang telah menyucikan hati mereka
menerusi zikir yang berterusan dari memandang
ke tempat yang selain dari kaki mereka. Hati
mereka ibarat cermin yang menerima dan
memantulkan setiap gambaran dengan mudah. Ini
akan mengganggu mereka dan akan menyebabkan
kekotoran hati.

Maka itu, Salik diarahkan agar


merendahkan pandangan supaya mereka tidak
terkena panahan dari panahan Syaitan.
Merendahkan pandangan juga menjadi tanda
kerendahan diri. Orang yang bongkak dan
sombong tidak memandang ke arah kaki mereka
ketika berjalan. Ia juga merupakan tanda bagi
seseorang yang menuruti jejak langkah Hadhrat
Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam yang mana Hadhrat Baginda
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam ketika berjalan tidak menoleh ke kiri dan
ke kanan tetapi Hadhrat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam hanya
melihat ke arah kakinya, bergerak dengan pantas
menuju ke arah destinasinya.

Pengertian batin yang dituntut dari prinsip


ini ialah supaya Salik bergerak dengan laju dan
pantas dalam melakukan perjalanan suluk, yang
mana apa jua maqam yang terpandang olehnya
maka dengan secepat yang mungkin kakinya juga
segera sampai pada kedudukan maqam tersebut. Ia
juga menjadi tanda ketinggian darjat seseorang
yang mana dia tidak memandang kepada sesuatu
pun kecuali Tuhannya. Sepertimana seseorang
yang hendak lekas menuju kepada tujuannya,
begitulah seorang Salik yang menuju Kehadhrat
Tuhan hendaklah lekas-lekas bergerak, dengan
cepat dan pantas, tidak menoleh ke kiri dan ke
kanan, tidak memandang kepada hawa nafsu
duniawi sebaliknya hanya memandang ke arah
mencapai Kehadiran Zat Tuhan Yang Suci.

Hadhrat Maulana Imam Rabbani Mujaddid


Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih telah berkata dalam suratnya
yang ke-259 di dalam Maktubat,
“Pandangan mendahului langkah dan
langkah menuruti pandangan. Mi’raj ke maqam
yang tinggi didahului dengan pandangan Basirah
kemudian diikuti dengan langkah. Apabila
langkah telah mencapai Mi’raj tempat yang
dipandang, maka kemudian pandangan akan
diangkat ke suatu maqam yang lain yang mana
langkah perlu menurutinya. Kemudian pandangan
akan diangkat ke tempat yang lebih tinggi dan
langkah akan menurutinya. Begitulah seterusnya
sehingga pandangan mencapai maqam
kesempurnaan yang mana langkahnya akan
diberhentikan. Kami katakan bahawa, apabila
langkah menuruti pandangan, murid telah
mencapai maqam kesediaan untuk menuruti jejak
langkah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Jejak langkah Hadhrat
Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam adalah merupakan sumber asal bagi
segala langkah.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Jika kita memandang kesalahan sahabat-
sahabat, kita akan ditinggalkan tanpa sahabat
kerana tiada seorang juapun yang sempurna.”

7. SAFAR DAR WATAN


Safar bererti menjelajah, berjalan atau
bersiar, Dar bererti dalam dan Watan bererti
kampung. Safar Dar Watan bermakna bersiar-siar
dalam kampung dirinya yakni kembali berjalan
menuju Tuhan. Seseorang Salik itu hendaklah
menjelajah dari dunia ciptaan kepada dunia Yang
Maha Pencipta.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang
mafhumnya,
“Daku sedang menuju Tuhanku dari suatu
hal keadaan ke suatu hal keadaan yang lebih baik
dan dari suatu maqam ke suatu maqam yang
lebih baik.”

Salik hendaklah berpindah dari kehendak


hawa nafsu yang dilarang kepada kehendak untuk
berada dalam Kehadiran ZatNya. Dia hendaklah
berusaha meninggalkan segala sifat-sifat
Basyariyah (Kemanusiawian) yang tidak baik dan
meningkatkan dirinya dengan sifat-sifat
Malakutiyah (Kemalaikatan) yang terdiri dari
sepuluh maqam iaitu:

[1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4] Syukur [5]


Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim [9]
Tawakkal [10] Redha.

Para Masyaikh membahagikan perjalanan


ini kepada dua kategori iaitu Sair Afaqi yakni
Perjalanan Luaran dan Sair Anfusi yakni
Perjalanan Dalaman.
Perjalanan Luaran adalah perjalanan dari
suatu tempat ke suatu tempat mencari seorang
pembimbing Ruhani yang sempurna bagi dirinya
dan akan menunjukkan jalan ke tempat yang
dimaksudkannya. Ini akan membolehkannya
untuk memulakan Perjalanan Dalaman.

Seseorang Salik apabila dia sudah menemui


seorang pembimbing Ruhani yang sempurna bagi
dirinya adalah dilarang dari melakukan Perjalanan
Luaran. Pada Perjalanan Luaran ini terdapat
berbagai kesukaran yang mana seseorang yang
baru menuruti jalan ini tidak dapat tidak, pasti
akan terjerumus ke dalam tindakan yang dilarang,
kerana mereka adalah lemah dalam menunaikan
ibadah mereka.

Perjalanan yang bersifat dalaman pula


mengkehendakkan agar seseorang Salik itu
meninggalkan segala tabiat yang buruk dan
membawa adab tertib yang baik ke dalam dirinya
serta mengeluarkan dari hatinya segala keinginan
Duniawi.

Dia akan diangkat dari suatu maqam yang


kotor zulmat ke suatu maqam kesucian. Pada
waktu itu dia tidak perlu lagi melakukan
Perjalanan Luaran. Hatinya telah dibersihkan dan
menjadikannya tulin seperti air, jernih seperti kaca,
bersih bagaikan cermin lalu menunjukkannya
hakikat setiap segala suatu urusan yang penting
dalam kehidupan sehariannya tanpa memerlukan
sebarang tindakan yang bersifat luaran bagi pihak
dirinya. Di dalam hatinya akan muncul segala apa
yang diperlukan olehnya dalam kehidupan ini dan
kehidupan mereka yang berada di sampingnya.

Hadhrat Maulana Shah Ghulam ‘Ali


Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah berkata,
“Ketahuilah bahawa apabila hati tertakluk
dengan sesuatu selain Allah dan khayalan yang
buruk menjadi semakin kuat maka limpahan
Faidhz Ilahi menjadi sukar untuk dicapai oleh
Batin. Jesteru itu dengan kalimah LA ILAHA
hendaklah menafikan segala akhlak yang buruk itu
sebagai contohnya bagi penyakit hasad, sewaktu
mengucapkan LA ILAHA hendaklah menafikan
hasad itu dan sewaktu mengucapkan ILLA ALLAH
hendaklah mengikrarkan cinta dan kasih sayang di
dalam hati. Begitulah ketika melakukan zikir Nafi
Itsbat dengan sebanyak-banyaknya lalu
menghadap kepada Allah dengan rasa hina dan
rendah diri bagi menghapuskan segala keburukan
diri sehinggalah keburukan dirinya itu benar-benar
terhapus. Begitulah juga terhadap segala rintangan
Batin, ianya perlu disingkirkan supaya terhasilnya
Tasfiyah dan Tazkiyah. Latihan ini merupakan
salah satu dari maksud Safar Dar Watan.”
8. KHALWAT DAR ANJUMAN
Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman
bererti khalayak ramai, maka pengertiannya ialah
bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada
zahir, Salik bergaul dengan manusia dan pada
batinnya dia kekal bersama Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat


Luaran atau disebut sebagai Khalwat Saghir yakni
khalwat kecil dan Khalwat Dalaman atau disebut
sebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwat
besar atau disebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaran
menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di
tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan
manusia. Secara bersendirian Salik menumpukan
kepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai
penyaksian Kebesaran dan Keagungan Kerajaan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudah
mencapai fana menerusi zikir fikir dan semua deria
luaran difanakan, pada waktu itu deria dalaman
bebas meneroka ke Alam Kebesaran dan
Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Ini seterusnya akan membawa kepada Khalwat
Dalaman.

Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwat


dalam kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah
sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari
makhluk sedang jasmaninya sedang hadir bersama
mereka.

Dikatakan bahawa seseorang Salik yang


Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam
hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam
majlis keramaian manusia, dia tidak mendengar
suara mereka. Kerana itu ianya dinamakan
Khalwat Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalam
kesibukan manusia. Keadaan berzikir itu
mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci
Tuhan sedang menariknya membuatkannya tidak
menghiraukan segala sesuatu yang lain kecuali
Tuhannya.

Ini merupakan tingkat khalwat yang


tertinggi dan dianggap sebagai khalwat yang
sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-
Quran Surah An-Nur ayat 37:

Íο4θn=¢Á9$# ÏΘ$s%Î)uρ «!$# Ìø.ÏŒ tã ììø‹t/ Ÿωuρ ×οt≈pgÏB öΝÍκÎγù=è? ω ×Α%y`Í‘

ÛUθè=à)ø9$# ϵŠÏù Ü=¯=s)tGs? $YΒöθtƒ tβθèù$sƒs†   Íο4θx.¨“9$# Ï!$tGƒÎ)uρ

∩⊂∠∪ ã≈|Áö/F{$#uρ
Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan
dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati
Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari
membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu
hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang.

Rijalun La Tulhihim Tijaratun Wala Bay’un


‘An Zikrillah bermaksud para lelaki yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari
mengingati Allah. Inilah merupakan jalan Tariqat
Naqshbandiyah. Hadhrat Khwajah Shah
Bahauddin Naqshband Qaddasallahu Sirrahu telah
ditanyakan orang bahawa apakah yang menjadi
asas bagi Tariqatnya?

Beliau menjawab,
“Berdasarkan Khalwat Dar Anjuman, yakni
zahir berada bersama Khalaq dan batin hidup
bersama Haq serta menempuh kehidupan dengan
menganggap bahawa Khalaq mempunyai
hubungan dengan Tuhan. Sebagai Salik dia tidak
boleh berhenti dari menuju kepada maksudnya
yang hakiki.”

Sepertimana mafhum sabdaan Hadhrat


Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, “Padaku terdapat dua sisi.
Satu sisiku menghadap ke arah Penciptaku dan
satu sisi lagi menghadap ke arah makhluk
ciptaan.”

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaih berkata,
“Tariqatuna As-Suhbah Wal Khayru Fil
Jam’iyyat.” Yang bererti, “Jalan Tariqah kami
adalah dengan cara bersahabat dan kebaikan itu
dalam jemaah Jam’iyat.”

Khalwat yang utama di sisi Para Masyaikh


Naqshbandiyah adalah Khalwat Dalaman kerana
mereka sentiasa berada bersama Tuhan mereka
dan pada masa yang sama mereka berada bersama
dengan manusia. Adalah dikatakan bahawa
seseorang beriman yang dapat bercampur gaul
dengan manusia dan menanggung berbagai
masaalah dalam kehidupan adalah lebih baik dari
orang beriman yang menghindarkan dirinya dari
manusia.

Hadhrat Imam Rabbani Rahmatullah ‘alaih


telah berkata,
“Perlulah diketahui bahawa Salik pada
permulaan jalannya mungkin menggunakan
khalwat luaran untuk mengasingkan dirinya dari
manusia, beribadat dan bertawajjuh kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sehingga dia mencapai
tingkat darjat yang lebih tinggi. Pada waktu itu dia
akan dinasihatkan oleh Syeikhnya seperti kata-kata
Sayyid Al-Kharraz Rahmatullah ‘alaih iaitu
kesempurnaan bukanlah dalam mempamerkan
karamah yang hebat-hebat tetapi kesempurnaan
yang sebenar ialah untuk duduk bersama manusia,
berjual beli, bernikah kahwin dan mendapatkan
zuriat dan dalam pada itu sekali-kali tidak
meninggalkan Kehadiran Allah walaupun
seketika.”

Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali


Dehlawi Rahmatullah ‘alaih berkata,
“Daripada masamu, jangan ada sebarang
waktu pun yang engkau tidak berzikir dan
bertawajjuh serta mengharapkan Kehadiran Allah
Ta’ala dan bertemulah dengan manusia dan
berzikirlah walaupun berada di dalam keramaian
dan sentiasa berjaga-jaga memerhatikan limpahan
Allah.”
Berkata Penyair,
Limpahan Faidhz Al-Haq datang tiba-tiba tetapi
hatiku memerhatikan waridnya,
Biarpun di waktu sekali kerdipan mata namun
diriku sekali-kali tidak leka,
Boleh jadi Dia sedang memerhatikanmu dan
dikau tidak memperhatikannya.

Hal keadaan ini dinamakan Khalwat Dar


Anjuman iaitu Kainun Haqiqat Wa Bainun Surat
yakni hakikat dirinya berzama Zat Tuhan dan
tubuh badan bersama makhluk ciptaan Tuhan.
Masyaikh menggelarkannya sebagai Sufi Kain
Bain.

Kelapan-lapan asas Tariqat ini


diperkenalkan oleh Hadhrat Khwajah Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan
menjadi ikutan 40 Tariqat yang lain dan sehingga
ke hari ini menjadi asas yang teguh untuk
seseorang hamba Allah kembali menuju kepada
Tuhannya.

Hadhrat Shah Naqshband Rahmatullah


‘alaihi telah menerima kelapan-lapan asas Tariqat
ini dari Hadhrat Khwajah Abdul Khaliq
Ghujduwani dan beliau telah menambahkan tiga
asas Tariqat iaitu Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan
Wuquf Zamani menjadikannya sebelas asas.

Hosh Dar Dam Khalwat Dar Anjuman;


Yad Kard Yad Dasyat.
Nazar Bar Qadam Safar Dar Watan;
Baz Gasht Nigah Dasyat.
Sentiasalah sedar dalam nafas ketika berkhalwat bersama
khalayak;
Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan
bersungguh-sungguh.
Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam
kampung;
Sekembalinya dari merayau, perhatikanlah limpahan
Ilahi bersungguh-sungguh.

Wuquf Qalbi Wuquf ‘Adadi, Wuquf Zamani Bi


Dawam Agahi.
Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa
dengan sentiasa sedar berjaga-jaga.
2. ASAS TAMBAHAN
SHAH NAQSHBAND

HADHRAT Shah Bahauddin Naqshband


Rahmatullah ‘alaih merupakan Imam bagi Tariqat
Naqshbandiyah dan seorang Mahaguru Tariqat
yang terkemuka. Beliau telah mengukuhkan lagi
jalan ini dengan tiga prinsip penting dalam Zikir
Khafi sebagai tambahan kepada lapan prinsip asas
yang telah dikemukakan oleh Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Syeikh ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih iaitu:

1. WUQUF QALBI
Mengarahkan penumpuan terhadap hati
dan hati pula mengarahkan penumpuan terhadap
Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan
keadaan. Sama ada dalam keadaan berdiri,
berbaring, berjalan mahupun duduk. Hendaklah
bertawajjuh kepada hati dan hati pula tetap
bertawajjuh ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Wuquf Qalbi merupakan syarat bagi zikir.
Kedudukan Qalbi ini adalah pada
kedudukan dua jari di bawah tetek kiri dan
kedudukan ini hendaklah sentiasa diberikan
penumpuan dan Tawajjuh. Bayangan limpahan
Nur dari Allah hendaklah sentiasa kelihatan
melimpah pada Qalbi dalam pandangan batin.

Ini merupakan suatu kaedah Zikir Khafi


yakni suatu bentuk zikir yang tersembunyi dan
tidak diketahui oleh Para Malaikat. Ia merupakan
suatu kaedah zikir yang rahsia.

2. WUQUF ‘ADADI
Sentiasa memerhatikan bilangan ganjil
ketika melakukan zikir Nafi Itsbat. Zikir Nafi Itsbat
ialah lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH dan dilakukan
di dalam hati menurut kaifiyatnya. Dalam
melakukan zikir Nafi Itsbat ini, Salik hendaklah
sentiasa mengawasi bilangan zikir Nafi Itsbatnya
itu dengan memastikannya dalam jumlah bilangan
yang ganjil iaitu 7 atau 9 atau 19 atau 21 atau
sebarang bilangan yang ganjil.

Menurut Para Masyaikh, bilangan ganjil


mempunyai rahsia yang tertentu kerana Allah
adalah Ganjil dan menyukai bilangan yang ganjil
dan ianya akan menghasilkan ilmu tentang Rahsia
Allah Ta’ala. Menurut Hadhrat Shah Naqshband
Rahmatullah ‘alaih,
“Memelihara bilangan di dalam zikir adalah
langkah pertama dalam menghasilkan Ilmu
Laduni.”

Memelihara bilangan bukanlah untuk


jumlahnya semata-mata bahkan ianya untuk
memelihara hati dari ingatan selain Allah dan
sebagai asbab untuk memberikan lebih
penumpuan dalam usahanya untuk
menyempurnakan zikir yang telah diberikan oleh
Guru Murshidnya.

3. WUQUF ZAMANI
Setiap kali selepas menunaikan Solat,
hendaklah bertawajjuh kepada hati dan sentiasa
memastikan hati dalam keadaan bertawajjuh
kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Lakukan
selama beberapa minit sebelum bangkit dari
tempat Solat. Kemudian setelah selang beberapa
jam hendaklah menyemak semula keadaan hati
bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan
mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila seseorang Murid itu telah naik ke


peringkat menengah dalam bidang Keruhanian
maka dia hendaklah selalu memeriksa keadaan
hatinya sekali pada tiap-tiap satu jam untuk
mengetahui sama ada dia ingat ataupun lalai
kepada Allah dalam masa-masa tersebut.

Jika dia lalai maka hendaklah dia


beristighfar dan berazam untuk menghapuskan
kelalaian itu pada masa akan datang sehinggalah
dia mencapai peringkat Dawam Hudhur atau
Dawam Agahi iaitu peringkat hati yang sentiasa
hadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya.

Ketiga-tiga prinsip ini adalah tambahan dari


Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah
‘alaih dalam membimbing sekelian para murid dan
pengikutnya dan terus menjadi amalan yang tetap
dalam Tariqat Naqshbandiyah.
3. LATAIF

LATAIF adalah kata jamak bagi Latifah yang


bererti kehalusan. Allah adalah bersifat Al-Latif
iaitu Yang Maha Halus dan Dia telah
mengurniakan KehalusanNya kepada sekelian Nur
Muhammadiyah. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menjadikan manusia dengan mengurniakannya
sepuluh Lataif yang halus. Ianya boleh disifatkan
sebagai anggota dalaman Ruhani bagi manusia
atau pancaindera bagi Ruhani. Ianya diibaratkan
sebagai juzuk-juzuk bagi diri Ruhani sepertimana
otak, jantung, limpa, hati, paru-paru dan anggota
dalaman bagi jasad tubuh badan Jasmani.
Konsep seperti ini juga terdapat dalam
sistem kepercayaan sesetengah kaum seperti
Hindu dan China namun dalam perkembangan
Tasawwuf Islam, segala ilmu pengetahuan adalah
bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah,
manakala penghasilan Ma’rifat mereka adalah
menerusi Muraqabah dan Musyahadah. Seterusnya
Para Masyaikh memperkembangkan ilmu tersebut
menerusi pengamatan mereka yang dalam serta
tahap Keruhanian yang tinggi.

Mungkin ada yang mendakwa mereka


mengambilnya dari falsafah Yunani ataupun
Hindu atau China namun tiada bukti yang jelas
tentang tersebut cuma dakwaan yang meleset. Para
Masyaikh Naqshbandiyah memperolehi
pengetahuan tentang Lataif adalah menerusi
pengkajian mereka yang mendalam terhadap Al-
Quran dan Al-Hadits serta As-Sunnah dan
mengamalkan Syari’at dengan teguh dan mewarisi
ilmu pengetahuan dari Guru-Guru mereka dengan
pertalian yang kukuh menerusi Silsilah yang benar.

Perkembangan Tariqat dalam diri seseorang


itu secara umumnya melibatkan kesedaran dalam
turutan yang tertentu pada latifah-latifah yang
menjadi pusat perhentian dalam pemerhatian
perjalanan Ruhani dan ianya terdapat dalam diri
setiap manusia, amnya bagi sekelian Ummat Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Setiap Latifah itu dikaitkan dengan Nabi-
Nabi yang tertentu atau warna-warna yang
tertentu atau anggota tubuh badan yang tertentu
atau alam-alam yang tertentu atau Ma’rifat-
Ma’rifat yang tertentu dan ianya berbeza di antara
satu Tariqat dengan Tariqat yang lain. Perbezaan
ini menunjukkan betapa luasnya Ilmu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Tugas Para Masyaikh
adalah untuk menghidupkan kesemua latifah-
latifah tersebut pada diri Murid agar latifah-
latifahnya dapat sentiasa berzikir Kehadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Menghidupkan kesemua latifah-latifah ini


dengan Zikirullah adalah merupakan kegiatan
sekelian Para Sufi. Setelah melalui proses ini,
seseorang Salik itu dikatakan sebagai telah
mencapai tingkat kesempurnaan Insan dan
menjadi manusia yang sempurna. Seseorang yang
menjalani Tariqat Tasawwuf adalah wajib
menyucikan kesemua Lataifnya dengan ilmu dan
zikir kerana kesemua latifah adalah bersifat Nur
dan sesuatu yang bersifat Nur hanya boleh
disucikan dengan sesuatu yang bersifat Nur juga.

Ilmu Syari’at, Ilmu Tariqat, Ilmu Ma’rifat


dan Ilmu Haqiqat juga adalah bersifat Nur kerana
ianya bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah
dan kedua-duanya bersifat Nur. Zikir juga akan
menghasilkan Nur, jesteru gabungan ilmu dan
zikir dalam diri seseorang itulah yang akan
menyucikan dan menghidupkan kesemua Lataif
dalam dirinya.

Para Masyaikh dari Silsilah yang bebeza


telah menyelami Lautan Ilmu Kekuasaan Allah di
dalam Bahrul Qudrah dan telah meneroka tentang
rahsia Lataif ini. Meskipun pengetahuan mereka
tentang Lataif adalah berbeza namun ianya
merujuk kepada maksud yang satu iaitu kembali
kepada Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Guruku yang mulia Hadhrat Khwajah


Khwajahgan Qutub Dauran Maulana Khan
Muhammad Sahib Mudda Zilluhul ‘Ali telah
mengurniakanku dengan kesemua Sepuluh Latifah
dan beliau menyatakan kepadaku bahawa lima
dari Latifah tersebut adalah dari Alam Amar
manakala lima Latifah lagi adalah dari Alam
Khalaq. Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alam
yang berada dalam lingkungan Daerah Imkan.

Untuk memahami Tariqat Naqshbandiyah


Mujaddidiyah ini, amat penting untuk kita
memahami tentang Sepuluh Latifah Insan. Semoga
Allah memberikan kita Taufiq dan Hidayah.
4. SEPULUH LATIFAH
INSAN

KETAHUILAH bahawa di sisi Hadhrat Imam


Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi
Sirhindi Rahmatullah ‘alaih dan sekelian para
pengikutnya telah tsabit bahawa pada setiap insan
terhimpun Sepuluh Latifah.

Begitulah juga seperti yang telah dikatakan


oleh Guruku Hadhrat Khwajah Khawajahgan
Maulana Khan Muhammad Sahib Mudda Zilluhul
‘Ali kepadaku bahawa lima Latifah adalah dari
Alam Amar dan lima Latifah lagi adalah dari Alam
Khalaq.
Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alam
yang berada dalam lingkungan Daerah Imkan.

Lima Latifah Alam Amar itu adalah:

1. Qalb
2. Ruh
3. Sirr
4. Khafi
5. Akhfa

Lima Latifah Alam Khalaq itu adalah:

1. Nafs
2. Angin
3. Api
4. Air
5. Tanah

Ruhaniah setiap insan telah diciptakan


dengan Bayangan Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala dan ianya berasal dari Alam Amar. Santapan
Ruhaniah adalah cahaya Nur Allah yang dapat
diperolehi dari Alam Amar menerusi Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam yang mana kedudukannya di
Alam Keruhanian adalah seumpama Matahari di
dalam sistem cakrawala.
Ada dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam diibaratkan sebagai
cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah
Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam sebagai suatu sumber keberkatan
yang sempurna lagi terpilih. Kesemua Para Nabi
dan Rasul menerima limpahan keberkatan dari
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sewaktu Allah Subhanahu Wa Ta’ala


menciptakan rupa bentuk jasmani bagi insan,
dikurniakannya juga lima Lataif Alam Amar di
beberapa kedudukan pada badan manusia dan
mengurniakannya takluk keasyikan.

Adapun bagi Alam Amar, kedudukan


Latifah Qalb itu terletak pada tetek kiri pada
anggaran dua jari di bawah puting dan cenderung
sedikit ke arah ketiak. Kedudukan Latifah Ruh
adalah di bawah tetek kanan pada anggaran dua
jari di bawah puting. Kedudukan Latifah Sirr
adalah pada tetek kiri pada anggaran dua jari ke
arah dada. Kedudukan Latifah Khafi adalah pada
tetek kanan pada anggaran dua jari ke arah dada
dan kedudukan Latifah Akhfa adalah pada tengah-
tengah dada. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengurniakan takluk keasyikan pada Lataif Alam
Amar ini di tubuh badan manusia.

Takluk Alam Amar ini akan mencapai


peningkatan Ruhani setelah disucikan sehinggalah
kita dapat mengenali diri kita dan asal usul kita
yang merupakan cahaya Nur yang tersembunyi
dalam tubuh jasmani yang gelap dan zulmat ini.

Adapun bagi Alam Khalaq, kedudukan


Latifah Nafs itu adalah di antara kedua-dua kening
yang mewakili otak dan akal manusia. Ia juga
merujuk kepada nafsu seseorang. Seterusnya
adalah Latifah Qalibiyah yang terdiri dari empat
anasir iaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Ia ada pada
seluruh bahagian tubuh badan jasmani manusia.
Sepertimana Alam Amar, Alam Khalaq juga perlu
disucikan kerana dengan menyucikannya akan
membawa seseorang itu kepada peningkatan
Ruhaniah, pengenalan diri dan asal-usul hakikat
kejadian diri.

Ruhaniah Para Masyaikh adalah suci dan


sentiasa hidup di sisi Allah sepertimana hidupnya
Para Syuhada di sisi Allah kerana mereka
kesemuanya berjuang di Jalan Allah demi
menegakkan Kalimah Allah setinggi-tingginya.
Mereka adalah orang yang berjaya mencapai
hakikat kehidupan yang kekal di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
1. QALB
TITIK kedudukannya pada tubuh badan jasmani
adalah pada anggaran dua jari di bawah tetek kiri
dan cenderung sedikit ke arah ketiak. Latifah Qalb
juga disebut Latifah Adami adalah dari takluk
Alam Malakut yakni Alam Para Malaikat dan ianya
merupakan pusat ‘Arash Mu’alla Allah Ta’ala di
dalam diri Insan.

Latifah Qalb adalah suatu pusat perhentian


di Alam Amar. Sifat yang dikurniakan Allah
dengan Latifah Qalb ialah pendengaran dan ianya
merupakan Tajalli Sifat Allah As-Sami’ iaitu Yang
Maha Mendengar.

Mendengar merupakan suatu sifat utama


Para Malaikat kerana mereka dijadikan oleh Allah
Ta’ala untuk mendengar segala perintahNya dan
taat. Seseorang Salik perlu menggunakan sifat
pendengarannya untuk mendengar seruan Agama
Islam dan mengamalkan Syari’at Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum


memiliki sifat Sami’na Wa Ata’na iaitu mendengar
dalam ertikata yang sebenar yang mana apabila
mereka mendengar sebarang perintah dari Allah
Ta’ala dan RasulNya Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
mereka akan terus mentaatinya.
Alam Malakut adalah wilayah Hadhrat Nabi
Adam ‘Alaihissalam dan merupakan tingkatan
langit pertama di atas ‘Arash. Cahaya Nur dan
limpahan keberkatan dari Hadhrat Nabi Adam
‘Alaihissalam terlimpah pada Latifah Qalb Hadhrat
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
terlimpah kepada sekelian orang yang beriman.

Cahayanya adalah dari langit yang pertama


dan warna Nurnya adalah kekuningan. Seseorang
Salik yang telah sempurna penyucian Latifah
Qalbnya menerusi Tasfiyatul Qalb maka akan
terhasillah padanya Kashful Qulub yakni
pandangan mata hatinya celik dan memperolehi
Basirah serta Kashaf iaitu melihat perkara-perkara
yang Ghaib menerusi mata hati.

2. RUH
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah
pada anggaran dua jari di bawah tetek kanan.
Latifah Ruh juga disebut sebagai Latifah Ibrahimi
adalah bertakluk dengan Alam Jabarut yakni Alam
Para Ruh atau dikenali juga sebagai Alam Arwah.

Sepertimana Latifah Qalb, Latifah Ruh ini


juga merupakan suatu pusat perhentian di Alam
Amar. Sifat yang dikurniakan dengan Latifah Ruh
ialah melihat dan ianya juga merupakan Tajalli dari
Sifat Allah Al-Basir Yang Maha Melihat dan As-
Syahid Yang Maha Menyaksi. Melihat dan
menyaksikan adalah sifat-sifat yang Allah Ta’ala
kurniakan kepada Ruh ketika berada di Alam
Amar.

Seluruh Para Ruh bersaksi bahawa Allah


Ta’ala adalah Rabb, Tuhan Yang Maha Pemelihara.
Melihat, memerhati dan menyaksi adalah suatu
sifat utama bagi Ruh. Sifat ini ada pada diri zahir
iaitu melihat dengan kedua biji mata zahir dan sifat
ini juga ada pada diri batin iaitu menerusi
pandangan mata hati iaitu Basirah.

Seseorang Salik perlu melihat tanda-tanda


kebesaran Allah Ta’ala dan memerhatikan
perjalanan Tariqatnya agar sentiasa selari dengan
petunjuk Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, banyak mengucapkan Selawat dan
membaca Al-Quran.

Alam Jabarut adalah wilayah Hadhrat Nabi


Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh ‘Alaihimassalam.
Latifah Ruh merupakan tingkatan langit kedua di
atas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahan keberkatan
dari Hadhrat Nabi Ibrahim dan Hadhrat Nabi Nuh
‘Alaihimassalam terlimpah pada Latifah Ruh
Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.
Cahayanya adalah dari langit yang kedua
dan warnanya adalah kemerahan. Seseorang Salik
yang telah sempurna penyucian Latifah Ruhnya
akan terhasillah Kashful Qubur yakni terbukanya
pandangan ghaib tentang alam kehidupan sesudah
mati di dalam kubur. Dia juga akan dapat
berhubungan dengan Ruh-Ruh Para Masyaikh
yang telah meninggal dunia dan mengambil
limpahan keruhanian dari mereka dengan
menziarahi maqam-maqam yang menjadi tempat
pengkebumian mereka.

3. SIRR
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah
pada tetek kiri dengan anggaran dua jari ke arah
tengah dada. Latifah Sirr juga disebut sebagai
Latifah Musawi adalah dari taklukan Alam Lahut
yakni Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala dan
merupakan suatu pusat perhentian di Alam Amar.

Sifat yang Allah Ta’ala kurniakan dengan


Latifah Sirr adalah menyentuh. Latifah Sirr adalah
suatu alam di mana tersimpannya segala rahsia-
rahsia tentang Bayangan Sifat-Sifat Allah Ta’ala
dan seharusnya menjadi rahsia bagi seseorang
Salik.
Latifah Sirr merupakan tahap di mana
seseorang Salik itu akan mengalami perbualan
dengan Hadhrat Zat Yang Maha Suci di dalam
hatinya di mana dia akan berinteraksi dengan
limpahan cahaya dari Hadhrat Zat dan akan
mendengar suara-suara Ketuhanan di dalam
dirinya.

Alam Lahut adalah wilayah Hadhrat Nabi


Musa ‘Alaihissalam yang telah dapat berkata-kata
dengan Allah dan telah mendengar suaraNya.
Alam Lahut merupakan tingkatan langit yang
ketiga di atas ‘Arash. Cahaya Nur dan limpahan
keberkatan dari Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam
terlimpah pada Latifah Sirr Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Cahayanya adalah dari langit yang
ketiga dan warna Nurnya adalah keputihan.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf-Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih seseorang Salik akan
mengalami Jazbah pada tahap ini iaitu penarikan
dan penyatuan dengan Cahaya Allah Ta’ala.
Apabila dia mengalami Jazbah untuk menuju
kepada Rahmat Allah maka dia digelar Majzub.
Dan menurut beliau, ini merupakan tahap Sukr
yakni Ruhaniah seseorang itu akan mabuk dalam
melihat kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
4. KHAFI
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah
pada tetek kanan dengan anggaran dua jari ke arah
tengah dada dan Latifah Khafi ini juga disebut
sebagai Latifah ‘Isawi adalah bertakluk dengan
Alam Bahut yakni Alam Sifat-Sifat Allah Ta’ala.

Ia juga merupakan suatu pusat perhentian


di Alam Amar yang berada di atas ‘Arash Mu’alla.
Allah Ta’ala mengurniakan sifat menghidu beserta
dengan Latifah Khafi dan ianya menampilkan
bunyi yang tersembunyi pada Perkataan-Perkataan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila sesuatu perkataan itu tertulis


terdapat bunyi yang dikaitkan dengannya namun
bunyi tersebut tidak akan didengari melainkan
apabila perkataan itu disebutkan. Maka itulah
bunyi adalah tersembunyi dan terkandung
didalam huruf-huruf pada perkataan tersebut. Ia
hanya menantikan masa untuk terzahir apabila
bunyi huruf-huruf perkataan itu disebutkan.

Seseorang Salik akan memperolehi


pengetahuan dan ilham dengan sentiasa membaca
Al-Quran dan Asma Al- Husna. Salik juga akan
menghidu wangi-wangian ketika berada dalam
kehadiran Hadhrat Zat.
Kerana itulah menjadi Sunnah Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam untuk memakai wangi-wangian.
Adapun pada tubuh badan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sentiasa terbit keringat yang harum
kerana Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
sentiasa berada dalam kehadiran Hadhrat Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada setiap masa dan
keadaan.

Di Alam Bahut ini terdapatnya rahsia-rahsia


yang tersembunyi tentang Sifat-Sifat Allah Ta’ala
dan ia merupakan wilayah Hadhrat ‘Isa
‘Alaihissalam. Alam Bahut ini berada pada
tingkatan langit yang keempat di atas ‘Arash dan
cahaya Nur serta keberkatan daripada Hadhrat
Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang berada pada langit
keempat itu terlimpah pada Latifah Khafi Hadhrat
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam dengan cahaya kehitaman.

Seseorang Salik perlu meninggalkan Sifat


Basyariyat iaitu sifat-sifat kemanusiawian.
Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf
Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah
‘alaih bahawa seseorang yang telah mencapai
Latifah Khafi, dia akan mengalami Hairat Sughra
yakni ketakjuban yang kecil kerana dapat merasai
Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
5. AKHFA
TITIK kedudukannya pada tubuh badan adalah
pada tengah dada di antara Latifah Sir dan Latifah
Khafi dan ianya bertakluk dengan Alam Hahut
yakni Alam Zat Allah Ta’ala. Latifah Akhfa juga
disebut sebagai Latifah Muhammadi. Alam Hahut
berada pada tingkatan yang kelima di atas ‘Arash
pada Alam Amar. Pada Latifah Akhfa
tersembunyinya rahsia-rahsia yang lebih dalam
tentang Hakikat Zat Ketuhanan Allah Ta’ala. Alam
ini adalah suatu alam yang sunyi di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Seseorang Salik akan merasai kehadiran


Hadhrat Zat ketika melakukan sunyi diri dengan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kerana itulah
Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam sering bersunyi diri dengan
melakukan Khalwat Saghirah di Gua Hira’.

Alam Hahut merupakan wilayah Hadhrat


Baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan berada pada
tingkatan langit yang kelima di atas ‘Arash. Cahaya
Nur serta limpahan keberkatan dari Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam di Alam Hahut itu terlimpah
pada Latifah Akhfanya dengan cahaya kehijauan.
Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah,
hati Ruhaniah seseorang itu adalah biasan dari hati
Ruhaniah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang disebut Haqiqat
Muhammadiyah.

Hati Ruhaniah ini menampilkan Bahrul


Qudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Ta’ala yang
merupakan sumber kejadian awal sekelian
makhluk. Barangsiapa yang dapat mencapai ilmu
pengetahuan tentang hati, akan mampu mencapai
kefahaman tentang kebenaran Haqiqat Kenabian,
Nur Muhammad dan Haqiqat Muhammadiyah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Limpahan cahaya Nur
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada di
dalam lautan kekuasaan Bahrul Qudrah itu.

Setiap alam yang berada di Alam Amar


merupakan suatu alam yang lengkap dengan
membawa ciri-ciri yang tertentu. Ada sebilangan
Masyaikh yang mengaitkan latifah-latifah Alam
Amar ini dengan bunyi dan sunyi yang mana
mereka menyatakan bahawa Latifah Qalb, Ruh, Sir
dan Khafi adalah berada pada tingkatan zikir
bunyi manakala Latifah Akhfa pula berada pada
tingkatan zikir sunyi.

Sunyi bererti menjauhkan diri dari sebarang


bentuk bunyi yang bersifat zahir kemudian
menjadikan hatinya sentiasa bersunyian dengan
Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Akhfa
merupakan maqam Fana sehingga seseorang Salik
itu mencapai erti sunyi yang hakiki di mana bunyi
sekelian makhluk juga telah terlenyap.

Apabila telah terlenyapnya segala bunyi


yang tinggal hanyalah sunyi dan sunyi merupakan
suatu bunyi yang tidak diketahui. Lenyapnya
bunyi makhluk tidak bermakna lenyapnya bunyi
dari Hadhrat Zat Yang Maha Suci bahkan akan
tetap terus kedengaran bunyi-bunyian yang
bertasbih memuji kesucian ZatNya. Kesemua
bunyi-bunyi ini adalah bersumber dari Hadhrat
Zat Yang Maha Suci dan mengambil tempat di
dalam lautan kekuasaan Bahrul QudrahNya.

Ada Para Masyaikh yang menyatakan bahawa,


“Sunyi adalah bunyi dari Hadhrat Zat.”

Apabila seseorang Salik maju atas jalan


Tariqat sehingga dia mencapai Fana, Murshid akan
melimpahkan ilmu yang berkaitan dengan alam-
alam di Alam Amar tersebut ke dalam hati
Muridnya.

Antara maksud yang utama adalah untuk


sampai ke pusat perhentian Alam Hahut di Latifah
Akhfa ini kerana ianya merupakan tempat
persinggahan terakhir bagi Alam Amar dan
merupakan tempat yang tertinggi bagi lautan
kekuasaan Allah Ta’ala di mana Allah Ta’ala mula-
mula menjadikan Nur Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.

Kelima-lima maqam bagi Lataif yang berada


di dalam dada tersebut merupakan pusat
perhentian dan ianya bagi menyatakan suatu
perjalanan menuju kepada penyatuan dengan
Hadhrat Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala menerusi
cahaya Kenabian Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam kerana Hadhrat Baginda
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah satu-satunya
manusia yang telah benar-benar mencapai Hadhrat
Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemuliaan ini
Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan ketika
peristiwa Mi’raj iaitu perjalanan menaiki tingkatan-
tingkatan langit menuju Kehadhrat Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

6. NAFS
KEDUDUKANNYA ialah pada otak dan titiknya
ada di bahagian dahi di antara dua kening.
Takluknya adalah dengan Alam Khalaq yakni alam
ciptaan yang berada di bawah ‘Arash. Ia adalah
tempat penzahiran ‘Aqal manusia yang bersifat
halus pada otak yang berada di dalam tempurung
kepala.
Perkataan Nafs lazimnya merujuk kepada
diri seseorang atau jiwa pada tahap yang rendah
atau keakuan diri seseorang. Sifat semulajadinya
terdiri dari sifat-sifat kemanusiawian dan
kehaiwanan. Perkataan Nafs juga merujuk kepada
perkataan Nafas yang bererti pernafasan dan
perkara ini merupakan suatu intipati dalam
perkerjaan zikir kerana ia merupakan sumber
tenaga dan menjadi asas sebilangan besar Tariqat.

Sebilangan Para Sufi berpendapat perkataan


Nafs ini merujuk kepada peringkat kejiwaan yang
merangkumi seluruh minda, emosi dan keinginan
dalam diri seseorang.

Menurut Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-


Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih, Nafs ada dua
pengertian:

1. Nafs Syaik - Iaitu zat dan hakikat bagi


sesuatu benda.
2. Nafs Natiqah - Suatu kehalusan dalam
Ruhaniah manusia yang disebut
Jiwa dan ianya bercahaya serta
dikurniakan sifat keakuan.
Dengan cahayanya tubuh badan
menjadi tempat yang terdedah
kepada berbagai jenis kejahatan
dan kebaikan.
Mengenali Nafs dengan segala sifatnya
adalah sukar kerana ia bersifat seperti seekor
sumpah-sumpah yang boleh bertukar rupa pada
sebilangan keadaan dengan warna yang berbeza.

Mencapai Ma’rifat tentang Nafs dengan


segenap ilmu pengetahuan mengenai sekelian
sifatnya adalah di luar kemampuan sebarang
makhluk. Adalah sukar untuk mencapai Ma’rifat
tentang Nafs sepertimana sukarnya mencapai
Ma’rifat tentang Tuhan.

Nafs diciptakan dengan unsur keakuan diri


dan ia mudah dipengaruhi Syaitan kerana adanya
persamaan sifat angkuh dan bongkak dalam diri
Syaitan dengan sifat keakuan yang ada pada Nafs.
Tujuan Syaitan menghasut Nafs melakukan
kejahatan adalah untuk mengotorkan Qalb kerana
apabila Nafs seseorang itu dikotori, Qalbnya juga
akan turut dikotori. Hubungan Nafs dengan Qalb
adalah dengan kelajuan cahaya dan kedua-duanya
ibarat cermin yang memantulkan cahaya masing-
masing antara satu sama lain.

Latifah Nafs adalah tempat perjalanan


Ruhaniah melalui tingkatan nafsu-nafsu. Ada
sebilangan Masyaikh yang meletakkan tiga
tingkatan nafsu iaitu Nafsu Ammarah, Lawwamah
dan Mutmainnah. Ada sebilangan Masyaikh yang
meletakkan lima tingkatan nafsu iaitu Nafsu
Ammarah, Lawwamah, Mutmainnah, Radhiyah
dan Mardhiyah. Ada juga Para Masyaikh yang
menetapkan tujuh tingkatan nafsu iaitu Nafsu
Ammarah, Lawwamah, Mulhammah,
Mutmainnah, Radhiyah, Mardhiyah dan
Kamiliyah. Penyucian Latifah Nafs ini dinamakan
sebagai Tazkiyatun Nafs di mana Para Masyaikh
meletakkan berbagai ujian bagi menguji tahap
nafsu Para Murid. Ujian-ujian tersebut berupa
Mujahadah Nafs bagi menundukkan kakuan diri
dan keinginan hawa nafsu. Sebagaimana yang
dinyatakan bahawa terdapat tujuh tingkatan Nafs
yang perlu dilalui oleh setiap Salik seperti berikut:

1. Nafsu Ammarah - Pada tingkatan ini


keakuan seseorang itu berada pada tahap
kehaiwanan iaitu pada kedudukan yang rendah,
tidak mengenali hakikat diri dan tidak mengenal
hakikat Tuhan, boleh menjadi lebih buas dari
binatang dan sentiasa mengingkari perintah-
perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Tahap
nafsu ini berada pada tingkatan yang rendah dan
perlu disucikan dengan Taubat dan Istighfar
untuk menuju pada tingkatan yang lebih tinggi
supaya dimuliakan oleh para Malaikat. Apabila
nafsu Ammarah ini dapat dikuasai sepenuhnya,
peribadi manusia itu akan menjadi lebih baik
dari Para Malaikat setelah dia menjalani latihan
penyucian diri di bawah asuhan seorang
Murshid yang sempurna. Nafsu Ammarah
sentiasa mengajak diri mengingkari Allah dan
Rasul, menurut ajakan Syaitan, bergelumang
dengan dosa-dosa besar dan maksiat, bertabiat
dan bertingkah laku buruk, bernafsu seperti
haiwan yang buas. Sentiasa memuaskan
kehendak hawa nafsu dan bersikap
mementingkan diri sendiri.

2. Nafsu Lawammah - Pada tingkatan


ini keakuan seseorang itu berada pada tahap
mula menyedari keingkaran dan sifat buruk
yang ada pada dirinya dan berasa menyesal
apabila melakukan perbuatan yang buruk dan
tidak baik. Dia mula untuk berasa bersalah
kerana menurut keakuan dirinya semata-mata
dan lebih mementingkan diri sendiri. Dia akan
melakukan Taubat dan Istighfar tetapi akan
kembali kepada perlakuan dosa dan maksiat
kepada Allah dan Rasul. Kesedarannya baru
terbit tetapi tidak kukuh. Dia perlu menjalani
latihan untuk menerbitkan rasa kesedaran dan
insaf pada setiap masa serta menyerahkan
dirinya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala
kerana jika tidak, dia akan kembali terjerumus ke
dalam kancah keburukan.

3. Nafsu Mulhammah - Pada tingkatan


ini keakuan seseorang itu berada pada tahap
yang lebih kerap menyesali dirinya kerana
mengingkari hukum dan perintah Allah dan
Rasul, kesedaran untuk insaf semakin bertambah
tetapi masih belum mampu meninggalkan
perbuatan dosa dan maksiat. Dia belum
menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah
kerana keakuan dirinya belum Fana atau
dimatikan. Walaubagaimanapun keinginan
untuk kembali sepenuhnya kepada Allah terasa
amat dekat. Dia akan diilhamkan dengan amalan
kebaikan yang dapat mendekatan diri kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan latihan
keruhanian dan asuhan Murshid dia akan
berjaya mematikan keakuannya. Kerana itu amat
penting bagi Murid untuk mendapat bimbingan
Murshid kerana seseorang itu tidak akan mampu
mencapai penyucian Nafsu Mulhammah ini
dengan bersendirian melainkan melalui seorang
Murshid secara zahir dan batin. Dia perlu
berzikir dengan kalimah Ismu Zat iaitu Allah
Allah sebanyak-banyaknya di dalam hati
sehingga terbit ketenangan.

4. Nafsu Mutmainnah - Pada tingkatan


ini keakuan seseorang itu berjaya mencapai
Fana. Dia berjaya mematikan keakuan dirinya
dan menyerahkan dirinya kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila keakuan
dimatikan maka akan lahirlah Bayi Maknawi
dari diri insan. Insan bersifat pelupa dan apabila
keakuan insan itu dimatikan maka akan lahirlah
daripada dirinya, dirinya yang sebenar yang
diertikan oleh Hadhrat Syeikh Abdul Qadir
Jailani sebagai Tiflul Ma’ani. Pada tahap ini
keimanan seseorang itu menjadi semakin teguh
dan kukuh. Dia perlu mendawamkan zikir
kalimah Ismu Zat pada setiap latifah sehingga
sempurna Sepuluh Lataif dan kekal dalam
Syuhud. Ruhnya berjaya mencapai ketenangan
pada Nafsu Mutmainnah dengan berkat
limpahan dan asuhan Murshid.

5. Nafsu Radhiyah - Pada tingkatan ini


keakuan seseorang itu telah diserahkan
sepenuhnya kepada Allah dan dia redha dengan
apa jua yang datang dari Allah. Tidak
mementingkan apa yang telah berlaku dan apa
yang akan berlaku. Dia menumpukan
kesedarannya pada Kehadiran Zat Yang Suci
pada setiap masa. Dia hanya menjadikan Allah
sebagai maksud dan sentiasa menuntut
keredhaan Allah. Dia sentiasa merasakan dirinya
lemah di hadapan Allah dan sentiasa bergantung
penuh kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dia
mengetepikan segala kepentingan Dunia dan
Akhirat demi Allah Ta’ala semata-mata.

6. Nafsu Mardhiyah - Pada tingkatan


ini keakuan seseorang itu telah tenggelam dalam
lautan Syuhud. Dia menyaksikan Kebesaran
Allah dengan cahaya Musyahadah dan mencapai
‘Irfan. Dia berenang di lautan Makrifat
mengenali hakikat diri dan hakikat Tuhannya.
Ruhnya telah aman damai di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan jiwanya menjadi
lembut terhadap sesama makhluk dan zahirlah
akhlak yang baik serta mulia dari dirinya.

7. Nafsu Kamiliyah - Pada tingkatan ini


keakuan diri seseorang itu telah mencapai
penyucian yang sempurna dan berjaya menjadi
insan yang sempurna dengan menuruti segala
Sunnah Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana
merupakan insan yang paling sempurna. Zahir
mereka bersama manusia di dalam khalayak
ramai dan menghadiri majlis mereka namun
batin mereka sentiasa dalam keadaan berjaga-
jaga memerhatikan limpahan faidhz dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Zikir mereka pada
tingkatan ini adalah sentiasa bermuraqabah.
Penyerahan mereka sempurna dan Allah
menzahirkan Tanda-Tanda KekuasaanNya
menerusi hamba tersebut. Dia menyerah kepada
segala ketentuan Taqdir dan melaksanakan
kewajibannya sebagai hamba dengan sebaik-
baiknya. Ini merupakan tingkatan Para Nabi dan
Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam dan inilah
merupakan tingkatan Para Sahabat
Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in dan tingkatan
sekelian Wali Qutub.
Hadhrat Syeikh Shahabuddin As-
Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan
bahawa terdapat sepuluh sifat buruk yang ada
pada Nafs dan ianya adalah berasal dari unsur-
unsur seperti panas, sejuk, lembab dan kering
seperti berikut:

1. Hawa
2. Nifaq
3. Riya
4. Mengaku Tuhan
5. Bangga Diri
6. Tamak
7. Haloba
8. Banyak Ketawa
9. Malas
10. Lalai

Dari sepuluh sifat yang buruk ini terbit


berbagai lagi sifat-sifat yang buruk seperti hasad
dengki, iri hati, bersangka buruk, putus asa dan
sebagainya.

Ada sebilangan Masyaikh yang


menganggap Nafs dan Qalb adalah sama kerana
pada penghujungnya mereka mendapati Nafs
Mutmainnah adalah jiwa yang tenang serta
menganggap jiwa letaknya pada hati. Mereka
menganggap tiada perbezaan antara kedua-
duanya.
Sebenarnya Qalb dan Nafs adalah dua
perkara yang berbeza tetapi memiliki
tanggungjawab yang sama iaitu untuk disucikan
dari segala sesuatu selain Allah dan menumpukan
ingatan terhadapNya serta menggunakan
kemampuan Qalb dan Nafs untuk Ma’rifat Allah
Ta’ala dan seterusnya sentiasa menghadapkannya
kepada Wajah Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kedua-
duanya merupakan dua pusat perhentian utama
yang mewakili Alam Amar dan Alam Khalaq. Qalb
adalah pusat perhentian bagi Alam Amar dan Nafs
adalah pusat perhentian bagi Alam Khalaq.

Seseorang Salik yang telah sempurna


menempuh Alam Amar bermakna dia telah berjaya
menempuh Daerah Wilayah Sughra yakni daerah
kewalian kecil dan merupakan Alam Bayangan
Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih, apabila seseorang Salik telah
sempurna menempuh Daerah Wilayah Sughra
maka bermulalah Fana yang sebenarnya dan Salik
akan terus menuju kepada Daerah Wilayah Kubra
yakni daerah kewalian yang besar.

Daerah Wilayah Kubra ini berada dalam


Bayangan Hadhrat Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasallam iaitu dalam menuruti Sunnah
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ianya merupakan
daerah kewalian Para Nabi dan terdapat tiga
setengah daerah di dalamnya iaitu Daerah Ula,
Daerah Tsaniah, Daerah Tsalisah dan setengah
Daerah Qaus.

Setelah Salik sempurna menjelajah daerah-


daerah ini pada Latifah Nafsnya dia akan
meneruskan perjalanan Ruhaniahnya merentasi
Daerah ‘Ulya iaitu daerah Para Malaikat yang
tinggi kedudukannya di sisi Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

Seterusnya Salik hendaklah menyucikan


Latifah Qalibiyahnya iaitu anasir yang empat
terdiri dari Tanah, Air, Api dan Angin. Pada
tingkatan ini seseorang Salik tidak lagi
memerlukan sebarang asbab luaran untuk
mencapai KehadiranZat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

7. ANGIN
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad
tubuh badan manusia. Angin sifatnya halus dan
tidak kelihatan. Angin yang besar dapat mengubah
keadaan sesuatu tempat dan ia boleh bergerak ke
mana-mana. Unsur Angin terdapat pada diri
manusia secara zahirnya dapat kita perhatikan
menerusi pernafasan keluar dan masuknya udara
melalui hidung dan mulut. Udara Oksigen yang
dihirup masuk ke dalam paru-paru akan diagih-
agihkan ke setiap bahagian tubuh badan.

Angin juga dapat kita rasakan melalui


dubur ketika telah sempurnanya penghadaman.
Sifat Angin pada manusia adalah halus kerana ia
menampilkan keinginan hawa nafsu yang tidak
terbatas dan kecenderungannya menuruti hawa
nafsu.

Adakalanya ia dizahirkan menerusi


kesedihan dan dukacita dan adakalanya terzahir
menerusi keinginannya untuk berpindah dari
suatu tempat ke suatu tempat sepertimana angin
yang bertiup dari suatu tempat ke suatu tempat.

8. API
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad
tubuh badan. Api merupakan suatu unsur yang
Allah Subhanahu Wa Ta’ala gunakan untuk
menjadikan Syaitan dan Syaitan adalah dari
golongan Jin dan mereka adalah dari Api.

Unsur Api juga Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan kepada manusia dan ini dapat dilihat
pada ciri-ciri zahirnya iaitu pembakaran makanan
di dalam perut bagi menghasilkan penghadaman,
panas badan dan demam.

Unsur Api yang Allah Subhanahu Wa Ta’ala


kurniakan adalah bersifat halus dan ada
terkandung sifat-sifat kesyaitanan dan Jin dalam
diri manusia seperti kemarahan, bangga diri,
bongkak dan takabbur.

9. AIR
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad
tubuh badan. Jasad sekelian manusia adalah dari
Air dan ciri-ciri air itu ada pada manusia seperti air
mata, air liur, air hingus, air peluh, air mani, air
najis dan darah.

Air sifatnya mengalir dan begitulah sifatnya


dalam masyarakat, bergerak ke sana dan ke mari
seperti air. Ada sifat air yang jernih dan ada yang
sifatnya seperti susu.

Manusia juga mudah menuruti hawa nafsu


yang jahat dan ada yang boleh menerima
perubahan dan mengubah masyarakat. Ia juga
bersifat pelupa dan cenderung kepada tidur.
10. TANAH
KEDUDUKANNYA adalah pada seluruh jasad
tubuh badan. Jasad jasmani Hadhrat Nabi Adam
‘Alaihissalam telah dijadikan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala daripada tanah. Begitulah
juga kepada sekelian anak cucu Hadhrat Nabi
Adam ‘Alaihissalam kesemuanya kembali
dikebumikan ke dalam tanah. Adapun sifat-sifat
Tanah itu ada dalam diri manusia seperti
kerendahan hati dan merendahkan diri,
kehormatan, ringkas dan mudah terbentuk.

Terdapat berbaga jenis sifat tanah iaitu ada


yang subur apabila menerima air hujan serta
menumbuhkan rumput, ada tanah yang keras dan
menakungkan air untuk manafaat makhluk yang
lain dan ada jenis tanah yang keras tidak
menakungkan air serta tidak menumbuhkan
rumput. Begitulah diibaratkan kepada orang yang
menerima limpahan ilmu dari Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, ada yang mendapat manafaat darinya
dan ada yang memanafaatkannya kepada orang
lain dan ada yang tidak memanafaatkannya untuk
dirinya mahupun kepada orang lain.

Sifat Tanah adalah mudah dibentukkan


kepada sebarang bentuk, bijaksana, berperingkat,
kejahilan, kejahatan, kegelapan dan kelemahan.
5. TUJUH LANGKAH
PENYUCIAN
PENYUCIAN kesemua Sepuluh Lataif Insan ini di
lakukan dalam 7 langkah atau peringkat.

1. Peringkat pertama penyucian Latifah Qalb.


2. Peringkat kedua penyucian Latifah Ruh.
3. Peringkat ketiga penyucian Latifah Sirr.
4. Peringkat keempat penyucian Latifah Khafi.
5. Peringkat kelima penyucian Latifah Akhfa.
6. Peringkat keenam penyucian Latifah Nafs.
7. Peringkat ketujuh adalah penyucian Latifah
Qalibiyah iaitu Empat Anasir merangkumi
Angin, Api, Air dan Tanah.

Penyucian Latifah pertama hingga keenam


adalah berzikir pada kedudukan masing-masing
seperti yang telah dijelaskan, manakala penyucian
Latifah yang ketujuh iaitu Latifah Qalibiyah
dengan berzikir pada setiap zarah, jisim dan
rambut pada seluruh bahagian tubuh badan kita
yang merangkumi kesemua Sepuluh Latifah.
6. DAERAH IMKAN

SELURUH Alam Maya Semesta Raya ini adalah


Alam Kabir dan berada dalam Daerah Imkan.
Daerah Imkan atau Daerah Mumkinat adalah
daerah keluasan yang mungkin bagi Alam Kabir
dan ianya terbahagi kepada dua bahagian, atas dan
bawah yang meliputi Alam Amar dan Alam
Khalaq. Separuh bahagian bawahnya adalah
bermula dari ‘Arash sehinggalah ke bawah tanah
dan separuh bahagian atasnya adalah bermula dari
atas ‘Arash sehinggalah seatas-atasnya. Alam
Amar adalah pada separuh bahagian atas Daerah
Imkan manakala Alam Khalaq pula adalah pada
separuh bahagian bawah Daerah Imkan (Rajah 1).
Khafi Akhfa Sirr

DAERAH IMKAN
DAERAH IMKAN

Ruh Qalb

ALAM AMAR
‘ARASH
ALAM KHALAQ

Angin Nafs Tanah

Api Air

Rajah 1

Pada tubuh setiap insan terdapat hubung


kaitan dengan Daerah Imkan yang terdiri dari
Alam Amar dan Alam Khalaq iaitu pada tubuh
Ruhani dan Jasmani. Alam Semesta jika dilihat
menerusi pandangan batin mata hati, tampil dalam
bentuk suatu bulatan.

Bulatan ini dinamakan sebagai Daerah


Imkan atau Daerah Mumkinat atau daerah yang
mungkin dan daerah ini dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Alam Amar dan Alam Khalaq. Di
tengah-tengah bulatan itu terdapat satu garis
melintang yang membahagikan bulatan itu kepada
satu bahagian berada di atas dan satu bahagian lagi
berada di bawah.

Garisan di tengah itu merupakan ‘Arash


Mu’alla yang merupakan pembahagi kepada Alam
Amar dan Alam Khalaq. Menurut Hadhrat
Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
Rahmatullah ‘alaih manusia adalah alam kecil.

Apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala


menjadikan manusia, Dia menggunakan kuasaNya
untuk menempatkan latifah-latifah Alam Amar ini
ke dalam dada manusia dan menjadikannya asyik
dengan takluk tubuh badan. Ini adalah kerana
Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingin menjadikan
manusia itu sempurna dan dilengkapkanNya
dengan Alam Amar dan Alam Khalaq.

Dengan ini manusia itu disebutkan sebagai


Alam Saghir yakni suatu alam kecil dari Alam
Kabir.
7. ALAM KABIR DAN
ALAM SAGHIR
MANUSIA merupakan biasan dalam bentuk kecil
bagi kejadian Alam Maya Semesta Raya [Kosmos]
ini atau disebutkan sebagai Alam Kabir
[Makrokosmos] yang bermakna alam besar.
Sebagai biasan, manusia adalah Alam Saghir
[Mikrokosmos] yang bermakna alam kecil. Segala
apa yang wujud di alam yang kecil juga adalah
wujud di alam yang besar. Namun demikian,
setiap apa yang ada di alam besar tidak
kesemuanya berada di alam kecil. Menerusi alam
kecil, dapat dilihat apa yang ada di alam besar
sana.

Walaubagaimanapun, tidak semua manusia


yang dapat melihat alam besar menerusi alam kecil
dirinya. Di dalam diri manusia itu mengandungi
suatu daya tenaga yang jika ianya dibuka maka
akan membolehkannya melihat Alam Maya
Semesta Raya kerana dia merupakan Alam Saghir
dan menjadi cermin kepada Alam Kabir di dalam
dirinya. Pada dasarnya, Alam Kabir ini adalah
terlalu besar dan luas sehingga tiada siapa pun
yang dapat menyatakan betapa besarkah kadar
keluasannya. Para Masyaikh mentafsirkannya
sebagai Daerah Imkan yang bererti suatu daerah
keluasan yang mungkin baginya. Daerah Imkan
Alam Kabir ini terbahagi kepada dua bahagian
iaitu Alam Amar dan Alam Khalaq. Perbandingan
antara kedua-dua Alam Kabir dan Alam Saghir
dapat dilihat dalam Rajah 2, yang mana di Alam
Kabir, ‘Arash Mu’alla menjadi sebagai pengantara
manakala di Alam Saghir pula, Hati menjadi
sebagai pengantara. Kerana itulah ada mafhum
sebuah Hadits yang menyatakan bahawa,
“Allah Ta’ala itu berada dalam hati orang-orang
beriman.”

Menurut Para Masyaikh Naqshbandiyah,


hati manusia adalah merupakan biasan kepada
Hati Ruhaniah Hakikat Muhammadiyah. Hati
Ruhaniah ini mempamerkan Lautan Kekuasaan
atau disebutkan sebagai Bahrul Qudrah, yang
merupakan tempat asal usul segala ciptaan. Lautan
Kekuasaan Bahrul Qudrah ini berada di Alam
Kabir dalam Alam Maya Semesta Raya. Daerah
Imkan. Barangsiapa yang mampu mencapai
pengetahuan tentang hati akan berkemampuan
untuk memahami kebenaran Hakikat Kenabian
Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hakikat Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam berada di dalam Lautan Kekuasaan
Bahrul Qudrah ini. Hati yang banyak berzikir akan
menghasilkan limpahan Faidhz dan ianya akan
turut mengalir di dalam saluran darah di dalam
tubuh badan dan mengisikan tubuh badan dengan
limpahan Faidhz tersebut.
Menurut Hadhrat Mujaddid Alf Tsani
Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi Rahmatullah ‘alaih,
apabila kelima-lima lataif Alam Amar telah
disucikan dengan sempurna, lataif Alam Khalaq
juga dengan sendirinya akan disucikan, kemudian
dia akan memahami hakikat Daerah Imkan. Untuk
mencapai maqam ini, seseorang itu perlulah
mancapai Fana Fi Syeikh. Ini akan mengangkat
hijabnya terhadap kefahaman tentang Daerah
Imkan.

Kebanyakan Salik berhenti pada tahap ini


dengan memikirkan bahawa mereka telah pun
sampai ke destinasi tujuan mereka sedangkan
mereka sepatutnya terus bergerak melewati
bulatan Daerah Imkan dengan meneroka Alam
Amar dan seterusnya menempuh Wilayat Sughra,
Wilayat Kubra dan Wilayat ‘Ulya. Seseorang Murid
tidak akan sama sekali dapat menempuh Wilayat-
Wilayat ini tanpa bimbingaan Syeikh dan Para
Masyaikh. Untuk ini seseorang Salik itu perlu
mencapai Fana Fi Rasul. Kemudian barulah dirinya
akan dapat merasakan pencapaian Fana Fillah.

Untuk memahami hubung kaitan antara


Alam Kabir dan Alam Saghir, Daerah Imkan dan
Lautan Kekuasaan Bahrul Qudrah, perhatikan
kepada Rajah 2 yang berikut:
Alam Maya Semesta Raya [Kosmos]

Alam Kabir [Alam Besar – Makrokosmos]

Alam Amar [Alam Kekal]

Qalb - Alam Malakut [Malaikat]


Ruh - Alam Jabarut [Roh]
Sir - Alam Lahut [Bayangan Sifat Allah]
Khafi - Alam Bahut [Sifat-Sifat Allah]
Akhfa - Alam Hahut [Zat Allah]

LAUTAN KEKUASAAN BAHRUL QUDRAH


DAERAH MUMKINAT – DAERAH IMKAN

‘Arasy Mu’alla

Alam Khalaq [Alam Tidak Kekal]

Nafs
Angin
Api
Air
Tanah

Alam Saghir [Alam Kecil – Mikrokosmos]

Ruhani

Siddiqin
Kewalian
Kenabian
Ulul ‘Azmi
Ahmad

Hati

Jasmani

Merasa
Menghidu
Menyentuh
Melihat
Mendengar

Rajah 2
8. ALAM AMAR DAN
ALAM KHALAQ
ALAM Amar adalah suatu alam kekal yang mana
hanya dengan perintah “Kun” yang bermakna
“Jadilah” maka ianya akan terjadi. Ini merujuk
kepada saat penciptaan langit dan bumi yang mana
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakannya
dengan perintah “Kun” ini. Alam Amar ini berada
di luar batas masa dan ruang tempat. Alam Amar
berada di dalam Daerah Imkan pada kedudukan di
atas ‘Arash.

Alam Amar mengandungi Qalb, Ruh, Sirr,


Khafi dan Akhfa. Alam Amar adalah alam di mana
tersembunyinya segala rahsia hakikat ketuhanan.
Di sana tersembunyinya segala bayangan
kebenaran yang berkaitan dengan Zat dan Sifat-
Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara
ringkasnya Alam Amar adalah merujuk kepada
tubuh Ruhani manusia. Kedudukannya pada
badan manusia adalah di bahagian dada seperti
yang dijelaskan dalam Lima Lataif Alam Amar.

Menurut Imam Razi Rahmatullah ‘alaih,


Ruh manusia berasal dari Alam Amar manakala
jasad manusia adalah berasal dari Alam Khalaq.
Menurut Imam Ghazali Rahmatullah ‘alaih,
kewujudan Alam Amar adalah di luar batas
pencapaian, menerusi pengalaman dan khayalan.
Ianya tidak mempunyai sempadan dan tidak dapat
disukat dengan masa dan ruang.

Al-Quran menyebut bahawa Allah


Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan segala sesuatu
hanya dengan satu kalimah iaitu “Kun” yang
bererti “Jadilah”. Ianya merupakan suatu kalimah
amar yang bermakna suruhan. Apabila Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menghendaki sesuatu
urusan itu terjadi, maka Dia hanya cuma menyebut
“Kun” maka perkara itu pun akan terjadi.

Allah berfirman di dalam Al-Quran pada


Surah Al-Baqarah ayat 117 yang bermaksud,

ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #Xö∆r& #|Ós% #sŒÎ)uρ ( ÇÚö‘F{$#uρ ÅV≡uθ≈yϑ¡¡9$# ßìƒÏ‰t/

∩⊇⊇∠∪ ãβθä3uŠsù ä. …ã&s!


Yang Menciptakan langit-langit dan bumi, dan
bila Dia bekehendak untuk menciptakan sesuatu
urusan (Amar), maka Dia hanya katakan
kepadanya: Jadilah! Lalu jadilah ia.

Allah juga berfirman menerusi Surah Ali


Imran pada hujung ayat ke 47 yang bermaksud,
tΑ$s% ( ×|³o0 Í_ó¡|¡ôϑtƒ óΟs9uρ Ó$s!uρ ’Í< ãβθä3tƒ 4’¯Τr& Éb>u‘ ôMs9$s%

ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\øΒr& #|Ós% 4#sŒÎ) â!$t±o„ $tΒ ß,è=÷‚tƒ ª!$# Å7Ï9≡x‹Ÿ2

∩⊆∠∪ ãβθä3u‹sù ä. …çµs9


Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin
aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah
disentuh oleh seorang laki-laki pun." Allah
berfirman: Demikianlah Allah menciptakan apa
yang dikehendakiNya. Apabila Allah berkehendak
menetapkan sesuatu urusan (Amar), maka Allah
hanya cukup berkata kapadanya: Jadilah! Lalu
jadilah ia.

Di dalam surah An-Nahl, Allah Subhanahu


Wa Ta’ala menyatakan dalam ayatnya yang ke 40
yang bermaksud,

∩⊆⊃∪ ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 tΑθà)¯Ρ βr& çµ≈tΡ÷Šu‘r& !#sŒÎ) >óy´Ï9 $uΖä9öθs% $yϑ¯ΡÎ)
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu
apabila Kami menghendakinya, Kami hanya
mengatakan kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala


berfirman di dalam Surah Maryam pada ayat 35
yang bermaksud,
#\øΒr& #|Ós% #sŒÎ) 4 ÿ…çµoΨ≈ysö7ß™ ( 7$s!uρ ÏΒ x‹Ï‚−Gtƒ βr& ¬! tβ%x. $tΒ

∩⊂∈∪ ãβθä3u‹sù ä. …çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù


Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha
Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu
urusan (Amar), maka Dia hanya berkata
kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Allah menjelaskan lagi di dalam Al-Quran


menerusi Surah Yasin pada ayatNya yang ke 82
yang bermaksud,

∩∇⊄∪ ãβθä3uŠsù ä. …çµs9 tΑθà)tƒ βr& $º↔ø‹x© yŠ#u‘r& !#sŒÎ) ÿ…çνãøΒr& !$yϑ¯ΡÎ)
Sesungguhnya (Amar) perintahNya apabila Dia
menghendaki sesuatu henyalah berkata
kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.

Di dalam Surah Al-Mukmin pada ayat 68,


Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman yang
bermaksud,

…çµs9 ãΑθà)tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù #\øΒr& #|Ós% #sŒÎ*sù ( àM‹Ïϑãƒuρ Ç‘øtä† “Ï%©!$# uθèδ

∩∉∇∪ ãβθä3uŠsù ä.


Dialah yang menghidupkan dan mematikan, maka
apabila Dia menetapkan sesuatu urusan (Amar),
Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah! Maka
jadilah ia.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala


menghubungkan AmarNya dengan Ruh
sepertimana yang dinyatakannya di dalam Al-
Quran pada Surah Al-Isra ayat 85,

ΟçF?Ï?ρé& !$tΒuρ ’În1u‘ ÌøΒr& ôÏΒ ßyρ”9$# È≅è% ( Çyρ”9$# Çtã štΡθè=t↔ó¡o„uρ

∩∇∈∪ WξŠÎ=s% ωÎ) ÉΟù=Ïèø9$# zÏiΒ


Dan mereka bertanya kepadamu tentang Ruh;
Katakanlah: Ruh itu adalah dari urusan (Amar)
Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan
melainkan sedikit.

Di dalam Surah An-Nahl ayat 2 Allah


Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,

ôÏΒ â!$t±o„ tΒ 4’n?tã ÍνÌøΒr& ôÏΒ Çyρ”9$$Î/ sπs3Íׯ≈n=yϑø9$# ãΑÍi”t∴ãƒ

∩⊄∪ Èβθà)¨?$$sù O$tΡr& HωÎ) tµ≈s9Î) Iω …絯Ρr& (#ÿρâ‘É‹Ρr& ÷βr& ÿÍνÏŠ$t6Ïã


Dia menurunkan Para Malaikat dengan membawa
Ruh (wahyu) dari AmarNya (perintahNya) kepada
siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-
hambaNya iaitu peringatkanlah olehmu sekelian
bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku,
maka hendaklah kamu bertaqwa kepadaKu.
Begitu juga dalam Surah Al-Mukmin pada
ayat yang ke 15 yang maksudnya seperti berikut,

tΒ 4’n?tã ÍνÌøΒr& ôÏΒ yyρ”9$# ’Å+ù=ムĸöyèø9$# ρèŒ ÏM≈y_u‘¤$!$# ßì‹Ïùu‘

∩⊇∈∪ É−Ÿξ−G9$# tΠöθtƒ u‘É‹Ψã‹Ï9 ÍνÏŠ$t7Ïã ôÏΒ â!$t±o„


Yang Maha Tinggi DarjatNya, Yang memiliki
‘Arash, Yang mengutuskan Ruh dari Amar
urusanNya kepada siapa yang dikehendakiNya
supaya Dia memperingatkan manusia tentang
pertemuan Hari Qiyamat.

Sebilangan Mufassirin mengertikan Ruh di


dalam ayat di atas sebagai Hadhrat Jibril
‘Alaihissalam. Seterusnya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman di dalam surah Asy-Syura pada
ayatNya yang ke 52 bermaksud,

$tΒ “Í‘ô‰s? |MΖä. $tΒ 4 $tΡÌøΒr& ôÏiΒ %[nρâ‘ y7ø‹s9Î) !$uΖø‹ym÷ρr& y7Ï9≡x‹x.uρ

tΒ ϵÎ/ “ωöκ¨Ξ #Y‘θçΡ çµ≈oΨù=yèy_ Å3≈s9uρ ß≈yϑƒM}$# Ÿωuρ Ü=≈tGÅ3ø9$#

∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9 y7¯ΡÎ)uρ 4 $tΡÏŠ$t6Ïã ôÏΒ â!$t±®Σ


Dan demikianlah Kami telah wahyukan kepadamu
Ruh dari Amar urusan Kami, sebelumnya kamu
tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran)
dan tidak pula mengetahui apakah Iman itu?
Tetapi Kami menjadikan Al-Quran itu cahaya
yang Kami tunjuki denganNya siapa yang Kami
kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan
sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk
kepada jalan yang lurus.

Dalam keempat-empat ayat di atas dapatlah


kita sebuah kesimpulan bahawa terdapat hubung
kait di antara kalimah Ruh dan kalimah Amar.
Perkataan Ruh digunakan berulang-ulang kali
dengan kalimah yang berbeza seperti Ruh Al-
Qudus di dalam Surah Al-Baqarah ayat 87,

( È≅ß™”9$$Î/ Íνω÷èt/ .ÏΒ $uΖøŠ¤:s%uρ |=≈tGÅ3ø9$# y›θãΒ $oΨ÷?s?#u ô‰s)s9uρ

3 Ĩ߉à)ø9$# ÇyρãÎ/ çµ≈tΡô‰−ƒr&uρ ÏM≈oΨÉi?t6ø9$# zΝtƒós∆ tø⌠$# |¤ŠÏã $oΨ÷?s?#uuρ

÷Λän÷y9õ3tFó™$# ãΝä3Ý¡à:Ρr& #“uθöκsE Ÿω $yϑÎ/ 7Αθß™u‘ öΝä.u!%y` $yϑ¯=ä3sùr&

∩∇∠∪ šχθè=çGø)s? $Z)ƒÌsùuρ ÷Λäö/¤‹x. $Z)ƒÌx:sù


Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al-
Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah
menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan
Rasul-Rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti
kebenaran (mukjizat) kepada 'Isa Putera Maryam
dan Kami memperkuatnya dengan Ruhul Qudus.
Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul
membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai
dengan keinginanmu lalu kamu menyombong;
Maka beberapa orang (di antara mereka) kamu
dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu
bunuh?

Dalam ayat 253 yang merujuk kepada


Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam yang mana
kejadiannya adalah luar biasa, tanpa bapa.
Maksudnya, kejadian Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam adalah kejadian yang luar biasa,
tanpa bapak, Yaitu dengan tiupan Ruhul Qudus
oleh Jibril kepada diri Maryam. Ini termasuk
mukjizat Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam menurut
jumhur Musafirin, bahwa Ruhul Qudus itu ialah
Malaikat Jibril. Hanya dengan tiupan Ruh Al-
Qudus dari Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam kepada
Maryam ‘Alaihissalam, firmanNya yang
bermaksud,

ª!$# zΝ¯=x. ¨Β Νßγ÷ΨÏiΒ ¢ <Ù÷èt/ 4’n?tã öΝßγŸÒ÷èt/ $oΨù=Òsù ã≅ß™”9$# y7ù=Ï?

zΟtƒötΒ tø⌠$# |¤ŠÏã $oΨ÷?s?#uuρ 4 ;M≈y_u‘yŠ óΟßγŸÒ÷èt/ yìsùu‘uρ (

Ÿ≅tGtGø%$# $tΒ ª!$# u!$x© öθs9uρ 3 Ĩ߉à)ø9$# ÇyρãÎ/ çµ≈tΡô‰−ƒr&uρ ÏM≈uΖÉi?t7ø9$#

ÇÅ3≈s9uρ àM≈oΨÉi?t6ø9$# ÞΟßγø?u!%y` $tΒ Ï‰÷èt/ .ÏiΒ ΝÏδω÷èt/ .ÏΒ tÏ%©!$#

$tΒ ª!$# u!$x© öθs9uρ 4 tx:x. ¨Β Νåκ÷]ÏΒuρ ztΒ#u ô¨Β Νåκ÷]Ïϑsù (#θà:n=tG÷z$#

∩⊄∈⊂∪ ߉ƒÌム$tΒ ã≅yèø:tƒ ©!$# £Å3≈s9uρ (#θè=tGtGø%$#


Rasul-Rasul itu Kami lebihkan sebagian (dari)
mereka atas sebagian yang lain. di antara mereka
ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan
dia) dan sebagiannya Allah meninggikannya
beberapa derajat. dan Kami berikan kepada Isa
putera Maryam beberapa mukjizat serta Kami
perkuat Dia dengan Ruhul Qudus, dan kalau Allah
menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan
orang-orang (yang datang) sesudah Rasul-rasul
itu, sesudah datang kepada mereka beberapa
macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih,
Maka ada di antara mereka yang beriman dan ada
(pula) di antara mereka yang kafir. seandainya
Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-
bunuhan. akan tetapi Allah berbuat apa yang
dikehendaki-Nya.

Kejadian Hadhrat Nabi ‘Isa ‘Alaihimussalam


adalah kejadian yang luar biasa, tanpa bapak, Yaitu
dengan tiupan Ruhul Qudus oleh Jibril kepada diri
Maryam. ini Termasuk mukjizat Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihimussalam menurut jumhur musafirin,
bahwa Ruhul Qudus itu ialah Malaikat Jibril.
Menurut sejumlah besar Para Mufassirin, Ruh Al-
Qudus adalah merujuk kepada malaikat Jibril
‘Alaihissalam. Dalam ayat ke 110 Surah Al-Maidah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyatakan bahawa
Dia telah memperkuatkan Hadhrat Nabi ‘Isa
‘Alaihissalam dengan Ruh Al-Qudus.
4’n?tãuρ y7ø‹n=tã ÉLyϑ÷èÏΡ öà2øŒ$# zΝtƒóBtΒ tø⌠$# |¤ŠÏè≈tƒ ª!$# tΑ$s% øŒÎ)

’Îû }¨$¨Ψ9$# ÞΟÏk=s3è? Ĩ߉à)ø9$# ÇyρãÎ/ š›?‰−ƒr& øŒÎ) y7Ï?t$Î!≡uρ

sπyϑõ3Ïtø:$#uρ |=≈tFÅ6ø9$# šçFôϑ¯=tæ øŒÎ)uρ ( WξôγŸ2uρ ωôγyϑø9$#

ÎöV©Ü9$# Ïπt↔øŠyγx. ÈÏeÜ9$# zÏΒ ß,è=øƒrB øŒÎ)uρ ( Ÿ≅‹ÅgΥM}$#uρ sπ1u‘öθ−G9$#uρ

tµyϑò2F{$# ä—Îö9è?uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ #MöVsÛ ãβθä3tFsù $pκÏù ã‡à:ΖtFsù ’ÎΤøŒÎ*Î/

øŒÎ)uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ 4’tAöθyϑø9$# ßlÌøƒéB øŒÎ)uρ ( ’ÎΤøŒÎ*Î/ š⇑tö/F{$#uρ

ÏM≈uΖÉi?t7ø9$$Î/ ΟßγtGø⁄Å_ øŒÎ) šΖtã Ÿ≅ƒÏℜuó Î) ûÍ_t/ àMø:x:Ÿ2

∩⊇⊇⊃∪ ÑÎ7•Β ÖósÅ™ ωÎ) !#x‹≈yδ ÷βÎ) öΝåκ÷]ÏΒ (#ρãx:x. tÏ%©!$# tΑ$s)sù
Ingatlah ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra
Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan
kepada ibumu di waktu aku menguatkan kamu
dengan Ruhul qudus. kamu dapat berbicara dengan
manusia di waktu masih dalam buaian dan
sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu aku
mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil,
dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari
tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan
ijin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu
bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya)
dengan seizin-Ku. dan (ingatlah) di waktu kamu
menyembuhkan orang yang buta sejak dalam
kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak
dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu
mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi
hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu
aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan
mereka membunuh kamu) di kala kamu
mengemukakan kepada mereka keterangan-
keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir
diantara mereka berkata: "Ini tidak lain
melainkan sihir yang nyata".

Dan dalam Surah An-Nahl ayat 102 Allah


Subhanahu Wa Ta’ala berfirman bahawa Ruh Al-
Qudus telah menurunkan Al-Quran itu dari Tuhan
dengan kebenaran,

šÏ%©!$# |MÎm7s[ã‹Ï9 Èd,ptø:$$Î/ šÎi/¢‘ ÏΒ Ä¨ß‰à)ø9$# ßyρâ‘ …çµs9¨“tΡ ö≅è%

∩⊇⊃⊄∪ tÏϑÎ=ó¡ßϑù=Ï9 2”tô±ç0uρ “Y‰èδuρ (#θãΖtΒ#u


Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al
Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk
meneguhkan (hati) orang-orang yang telah
beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar
gembira bagi orang-orang yang berserah diri
(kepada Allah)".

Dalam kesemua ayat-ayat ini Ruh Al-Qudus


merujuk kepada Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam.
Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam juga disebut sebagai
Ruh Al-Amin di dalam Surah Asy-Syu’ara pada
ayat 193,

∩⊇⊂∪ ßÏΒF{$# ßyρ”9$# ϵÎ/ tΑt“tΡ


Nazala bihir Ruhul Amin
Nazala bihi Ar-Ruh Al-Amin, yakni Al-Quran itu
telah dibawa turun oleh Ruh Al-Amin Hadhrat
Jibril ‘Alaihissalam. Dinamakan Alam Amar kerana
di sanalah segala urusan dan suruhan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala bermula. Alam Amar
merupakan alam di mana sekelian Ruh diciptakan.

Seterusnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala


berfirman tentang AmarNya dalam Surah Al-A’raf
pada hujung ayat ke 54,

Ïπ−GÅ™ ’Îû uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{ “Ï%©!$# ª!$# ãΝä3−/u‘ KχÎ)

…çµç7è=ôÜtƒ u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅ø‹©9$# Å´øóムĸóyêø9$# ’n?tã 3“uθtGó™$# §ΝèO 5Θ$−ƒr&

Ÿωr& 3 ÿÍνÍö∆r'Î/ ¤N≡t¤‚|¡ãΒ tΠθàf‘Ζ9$#uρ tyϑs)ø9$#uρ }§ôϑ¤±9$#uρ $ZW?ÏWym

∩∈⊆∪ tÏΗs>≈yèø9$# N>u‘ ª!$# x8u‘$t6s? 3 âö∆F{$#uρ ß,ù=sƒø:$# ã&s!


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
lalu Dia bersemayam di atas 'Arash. Dia
menutupkan malam kepada siang yang
mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang
(masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya.
Ingatlah! BagiNyalah Alam Khalaq dan Alam
Amar, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara
Sekelian Alam.

Bersemayam di atas 'Arash ialah satu sifat


Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan
kebesaran Allah dsan kesucianNya. Sesungguhnya,
setelah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menyempurnakan penciptaan langit-langit dan
bumi dalam enam peringkat masa lalu Dia
bersemayam di atas ‘Arash. Di atas ‘Arash adalah
Alam Amar di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menguruskan segala urusan makhluk-makhluk
ciptaanNya. Dia yang menguruskan kejadian siang
dan malam dengan menutup malam kepada siang
dan menjadikan hari berlalu semakin cepat. Dia
juga telah menciptakan matahari, bulan dan
bintang-bintang dan kesemuanya tunduk patuh
melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wa
Ta’ala yang datang dari Alam Amar. Sedangkan
matahari, bulan, bintang-bintang dan segala
makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang
berada di bawah ‘Arasy adalah dalam lingkungan
Alam Khalaq. Allah Maha Berkuasa untuk
memelihara kedua-dua alam tersebut dan Dia
adalah Tuhan Yang Maha Pemelihara ke atas
sekelian alam ciptaanNya. Alam Amar adalah
suatu alam yang teramat luas dan pada setiap
Ummat Muhammadiyah telah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala kurniakan talian perhubungan yang
sangat halus di dalam diri mereka dengan alam-
alam yang terdapat di dalam Alam Amar iaitu
pada kedudukan Lataif.

Menurut Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid


Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sarhindi
Rahmatullah ‘alaih, terdapat lima alam di dalam
Alam Amar yang merupakan asal usul kesemua
Lataif. Latifah Qalb berasal dari Alam Malakut,
Latifah Ruh berasal dari Alam Arwah atau Jabarut,
Latifah Sirr berasal dari Alam Lahut, Latifah Khafi
berasal dari Alam Bahut dan Latifah Akhfa berasal
dari Alam Hahut.

Alam Malakut adalah Alam Para Malaikat


dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Adam
‘Alaihissalam dan cahaya nurnya adalah Kuning.
Alam Arwah atau Jabarut adalah Alam Para Roh
dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Nuh dan
Hadhrat Nabi Ibrahim ‘Alaihimassalam dan cahaya
nurnya adalah Merah. Alam Lahut adalah Alam
Bayangan Sifat-Sifat Allah dan berada dalam
wilayah Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan
cahaya nurnya Putih berkilau. Alam Bahut adalah
Alam Sifat-Sifat Allah dan merupakan alam yang
tersembunyi dan berada dalam wilayah Hadhrat
Nabi Isa ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya adalah
Hitam. Alam Hahut pula adalah Alam Hadhrat Zat
Yang Suci dan merupakan alam yang lebih
tersembunyi. Cahaya nurnya adalah Hijau dan
alam ini berada dalam wilayah Hadhrat Baginda
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Alam Khalaq adalah alam makhluk yang


diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
tidak kekal yang mana kejadiannya berlaku secara
berperingkat-peringkat. Ia dicipta dalam enam
tempoh masa dan berada dalam batas masa dan
ruang tempat. Ia juga mengandungi siang dan
malam, kelahiran dan kematian. Alam Khalaq
berada di dalam Daerah Imkan pada kedudukan di
bawah ‘Arash Mu‘alla.

Alam Khalaq mengandungi Nafs dan Empat


Anasir iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Secara
ringkasnya Alam Khalaq adalah merujuk kepada
tubuh Jasmani manusia. Kedudukannya pada
badan manusia adalah pada seluruh jasad. Tubuh
badan Jasmani manusia mengandungi keempat-
empat unsur ini dan ditemukan dengan Nafs atau
‘Aqal bagi membentuk Alam Khalaq.

Alam Khalaq adalah alam makhluk yang


diciptakan dan ia merangkumi ‘Aqal, Tanah, Air,
Api dan Angin. Jasad tubuh badan insan adalah
terbina di Alam Khalaq menerusi proses yang
berlaku secara berperingkat-peringkat kerana Alam
Khalaq bukanlah sepertimana Alam Amar yang
mana dengan satu ucapan kalimah dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala ianya akan terus terjadi,
sebaliknya Alam Khalaq merupakan suatu alam
yang mana segala kejadiannya adalah dengan
Tadrij yakni menerusi peringkat evolusi kejadian
masing-masing. Allah Subhanahu Wa Ta’ala
berfirman tentang AlamNya pada awal Surah Al-
Fatihah,

∩⊄∪ šÏϑn=≈yèø9$# Å_Uu‘ ¬! ߉ôϑysø9$#


Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pemelihara Sekelian
Alam.

Alhamdu (segala puji), memuji orang adalah


karena perbuatannya yang baik yang
dikerjakannya dengan kemauan sendiri. Maka
memuji Allah berrati: menyanjung-Nya karena
perbuatannya yang baik. lain halnya dengan
syukur yang berarti: mengakui keutamaan
seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. kita
menghadapkan segala puji bagi Allah ialah kerana
Allah adalah sumber dari segala kebaikan yang
patut dipuji. Rabb (Tuhan) bererti, Tuhan yang
ditaati yang Memiliki, mendidik dan Memelihara.
Lafaz Rabb tidak dapat dipakai selain untuk
Tuhan, kecuali kalau ada sambungannya, seperti
rabbul bait (tuan rumah). 'Alamiin (semesta alam):
semua yang diciptakan Tuhan yang terdiri dari
berbagai jenis dan macam, seperti: alam manusia,
alam hewan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-
benda mati dan sebagainya. Allah adalah Pencipta
semua alam-alam itu.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


tentang Alam Khalaq dalam Surah Al-A’raf pada
hujung ayat ke 54,

Ïπ−GÅ™ ’Îû uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# t,n=y{ “Ï%©!$# ª!$# ãΝä3−/u‘ KχÎ)

…çµç7è=ôÜtƒ u‘$pκ¨]9$# Ÿ≅ø‹©9$# Å´øóムĸóyêø9$# ’n?tã 3“uθtGó™$# §ΝèO 5Θ$−ƒr&

Ÿωr& 3 ÿÍνÍö∆r'Î/ ¤N≡t¤‚|¡ãΒ tΠθàf‘Ζ9$#uρ tyϑs)ø9$#uρ }§ôϑ¤±9$#uρ $ZW?ÏWym

∩∈⊆∪ tÏΗs>≈yèø9$# N>u‘ ª!$# x8u‘$t6s? 3 âö∆F{$#uρ ß,ù=sƒø:$# ã&s!


Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
lalu Dia bersemayam di atas 'Arash. Dia
menutupkan malam kepada siang yang
mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya
pula) matahari, bulan dan bintang-bintang
(masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya.
Ingatlah! BagiNyalah Alam Khalaq dan Alam
Amar, Maha Suci Allah Tuhan Pemelihara
Sekelian Alam.

Bersemayam di atas ‘Arash ialah satu sifat


Allah yang wajib kita imani, sesuai dengan
kebesaran Allah dsan kesucian-Nya. Para
Masyaikh mengatakan bahawa terdapat 18,000
Alam yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
ciptakan. Ada sebahagian mengatakan 30,000 dan
ada yang mengatakan 10,000. Dan sesungguhnya
ilmu tentang sekelian Alam ini ada di sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Para ‘Ulama telah
membahagikan Alam tersebut kepada tiga
bahagian iaitu:

1. ALAM AJSAD - Alam Jasmani yang


bersifat memiliki tubuh badan.

2. ALAM ARWAH - Alam Ruh yang


merangkumi sekelian Ruh dan Arwah.

3. ALAM MITSAL - Alam Penzahiran yang


ada di antara Alam Arwah dan Alam Ajsad.

Alam Mitsal bukanlah suatu alam yang


wujud secara Zahir, bahkan ianya adalah suatu
alam yang wujud secara Tajalli yakni secara
penzahiran. Setiap kewujudan yang ada di Alam
Ajsad dan Alam Arwah terdapat penzahiran
baginya di Alam Mitsal.

Alam Arwah adalah suatu alam yang berada


di luar lingkungan langit yang ke sembilan iaitu
‘Arash. Ianya tidak terbina dengan sesuatu yang
bersifat kebendaan. Alam Arwah juga dikenali
sebagai Alam Amar.

Alam Ajsad adalah suatu alam yang


kewujudannya bersifat kebendaan. Ianya juga
dikenali sebagai Alam Khalaq. Alam ini seterusnya
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Manusia dan
Alam. Manusia dikenali sebagi Alam Saghir dan
segala sesuatu yang wujud selain dari manusia di
alam ini dikenali sebagai Alam Kabir. Setiap segala
sesuatu yang wujud di Alam Kabir ada terdapat
sesuatu yang persamaannya di Alam Saghir yakni
pada tubuh badan diri manusia.

Qalb sebagai hati Ruhani bagi manusia


adalah pintu pembukaan untuk menuju ke Alam
Malakut, Alam Ruh dan Jabarut. Pintu Ruhani ini
adalah tertutup pada hati orang-orang yang kafir
yang tidak mahu menerima Islam dan Iman, maka
kerana itulah mereka langsung tidak menyedari
tentang kewujudan Alam Ruh dan Arwah.
9. ZIKRULLAH

SESUNGGUHNYA Zikrullah adalah mengingati


Zat Allah dan ia adalah suatu amalan ibadah yang
sangat besar darjatnya dan amat tinggi nilainya di
sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Zikrullah merupakan intipati bagi segala


amalan ibadah. Ia adalah suatu bentuk amalan
ibadah yang boleh dikerjakan tanpa batas dan had.
Solah yang tidak disertai dengan Zikrullah adalah
Solah yang lalai. Begitulah juga dalam setiap
amalan ibadah fardhu yang lain seperti Puasa,
Zakat dan Haji, sekiranya tidak disertai Zikrullah
ianya akan menjadi amalan ibadah yang lalai dan
kurang nilai pahalanya.
DALIL AL-QURAN
DI DALAM Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat
yang menyatakan dengan jelas dalil bagi amalan
zikir. Amalan zikir mempunyai kelebihan yang
banyak seperti yang telah dinyatakan oleh Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di
dalam Hadis. Jika hamba hendak menyatakan
kesemua ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis
Nabawiyah, adalah terlalu banyak dan diluar batas
kemampuan hamba untuk melakukannya. Namun
sebahagian darinya dapatlah hamba nyatakan
sebagai dalil dan hujah untuk menguatkan
keyakinan kita dengan amalan Zikrullah.

Andaikata jika tiada dalil sekalipun,


ketahuilah bahawa sesungguhnya mengingati Zat
Tuhan yang menguasai seluruh alam dan diri kita
adalah suatu amalan mulia yang tidak dapat
sesiapa pun menafikannya. Adapun antara
kandungan ayat-ayat Al-Quran berkenaan
Zikrullah:

∩⊇∈⊄∪ Èβρãà:õ3s? Ÿωuρ ’Í< (#ρãà6ô©$#uρ öΝä.öä.øŒr& þ’ÎΤρãä.øŒ$$sù


1. Fazkuruni Azkurkum Washkuruli Wala
Takfurun.
Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku
ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu
kepadaKu dan janganlah kamu mengingkariKu.
[Al-Baqarah : 152]

∩⊆⊇∪ Ì≈x6ö/M}$#uρ ÄcÅ´yèø9$$Î/ ôxÎm7y™uρ #ZVÏWŸ2 y7−/§‘ ä.øŒ$#uρ


2. Wazkur Rabbaka Katsiranw Wasabbih Bil
‘Ashiyyi Wal Ibkar.

Dan berzikirlah mengingati Tuhanmu sebanyak-


banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan
pagi hari." [Ali Imran : 41]

öΝÎγÎ/θãΖã_ 4’n?tãuρ #YŠθãèè%uρ $Vϑ≈uŠÏ% ©!$# tβρãä.õ‹tƒ tÏ%©!$#

|Mø)n=yz $tΒ $uΖ−/u‘ ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# È,ù=yz ’Îû tβρã¤6x:tGtƒuρ

∩⊇⊇∪ Í‘$¨Ζ9$# z>#x‹tã $oΨÉ)sù y7oΨ≈ysö6ß™ WξÏÜ≈t/ #x‹≈yδ


3. Allazina Yazkurunallaha Qiyamanw
Waqu’udanw Wa ‘Ala Junubihim
Wayatafakkaruna Fi Khalqis Samawati Wal Ardh,
Robbana Ma Khalaqta Haza Batila, Subhanaka
Faqina ‘Azabannar.

(Ulul Albab) iaitu orang-orang yang mengingati


Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam
keadaan berbaring dan mereka memikirkan
tentang penciptaan langit dan bumi, seraya berkata
Wahai Tuhan kami, tidak Engkau menciptakan ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa api neraka. [Ali Imran :
191]

4’n?tãuρ #YŠθãèè%uρ $Vϑ≈uŠÏ% ©!$# (#ρãà2øŒ$$sù nο4θn=¢Á9$# ÞΟçFøŠŸÒs% #sŒÎ*sù

nο4θn=¢Á9$# ¨βÎ) 4 nο4θn=¢Á9$# (#θßϑŠÏ%r'sù öΝçGΨtΡù'yϑôÛ$# #sŒÎ*sù 4 öΝà6Î/θãΖã_

∩⊇⊃⊂∪ $Y?θè%öθ¨Β $Y7≈tFÏ. šÏΖÏΒ÷σßϑø9$# ’n?tã ôMtΡ%x.

4. Fa Iza Qadhoitumus Solata Fazkurullaha


Qiyamanw Wa Qu’udanw Wa ‘Ala Junubikum.

Maka apabila kamu telah selesai mengerjakan solat


maka hendaklah kamu berzikir mengingati Allah
di waktu berdiri dan duduk dan di waktu kamu
berbaring, kemudian apabila kamu telah merasa
aman, Maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana
biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu
yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang
beriman. [An-Nisaa : 103]

zÏΒ Ìôγyfø9$# tβρߊuρ Zπx:‹Åzuρ %Yæ•|Øn@ šÅ¡ø:tΡ ’Îû š−/§‘ ä.øŒ$#uρ

∩⊄⊃∈∪ t,Î#Ï:≈tóø9$# zÏiΒ ä3s? Ÿωuρ ÉΑ$|¹Fψ$#uρ Íiρ߉äóø9$$Î/ ÉΑöθs)ø9$#


5. Wazkur Rabbaka Fi Nafsika Tadharru’anw
Wa Khifatanw Wa Dunal Jahri Minal Qauli Bil
Ghuduwwi Wal Asoli Wala Takum Minal
Ghafilin.

Dan berzikirlah nama Tuhanmu dalam hatimu


dengan merendahkan diri dan rasa takut serta
dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi
dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-
orang yang lalai. [Al-A’raf : 205]

#sŒÎ)uρ öΝåκæ5θè=è% ôMn=Å_uρ ª!$# tÏ.èŒ #sŒÎ) tÏ%©!$# šχθãΖÏΒ÷σßϑø9$# $yϑ¯ΡÎ)

tβθè=©.uθtGtƒ óΟÎγÎn/u‘ 4’n?tãuρ $YΖ≈yϑƒÎ) öΝåκøEyŠ#y— …çµçG≈tƒ#u öΝÍκön=tã ôMu‹Î=è?

∩⊄∪
6. Innamal Mukminunal Lazina Iza
Zukirallahu Wajilat Qulubuhum, Wa Iza Tuliyat
‘Alaihim Ayatuhu Zadathum Imananw Wa ‘Ala
Robbihim Yatawakkalun.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu


hanyalah mereka yang apabila disebut Allah
gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman
mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
[Al-Anfal : 2]
ö≅è% 3 ϵÎn/§‘ ÏiΒ ×πtƒ#u ϵø‹n=tã tΑÌ“Ρé& Iωöθs9 (#ρãx:x. tÏ%©!$# ãΑθà)tƒuρ

∩⊄∠∪ z>$tΡr& ôtΒ Ïµø‹s9Î) ü“ωöκu‰uρ â!$t±o„ tΒ ‘≅ÅÒム©!$# KχÎ)

«!$# Ìò2É‹Î/ Ÿωr& 3 «!$# Ìø.É‹Î/ Οßγç/θè=è% ’È⌡uΚôÜs?uρ (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$#

∩⊄∇∪ Ü>θè=à)ø9$# ’È⌡yϑôÜs?


7. Wa Yahdi Ilaihi Man Anab. Allazina
Amanu Wa Tatma Innu Qulubuhum Bizikrillah,
Ala Bizikrillahi Tatma Innul Qulub.

Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak


diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda
(mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah:
"Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia
kehendaki dan menunjuki orang-orang yang
bertaubat kepadaNya", (yaitu) orang-orang yang
beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. [Ar-
Ra’d : 27 – 28]
Íο4θn=¢Á9$# ÏΘ$s%Î)uρ «!$# Ìø.ÏŒ tã ììø‹t/ Ÿωuρ ×οt≈pgÏB öΝÍκÎγù=è? ω ×Α%y`Í‘

ÛUθè=à)ø9$# ϵŠÏù Ü=¯=s)tGs? $YΒöθtƒ tβθèù$sƒs†   Íο4θx.¨“9$# Ï!$tGƒÎ)uρ

∩⊂∠∪ ã≈|Áö/F{$#uρ
8. Rijalun La Tulhihim Tijaratunw Wala
Bai’un ‘An Zikrillah.

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan


tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah,
dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari)
membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu
hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi
goncang. [An-Nur : 37]

KχÎ) ( nο4θn=¢Á9$# ÉΟÏ%r&uρ É=≈tGÅ3ø9$# š∅ÏΒ y7ø‹s9Î) zÇrρé& !$tΒ ã≅ø?$#

«!$# ãø.Ï%s!uρ 3 Ìs3Ζßϑø9$#uρ Ï!$t±ósx:ø9$# Ç∅tã 4‘sS÷Ζs? nο4θn=¢Á9$#

∩⊆∈∪ tβθãèoΨóÁs? $tΒ ÞΟn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 çt9ò2r&


9. Walazikrullahi Akbar

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu,


iaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah Solat.
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar dan
sesungguhnya mengingat Allah (Solat) adalah
lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang
lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan. [Al-‘Ankabut : 45]

(#θã_ötƒ tβ%x. yϑÏj9 ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& «!$# ÉΑθß™u‘ ’Îû öΝä3s9 tβ%x. ô‰s)©9

∩⊄⊇∪ #ZVÏVx. ©!$# tx.sŒuρ tÅzFψ$# tΠöθu‹ø9$#uρ ©!$#


10. Laqod Kana Lakum Fi Rasulillahi Uswatun
Hasanatun Liman Kana Yarjullaha Walyaumil
Akhiri Wazakarallaha Katsira.

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tauladan yang baik
bagi kamu iaitu bagi orang-orang yang
mengharapkan Rahmat Allah dan keselamatan di
hari Akhirat dan berzikir kepada Allah sebanyak-
banyaknya. [Al-Ahzab : 21]

ÏM≈oΨÏΒ÷σßϑø9$#uρ šÏΖÏΒ÷σßϑø9$#uρ ÏM≈yϑÎ=ó¡ßϑø9$#uρ šÏϑÎ=ó¡ßϑø9$# ¨βÎ)

ÏM≈s%ω≈¢Á9$#uρ tÏ%ω≈¢Á9$#uρ ÏM≈tFÏΖ≈s)ø9$#uρ tÏGÏΖ≈s)ø9$#uρ

ÏM≈yèϱ≈y‚ø9$#uρ tÏèϱ≈y‚ø9$#uρ ÏN≡uÉ9≈¢Á9$#uρ tÎÉ9≈¢Á9$#uρ

ÏM≈yϑÍׯ≈¢Á9$#uρ tÏϑÍׯ≈¢Á9$#uρ ÏM≈s%Ïd‰|ÁtFßϑø9$#uρ tÏ%Ïd‰|ÁtFßϑø9$#uρ


©!$# šÌÅ2≡©%!$#uρ ÏM≈sàÏ:≈ysø9$#uρ öΝßγy_ρãèù šÏàÏ:≈ptø:$#uρ

$Vϑ‹Ïàtã #·ô_r&uρ ZοtÏ:øó¨Β Μçλm; ª!$# £‰tãr& ÏN≡tÅ2≡©%!$#uρ #ZVÏVx.

∩⊂∈∪
11. Wazzakirinallaha Wazzakirati A’addallahu
Lahum Maghfiratanw Wa Ajran ‘Azima.

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang


muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin,
laki-laki dan perempuan yang tetap dalam
ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar,
laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan
perempuan yang khusyuk, laki-laki dan
perempuan yang bersedekah, laki-laki dan
perempuan yang berpuasa, laki-laki dan
perempuan yang memelihara kehormatannya, Dan
laki-laki yang berzikir kepada Allah sebanyak-
banyaknya dan perempuan yang berzikir, Allah
telah menyediakan untuk mereka keampunan dan
pahala yang besar. [Al-Ahzab : 35]

çνθßsÎm7y™uρ ∩⊆⊇∪ #ZVÏVx. #[ø.ÏŒ ©!$# (#ρâè0øŒ$# (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩⊆⊄∪ ¸ξ‹Ï¹r&uρ Zοtõ3ç/


12. Ya Ayyuhallazina Amanu Uzkurullaha
Zikran Katsira. Wa Sabbihu Hu Bukratanw Wa
Asila.

Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah


kepada Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan
bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.
[Al-Ahzab : 41 – 42]

çµ÷ΖÏΒ ”Ïèt±ø)s? u’ÎΤ$sW¨Β $YγÎ6≈t±tF•Β $Y6≈tGÏ. Ï]ƒÏ‰ptø:$# z|¡ômr& tΑ¨“tΡ ª!$#

öΝßγç/θè=è%uρ öΝèδߊθè=ã_ ß,Î#s? §ΝèO öΝåκ®5u‘ šχöθt±øƒs† tÏ%©!$# ߊθè=ã_

tΒuρ 4 â!$t±o„ tΒ ϵÎ/ “ωöκu‰ «!$# “y‰èδ y7Ï9≡sŒ 4 «!$# Ìø.ÏŒ 4’n<Î)

∩⊄⊂∪ >Š$yδ ôÏΒ …çµs9 $yϑsù ª!$# È≅Î=ôÒãƒ


13. Allahu Nazzala Ahsanal Haditsi Kitabam
Mutasyabiham Matsaniya Taqsya’irru Minhu
Juludullazina Yakhsyauna Rabbahum, Tsumma
Talinu Juluduhum Wa Qulubuhum Ila Zikrillah,
Zalika Hudallahi Yahdi Bihi Man Yasyaa.

Allah telah menurunkan perkataan yang paling


baik (Al-Quran) yang serupa mutu ayatNya lagi
berulang-ulang, gementar kerananya badan orang-
orang yang takut kepad Tuhannya, kemudian
menjadi tenang badan dan hati mereka di waktu
mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, Dia
memimpin siapa yang dikehendakiNya, dan
Barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada
baginya seorang pemimpinpun. [Az-Zumar : 23]

…çµs9 uθßγsù $YΖ≈sÜø‹x© …çµs9 ôÙÍh‹s)çΡ Ç≈uΗ÷q§9$# Ìø.ÏŒ tã ß·÷ètƒ tΒuρ

∩⊂∉∪ ÖƒÌs%
14. Waman Ya’syu ‘An Zikrir Rahmani
Nuqayyidhz Lahu Syaitanan Fahuwa Lahu Qarin.

Barangsiapa yang berpaling dari mengingati Tuhan


Yang Maha Pemurah, kami adakan baginya
Syaitan, maka dialah teman yang selalu
menyertainya. [Az-Zukhruf : 36]

$tΒuρ «!$# Ìò2Ï%Î! öΝåκæ5θè=è% yìt±øƒrB βr& (#þθãΖtΒ#u tÏ%©#Ï9 Èβù'tƒ öΝs9r&

ã≅ö6s% ÏΒ |=≈tGÅ3ø9$# (#θè?ρé& tÏ%©!$%x. (#θçΡθä3tƒ Ÿωuρ Èd,ptø:$# zÏΒ tΑt“tΡ

öΝåκ÷]ÏiΒ ×VÏWx.uρ ( öΝåκæ5θè=è% ôM|¡s)sù ߉tΒF{$# ãΝÍκön=tã tΑ$sÜsù

∩⊇∉∪ šχθà)Å¡≈sù
15. Alam Yakni Lillazina Amanu An Takhsya’a
Qulubuhum Lizikrillah.
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang
beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat
Allah dan kepada kebenaran yang telah turun
(kepada mereka), dan janganlah mereka seperti
orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al
kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang
panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi
keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah
orang-orang yang fasik. [Al-Hadid : 16]

ÏΒ (#θäótGö/$#uρ ÇÚö‘F{$# ’Îû (#ρãϱtFΡ$$sù äο4θn=¢Á9$# ÏMuŠÅÒè% #sŒÎ*sù

∩⊇⊃∪ tβθßsÎ=ø:è? ö/ä3¯=yè©9 #ZVÏWx. ©!$# (#ρãä.øŒ$#uρ «!$# È≅ôÒsù


16. Fa Iza Qudhiyatis Solatu Fantasyiru Fil
Ardh Wabtaghu Min Fadhlillahi Wazkurullaha
Katsiran La’allakum Tuflihun.

Apabila telah ditunaikan Solat (Juma’at) maka


bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah
kurnia Allah dan berzikirlah kepada Allah dengan
sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.
[Jumu’ah : 10]

tã öΝà2߉≈s9÷ρr& Iωuρ öΝä3ä9≡uθøΒr& ö/ä3Îγù=è? Ÿω (#θãΖtΒ#u tÏ%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ

∩∪ tβρçÅ£≈y‚ø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé'sù y7Ï9≡sŒ ö≅yèø:tƒ tΒuρ 4 «!$# Ìò2ÏŒ


17. Ya Ayyuhallazina Amanu La Tulhikum
Amwalukum Wala Awladukum ‘An Zikrillah,
Waman Yaf’al Zalika Fa Ula Ika Humul Khasirun.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-


hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari
mengingati Allah, barangsiapa yang berbuat
demikian sesungguhnya mereka itulah orang-
orang yang rugi. [Al-Munafiqun : 9]

∩∇∪ Wξ‹ÏFö;s? ϵø‹s9Î) ö≅−Gu;s?uρ y7În/u‘ zΝó™$# Ìä.øŒ$#uρ


18. Wazkurisma Rabbika Wa Tabattal Ilaihi
Tabtila.

Dan sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah


kepadaNya dengan penuh ketekunan. [Al-
Muzammil : 8]

∩⊄∈∪ Wξ‹Ï¹r&uρ Zοtõ3ç/ y7În/u‘ zΝó™$# Ìä.øŒ$#uρ


19. Wazkurisma Rabbika Bukratanw Wa Asila.

Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan


petang. [Al-Insan : 25]

∩⊇∈∪ 4’©?|Ásù ϵÎn/u‘ zΟó™$# tx.sŒuρ ∩⊇⊆∪ 4’ª1t“s? tΒ yxn=øùr& ô‰s%
20. Qod Aflaha Man Tazakka. Wa Zakarasma
Rabbihi Fasolla.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang


membersihkan diri (dari perangai yang keji). Dan
dia berzikir nama Tuhannya, lalu mendirikan Solat.
[Al-A’la : 14 – 15]

(#ρãà2øŒ$#uρ (#θçFç6øO$$sù Zπt⁄Ïù óΟçGŠÉ)s9 #sŒÎ) (#þθãΖtΒ#u šÏ%©!$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊆∈∪ šχθßsÎ=ø:è? öΝä3¯=yè©9 #ZVÏWŸ2 ©!$#


21. Wazkurullaha Katsiran La’allakum Tuflihun

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu


memerangi pasukan musuh, maka berteguh hatilah
kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-
banyaknya agar kamu beruntung. [Al-Anfal : 45]

Maksudnya ialah memperbanyak zikir dan doa.

DALIL AL-HADITS
ADAPUN hadits-hadits Nabawiyah berkenaan
Zikrullah itu teramat banyak, namun hamba hanya
dapat menukilkan sebahagiannya sepertimana
yang telah termaktub di dalam kitab-kitab hadis.
Walaubagaimanapun, daku menyatakan maksud
terjemahan dari sabdaan Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

1. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu)


memberitahu bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam pernah bersabda bahawa Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya
Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh
hambaKu terhadapKu, adalah Aku bersamanya
apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingati
Aku di dalam hatinya maka Aku mengingatinya
di dalam hatiKu dan jika dia mengingati Aku
dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah
yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para
malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa).
Apabila hambaku mendekatiKu sejengkal maka
Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati
Aku sehasta maka Aku dekati dia sedepa, dan
apabila dia datang mendekati Aku dengan
berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.”

[ Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, At-Tarmizi,


An-Nasai, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi ]

2. Hadhrat Abu Darda (R. ‘anhu) telah


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bertanya kepada para Sahabatnya (R.
‘anhum), “Mahukah daku khabarkan kepada
kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang
amat suci di sisi Allah yang meninggikan
darjatmu ke peringkat yang tertinggi sekali, yang
lebih mulia daripada menafkahkan emas dan
perak di Jalan Allah, yang lebih utama daripada
menghadapi musuh di tengah-tengah medan
jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau
mereka menanggalkan lehermu? Para Sahabat
berkata, “Bahkan, apakah itu Ya Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Zikrullah.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, Ibnu Majah, Ibnu


Abi Dunya, Al-Hakim dan Al-Baihaqi ]

3. Hadhrat Abu Sa’id Al-Khudri (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah
bersabda, “Berapa banyak orang yang di dunia
ini mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala di
kasur yang empuk yang kerananya Tuhan
membawa mereka ke peringkat yang tertinggi di
dalam Syurga.” Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga pernah
bersabda, “Jika sekiranya kamu senantiasa
berzikir nescaya para Malaikat akan berjabat
tangan denganmu di jalan-jalan dan tempat tidur
kamu.” Dalam sebuah hadits lagi Baginda Nabi
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda, “Telah berjayalah mereka yang unggul
sendiri.” Para Sahabat bertanya, “Siapakah yang
unggul sendiri, Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam?” Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Ialah mereka yang menyebut nama Allah
sebanyak-banyaknya.”

[ Riwayat Ibnu Hibban dan Muslim ]

4. Hadhrat Abu Musa (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Perbandingan orang yang
berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah
seperti orang yang hidup dengan orang yang
mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti
orang yang mati.”

[ Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi ]

5. Hadhrat Abu Musa (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Jika sekiranya orang yang
mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-
bahagikan (bersedekah di Jalan Allah) dan
seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir
kepada Allah maka yang berzikir kepada Allah
itu adalah lebih utama.”

[ Riwayat At-Tabarani ]
6. Hadhrat Mu’az bin Jabal (R. ‘anhu)
memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Bahawa para penghuni
syurga setelah tibanya di syurga tidak akan
menyesal dan tidak akan berduka cita mengenai
suatu apa pun kecuali masa yang telah berlalu
dalam dunia tanpa zikrullah.”

[ Riwayat At-Tabarani, Ibnu Abi Dunya, Ahmad,


Ibnu Hibban, Al-Hakim dan Al-Baihaqi ]

7. Hadhrat Abu Hurairah dan Abu Sa’id (R.


‘anhuma) memberitakan bahawa mereka
menyaksikan dan mendengar Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Tidak ada jemaah yang
duduk sambil berzikirullah melainkan
dikerumunilah mereka oleh Para Malaikat,
diliputinya mereka dengan rahmat, diturunkan
ke atas mereka ketenangan dan disebutkan
mereka oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di
hadapan mereka yang berada di sisiNya.”

[ Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim, At-


Tarmizi, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi ]

8. Hadhrat Abu Zar (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Aku nasihatkanmu, kamu hendaklah bertakwa
kepada Allah kerana ianya sumber segala amalan.
Utamakanlah bacaan Al-Quran dan zikrullah
kerana dengan itu nama kamu akan disebut di
langit dan menyebabkan nur di permukaan bumi.
Perbicarakanlah yang baik-baik atau senyap
nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu
akan ditolong tentang urusan-urusan agamamu.
Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana
dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari
wajahmu akan terlenyap. Utamakanlah jihad
kerana itulah kebanggaan umatku. Hendaklah
mengasihani orang-orang miskin dan menggauli
mereka dan perhatikanlah keadaan mereka yang
lebih rendah daripada keadaanmu. Janganlah
sekali-kali memperhatikan keadaan mereka yang
lebih tinggi daripada keadaanmu kerana dengan
ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat-nikmat
Allah yang telah Dia anugerahkan kepada kamu.
Hendaklah mengukuhkan tali persaudaraan
dengan kaum kerabatmu walaupun mereka
memutuskan perhubungan mereka denganmu.
Hendaklah berbicara yang benar walaupun
dirasai pahit. Janganlah sekali-kali menghiraukan
para pencela mengenai urusan-urusan agama
Allah. Carilah keaiban dirimu sendiri, janganlah
sekali-kali menghibuhkan keaiban orang lain.
Janganlah sekali-kali memurkai seseorang kerana
keburukannya yang terlibat di dalam dirimu
sendiri. Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan
yang lebih bernilai daripada tindakan yang
sewajarnya. Sebaik-baik taqwa ialah menjauhi
segala larangan dan tidak ada kemuliaan yang
setimpal dengan akhlak yang sempurna.”

[ Riwayat At-Tabarani dan Abdu Ibni Hamid ]

9. Hadhrat Muawiyah (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa sekali Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam keluar
menemui satu halqah majlis para Sahabat (R.
‘anhum) lalu Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya kepada
mereka, “Mengapa anda sekelian duduk di sini?”
Sahut mereka, “Kami menyebut Allah dan
memujiNya atas nikmat agama Islam yang telah
dilimpahkanNya kepada kami.” Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Kerana itukah anda sekelian duduk di sini? Aku
tak akan meminta kamu bersumpah atau aku
hendak menuduh kamu, namun Malaikat Jibrail
telah mendatangiku dan mengatakan bahawa
Allah Ta’ala membanggakan kamu atas para
malaikatNya.”

[ Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim, At-


Tarmizi dan An-Nasai ]

10. Hadhrat Anas (R. ‘anhu) memberitakan


bahawa Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda, “Orang-orang yang
berkumpul untuk berzikirullah hanya dengan
tujuan mendapatkan keredhaanNya maka
seorang malaikat berseru dari langit bahawa
dosa-dosamu telah diampunkan dan kejahatan-
kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.”
Menurut hadis yang lain, “Sebaliknya jika orang-
orang berkumpul di sesuatu majlis kemudian
berpisah dari majlis itu tanpa zikirullah maka
majlis itu menyebabkan mereka akan menyesal
pada hari Kiamat.”

[ Riwayat Ahmad, Al-Bazar, Abu Ya’la, At-


Tabarani, Al-Baihaqi, Al-Munziri, Ibnu Hibban, Al-
Hakim dan As-Sayuti ]

11. Hadhrat Muaz Ibnu Jabal (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam pernah bersabda, “Tiada seseorang
yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih
selamat baginya dari siksa kubur daripada
zikrullah.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tabarani, Malik, At-Tarmizi,


Ibnu Majah, Al-Hakim, Az-Zahabi, Al-Baihaqi,
Ibnu Abi Sayibah dan Ibnu Abi Dunya ]

12. Hadhrat Abu Darda Hadhrat (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Allah Subhanahu Wa Ta’ala
akan membangkitkan pada hari Kiamat setengah-
setengah kaum yang muka-mukanya cemerlang
menyilaukan mata. Mereka berada di mimbar-
mimbar mutiara. Orang ramai akan mencemburui
dan beriri hati dengan mereka sedangkan mereka
itu bukannya Nabi dan bukan pula Syahid.”
Maka seorang berkata, “Ya Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, terangkanlah kepada kami
tanda-tanda mereka supaya dapat kami
mengenali mereka-mereka itu.” Sebagai
menjawab Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Mereka itu adalah orang-orang yang berasal dari
keluarga dan kampung yang berlainan yang
datang berkumpul di suatu tempat lalu mencintai
Allah dengan menyebutNya.”

[ Riwayat At-Tabarani, Al-Munziri, Ahmad dan Al-


Baihaqi ]

13. Hadhrat Anas (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Jika kamu melawat pada kebun-kebun syurga
maka rasailah kemewahannya sebaik-baiknya.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah kebun itu Ya
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Jawab
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Majlis zikrullah.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibnu


Abi Dunya, Al-Bazar, Abu Ya’la dan Al-Hakim ]
14. Hadhrat Abdullah Ibnu ‘Abbas (R. ‘anhu)
memberitakan bahawa Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah
bersabda, “Jika seseorang daripada kamu yang
tidak berani untuk beramal di malam hari, tidak
dapat membelanjakan hartanya pada jalan Allah
kerana bakhil dan tidak dapat berjuang pada
Jalan Allah kerana takut maka hendaklah
mengerjakan zikrullah sebanyak-banyaknya.”
[ Riwayat At-Tabarani, Al-Baihaqi, Al-Bazar, Al-
Bukhari, At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah ]

15. Hadhrat Abu Sa’id Al-Khudri (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa sesungguhnya Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Hendaklah kamu berzikir sebanyak-
banyaknya sehingga orang mengatakan kamu
gila.”

[ Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibnu Hibban dan Al-


Hakim ]

16. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Ada tujuh golongan yang
akan dilindungi Allah di bawah RahmatNya pada
hari yang tiada perlindungan selain dari
lindungan Allah iaitu: [1] Imam pemerintah yang
adil [2] Pemuda yang menggunakan masa
mudanya untuk beribadah kepada Tuhan [3]
Lelaki yang hatinya saban waktu berada di
masjid. [4] Dua lelaki yang mencintai satu dengan
yang lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan
berpisah semata-mata kerana Allah [5] Lelaki
yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita
lalu dia berkata, “Aku ini takut akan Allah” [6]
Lelaki yang memberi sedekah dengan
disembunyikannya sehingga tidak tahu tangan
kirinya apa yang diberikan oleh tangan kanannya
[7] Lelaki yang berzikir mengingati Allah s.w.t.
bersunyi diri sehingga berlinangan air matanya.”

[ Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]

17. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa sekali beliau bertanya
kepada Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, “Siapakah yang akan mencapai
kebahagiaan pada hari Kiamat melalui Syafa’at
Baginda?” Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab, “Wahai
Abu Hurairah, sesungguhnya setelah aku melihat
minat kau terhadap Hadis maka aku menyangka
bahawa tentang perkara ini tidak ada seorang pun
bertanya sebelummu.” Lantas Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda lagi, “Yang akan mencapai
kebahagiaan dan keuntungan melalui Syafa’atku
ialah orang yang mengucapkan kalimah LA
ILAHA ILLA ALLAH dengan ikhlas dari Qalbnya
atau Nafsnya.”

[ Riwayat Al-Bukhari dan Al-Hakim ]

18. Hadhrat ‘Ubadah (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Sebaik-baik zikir ialah zikir khafi dan sebaik-
baik rezeki ialah yang mencukupi.”

[ Riwayat Ibnu Hibban dan Abu Ya’la ]

19. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Dunia dan apa-apa yang ada
padanya dikutuk Allah kecuali zikrullah, apa-apa
yang menghampiri kepadanya, alim ulamak dan
para penuntut.”

[ Riwayat At-Tarmizi, Ibnu Majah, Al-Baihaqi, At-


Tabarani, As-Sayuti dan Al-Bazar ]

20. Hadhrat Jabir (R. ‘anhu) meriwayatkan


bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLA
ALLAH dan doa yang terbaik ialah
ALHAMDULILLAH.”
[ Riwayat At-Tarmizi, Ibnu Majah, Al-Munziri, An-
Nasai, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Az-Zahabi dan As-
Sayuti ]

21. Hadhrat Abu Sa’id Al-Khudri (R. ‘anhu)


memberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Sekali Hadhrat Musa
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memohon kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, “Wahai Tuhan
ajarkanlah aku akan sesuatu yang dapat aku
mengingatiMu dengannya.” Allah berfirman,
“Ucapkanlah olehmu LA ILAHA ILLA ALLAH.”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata, “Ya
Tuhan, semua hambaMu mengucapkan kalimah
ini.” Tuhan berfirman, “Ucapkanlah olehmu LA
ILAHA ILLA ALLAH.” Baginda Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam berkata lagi, “Ya Tuhan, sesungguhnya
aku menghendaki sesuatu yang terkhas bagiku.”
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Jika
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
diletakkan di atas sebelah dacing dan LA ILAHA
ILLA ALLAH di sebelah yang lain maka nescaya
dacing di sebelah LA ILAHA ILLA ALLAH itu
lebih berat.”

[ Riwayat An-Nasai, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Az-


Zahabi, Abu Na’im, Al-Baihaqi dan Abu Ya’la ]
22. Hadhrat Abu Hurairah (R.’anhu)
meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Seorang penyeru akan
menyeru pada Hari Kiamat, di manakah orang-
orang yang berakal? Orang ramai akan bertanya,
siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang
yang berakal itu? Pertanyaan itu akan dijelaskan
seperti berikut: Mereka itu ialah orang-orang
yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk
dan dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan bumi dan langit
seraya berkata, Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci
Engkau maka peliharalah kami dari siksaan api
neraka. Mereka akan berjalan mengikuti bendera
itu dan dikatakan kepada mereka bahawa
masuklah kamu sekelian ke dalam syurga buat
selama-lamanya.”

[ Riwayat Al-Asbahani ]

23. Hadhrat Abu Hurairah (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Tiada seorang hamba yang
mengucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH melainkan
dibukakan baginya pintu-pintu di langit
sehingga kalimah itu terus menuju ke ‘Arasy
kecuali orang itu terlibat di dalam dosa-dosa yang
besar.”
[ Riwayat At-Tarmizi, Al-Qari, An-Nasai, Ibnu
Hibban, As-Sayuti dan At-Tabarani ]

24. Hadhrat Zaid Bin Arqam (R. ‘anhu)


meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Barangsiapa yang
mengucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH dengan
ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga.”

[ Riwayat At-Tabarani ]

25. Hadhrat Ya’la bin Syaddad (R. ‘anhu)


menceritakan suatu peristiwa yang dibenarkan
oleh Hadhrat ‘Ubadah (R.’anhu), katanya bahawa
sekali kami berada di dalam masjid Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dengan tak semena-mena
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bertanya, “Di antara kamu ini adakah
seseorang yang bukan orang Islam?” Kami
menyahut, “Tidak, Ya Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam.” Lalu Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam menyuruh kami menutup pintu
kemudian Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Angkatlah tangan-tanganmu dan ucapkan LA
ILAHA ILLA ALLAH.” Maka kami pun
mengangkat tangan-tangan kami dan
mengucapkan LA ILAHA ILLA ALLAH.” Lantas
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Wahai
Tuhan sesungguhnya Engkau mengutuskanku
dengan kalimah ini. Engkau telah janjikan
Syurga dengan kalimah ini dan Engkau tidaklah
memungkiri janji.” Seterusnya Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam berkata kepada kami, “Gembiralah
kamu kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah
mengampuni kamu sekelian.”

[ Riwayat Ahmad, At-Tabarani, Al-Hakim, Az-


Zahabi dan Al-Bazar ]
10. FADHILAT ZIKIR

AMALAN Zikir memiliki berbagai kelebihan


sepertimana yang masyhur dinyatakan dalam
kitab-kitab Hadits. Hadhrat Hafiz Ibnul Qayyim
Rahmatullah ‘alaih yang merupakan seorang
‘Ulama Hadits telah menyatakan berbagai-bagai
penjelasan mengenai kelebihan Zikir. Beliau
menyatakan terdapat lebih dari seratus faedah
yang dapat diperolehi menerusi amalan Zikir dan
telah beliau nukilkan sebanyak tujuh puluh
sembilan faedah di dalam sebuah risalah yang
bertajuk Al-Wabil.
Hadhrat Maulana Muhammad Zakaria Al-
Kandahlawi Rahmatullah ‘alaih telah meyalin
faedah-faedah itu satu persatu secara ringkas
dalam kitabnya Fadhail Zikir dan hamba pun
menyalinnya sebagai berikut:

1. Zikir adalah menjauhkan Syaitan dan


menghancurkan kekuatannya.
2. Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu
Wa Ta’ala redha.
3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada
hati manusia.
4. Zikir adalah menggembirakan hati.
5. Zikir adalah menguatkan badan dan
menyeronokkan sanubari.
6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki
dengan mencurah-curah yakni memurahkan
rezeki.
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir
itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni
dengan memandang wajahnya seseorang
merasa gentar.
9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap
Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana cinta
itulah merupakan Ruh Islam, jiwa agama
dan sumber kejayaan dan kebahagiaan.
Barang siapa ingin mendapatkan cinta Ilahi
itu maka hendaklah dia berzikir sebanyak-
banyaknya. Sebagaimana mutala’ah dan
muzakarah itu merupakan pintu kejayaan
ilmu, demikianlah Zikrullah itu merupakan
pintu Cinta Ilahi.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat
Muraqabah dan Muraqabah itu membawa
seseorang kepada martabat Ihsan.
Denganadanya martabat Ihsan maka
manusia dapat beribadat kepada Allah
dalam keadaan yang seolah-olah dia
melihatNya dan keadaan seperti inilah yang
merupakan tujuan asasi daripada
perjuangan Para Sufi.
11. Zikir adalah membawa seseorang kepada
penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya
kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan
maka setiap urusan dan dalam setiap
keadaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
menjadi pelindung dan pembantu baginya.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada
Taqarrub yakni mendekatkan diri kepada
Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka
dengan sendirinya dia bertambah dekat
kepada Allah dan sebaliknya jika dia
bertambah lalai daripada berzikir maka
dengan sendirinya dia bertambah jauh
daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
13. Zikir adalah membukakan pintu Ma’rifat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati
seseorang akan keagungan dan kehebatan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melahirkan
semangat buat merapatkan diri denganNya.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu
wa Ta’ala ingat kepada seseorang yang ingat
kepadaNya sepertimana disebutkan di
dalam Al-Quran: “Fazkuruni Azkurkum.”
Ertinya: Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu
nescaya Aku ingat pula kepadamu. Dan
diterangkan pula di dalam Hadits: “Man
Zakarani Fi Nafsihi, Zakrtuhu Fi Nafsi.”
Ertinya: Barangsiapa mengingati Aku di
dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya
pula di dalam hatiKu.”
16. Zikir adalah menghidupkan hati. Hafiz Ibnu
Taimiyah Rahmatullah ‘alaih berkata
bahawa perbandingan Zikrullah dengan hati
seseorang adalah ibarat ikan dengan air.
Ingatlah, apakah halnya ikan itu jika ia tidak
berada di dalam air?
17. Zikir adalah santapan bagi Ruh dan Hati.
Andaikata jika kedua-duanya tidak dapat
menikmati santapannya maka adalah sama
seperti badan yang tidak dapat
makanannya.
18. Zikir adalah membersihkan hati daripada
karat kekotorannya sepertimana
diterangkan di dalam Hadits bahawa tiap-
tiap sesuatu ada daki dan kekotoran
baginya. Daki dan kekotoran hati ialah
keinginan dan kelalaian yang tidak dapat
dibersihkan melainkan dengan berzikir.
19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan
maksiat.
20. Zikir adalah menghapuskan keraguan dari
seseorang terhadap Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Sebenarnya hati orang yang lalai itu
diselubungi oleh rasa ragu atau gelisah
terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya
dapat dihapuskan hanya oleh Zikrullah.
21. Orang yang berzikir dengan mensucikan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, memujiNya,
mengagungkanNya dan mengesakanNya,
maka kalimah-kalimah zikirnya itu akan
berpusing-pusing mengelilingi ‘Arash Allah
Subhanahu Wa Ta’ala sambil menyebut
nama penzikir itu dengan suara yang
perlahan.
22. Barangsiapa ingat kepada Allah dalam
kesenangan, Allah Subhanahu Wa Ta’ala
ingat pula kepadanya dalam kesusahan.
23. Zikir adalah melepaskan orang yang
berzikir itu daripada azab Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
24. Zikir adalah menyebabkan turunnya
Sakinah ketenangan dan Para Malaikat
melingkungi orang-orang yang berzikir itu.
25. Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah
seseorang yang berzikir itu daripada
menumpat, mencela, berdusta, maki hamun
dan bercakap yang sia-sia. Telah dibuktikan
oleh kenyataan bahawa barangsipa yang
membiasakan lidahnya dengan berzikir
maka terselamatlah daripada sifat-sifat yang
keji. Sebaliknya orang yang tidak biasa
dengan zikir maka dengan sendirinya dia
terlibat di dalam keburukan dan sifat-sifat
yang keji itu.
26. Majlis-majlis zikir adalah seperti majlis Para
Malaikat sebaliknya majlis kelalaian yakni
majlis yang peserta-pesertanya lalai
daripada berzikir adalah seperti majlis
Syaitan. Kini terserah kepada manusia,
sertailah majlis mana yang suka. Menururt
kebiasaan manusia sukakan akan sesuatu
yang sesuai dengan sikap dan perangainya.
27. Zikir adalah memasukkan orang-orang yang
berzikir itu ke dalam golongan orang-orang
yang berbahagia dan demikian juga mereka
yang mendampinginya. Sebaliknya orang-
orang yang lalai dan membuat kerja-kerja
yang sia-sia adalah tercampak ke dalam
kancah kecelakaan. Demikian juga orang-
orang yang menyertai mereka itu.
28. Zikir akan memelihara seseorang yang
berzikir daripada menyesal pada Hari
Qiyamat. Di dalam Hadits ada disebutkan
bahawa majlis-majlis yang terkosong
daripada Zikrullah menyebabkan mendapat
kerugian dan menyesal pad Hari Qiyamat.
29. Jika seseorang yang berzikir sambil
menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri
maka pada Hari Qiyamat dia akan
ditempatkan di bawah naungan ‘Arash Ilahi
di mana manusia akan berteriak dan
menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang
amat dahsyat itu.
30. Pada hati manusia ada suatu bahagian yang
tidak subur melainkan dengan Zikrullah.
31. Zikrullah adalah merupakan pohon di
dalam Syurga.
32. Segala-gala amalan adalah diwajibkan
semata-mata kerana Zikrullah.
33. Orang yang menyibukkan dirinya dengan
berzikir maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengurniakan kepadanya lebih daripada
orang yang meminta kepadaNya. Di dalam
sebuah Hadits ada disebutkan bahawa Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“Barangsiapa yang tertahan oleh
zikirKu daripada berdoa nescaya Aku
berikan kepadanya lebih daripada yang Aku
berikan kepada orang-orang yang berdoa.”
34. Sungguhpun zikir merupakan suatu ibadat
yang ringan dan mudah sekali namun ia
adalah lebih afdhal dan utama daripada
seluruh ibadat kerana menggerakkan lidah
itu lebih mudah daripada menggerakkan
seluruh badan.
35. Nikmat dan kekurniaan yang diberikan
Allah kepada seseorang kerana zikir
tidaklah diberikan kerana amal-amal yang
lain yang mana diterangkan di dalam
mafhum sebuah Hadits: “Barangsiapa yang
membaca kalimah: La Ilaha Illa Allahu
Wahdahu La Syarikalahu, Lahul Mulk Wa
Lahul Hamd, Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai in
Qadir, sebanyak seratus kali pada suatu
hari maka Allah memberikan pahala
kepadanya yang seimbangan dengan
memerdekakan sepuluh hamba sahaya dan
dicatitkan di dalam buku amalannya
seratus kebajikan, dihapuskan
daripadanya seratus dosa, dipelihara
daripada godaan Syaitan dan tidak sesiapa
pun yang lebih afdhal daripadanya kecuali
orang yang amalan-amalannya telah
melebihi.”
36. Seseorang yang berzikir berterusan dengan
secara Istiqamah, dia akan terselamat
daripada melupakan dirinya yang
menyebabkan kecelakaan Dunia dan
Akhirat, kerana melupakan diri sendiri dan
muslihat-muslihatnya bererti melupakan
Tuhan dan yang melupakan Tuhan nescaya
akan tercampak ke dalam kancah kerugian.
Diperingatkan oleh Allah di dalam Kitab
Suci Al-Quran pada Surah Al-Hasyar ayat
19 yang ertinya: “Dan janganlah kamu
seperti orang-orang yang lupa kepada Allah
lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-
orang yang lupa kepada diri mereka sendiri.
Mereka itulah orang-orang yang fasik.”
Yakni janganlah kamu menyerupai orang-
orang yang tidak menghiraukan Allah,
lantas Allah menjadikan mereka tidak
menghiraukan diri mereka sendiri yakni
akal fikiran mereka dilemahkan sehingga
mereka tidak dapat menjalani jalan yang
menuju ke arah kejayaan yang hakiki kerana
apabila manusia melupakan dirinya maka
dengan sendirinya dia terlalai daripada
muslihat-muslihatnya dan akhirnya dia
akan menjadi mengsa kebinasaan.
Sepertimana seorang petani yang
melupakan sawah atau ladangnya, tidak
menghiraukannya sedikit pun. Maka
tentulah sawah atau ladangnya itu tidak
akan mendatangkan hasil apa-apa dan
akhirnya keadaan berubah menjadi belukar.
37. Seseorang akan merasai keamanan dan
ketenangan jiwa manakala dia membasahi
lidahnya dengan berzikir sehingga dia cinta
kepada zikir. Sepertimana seorang yang
cinta kepada air ketika dia mengalami
dahaga yang amat sangat atau cinta kepada
makanan ketika dia lapar ataupun cinta
kepada pakaian dan rumah kediaman
semasa dia merasai panas atau dingin yang
amat sangat, bahkan Zikrullah itu lebih
mustahak lagi kerana jika segala-gala yang
disebutkan itu tidak tersedia, maka tubuh
ksar manusia saja mengalami kebinasaan
sedangkan tanpa zikir, Ruh dan Hati juga
akan mengalami kebinasaan.
38. Zikir adalah merupakan suatu pohon yang
setiap masa mendatangkan buah Ma’rifat.
Menururt istilah ‘Ulama Tasawwuf, pohon
itu mendatangkan buah Ahwal dan
Maqamat. Semakin zikir itu diperbanyakkan
semakin akar pohon itu terkukuh dan
semakin akarnya kukuh semakin pohon itu
mengeluarkan buah-buahannya.
39. Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa
yang tidak mengingati Allah Subhanahu Wa
Ta’ala, dia tidak dapat bersyukur
kepadaNya.
40. Dengan zikir, seseorang manusia mencapai
kemajuan dan kejayaan dengan secara terus
menerus ketika dia beristirehat ataupun
berada di pasar, ketika dia sihat ataupun
sakit, ketika dia sibuk dengan mengecap
kenikmatan hidup ataupun berada dalam
serba kekurangan. Pada setiap masa dan
dalam setiap keadaan dia mencapai
kejayaan. Tiada suatu apa pun yang
menyebabkan dia mencapai kemajuan
dengan secra terus menerus kecuali dengan
zikir. Jika hatinya telah bersinar dengan
sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan
dia meningkat ke martabat yang setinggi-
tingginya.
41. Zikir adalah intisari Ilmu Tasawwuf yang
diamalkan oleh setiap Ahli Tariqat. Jika
telah terbuka pintu zikir bagi seseorang
bererti telah terbuka baginya jalan yang
menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Barangsiapa yang telah menuju kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala nescaya dia
telah mendapat segala-gala yang
dikehendakinya kerana tidak berkurangan
apa-apa pada khazanah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.
42. Zikir adalah menggerakkan hati manusia
daripada tidur dan menyedarkannya
daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia
tidak sedar maka selama itulah dia
mengalami kerugian demi kerugian.
43. Apabila zikir telah menguasai hati maka
bukan saja ia menyubur ke bahagian hati itu
sahaja bahkan ia menjadikan orang yang
berzikir itu hidup dengan makmur
walaupun dia tidak berharta benda,
memuliakannya walaupun dia tidak
berkeluarga dan menjadikannya penguasa
walaupun dia tidak mempunyai kerajaan.
Sebaliknya orang yang lalai daripada zikir
pasti dia akan dihinakan walaupun dia
mempunyai harta benda, kaum keluarga
dan kerajaan yang besar.
44. Zikir adalah menghimpunkan kembali yang
telah bercerai dan menseraikan yang telah
terhimpun, mendekatkan yang jauh dan
menjauhkan yang dekat, yakni hati manusia
yang diselubungi oleh berbagai-bagai
keraguan, dukacita dan kegelisahan itu
semuanya dilenyapkan sama sekali dan
dilahirkan ketenteraman dan ketenangan
jiwa dan hati atau jiwa manusia yang
dikuasai oleh perbuatan-perbuatan yang keji
itu dibersihkan dan manusia yang
senantiasa digoda dan dikuasai oleh tentera-
tentera Syaitan itu diceraikan daripadanya
dan Akhirat yang jauh itu didekatkan dan
Dunia yang dekat itu dijauhkan dari jiwa
manusia.
45. Zikir adalah mendekatkan kepada Zat yang
zikirnya dikerjakan sehingga mendapat
penyertaan denganNya sebagaimana
diterangkan di dalam Al-Quran, “Inna
Allaha Ma’allazi Nattaqau,” yang bererti:
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala
berserta orang-orang yang bertaqwa.
Diterangkan di dalam satu Hadits Qudsi,
“Ana Ma’a ‘Abdi Ma Zakarani,” ertinya:
Adalah Aku menyertai hambaKu selama dia
mengingati Aku. Di dalam sebuah Hadits
ada disebutkan bahawa Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman, “Orang yang
mengingati Aku itu adalah orang Aku. Aku
tidak menjauhkannya daripada RahmatKu.
Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa
mereka, maka Aku menjadi Kekasih bagi
mereka tetapi sebaliknya jika mereka tidak
bertaubat maka Aku menjadi Jururawat
bagi mereka lalu Aku mencampakkan
mereka ke alam kancah penderitaan supaya
Aku membersihkan mereka daripada dosa-
dosa.”
46. Penyertaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala
yang dicapai menerusi zikir itu adalah
penyertaan yang tidak ada tolok
bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak
mungkin dicatit dan tidak pula mungkin
dibicarakan. Kelazatannya dengan ertikata
yang sebenarnya boleh dirasai hanya oleh
orang yang telah mencapainya. Ya Allah,
berikanlah kepadaku barang sedikit
daripada kenikmatanNya.
47. Zikir adalah seimbang dengan
memerdekakan hamba, seimbang dengan
membelanjakan harta dan seimbang pula
dengan berjuang pada Jalan Allah.
48. Di dalam sebuah Hadits ada diberitakan
bahawa Hadhrat Musa ‘Alaihissalam pernah
berkata kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
“Ya Allah, Engkau telah menganugerahkan
kepadaku nikmat-nikmat yang amat
banyak maka tunjukilah aku cara-cara
bersyukur kepadaMu.” Allah Subhanahu
Wa Ta’ala berfirman kepadanya:
“Sebanyak yang engkau berzikir sebanyak
itulah engkau dapat bersyukur.”
49. Di dalam Hadits yang lain diterangkan
bahawa Hadhrat Musa ‘Alaihissalam
memohon kepada Allah Subhanahu Wa
Ta’ala: “Ya Allah! Bagaimanakah cara
bersyukur yang sesuai dengan keadaanMu
yang terunggul?” Allah Subhanahu Wa
Ta’ala berfirman: “Hendaklah lidahmu
senantiasa dibasahi dengan berzikir.”
50. Yang paling mulia di antara orang-orang
yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang
senantiasa sibuk dengan berzikir kerana
natijah Taqwa ialah Syurga sedangkan
natijah zikir ialah penyertaan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
51. Pada hati manusia ada semacam kekerasan
yang tiada berubah menjadi lembut
melainkan dengan berzikir.
52. Zikir adalah sumber persahabatan dengan
Allah sebaliknya lalai adalah sumber
permusuhan denganNya.
53. Tiadalah satu apapun yang menambahkan
nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan menyelamatkan daripada azabNya
lebih daripada Zikrullah.
54. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menurunkan
RahmatNya kepada orang-orang yang
berzikir dan Para Malaikat berdoa untuk
mereka.
55. Barangsiapa yang ingin menikmati Syurga
sedangkan dia masih berada di dalam Dunia
ini maka hendaklah dia menyertai majlis-
majlis zikir kerana majlis-majlis zikir itu
adalah seumpama taman-taman Syurga.
56. Barangsiapa senantiasa berzikir, dia akan
memasuki syurga sambil tersenyum-
senyum.
57. Amalan yang paling afdhal ialah amalan
yang disertai dengan berzikir sebanyak-
banyaknya. Puasa yang afdhal sekali ialah
puasa yang disertai dengan berzikir
sebanyak-banyaknya. Haji yang afdhal ialah
haji yang disertai dengan zikir sebanyak-
banyaknya dan demikianlah Jihad serta
amalan-amalan yang lainnya.
58. Zikir adalah pengganti kepada ibadat-ibadat
Nafilah. Sebagaimana yang diriwayatkan di
dalam sebuah hadits bahawa segolongan
orang-orang miskin datang lalu merayu hal
mereka kepada Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan berkata,
“Ya Rasulullah, saudara kami yang
berharta benda telah meningkat darjat
yang setinggi-tingginya disebabkan harta
kekayaan mereka. Mereka bersembahyang
seperti kami bersembahyang, mereka
berpuasa seperti kami berpuasa tetapi
kerana harta kekayaan, mereka telah
mendahului kami dengan mengerjakan
Haji, Umrah, Jihad dan lain-lainya.”
Sebagai menjawab Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda, “Mahukah kamu sekelian ku
ajarkan sesuatu untuk mencapai yang
mendahului dan untuk mendahului
sesudah kamu sehingga tiadalah lagi
seorang pun yang lebih afdhal daripada
kamu kecuali orang yang berbuat seperti
yang kamu perbuat.” Selanjutnya Hadhrat
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Bacalah kamu
sekelian: Subhanallah Alhamdulillah
Allahu Akbar selepas tiap-tiap Solat.” Ini
menunjukkan bahawa Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menganggap zikir ini sebagai pengganti haji,
umrah, jihad dan lain-lain bagi yang tidak
berada.
59. Majlis Zikir adalah majlis Para Malaikat.
60. Allah Subhanahu Wa Ta’ala membanggakan
orang-orang yang berzikir di hadapan Para
Malaikat.
61. Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit
hati.
62. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat
yang lain. Dengan berzikir sebanyak-
banyaknya maka ibadat-ibadat yang lain itu
menjadi mudah dan senang serta kelazatan
ibadat-ibadat itu pun dirasai benar, oleh itu
semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa
keberatan dan kesukaran apa-apa.
63. Dengan berzikir semua keberatan akan
berubah menjadi ringan, setiap kesukaran
akan berubah menjadi senang, setiap
bebanan menjadi ringan dan semua bala
bencana akan terlenyap.
64. Lantaran zikirlah maka segala rupa
ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.
65. Zikrullah adalah mempunyai kuasa yang
terkhas untuk melahirkan ketenteraman dan
untuk melenyapkan ketakutan. Ianya
mempunyai kesan yang teristimewa di
mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya
semakin itulah akan mencapai ketenteraman
dan akan lenyap ketakutan.
66. Zikir adalah melahirkan kekuatan dan
tenaga yang terkhas kepada manusia. Maka
dengan kekuatan itu dia dapat
menyelenggarakan urusan-urusan yang
agak sukar.
67. Pemberes urusan-urusan keakhiratan adalah
dahulu-mendahului di antara satu dengan
yang lain dan di dalam mendahului ini yang
kelihatan di hadapan sekali ialah orang-
orang yang berzikir. Di dalam sebuah
Hadits, Hadhrat Baginda Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda, “Telah mendahului mereka yang
Munfarrid.” Para Sahabat bertanya,
“Siapakah yang Munfarrid itu Ya
Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mereka
yang mengingati Allah sebanyak-
banyaknya kerana zikir adalah
meringankan bebanan mereka.”
68. Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri yang
membenarkan dan menguji orang-orang
yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan
oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu
tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama
orang-orang yang dusta. Di dalam sebuah
Hadits ada disebutkan bahawa apabila
seorang hamba mengucapkan: “La Ilaha
Illa Allah Wallahu Akbar,” maka Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,
“Benarlah ucapan hambaKu bahawa tiada
Tuhan melainkan Aku dan Akulah Maha
Besar.”
69. Zikir adalah menyebabkan terbinanya
rumah di dalam Syurga. Apabila seseorang
hamba berhenti daripada berzikir maka Para
malaikat berhenti daripada membina rumah
itu. Manakala mereka ditanyakan,
mengapakah kamu berhenti daripada
membina rumah itu? Mereka menjawab
bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba.
70. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan
bahawa barangsiapa mengucapkan:
“Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil
‘Azim” sebanyak tujuh kali nescaya
dibinakan satu menara untuknya di dalam
Syurga.
71. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi
Neraka Jahannam. Barangsiapa yang
dimasukkan ke dalam Neraka kerana amal
perbuatannya yang tidak baik maka
zikirnya itu menjadi pendinding di
antaranya dengan Neraka Jahannam.
Semakin banyak zikir dibuat maka semakin
kuatlah pendinding itu.
72. Jika seseorang yang berzikir di atas sebuah
gunung atau di tanah datar maka tempat
tersebut akan merasa amat bangga. Di
dalam sebuah Hadits ada diberitakan
bahawa gunung-ganang bertanya-tanyakan
di antara satu dengan yang lain bahawa hari
ini adalah seseorang yang berzikir melalui
di atas engkau. Jika diberitahukan bahawa
ada yang melaluinya sambil berzikir, maka
ia berasa gembira lagi bangga.
73. Nur Zikir adalah sentiasa bersama orang
yang berzikir itu sama ada di Dunia
mahupun di dalam Kubur dan ia memimpin
di Titian Sirat. Ia tidak berpisah di mana-
mana pun. Diperingatkan oleh Allah
Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Kitab Suci
al-Quran pada Surah Al-An’am ayat 122
yang bermaksud, “Apakah orang yang
sudah mati kemudian Kami hidupkan dia
dan Kami berikan kepadanya cahaya yang
terang, yang dengan cahaya itu dia dapat
berjalan ditengah-tengah masyarakat
manusia, serupa dengan orang yang
keadaannya berada di dalam gelap gelita
yang tidak dapat keluar daripadanya?”
Orang pertama itu beriman kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang hatinya bersinar
cemerlang dengan cinta makrifat dan
zikirnya sementara orang yang kedua itu
ialah yang terkosong dari sifat-sifat tersebut.
Penghasilan Nur adalah sesuatu yang
teragung sekali, ianya membawa kepada
kejayaan yang gilang-gemilang.
74. Para Malaikat beristighfar memohon
keampunan bagi orang yang berzikir. Hadits
ada menyebut bahawa apabila seseorang
hamba mengucapkan: Subhanallahi
Wabihamdihi atau Alhamdulillahi Rabbil
‘Alamin, maka Para Malaikat berkata, “Ya
Allah, ampunilah dia.” Adalah termaklum
bahawa doa Para Malaikat itu tidak ditolak
malahan terus dikabulkanNya.
75. Memperbanyakkan zikir adalah merupakan
sijil bagi kelepasan dari kemunafikan kerana
orang-orang yang Munafik tiada mengingati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala melainkan
sedikit. Hadhrat Ka’ab Ahbar Radhiyallahu
‘anhu berkata, “Barangsiapa berzikir
sebanyak-banyaknya maka terpelihara dia
daripada kemunafikan.”
76. Berbanding dengan amalan-amalan yang
baik maka zikir mempunyai suatu kelazatan
yang tidak di dapati pada amalan-amalan
yang lain. Hadhrat Malik bin Dinar
Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa
seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu
apa pun seperti kelazatan zikir.
77. Pada wajah orang yang berzikir itu di dapati
kegembiraan di Dunia dan akan kelihatan
Nur padanya di Hari Qiyamat.
78. Barangsiapa mengingati Allah Subhanahu
Wa Ta’ala sebanyak-banyaknya di tengah-
tengah jalan, dirumah, di dalam safar
perjalanan dan ketika berada di kampung,
maka dia akan mempunyai pembela-
pembela yang ramai sekali di Hari Hisab
kelak.
79. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka
selama itulah dia terpelihara daripada
perbicaraan yang sia-sia, berdusta,
mengumpat dan sebagainya. Lidah itu
sememangnya tidak mahu diam, ia akan
sibuk dengan berzikir, kalau tidak sudah
tentu dengan kesia-siaan. Demikian juga
halnya dengan hati, jika ia tidak sibuk
dengan mencintai Khaliq iaitu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala maka sudah tentu dia
akan sibuk dengan mencintai makhluk.
80. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata.
Ia mencampakkan manusia di dalam kancah
kerunsingan dan kegelisahan dengan
berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka
dari setiap penjuru. Orang yang halnya
sedemikian rupa senantiasa berada di
tengah-tengah lingkungan para musuh yang
mana tiap-tiap seorang darinya ingin
menimpakan ke atasnya penderitaan demi
penderitaan. Maka tiadalah apa-apa untuk
mematahkan serangan-serangan musuh itu
melainkan Zikrullah.
11. SYARAT-SYARAT ZIKIR
SEBAHAGIAN Para Masyaikh dari Silsilah lain
menganggap syarat utama untuk melakukan zikir
adalah mengambil wudhu dengan sempurna lalu
memulakan zikir sambil menghadap Kiblat. Ada
yang menetapkan adab-adab tertentu ketika
berzikir seperti menghadapkan diri ke arah Qiblat
dan duduk dalam keadaan antara dua sujud,
duduk tasyahud atau kebalikan tasyahud.

Tempat yang bersih juga perlu diberikan


perhatian namun amalan Zikir mengingati Allah
adalah suatu amalan yang tidak ditetapkan had
masa, bilangan mahupun keadaan. Mengingati Zat
Allah dengan hati yang ikhlas serta mengerti
dengan sebenar-benarnya akan maksud kalimah
zikir itu merupakan syarat yang paling utama.

Walaubagaimanapun Para Masyaikh


Naqshbandiyah tidak menjadikan berwudhu
sebagai syarat yang utama bahkan syarat yang
paling utama adalah menghayati makna lafaz zikir
yang disebut.

Hadhrat Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam


‘Ali Rahmatullah ‘Alaih telah menyatakan syarat-
syarat zikir di dalam kitabnya Idhahut Tariqah
bahawa menghayati makna lafaz zikir bermakna
bahawa selain dari Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
tiada sesuatu pun yang menjadi maksud. Bagi
setiap lafaz, makna adalah lazim baginya kerana
tanpa makna, lafaz tidak bererti apa-apa.

Syarat yang seterusnya ialah ketika


melakukan Zikir Nafi Itsbat iaitu ketika
mengucapkan kalimah Nafi, hendaklah menafikan
kewujudan segala sesuatu dan ketika
mengucapkan kalimah Itsbat hendaklah
menetapkan di dalam hati hanyalah Hadhrat Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Suci.

Meskipun seseorang itu telah menafikan


segala maksudnya selain Allah Subhanau wa
Ta’ala namun dia akan beroleh hasil dan manafaat
yang besar dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Syarat yang selanjutnya ialah ketika


seseorang itu berzikir sama ada Ismu Zat ataupun
Nafi Itsbat, setelah beberapa lama melakukan zikir,
hendaklah mengucapkan di dalam hati dengan
merasa penuh kerendahan diri dan penuh
pengharapan akan kalimah Baz Gasht iaitu,

Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi.


Yang bererti, “Oh Tuhanku, Engkaulah maksudku
dan keredhaanMulah tuntutanku.”
Bagi Salik peringkat pertengahan hendaklah
menambah ucapan:

A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka.


Yang bererti, “Kurniakanlah Cinta Mahabbah dan
Ma’rifatMu.”

Bagi peringkat tinggi, sebelum itu harus


diucapkan,

Taraktu Dunya Wal Akhirah Laka


A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka
Yang bererti, “Telah ku lepaskan Dunia dan
Akhirat kerana Engkau”

Adapun lafaz Baz Gasht bagi peringkat


tinggi dalam Bahasa Parsi seperti mana yang di
ucapkan oleh Para Khwajahgan adalah seperti
berikut,

Khudawanda Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu,


Tarak Kardam Dunia Wa Akhirat Ra Az Baraey
Tu, Mahabbati Khud Wa Ma’rifati Khud Badih.
Yang bererti, “Wahai Tuhan, maksudku adalah
Engkau dan Keredhaan Engkau, telah ku lepaskan
Dunia dan Akhirat kerana Engkau, kurniakanlah
CintaMu dan Ma’rifatMu.”

Jikalau Murid Salik belum benar-benar


bersedia, lafaz “Telah ku lepaskan Dunia dan
Akhirat kerana Engkau” janganlah disebut
melainkan telah benar-benar bersedia, maka perlu
mengucapkannya dengan lidah hati dengan
ucapan:

Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi,


A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka.

Atau dalam bahasa Farsi:

Khudawanda Maqsudi Man Tui Wa Ridhai Tu,


Mahabbat Wa Ma’rifati Khud Badih.
Yang bererti, “Wahai Tuhan, maksudku adalah
Engkau dan Keredhaan Engkau, kurniakanlah
Cinta dan Ma’rifatMu.”

Syarat yang seterusnya hendaklah


bertawajjuh terhadap Qalb tetapi tidak perlu
membayangkan rupabentuk hati sanubari ataupun
membayangkan kalimah Ismu Zat, hanya
menghadapkan perhatian dan menumpukan
pandangan batin ke arah kedudukan Qalb.
Tawajjuh yang sedemikian ini dinamakan Wuquf
Qalbi dan Tawajjuh yang seperti ini menduduki
Maqam Dharab dalam Tariqat yang lain.

Syarat seterusnya hendaklah bertawajjuh


kepada Zat Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Pandangan batinnya hendaklah sentiasa terarah ke
atas dan menyedari bahawa Allah Subhanahu Wa
Ta’ala sedang melihat, di samping itu menantikan
limpahan Faidhz dari sisiNya. Bertawajjuh
pandangan batin ke arah atas adalah kerana
memelihara Adab, bahawa kedudukan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala itu adalah atas daripada
sekelian makhluk dan dariNyalah sumber
limpahan Faidhz itu terlimpah. Wuquf Qalbi dan
bertawajjuh dengan sumber Faidhz adalah
merupakan rukun bagi zikir yang akan
menghasilkan Nisbat Kehadiran Bersama Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dan tanpa kedua-dua rukun
tersebut, mencapai Nisbat Kehadiran Bersama
Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah mustahil.

Syarat yang terakhir ialah ketika melakukan


zikir hendaklah menghentikan segala khayalan hati
dan was-was. Setiap kali hati mengkhayalkan
sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka
pada waktu itu juga hendaklah dijauhkan segala
khayalan tersebut supaya ingtan terhadap sesuatu
selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak dapat
menakluki hati dan di dalam Tariqat
Naqshbandiyah Mujaddidiyah ianya dinamakan
sebagai Nigah Dasyat.

Menahan nafas ketika berzikir amat


memberi faedah namun ianya bukanlah menjadi
suatu syarat. Dengan menahan nafas, kehangatan
di dalam Qalb akan terasa kemudian akan terbit
Syauq iaitu rasa rindu terhadap Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. Hatinya akan menjadi lembut dan
menafikan sebarang khayalan hingga mencapai
Zauq yakni rasa kenikmatan dalam berzikir dan
seterusnya akan menerbitkan rasa Cinta. Dengan
menahan nafas juga akan memungkinkan
seseorang Salik itu menjadi seorang Ahli Kasyaf.

Adapun syarat ketika melakukan Zikir Nafi


Itsbat hendaklah sentiasa ingat akan jumlah
bilangan yang ganjil dan ianya dinamakan sebagai
Wuquf ‘Adadi. Para Akabirin Naqshbandiyah telah
berkata bahawa Wuquf ‘Adadi merupakan
pelajaran pertama Ilmu Laduni yang mana dengan
melakukannya akan menghasilkan kaifiat dan ilmu
tersebut. Penyingkapan rahsia-rahsia dan segala
persoalan akan terjawab menerusi zikir ini. Zikir
ini adalah bersumber dari Hadhrat Khidhr
‘Alaihissalam dan diriwayatkan pengamalannya
dengan cara menahan nafas.

Ketika menahan nafas tersebut, hendaklah


mengucapkan kalimah Nafi Itsbat menurut kaifiat
dalam jumlah bilangan yang ganjil. Jika seseorang
Murid yang dapat menyebut kalimah Nafi Itsbat
sehingga mencapai jumlah bilangan 21 kali dalam
satu nafas namun masih belum memberikannya
sebarang manafaat, maka terbatallah amalannya
dan sia-sia serta tidak tergolong sebagai Ahli
Tariqat. Dia hendaklah memulakan perjalanannya
sekali lagi dan hendaklah menjaga kesemua syarat-
syarat ketika berzikir.

Adapun bagi golongan peringkat tinggi


mereka tidak lagi perlu berzikir sambil menahan
nafas ataupun sambil menutup mata kerana
amalan mereka adalah Muraqabah dan mereka
sentiasa berada dalam Musyahadah. Amalan
mereka merupakan Zikir Khafi yang tersembunyi
dalam Hakikat diri mereka dan hanya diketahui
oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
12. ZIKIR KHAFI
MENURUT Para Masyaikh, apabila Allah
Subhanahu Wa Ta’ala mengkehendaki seseorang
hamba itu termasuk ke dalam urusanNya, maka
Dia akan menyampaikan hamba itu untuk
berkhidmat kepada salah seorang dari RakanNya,
kemudian RakanNya itu akan menilai hal
keadaannya dan memberikan arahan untuknya
melakukan latihan Keruhanian dan Mujahadah
dan menyucikan batinnya dan menerusi
memperbanyakkan Zikir dan Fikir, Latifah-
Latifahnya yang tersembunyi itu akan kembali
bertawajjuh kepada asal usulnya.

Pada zaman ini, disebabkan kebanyakan


penuntut menghadapi lemah semangat dan
Himmat, kerana itulah Para Masyaikh
Naqshbandiyah Rahimahumullah semenjak awal
lagi mengarahkan murid mengamalkan jalan zikir
dan sebagai menggantikan amalan dan latihan
yang sukar serta Mujahadah dan ‘Ibadah yang
berat, mengarahkan amalan yang sederhana dan
sentiasa memerhatikan waktu untuk melaksanakan
‘Ibadah dan melakukankan Tawajjuh kepada
murid. Para Masyaikh Naqshbandiyah telah
mengarahkan sekelian Murid mereka menuruti
Sunnah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menjauhi segala
bentuk Bida’ah serta mengarahkan Para Murid
mereka untuk melakukan Zikir Khafi iaitu zikir
yang tersembunyi. Untuk menghasilkan nikmat
zikir yang berterusan Para Masyaikh
Naqshbandiyah telah menetapkan tiga jalan Zikir
Khafi iaitu:

1. Zikir Ismu Zat dan Nafi Itsbat


2. Muraqabah
3. Rabitah Syeikh.

Zikir Qalbi bererti mengingati Allah di


dalam hati dan Zikir Khafi bererti mengingati
Allah secara tersembunyi. Kaifiyat Zikir Qalbi dan
Khafi adalah berbeza dalam Tariqat-tariqat yang
lain. Ada yang berbeza pada lafaz zikir dan ada
juga yang berbeza dalam kaedah zikir. Sebagai
contoh, ada yang menggunakan lafaz Hu Allah
ketika menarik nafas dan Allah Hu ketika
menghembuskan nafas. Para Masyaikh di India
banyak yang mengamalkan Zikir Qalbi dengan
keluar masuk nafas. Kaedah zikir tersebut
dinamakan kaedah zikir Paas Anfas. Zikir Khafi
adalah mengingati Allah dengan cara yang
tersembunyi sama ada secara ucapan di hati
mahupun secara gambaran di hati atau di fikiran.
Zikir Khafi adalah suatu bentuk zikir yang
istimewa kerana ia memberikan kesan yang sangat
besar kepada orang yang senantiasa
mengamalkannya.
13. ZIKIR ISMU ZAT
ISMU Zat adalah Nama Allah. Ianya merupakan
nama bagi zat yang Wajibul Wujud yakni
kewujudanNya adalah wajib serta memiliki segala
sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat
kekurangan. Setiap murid atas jalan
Naqshbandiyah hendaklah memperbanyakkan
menyebut nama Allah di dalam hati tanpa
menggerakkan lidah pada setiap masa dan
keadaan, baik dalam keadaan berdiri, duduk,
berbaring atau berjalan.

Para Masyaikh Naqshbandiyah beramal


dengan ‘Azimah dan meninggalkan Rukhsah.
Beramal dengan ‘Azimah bererti beramal dengan
amalan yang lebih besar nilainya iaitu Fardhu,
Wajib, Sunat, Nafilah dan Mustahab manakala
meninggalkan Rukhsah bererti meninggalkan
keuzuran beribadat. Kerana itulah Para Masyaikh
telah memilih Zikir Khafi kerana ada dinyatakan
dalam Hadis Nabawiyah bahawa Zikir Khafi (Zikir
Tersembunyi) lebih baik dari Zikir Jihri (Zikir
Mengangkat Suara) dengan tujuh puluh darjah
kelebihan. Pada mula-mula menjalani Tariqat
Naqshbandiyah, Para Masyaikh mentalqinkan
Zikir Ismu Zat iaitu nama Allah kepada murid
mereka dengan kaifiat yang tertentu.
Caranya adalah seperti berikut, iaitu murid
hendaklah membersihkan hati dari sebarang
Khatrah iaitu kekhuatiran dalam hati dan sebarang
khayalan perkataan hati dengan melakukan
Istighfar dalam bilangan yang ganjil iaitu sebanyak
25 kali. Lenyapkan segala fikiran tentang perkara
yang telah lepas dan yang akan datang. Mohon
perlindungan Allah dari segala kejahatan dan tipu
daya Syaitan yang direjam dengan membaca
Ta’awuz lalu hendaklah membaca Bismillah dan
Surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas
bersama Bismillah sebanyak tiga kali dan
hadiahkan seluruh bacaan tadi kepada sekelian
Arwah Muqaddasah (Ruh-Ruh yang telah
disucikan) Para Mashaikh Akabirin Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah.

Seterusnya seseorang murid hendaklah


membayangkan maut yakni menghadirkan saat
kematian diri. Ini merupakan pintu bagi memasuki
Alam Ghaib dan menuju ke Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya juga merupakan pintu
bagi menghubungi Para Arwah Muqaddasah
Mashaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah.
Pada waktu sedang berzikir hendaklah
melenyapkan segala perkataan, kekhuatiran dan
khayalan di dalam hati dan fikiran yang selain
Allah. Hati hendaklah menyebut Allah Allah
dengan merendahkan diri. Jikalau kekhuatiran dan
khayalan hati itu tidak dapat dilenyapkan, maka
hendaklah membayangkan wajah Syeikh iaitu
orang yang mentalqinkan zikir. Bayangan Syeikh
hendaklah digambarkan dalam fikiran di
kedudukan antara dua kening, kemudian berada
pada kedudukan bertentangan dengan hati kita,
lalu memelihara bayangan wajah Syeikh di dalam
hati. Membayangkan wajah Syeikh disebut sebagai
Zikir Rabitah atau Rabitah Syeikh.

Rabitah yang sempurna ialah apabila kita


dapat mengambarkan diri kita sebagai Syeikh.
Setelah membersihkan hati dari kekhuatiran dan
khayalan hati, hendaklah sibuk melaksanakan
Zikir Khafi.

Untuk menghilangkan kekhuatiran dan


khayalan hati, hendaklah benar-benar
merendahkan diri dan hati melakukan Zikir Ismu
Zat dengan sempurna. Dalam melaksanakan zikir,
memelihara Wuquf Qalbi sangatlah penting iaitu
diri bertawajjuh terhadap hati dan hati bertawajjuh
kepada Zat Allah Ta’ala. Wuquf Qalbi amat
penting kerana berzikir tanpanya tidak
mendatangkan sebarang faedah. Berzikir tanpa
Wuquf Qalbi akan mendatangkan kehuatiran dan
khayalan hati. Hadhrat Shah Naqshband
Rahmatullah ‘alaih amat mengutamakan Wuquf
Qalbi dan menganggapnya sebagai syarat yang
wajib.
Sentiasa berzikir dengan memelihara syarat-
syaratnya iaitu tongkatkan lidah ke langit-langit
dan dengan menggunakan lidah hati hendaklah
menyebut Allah Allah di maqam Latifah Qalb iaitu
pada kedudukan dua jari di bawah tetek kiri
cenderung ke arah ketiak sambil memahami
pengertiannya iaitu, Zat Allah adalah bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan dan suci dari
segala sifat kekurangan. Letakkan dalam fikiran
bahawa diri kita beriman dengan Zat Allah
tersebut yakni mewujudkan Zat Allah dalam
fikiran dan disebutkan sebagai Wujud Zihni.
Sewaktu berzikir, badan dan lidah jangan sengaja
digerakkan dan bagi seseorang Salik, setiap
waktunya hendaklah berzikir menggunakan lidah
hatinya sehinggalah hatinya menjadi sentiasa
berzikir.

Seterusnya hendaklah berzikir Ismu Zat


iaitu Allah Allah pada maqam Latifah Ruh iaitu
pada kedudukan dua jari di bawah tetek kanan.
Seterusnya hendaklah berzikir Allah Allah pada
maqam Latifah Sirr iaitu pada kedudukan dua jari
dari tetek kiri menghadap ke dada. Seterusnya
hendaklah berzikir Allah Allah pada maqam
Latifah Khafi iaitu pada kedudukan dua jari dari
tetek kanan menghadap ke dada. Seterusnya
hendaklah berzikir Allah Allah pada maqam
Latifah Akhfa iaitu pada kedudukan di tengah-
tengah dada. Hendaklah memperbanyakkan zikir
pada setiap maqam Latifah sehingga zikir menjadi
sifat yang lazim bagi hati.

Setelah berhasil melakukan zikir pada


kesemua Latifah Alam Amar, hendaklah berzikir
Allah Allah pada maqam Latifah Nafs iaitu pada
kedudukan di tengah-tengah dahi. Seterusnya
hendaklah berzikir nama Allah pada maqam
Latifah Qalibiyah iaitu pada seluruh jisim. (Lihat
Rajah 3) Hendaklah berzikir dengan merasakan
kedengaran suara dalam diri menyebut Allah
Allah pada setiap zarah, urat dan saraf serta
seluruh rambut. Ini merupakan amalan dalam
Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah dan
biasa dikenali sebagai Sultanul Azkar ataupun
Zikir Kulli Jasad.
KAIFIYAT ZIKIR ISMU ZAT
1. Istighfar - 25x [Astaghfirullaha Robbi Ming Kulli
Zanbin Wa Atubu Ilaihi]
2. Alhamdu Syarif - 1x [Surah Al-Fatihah dengan
A’uzubillah dan Bismillah]
3. Qul Huwa Allah - 3x [Surah Al-Ikhlas dengan
Bismillah]
4. Hadiahkan pahala bacaan tersebut kepada
sekelian Arwah Para Masyaikh: - [Ucapkan, “Ya
Allah! Telah ku hadiahkan seumpama pahala
bacaan Fatihah dan Qul Hu Allah kepada
sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh Kibaar
Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah”]
5. Bayangkan hadirnya Maut: - [Ucapkan dalam
hati, "Aku sudah mati, dimandikan orang,
dikapankan orang, disembahyangkan orang,
dihantarkan orang jenazah aku ke dalam liang
lahad”]
6. Khayalkan hati sedang mengucapkan Allah
Allah… tanpa menggerakkan lidah.
7. Tawajjuhkan diri terhadap hati dan hati
bertawajjuh kepada Allah Taala. Ini adalah
Wuquf Qalbi.
8. Sentiasa Muraqabah dengan mengkhayalkan
limpahan Faidhz dari Allah Ta’ala jatuh ke hati
kita.
9. Sesudah beberapa lama kemudian, ucapkan
dalam hati dengan rasa rendah diri dan
mengharap dengan ucapan Baz Gasht : -
• “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Matlubi,
A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka” - [Arab]
atau,
• “Khudawanda! Maqsudi Man Tui Wa Ridhoi
Tu, Mahabbat Wa Ma'rifati Khud Badih” -
[Parsi] yang bermaksud, “Ya Tuhanku!
Maksudku hanyalah Engkau dan Keredhaan
Mu, Kurniakanlah Cinta dan Ma'rifat Mu”
• Wuquf Qalbi dan Baz Gasht adalah di antara
syarat-syarat Zikir. Jika berwudhuk sangatlah
besar faedahnya namun ia bukanlah syarat.
10. Pada waktu kelapangan samada dalam satu
majlis atau majlis yang berbilang-bilang,
hendaklah mengerjakan zikir ini sebanyak 24
ribu kali sehari semalam, lebih kurang dalam 2
setengah jam untuk dilakukan.
11. Begitulah ketika berjalan, berbaring, bangun
dan duduk, samada berwudhuk ataupun tidak,
setiap waktu dan keadaan hendaklah tetap tekun
berzikir sehinggalah amalan zikir itu menjadi
sifat yang lazim bagi hati.

Semoga Allah Memberikan Taufiq.


14. ZIKIR NAFI ITSBAT
PARA Masyaikh Naqshbandiyah seterusnya akan
mentalqinkan Zikir Nafi Itsbat kepada murid
setelah mereka melakukan Zikir Ismu Zat dengan
sempurna. Adapun Zikir Nafi Itsbat itu adalah
zikir kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH dalam
bilangan yang ganjil dengan keadaan menahan
nafas dan disertai kalimah MUHAMMADUR
RASULULLAH ketika melepaskan nafas.

Kaifiat cara melakukan zikir Nafi Itsbat


adalah seperti berikut, iaitu hendaklah menahan
Nafas di bawah pusat dan tongkatkan lidah ke
langit-langit. Dengan menggunakan lidah hati,
hendaklah menyebut lafaz LA dengan menariknya
dari pusat hinggalah ke otak dan ketika menyebut
lafaz ILAHA hendaklah membawanya ke arah
bahu kanan dan ketika menyebut lafaz ILLA
ALLAH hendaklah dipalukan ke hati dengan
merasakan kesannya terhadap kelima-lima Lataif
Alam Amar.

Kesan paluan itu juga hendaklah dirasakan


ke seluruh anggota tubuh badan yang mewakili
kelima-lima Lataif Alam Khalaq. Sewaktu
menyebut kalimah yang mulia ini hendaklah
memahami akan makna dan pengertiannya iaitu,
“Daku tidak bermaksud kepada selain dari Zat
Allah Yang Maha Suci”.

Adalah menjadi syarat sewaktu melakukan


Zikir Nafi, hendaklah menafikan kewujudan diri
dan sekelian yang wujud manakala ketika Zikir
Itsbat, hendaklah mengitsbatkan hanya Zat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang Maha Suci. Zikir ini
hendaklah dilakukan dalam keadaan berdiam diri
dengan tidak menggerakkan sebarang anggota
tubuh badan. Jika murid tidak dapat menahan
nafas kerana sukar maka hendaklah berzikir
dengan tanpa menahan nafas kerana menahan
nafas bukanlah syarat.

Walaubagaimanapun, berzikir sambil


menahan nafas amatlah berfaedah kerana
dengannya hati akan terasa kepanasan zikir lalu
menjadikan hati itu lembut dan mampu menepis
sebarang khayalan di samping melahirkan rasa
Shauq, Zauq dan Cinta Mahabbah. Dengan berzikir
secara menahan nafas ini juga akan
memungkinkan seseorang murid itu dapat
mencapai Kashaf. Zikir Nafi Itsbat ini hendaklah
dilakukan dalam jumlah bilangan yang ganjil di
dalam satu nafas dan ini dikenali sebagai Wuquf
‘Adadi kerana murid perlu memerhatikan dan
berjaga-jaga terhadap bilangan yang ganjil.
Para Masyaikh berkata bahawa Wuquf
‘Adadi merupakan matapelajaran awal dalam Ilmu
Laduni yang mana dengan mengamalkannya
seseorang itu akan memperolehi Kaifiat Ilmu serta
Ilmu itu sendiri. Memohon rahsia-rahsia Kashaf
adalah menerusi zikir seperti ini yang mana ianya
diriwayatkan bersumber dari Hadhrat Khidhzr
‘Alaihissalam. Sebaik-baiknya dalam satu nafas
dapat menyebut 21 kali Zikir Nafi Itsbat. Ketika
melepaskan nafas hendaklah menyebut lafaz
MUHAMMADUR RASULULLAH di dalam hati.
Setelah berzikir beberapa lama hendaklah
menyebut lafaz Baz Gasht di dalam hati beberapa
kali dengan merendahkan diri dan dengan penuh
pengharapan iaitu melafazkan:

“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka Matlubi”


dalam Bahasa Arab yang pengertiannya dalam
Bahasa Melayu adalah seperti berikut,
“Ya Tuhanku, Engkaulah maksudku dan
keredhaan-Mu lah yang ku tuntut”.

Murid hendaklah melazimkan zikir dalam


setiap keadaannya sama ada sedang berjalan,
berdiri, berbaring, bangun, duduk, makan, minum
dan pada setiap masa dan waktu dengan sentiasa
memerhatikan keadaan hati dengan melakukan
Nigah Dasyat dan Wuquf Qalbi supaya dapat
menghasilkan penyucian batin dan melahirkan
kehadiran dan tawajjuh hati terhadap Zat Allah
Ta’ala.

Antara tanda-tanda penyucian batin di


kalangan Ahli Kashaf ialah terzahirnya cahaya-
cahaya Nur pada setiap Latifah dan mengalami
Musyahadah. Jika seseorang penuntut itu tidak
memperolehi sebarang manafaat dan kesan
sepertimana yang telah dijelaskan maka amalannya
adalah terbatal dan sia-sia serta tidak termasuk ke
dalam golongan Ahli Tariqat. Hendaklah dia
mengulangi semua amalannya semula dengan
memerhatikan kesemua syarat-syaratnya dengan
baik.

Para Masyaikh Naqshband telah


menerangkan cahaya Nur yang berbeza-beza bagi
setiap Latifah. Adapun Nur Qalb adalah Kuning,
dan Nur Ruh adalah Merah, dan Nur Sir adalah
Putih, dan Nur Khafi adalah Hitam, dan Nur
Akhfa adalah Hijau. Apabila penuntut
menyaksikan Musyahadah cahaya-cahaya Nur ini
di luar dirinya maka ianya disebut sebagai Sair
Afaqi dan jika dia melihat dan merasakan cahaya-
cahaya Nur ini di dalam diri batinnya maka ia
dikatakan sebagai Sair Anfusi.

Hadhrat Shah Ghulam ‘Ali Dehlawi


Rahmatullah ‘Alaih telah berkata bahawa Sair
Afaqi adalah dari bawah ‘Arash sehinggalah
sebawah-bawahnya dan Sair Anfusi pula adalah
dari atas ‘Arash sehinggalah seatas-atasnya yakni
apabila seseorang Salik itu bertawajjuh dari dirinya
sehingga ke ‘Arash maka ia adalah Sair Afaqi dan
apabila Salik itu tawajjuhnya tertarik ke bahagian
atas ‘Arash maka di situlah permulaan Sair Anfusi
bagi dirinya.

Para Ahli Kashaf boleh melihat sendiri


cahaya-cahaya Nur dalam Musyahadah mereka
dan boleh memilih sendiri untuk melakukan mana-
mana Sair Afaqi mahupun Anfusi.
Walaubagaimanapun, dalam zaman ini pemakanan
yang halal sukar diperolehi maka ahli-ahli Kashaf
‘Ayani juga turut berkurangan. Terdapat dua jenis
Kashaf iaitu Kashaf ‘Ayani dan Kashaf Wijdani.
Perbezaan di antara dua jenis Kashaf ini ialah
seseorang yang memiliki Kashaf ‘Ayani dapat
melihat dan Musyahadah secara zahir dan jelas
perjalanan dari suatu maqam ke maqam yang lain
dan menyaksikan pergerakannya.

Ahli Kashaf Wijdani pula tidak dapat


melihat dan menyaksikan sebarang perjalanan dan
pergerakan dari suatu maqam ke maqam yang lain
tetapi hal ehwal keadaannya dan Warid hasil
perubahan dalam dirinya dapat dirasakannya
seperti perumpamaan angin yang berhembus,
secara zahirnya ia tidak dapat dilihat tetapi dengan
keupayaan deria rasa kita dapat merasai kuat dan
lembutnya hembusan angin.

Seandainya seseorang penuntut itu


langsung tidak dapat merasai perubahan dalam
dirinya menerusi Kashaf ‘Ayani mahupun
menerusi Kashaf Wijdani, maka mengkhabarkan
tentang maqam-maqam Latifah dan perkhabaran
baiknya adalah seumpama menyebarkan
keburukan nama perjalanan Tariqat.

Semoga Allah mengurniakan kita Kashaf dan


memelihara kita dari sebarang keburukan, Amin!

Adapun, jalan yang kedua adalah dengan cara


Muraqabah yang akan faqir jelaskan pada
lembaran-lembaran seterusnya.

KAIFIYAT ZIKIR NAFI ITSBAT


1. Istighfar - 25x [Astaghfirullaha Robbi Ming Kulli
Zanbin Wa Atubu Ilaihi]
2. Alhamdu Syarif - 1x [Surah Al-Fatihah dengan
A’uzubillah dan Bismillah]
3. Qul Huwa Allah - 3x [Surah Al-Ikhlas dengan
Bismillah]
4. Hadiahkan pahala bacaan tersebut kepada
sekelian Arwah Para Masyaikh: - [Ucapkan, “Ya
Allah! Telah ku hadiahkan seumpama pahala
bacaan Fatihah dan Qul Hu Allah kepada
sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh Kibaar
Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah”]
5. Bayangkan hadirnya Maut: - [Ucapkan dalam
hati, "Aku sudah mati, dimandikan orang,
dikapankan orang, disembahyangkan orang,
dihantarkan orang jenazah aku ke dalam liang
lahad”]
6. Buang nafas dan tahan di bawah pusat serta
tongkatkan lidah ke langit-langit. Hati
mengucapkan LA sambil menariknya dari pusat
hinggalah ke otak dan ketika menyebut lafaz
ILAHA hendaklah membawanya ke arah bahu
kanan dan ketika menyebut lafaz ILLA ALLAH
hendaklah dipalukan ke hati dengan merasakan
kesannya terhadap kesemua Lataif Alam Amar
dan Alam Khalaq tanpa menggerakkan lidah dan
anggota tubuh badan. Zikir dalam bilangan
ganjil dan ketika hendak melepaskan nafas
ucapkan MUHAMMADUR RASULULLAH.
7. Tawajjuhkan diri terhadap hati dan hati
bertawajjuh kepada Allah Taala. Ini adalah
Wuquf Qalbi.
8. Sentiasa Muraqabah dengan mengkhayalkan
limpahan Faidhz dari Allah Ta’ala jatuh ke hati
kita.
9. Sesudah beberapa lama kemudian, ucapkan
dalam hati dengan rasa rendah diri dan
mengharap dengan ucapan Baz Gasht : -
• “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Matlubi,
A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka” - [Arab]
atau,
• “Khudawanda! Maqsudi Man Tui Wa Ridhoi Tu,
Mahabbat Wa Ma'rifati Khud Badih” - [Parsi]
yang bermaksud,
• “Ya Tuhanku! Maksudku hanyalah Engkau dan
Keredhaan Mu, Kurniakanlah Cinta dan
Ma'rifat Mu”
• Wuquf Qalbi dan Baz Gasht adalah di antara
syarat-syarat Zikir. Jika berwudhuk sangatlah
besar faedahnya namun ia bukanlah syarat.
Begitu juga menahan nafas bukanlah syarat
namun mengandungi rahsia dan faedah yang
amat besar.
10. Pada waktu kelapangan samada dalam satu
majlis atau majlis yang berbilang-bilang,
hendaklah mengerjakan zikir ini sebanyak 2 ribu
kali sehari semalam, lebih kurang dalam dua jam
untuk dilakukan.
11. Begitulah ketika berjalan, berbaring, bangun
dan duduk, samada berwudhuk ataupun tidak,
setiap waktu dan keadaan hendaklah tetap tekun
berzikir sehinggalah amalan zikir itu menjadi
sifat yang lazim bagi hati.

Semoga Allah Memberikan Taufiq.


15. MURAQABAH
MURAQABAH pada pengertian bahasa bermakna
‘Berjaga-jaga’ namun pada pengertian istilah
Tariqat Tasawwuf ia bermaksud menantikan
limpahan Faidhz dari sisi Allah Subhanahu Wa
Ta’ala. Dalil amalan Muraqabah adalah
berdasarkan Nas Al-Quran,
“Wa Fi Anfusikum, Afala Tubsirun”
Terjemahannya: Dan di dalam diri kamu, apa
tidakkah kamu memerhatikannya?

Di dalam ayat Ilahi ini menyatakan bahawa


di dalam diri insan itu terdapat Latifah-Latifah
dengan cahaya Nur yang berbeza yang hanya
dapat dikenalpasti menerusi Muraqabah. Apabila
kandungan ayat tersebut difikirkan dengan lebih
mendalam dapatlah difahami bahawa Dia
memerintahkan kita supaya sentiasa berkeadaan
berjaga-jaga dan Syuhud. Menerusi Muraqabah,
seseorang Salik akan dapat menempuh kesemua
maqam-maqam Ruhani dan di dalam batinnya
akan terlimpahlah Nur-nur dan Rahsia-rahsia
Rabbaniyah (Ketuhanan) kepada dirinya secara
berterusan. Kerana itulah seseorang ‘Arif Kamil
yang telah mencapai darjat yang tinggi, apa sahaja
yang mereka lihat adalah merupakan penglihatan
dari matahati. Dari Qalb sehinggalah ke La Ta’yin,
kesemua wilayah-wilayah yang merangkumi Sair
Qadami dan Sair Nazari adalah terhasil menerusi
Muraqabah.

Menerusi Muraqabah jugalah akan mudah


terhasilnya Dawam Hudhur iaitu sentiasa berada
dalam Kehadiran Allah Subhanahu Wa Ta’ala,
merasakan bahawa limpahan dari sisi Allah
Subhanahu Wa Ta’ala senantiasa terlimpah ke atas
kita pada setiap waktu dan keadaan. Ini
merupakan martabat Ihsan iaitu merasakan seolah-
olah kita melihat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
ataupun merasakan bahawa Allah Subhanahu Wa
Ta’ala sedang memerhati kita. Ihsan juga
diistilahkan sebagai Syuhud atau Musyahadah dan
inilah merupakan usaha perjuangan Para Auliya
dan Asfiya, supaya sentiasa berasa Kehadiran
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Muraqabah lazimnya dikaitkan dengan


berkhalwat atau bersunyi diri. Khalwat adalah
mengosongkan hati dari ingatan selain Allah dan
mengosongkan hati dari pandangan terhadap
makhluk. Menerusi Muraqabah ianya dapat
menghalang hati kita dari mengingati makhluk
selain Allah meskipun orang yang bermuraqabah
tersebut duduk dan bergaul bersama-sama dengan
makhluk. Adapun sesetengah orang yang
melakukan Muraqabah dengan menutupkan
kepala dengan kain dan menutup mata adalah
untuk membolehkan seseorang Salik itu
memberikan Tawajjuh yang sempurna terhadap
Zat Allah Ta’ala dengan hati yang tenang dan
tenteram. Melakukan Khalwat sambil menutup
kepala dengan kain dinamakan Khalwat Saghirah.
Melakukan Muraqabah sambil menahan nafas juga
ada diamalkan oleh sebilangan besar Masyaikh
namun ia bukanlah wajib. Walaubagaimanapun
banyak rahsia yang akan dapat diperolehi apabila
seseorang Salik itu dapat mengawal pernafasannya
kerana ia dapat meningkatkan penumpuan.

Muraqabah hendaklah dilakukan dalam


keadaan tenang dan carilah tempat yang tenteram
dan sebaik-baiknya dalam keadaan suci dari hadas
kecil dan besar sambil duduk menghadap Kiblat.
Jika melakukan Muraqabah secara berjemaah maka
hendaklah duduk dalam satu bulatan dan
sekiranya ramai maka hendaklah duduk rapat-
rapat dengan menghadapkan diri kepada Syeikh.

Seluruh pemikirannya hendaklah


bertawajjuh Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan memberikan tumpuan kepada suatu gambaran
yang bersifat abstrak di dalam fikiran. Sebutkan
Allah Allah dalam hati sambil membayangkan
limpahan yang bersifat Nur terlimpah dari sisi atas
dan jatuh kepada Latifah-Latifah pada tubuh
badan.
16. KAIFIYAT
MURAQABAH
AWAL Muraqabah memang agak sukar untuk
mensucikan Allah pada gambaran abstrak di dalam
fikiran namun hendaklah terus memberikan
penumpuan kepada limpahan dari Allah untuk
mensucikan segala gambaran abstrak tersebut
dengan pengertian yang suci.

Hendaklah bersungguh-sungguh berusaha


mensucikan makna Allah dari segala pengertian
yang tidak layak untukNya. Berikan sepenuh
penumpuan terhadap makna Allah dan elakkan
dari mencampur adukkanNya dengan tumpuan
terhadap lintasan hati dan nafsu atau perkara-
perkara keduniaan.

Jika dia menyedari dirinya telah


menumpukan ingatan kepada selain Allah maka
hendaklah dia cepat-cepat bermunajat dengan
mengucapkan kalimah Baz Gasht iaitu lafaz,
“Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhaka Matlubi,
A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka”
beberapa kali di dalam hati dan segera kembali
memberikan penumpuan terhadap limpahan Allah
dan pengertian makna Allah.
Fikiran hendaklah dikosongkan dari segala
ingatan yang selainNya dan begitu juga hati perlu
dikosongkan dari sebarang Ghairullah yakni segala
sesuatu selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Bayangkan dalam fikiran bahawa suatu


pancaran cahaya Nur dari arah atas ‘Arash sentiasa
terlimpah ke atas kesemua sepuluh Latifah
seterusnya menghidupkan kesemua Latifah
tersebut untuk berzikir mengingati Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Muraqabah secara amaliahnya memerlukan


kekuatan hati dan fikiran dan perlu dilakukan
secara berterusan kerana segala gambaran abstrak
dalam fikiran manusia itu selalunya dikotori
dengan gambaran-gambaran Hawa, Nafsu, Syaitan
dan Dunia. Dalam Tariqat Naqshbandiyah
Mujaddidiyah terdapat beberapa peringkat
Muraqabah seperti Muraqabah Ahadiyat,
Muraqabah Ma’iyat, Muraqabah Aqrabiyat dan
sebagainya.

Menurut Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam


‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Muraqabah
merupakan kaedah Zikir Khafi kedua sesudah
Ismu Zat dan Nafi Itsbat yang diamalkan dalam
Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah,
yakni seseorang itu memberikan tumpuan
Tawajjuh terhadap hatinya dan mensucikannya
dari sebarang ingatan dan khayalan tentang selain
Allah serta sentiasa memerhatikan limpahan
Faidhz Ilahi terlimpah pada hati tanpa perantaraan
Zikir dan tanpa perantaraan Murshid.

Adalah dikehendaki seseorang itu agar


setiap waktu memberikan Tawajjuh terhadap Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan merendahkan
diri dan hati sehingga dirinya tenggelam dalam
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan keadaan ini
hendaklah berkekalan dalam dirinya kerana ianya
merupakan suatu Nikmat yang agung dari sisi Zat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala Yang Maha Suci.
Daimi Tawajjuh yakni penumpuan yang
berterusan merupakan suatu tahap Zikir yang amat
tinggi dan merupakan maksud bagi sekelian
bentuk zikir.

Yang dituntut daripada amalan Zikir adalah


Hudhur Ma’a Allah yakni mencapai kehadiran
bersama-sama Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
bukanlah sekadar Zikir itu sahaja yang bertindak
sebagai perantaraan. Hanya itulah sahaja maksud
yang dituntut lupakan kepada segala yang lain.

Menururt Para Masyaikh, melakukan


Muraqabah dengan penuh Jazbah akan membawa
lebih pendekatan terhadap Zat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala mengatasi amalan Zikir Nafi Itsbat.
Jika seseorang Murid berjaya melakukan
Muraqabah secara Daimi yakni berterusan, maka
dia mencapai kedudukan Wizarat (Kata Jamak bagi
Wazir). Akan terbukalah Kasyaf perkataan-
perkataan hati dalam dirinya dan mencapai
Tasarruf dengan kehidupan Alam Malak dan Alam
Malakut. Namun keupayaan untuk melakukan
Muraqabah tidak akan terhasil dengan mudah
tanpa amalan Zikir yang banyak dan tanpa
bersahabat dengan Syeikh.

Maka Seseorang Murid hendaklah sentiasa


memperbanyakkan Zikir sepertimana yang telah
ditalqinkan oleh Syeikhnya dan hendaklah sentiasa
melakukan Rabitah dengan Syeikhnya agar
dapatlah dia menikmati Limpahan Faidhz secara
berterusan dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
17. MURAQABAH
AHADIYAT
PADA permulaan melakukan Muraqabah,
hendaklah kita benar-benar memahami Mabda
Faidhz (Tempat Punca Limpahan) dan Mawrid
Faidhz (Tempat Terima Limpahan). Hendaklah
membayangkan atau mengkhayalkan bahawa
suatu limpahan dari sisi Zat Yang Maha Tinggi
yang berupa cahaya turun melimpah ke atas hati
kita.

Bayangkanlah limpahan Faidhz dari sisi


Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang berupa cahaya
turun ke atas Latifah Qalb dengan limpahan yang
senantiasa mencurah-curah secara berterusan
setiap masa dan keadaan sehinggalah kita
mendapat kenikmatan dalam Syuhud dan
Musyahadah atau disebut Martabat Ihsan yang
hanya dapat diperolehi menerusi latihan
Muraqabah.

Semoga Allah memberikan kita Taufiq.


Seterusnya hendaklah melakukan Muraqabah
Ahadiyat pada setiap Latifah Alam Amar iaitu
pada Latifah Qalb, Latifah Ruh, Latifah Sirr, Latifah
Khafi dan pada Latifah Akhfa dengan lafaz niat
seperti berikut:
LATIFAH QALB

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’


Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis
Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Qalb Man
Ast.” [Bahasa Farsi]
Terjemahan: Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat
Yang Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan
Suci Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan.
Mawrid Faidhz adalah pada Latifah Qalb Ku.

LATIFAH RUH

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’


Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis
Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Ruh Man Ast.”
Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang
Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci
Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid
Faidhz adalah pada Latifah Ruh Ku.

LATIFAH SIRR

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’


Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis
Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Sirr Man Ast.”
Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang
Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci
Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid
Faidhz adalah pada Latifah Sirr Ku.
LATIFAH KHAFI

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’


Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis
Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Khafi Man
Ast.”
Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang
Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci
Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid
Faidhz adalah pada Latifah Khafi Ku.

LATIFAH AKHFA

“Faidhz Mi Ayad Bar Man Az Zate Keh Mustajmi’


Jami’ Sifat Kamal Wa Munazzah Az Har Naqis
Wa Zawal. Mawrid Faidhz Latifah Akhfa Man
Ast.”
Faidhz terlimpah ke atasku dari Zat Yang
Terhimpun Segala Sifat Yang Sempurna Dan Suci
Dari Segala Kelemahan Dan Kekurangan. Mawrid
Faidhz adalah pada Latifah Akhfa Ku.

Para Masyaikh Naqshbandiyah


Mujaddidiyah telah menetapkan bahawa setiap
Latifah Alam Amar perlu dilakukan Muraqabah
secara berasingan dan ianya bermaksud agar setiap
Latifah itu diterokai satu persatu kerana setiap
Latifah Alam Amar adalah suatu alam yang
berasingan dan setiap alam adalah tidak sama
antara satu dengan yang lain. Maka hendaklah
menempuhnya satu persatu.

Muraqabah bererti memerhatikan limpahan


Faidhz dari sumber Faidhz iaitu Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala dengan memelihara
bayangan limpahan Faidhz tersebut senantiasa
terlimpah pada Mawrid Faidhz yakni Latifah-
latifah yang tertentu secara berterusan. Adapun,
limpahan Faidhz dari Hadhrat Haq Subhanahu Wa
Ta’ala yang diterima pada Latifah seseorang Salik,
maka Latifah itu merupakan Mawrid Faidhz dan
kerana itulah Para Masyaikh telah menetapkan
bagi seseuatu maqam itu dengan Muraqabah yang
berasingan.

Bagi penerokaan Daerah Imkan mereka


telah mengarahkan Para Murid melakukan
Muraqabah Ahadiyat. Ianya merupakan
Muraqabah terhadap Zat Yang Maha Memiliki
Ketinggian yang terhimpun padaNya segala sifat
kesempurnaan dan suci dari sebarang kekurangan
dan kelemahan dan Zat tersebut dinamakan
dengan suatu nama yang agung lagi diberkati iaitu
Allah.

Ketahuilah bahawa pada setiap Muraqabah


Latifah hendaklah benar-benar memerhatikan
Mawrid Faidhz iaitu tempat limpahan itu diterima.
Kesemua Latifah itu setiap satu darinya adalah dari
Hadhrat Masyaikh Kiram Silsilah ‘Aliyah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehinggalah kepada
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam iaitu dengan cara
membayangkan bahawa dada mereka berhadapan
secara ‘akas bertentangan atau disebut Ta’akkus.

Gambaran mereka berada dalam keadaan


seperti kita sedang melihat cermin.Bayangan
gambaran hendaklah dilakukan dengan
membayangkan dari limpahan Faidhz yang khusus
kepada Latifah yang khusus pada diri secara
terbalik sebagaimana yang dikehendaki dengan
ungkapan “Ana ‘Inda Zonni ‘Abdi Bi” yakni Allah
adalah bertindak menurut sangkaan hambaNya
terhadapNya. Sesungguhnya ia adalah mudah bagi
Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk melakukannya.

Setelah Murid sempurna melakukan


Muraqabah Ahadiyat, seterusnya hendaklah
melakukan Muraqabah Tajalliyat pada setiap satu
Maqam Latifah Alam Amar iaitu pada Latifah
Qalb, Latifah Ruh, Latifah Sirr, Latifah Khafi dan
Latifah Akhfa dengan lafaz niatnya seperti yang
akan dinyatakan nanti.

Wama Zalika ‘Ala Allahi Bi ‘Aziz


MURAQABAH TAJALLIYAT
LATIFAH QALB
Bayangkan Latifah Qalb diri berkedudukan
berhadapan dengan Latifah Qalb Mubarak
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz
niatnya:
“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Af’aliyah Keh Az Latifah
Qalb Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu
Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi
Wabarik Wasallam Dar Latifah Qalb Hadhrat
Adam ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah,
Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Qalb Man Ilqa
Kun”
Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz
Tajalliyat Af’aliyah dari Latifah Qalb Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam pada Latifah Qalb Hadhrat Adam
‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Qalb ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT
LATIFAH RUH
Bayangkan Latifah Ruh diri berkedudukan
berhadapan dengan Latifah Ruh Mubarak Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya:
“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Sifat Tsubutiyah Keh Az
Latifah Ruh Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa
Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Ruh
Hadhrat Nuh Wa Ibrahim ‘Alaihimassalam
Ifadhzah Farmudah, Bihurmati Piran Kibar Dar
Latifah Ruh Man Ilqa Kun”
Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz
Tajalliyat Sifat Tsubutiyah dari Latifah Ruh
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada Latifah Ruh
Hadhrat Nuh dan Hadhrat Ibrahim
‘Alaihimassalam, dengan kehormatan Para
Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Ruh ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT
LATIFAH SIRR
Bayangkan Latifah Sirr diri berkedudukan
berhadapan dengan Latifah Sirr Mubarak Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz niatnya:
“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Shuyun Zatiyah Keh Az
Latifah Sirr Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa
Ashabihi Wabarik Wasallam Dar Latifah Sirr
Hadhrat Musa ‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah,
Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Sirr Man Ilqa
Kun”
Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz
Tajalliyat Shuyun Zatiyah dari Latifah Sirr Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam pada Latifah Sirr Hadhrat Musa
‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Sirr ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT
LATIFAH KHAFI
Bayangkan Latifah Khafi diri berkedudukan
berhadapan dengan Latifah Khafi Mubarak
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya menyebut lafaz
niatnya:
“Ilahi, Faidhz Sifat Salbiyah Keh Az Latifah Khafi
Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta’ala
‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Ashabihi Wabarik
Wasallam Dar Latifah Khafi Hadhrat ‘Isa
‘Alaihissalam Ifadhzah Farmudah, Bihurmati
Piran Kibar Dar Latifah Khafi Man Ilqa Kun”
Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz
Sifat Salbiyah dari Latifah Khafi Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam pada Latifah Khafi Hadhrat ‘Isa
‘Alaihissalam, dengan kehormatan Para Masyaikh
Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Khafi ku.

MURAQABAH TAJALLIYAT
LATIFAH AKHFA
Bayangkan Latifah Akhfa diri
berkedudukan berhadapan dengan Latifah Akhfa
Mubarak Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seraya
menyebut lafaz niatnya:
“Ilahi, Faidhz Tajalliyat Shan Jami’ Keh Az
Latifah Akhfa Hadhrat Muhammad Rasulullah
Sallallahu Ta’ala ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa
Ashabihi Wabarik Wasallam Ifadhzah Farmudah,
Bihurmati Piran Kibar Dar Latifah Akhfa Man
Ilqa Kun”
Terjemahan: Ya Tuhanku, limpahkanlah Faidhz
Tajalliyat Shan Jami’ dari Latifah Akhfa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, dengan kehormatan Para
Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah Mujaddidiyah
hubungkanlah pada Latifah Akhfa ku.
18. RABITAH
RABITAH pada bahasa bererti ikatan dan pada
istilah bererti ikatan Ruhaniah antara Murid
dengan Syeikh Murshid. Rabitah adalah suatu
Wasilah yang bererti Qurbah yakni jalan
pendekatan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Para Masyaikh Kiram Naqshbandiyah


Mujaddidiyah telah menetapkan bahawa Rabitah
adalah suatu Wasilah yang sempurna kerana bagi
seseorang Murid itu dalam perjalanannya menuju
kepada Allah, dia perlu sentiasa mencari jalan
pendekatan untuk berada dalam kehadiran
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila dia merasakan bahawa Allah Yang


Maha Suci dan Maha Tinggi itu terlalu jauh untuk
dicapainya, maka hendaklah dia bersama dengan
orang-orang yang benar yang sentiasa bersama
dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sama ada secara Zahir mahupun Batin.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman


dalam Surah Al-Maidah ayat 35 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah
kepada Allah dan carilah jalan Wasilah yang
mendekatkan diri kepadaNya dan
bermujahadahlah pada jalanNya, supaya kamu
mendapat kejayaan.”

Orang-orang beriman telah diperintahkan


oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar berwasilah
kerana amalan Wasilah itu dapat mendekatkan diri
seseorang kepada kehadiran Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.

Apabila diperintahkan untuk mencari


Wasilah, maka di sisi sekelian Para Masyaikh
Naqshbandiyah Mujaddidiyah, Rabitah adalah
jalan yang paling dekat untuk mencapai kehadiran
Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kerana
hakikat Wasilah yang dapat membawa seseorang
Murid itu mencapai kehadiran Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala hanyalah dengan mencintai
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Hadharat
Para Masyaikh.

Maksud Rabitah yang sebenar adalah


menghubungkan Ruh kita dengan Ruhaniah Para
Masyaikh dan Ruhaniah Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah At-
Taubah ayat 119 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah
kepada Allah dan hendaklah kamu bersama
dengan Para Siddiqin yang benar.”
Rabitah bererti mewujudkan suatu ikatan
Ruhaniah yang bersifat Batin dengan orang-orang
yang telah disucikan Ruhnya iaitu Syeikh, Para
Masyaikh, Para Sahabat dan Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam, yang merupakan hamba-hamba Allah
yang Salihin dan Siddiqin.

Hadhrat Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq


Radhiyallahu ‘Anhu sentiasa berabitah dengan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sepertimana ada
dinyatakan dalam sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Al-Bukhari
Rahmatullah ‘alaih seperti berikut,
“Bahawa Hadhrat Abu Bakar As-Siddiq
mengadukan halnya kepada Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bahawa
dia tidak pernah lekang berpisah dari Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam sehinggakan walau sampai ke dalam
bilik air.”

Yang dimaksudkan dengan tidak pernah


lekang berpisah adalah ikatan Rabitahnya dengan
Ruhaniah Nabi.
RABITAH SYEIKH
RABITAH mempunyai berbagai pengertian yang
khusus sepertimana Hadhrat Shah Abu Sa’id
Dehlawi Naqshbandi Mujaddidi Rahmatullah
‘alaih yang merupakan Khalifah Kanan kepada
Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan di dalam
kitabnya Hidayatut Talibin bahawa,
“Rabitah perlu ketika memulakan zikir iaitu
dengan membayangkan wajah Syeikh yang telah
mentalqinkan zikir kepadanya pada kedudukan
berhadapan dengan hatinya atau di dalam hatinya
dengan memelihara gambaran bayangan tersebut
dan disebut sebagai Nigah Dasyat dan
memberikan kesan yang amat sempurna bagi
menghilangkan sebarang khawatir dan khayalan
dan di sisi Para Masyaikh Naqshbandiyah,
membayangkan rupa wajah Syeikh adalah disebut
sebagai Zikir Rabitah.”

Menghadirkan Rabitah adalah bererti


menghadirkan wajah Syeikh ketika hendak
berzikir. Menurut Hadhrat Syeikh Muhammad Bin
‘Abdullah Al-Khani Al-Khalidi dalam kitabnya
Bahjatus Saniyah, terdapat 6 kaedah melakukan
Rabitah Syeikh iaitu seperti berikut:
1. Menghadirkan wajah Syeikhnya di depan
mata dengan sempurna.
2. Membayangkan Syeikhnya sedang berada di
kanan dan kirinya sambil memusatkan
perhatian kepada Ruhaniah Syeikh.
3. Mengkhayalkan rupa wajah Syeikh di
tengah-tengah dahi.
4. Menghadirkan rupa wajah Syeikh di tengah-
tenagh hati.
5. Mengkhayalkan rupa wajah Syeikh di
tengah-tengah dahi di antara dua kening,
kemudian menurunkan gambaran tersebut
ke tengah-tengah hati.
6. Menafikan wujud diri dan mentsabitkan
wujud Syeikh di dalam dirinya.

Rabitah merupakan suatu ibarat bagi


memelihara rupa wajah Syeikh di dalam fikiran
atau di dalam hati seseorang Murid ataupun
membayangkan bahawa wajahnya adalah wajah
Syeikhnya dan membayangkan bahawa jisimnya
adalah jisim Syeikhnya. Apabila Zikir Rabitah ini
ghalib ke atas seseorang Murid yakni dirinya
sudah tenggelam dengan Zikir Rabitah, maka dia
akan melihat wajah Syeikhnya pada segala sesuatu
dan keadaan ini dinamakan sebagai Fana Fi Syeikh.

Apabila Ruhaniah Syeikh yang dijadikan


Rabitah itu lenyap, maka Murid akan mengalami
sesuatu peristiwa secara ghaib. Jika peristiwa yang
dialami secara ghaib itu lenyap, maka Murid harus
kembali berhubungan dengan Ruhaniah Syeikh
agar peristiwa ghaib yang dialami itu dapat
muncul kembali. Murid perlu melatih amalan
Rabitah ini untuk mencapai Fana dan menyaksikan
Musyahadah Alam Ghaib yang menyatakan bukti-
bukti Kebesaran dan Keagungan Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

Menerusi Rabitah yang beradab sempurna


akan membawa seseorang Murid itu menikmati
perhubungan yang khusus dengan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, dan Murid akan diasuh dan
diberikan bimbingan Ruhaniah secara berterusan
meskipun pada jarak yang sejauh Timur dan Barat.
Ketika bersuhbah secara Zahir dengan Syeikh
hendaklah memelihara adab tertib dan
mengembirakan hatinya. Ketika ketiadaan Syeikh
hendaklah Nigah Dasyat memelihara bayangan
wajah Syeikh sambil menerima limpahan Faidhz
darinya. Para Akabirin Naqsbandiyah mengatakan
bahawa jalan Rabitah ini akan dapat
menyampaikan Murid untuk merasa bersama
dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan
merupakan jalan yang paling dekat dan mudah
berbanding dengan jalan Zikir dan jalan
Muraqabah.
19. USUL
NAQSHBANDIYAH
KETAHUILAH, Hadhrat Shah ‘Abdullah Ghulam
‘Ali Dehlawi Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan
di dalam kitabnya Idhahut Tariqah, bahawa
sesungguhnya Tariqat Mujaddidiyah adalah
terbina berdasarkan Usul Tariqat Naqshbandiyah
yang perlu dipegang dengan kukuh iaitu:

1. Wuquf Qalbi
2. Menumpukan Sumber Faidhz
3. Mengawasi Sebarang Khuatir
4. Zikir Berterusan
5. Suhbat Syeikh

Wuquf Qalbi bererti bertawajjuh dengan


memusatkan sepenuh perhatian kepada Qalb dan
dalam masa yang sama Qalb bertawajjuh terhadap
Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hendaklah benar-
benar memerhatikan tempat pengambilan Faidhz
dan tempat terhasilnya Faidhz serta senantiasa
memelihara hati terhadap sebarang lintasan atau
Khatrah yang menyebabkan hati merasa khuatir.

Murid hendaklah memelihara Ruh, hati dan


fikiran dari sebarang lintasan Khatrah yang datang
menjelma dalam Batin. Seterusnya Murid perlu
memperbanyakkan Zikir mengingati Allah dengan
Zikir yang sebanyak-banyaknya dan juga
memperbanyakkan bertasbih di waktu pagi dan
petang. Murid juga perlu sentiasa bersahabat
dengan Syeikh secara Zahir kerana ianya akan
menghasilkan nikmat bersahabat dengan Syeikh
secara Batin.

Bersahabat dengan Syeikh secara Batin


bererti sepertimana seseorang itu menghadiri
majlis Syeikh secara Zahir dengan penuh adab dan
tertib, maka Suhbat secara Batin itu juga membawa
maksud yang sama iaitu merasakan bahawa kita
sedang menghadiri majlis Syeikh dan
membayangkan bahawa diri kita sedang berada
dengan Syeikh di dalam majlisnya.

Maka, bagi seseorang Murid untuk dia


menuju kepada kehadiran Hadhrat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala, dia perlu pertama sekali
menfanakan Ruhnya dan menghadirkan Ruh
Syeikhnya dalam Batin dirinya, kerana Syeikhnya
juga dalam keadaan yang sama, iaitu bahawa Ruh
Syeikhnya fana dalam kehadiran Ruh
Masyaikhnya sehinggalah kepada perhubungan
antara Ruh Hadhrat Khalifah Rasulullah Sayyidina
Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang
fana dalam kehadiran Ruh Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.
Yang paling dekat dan hampir dengan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala adalah Ruh Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam dan yang paling dekat dengan
Ruh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Ruh
Hadhrat Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu Bakar
As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu dan begitulah
seterusnya dalam rantaian Silsilah Emas
Naqshbandiyah Mujaddidiyah sehingga sampai
pada perhubungan antara Syeikh dan Murid.

Apabila sempurna Murid menfanakan diri


dalam kehadiran Syeikhnya, maka dia sedang
bersedia untuk menuju kepada fana dalam
kehadiran Para Masyaikh, dan apabila sempurna
Murid menfanakan diri dalam kehadiran Para
Masyaikh, ini seterusnya akan membawa Murid
kepada peringkat fana dalam kehadiran Ruh
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Apabila Murid mencapai kesempurnaan


dalam menfanakan dirinya dalam kehadiran Ruh
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka bermulalah
fananya dalam kehadiran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
SUHBAT SYEIKH
SUHBAT Syeikh bererti bersahabat dengan Syeikh
dan ianya merupakan amalan Para Sahabat
Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in bersama Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam. Suhbat akan menghasilkan
Rabitah yakni suatu ikatan Ruhaniah secara Batin.

Ianya merupakan jalan yang paling dekat


untuk mencapai kehadiran Zat Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dengan cara apabila seseorang Murid itu
mewujudkan ikatan Batin antara Ruhnya dan Ruh
Syeikhnya, maka begitulah juga Syeikhnya turut
mewujudkan ikatan Batin dengan Syeikhnya sama
ada beliau masih hidup ataupun mati, sehinggalah
keadaan yang sama berlaku pada sekelian
Masyaikh dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah
Mujaddidiyah sehingga kepada Hadhrat Sayyidina
Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu yang
telah berjaya mewujudkan ikatan Batin
Ruhaniahnya dengan Ruhaniah Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.

Ikatan Batin ini tidak tertakluk kepada


sebarang masa, jarak mahupun zaman. Nikmat
ikatan Batin ini tidak akan terhasil dengan mudah
melainkan menerusi Suhbat. Para Sahabat
Radhiyallahu ‘Anhum adalah mereka yang telah
beriman dan telah bersuhbat secara Zahir dengan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam walaupun seketika dan
wafat dalam keadaan beriman.

Bersuhbat dengan Syeikh dengan penuh


Adab secara Zahir dan Batin akan menghasilkan
fadhilat yang besar kerana ianya menuruti Sunnah
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat
Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in, maka kerana
itulah usul ini perlu dipegang dengan kukuh oleh
setiap Murid dan Salik.

Suhbat Syeikh mewujudkan Rabitah dan


seterusnya membawa Murid kepada Fana Fi
Syeikh yang mana merupakan pintu untuk menuju
kepada Fana Fi Rasul dan seterusnya membawa
Salik kepada Fana Fillah yakni Fana dalam
kehadiran Hadhrat Zat Yang Maha Suci lagi Maha
Tinggi. Pada setiap maqam Latifah, hendaklah
benar-benar memerhatikan tempat terhasilnya
Faidhz dan tempat pengambilan Faidhz serta
senantiasa berikhtiar untuk mengamalkan zikir-
zikir dan latihan-latihan Tariqat Naqshbandiyah.
Adapun bagi Para Akabirin Mujaddidiyah terdapat
berbagai maqam yang tinggi serta berbagai istilah
yang bijaksana dan ianya adalah merupakan suatu
perkara yang lain dari perkara-perkara usul yang
telah dinyatakan. Para Masyaikh Akabirin
Naqshbandiyah Mujaddidiyah bernasib baik
kerana menerima pengurniaan nikmat ini menerusi
keberkatan Suhbat dengan Masyaikh Akabirin
mereka serta berhasil menjalani Suluk pada setiap
maqam-maqam yang tinggi itu.

Para Masyaikh Akabirin Naqshbandiyah


Mujaddidiyah telah menetapkan bahawa kaedah
Zikir Khafi yang ketiga adalah dengan mencintai
Syeikh Sahibul Kamal yakni Syeikh Kamil. Dengan
bersuhbah dan menerusi keberkatan Tawajjuh dan
Ikhlas mereka akan dapat menghindarkan Ghaflah
kealpaan dalam hati seseorang Murid. Mencintai
Syeikh akan menghasilkan Cinta Allah dan Cinta
Rasul dan apabila ianya terhasil dalam diri Murid,
maka akan teranglah Musyahadah cahaya-cahaya
Ketuhanan dalam hati Murid. Maka, lazim bagi
Murid sentiasa memerhatikan adab sewaktu
kehadiran Syeikh.
KHATIMAH
Khulasahnya, hamba yang faqir haqir ini
telah berbai’ah mengambil Silsilah ‘Aliyah
Zahabiyah Tariqah Naqshbandiyah ini menerusi
tiga jalan sebagaimana yang akan dinyatakan
seperti berikut:

Yang pertamanya, hamba yang faqir haqir di


bawah telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-
apa lagi miskin Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin
Ar-Rowi semoga di ampunkan keduanya ini telah
berbai’ah mengambil Silsilah ‘Aliyah Tariqah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah Khalidiyah
Haqqaniyah dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Rabbani Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah
Darul Ridzuan Mudda Zilluhumul ‘Ali di Khanqah
Haqqaniyah, Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
Muhammad Nazim ‘Adil Al-Qubrusi Al-Haqqani
Mudda Zilluhumul ‘Ali dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh ‘Abdullah Ad-
Daghistani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh Sharafuddin Ad-
Daghistani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh Abu
Muhammad Al-Madani Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh Abu
Ahmad As-Sughuri Rahmatullah ‘Alaih dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
Jamaluddin Al-Ghumuqi Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikhul Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh
Muhammad Afandi Al-Yaraghi Rahmatullah
‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Syeikhul Masyaikh Sultanul
Awliya Syeikh Khas Muhammad Shirwani
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikhul
Masyaikh Sultanul Awliya Syeikh Isma’il
Muhammad Shirwani Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Awliya Syeikh
Khalid Baghdadi Rahmatullah ‘Alaih dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Maulana
Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘Alaih di Dehli.

Yang keduanya, hamba yang faqir haqir di


bawah telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-
apa lagi miskin Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin
Ar-Rowi semoga di ampunkan keduanya ini juga
telah berbai’ah mengambil Silsilah ‘Aliyah Tariqah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah Khalidiyah dari
gurunya Hadhrat Syeikh Syuyukh ‘Abdullah
Kamal Ash-Shuhudi Rahmatullah ‘Alaih di Rumah
Suluk Changkat Chermin, Batu Gajah, Perak dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikh Muhammad Ja’afar Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Syeikh Muhammad Tayyib Rahmatullah ‘Alaih
dan beliau telah mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Syeikh Muhammad Yahya Rahmatullah
‘Alaih dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Syeikh ‘Abdullah Hilmi
Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikh Khalil
Bashah Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Syeikh
Yahya Ad-Daghistani Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari Hadhrat Syeikh
‘Abdullah Afandi Rahmatullah ‘Alaih dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Awliya Syeikh
Khalid Baghdadi Rahmatullah ‘Alaih dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Maulana
Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘Alaih di Dehli.

Yang ketiganya, hamba yang faqir haqir di


bawah telapak kaki Para Masyaikh yang tiada apa-
apa lagi miskin Jalalluddin Ahmad Bin Nuruddin
Ar-Rowi semoga di ampunkan keduanya ini telah
berbai’ah mengambil Silsilah ‘Aliyah Tariqah
Naqshbandiyah Mujaddidiyah ini dari gurunya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubuz-Zaman
Maulana Abul Khalil Khan Muhammad Sahib
Mudda Zilluhumul ‘Ali di Khanqah Sirajiah,
Kundiyan Syarif, Mianwali, Pakistan, dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Dauran Maulana
Muhammad ‘Abdullah Rahmatullah ‘Alaih di
Khanqah Sirajiah dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul A’la Maulana Abu Sa’ad Ahmad Khan
Rahmatullah ‘Alaih di Khanqah Sirajiah dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubun Nas Wal Jan
Maulana Muhammad Sirajuddin Rahmatullah
‘Alaih di Musa Zai Syarif, Pakistan dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Dauran Maulana
Muhammad ‘Utsman Rahmatullah ‘Alaih di Musa
Zai Syarif dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul
Wali Haji Dost Muhammad Qandahari
Rahmatullah ‘Alaih di Musa Zai Syarif dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Dauran Maulana
Shah Ahmad Sa’id Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih di
Dehli, India dan beliau telah mengambilnya dari
ayahnya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubuz-
Zaman Maulana Shah Abu Sa’id Dehlawi
Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Aqtab Maulana Shah
‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi Rahmatullah
‘Alaih di Dehli.

Ketiga-tiga Silsilah hamba ini bertemu pada


Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab
Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali Dehlawi
Rahmatullah ‘Alaih.

Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul


Aqtab Maulana Shah ‘Abdullah Ghulam ‘Ali
Dehlawi Rahmatullah ‘Alaih telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Awliya Maulana Mirza Mazhar Jan Janan
Syahid Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Samadani Maulana
Sayyid Nur Muhammad Budayuni Rahmatullah
‘Alaih di Dehli dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul
Dauran Maulana Syeikh Saifuddin Rahmatullah
‘Alaih serta mengambil Istifadah dari Hadhrat
Hafiz Muhammad Muhsin Rahmatullah ‘Alaih dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Wara’ ‘Urwatil
Wutsqa Muhammad Ma’sum Rahmatullah ‘Alaih
dan beliau telah mengambilnya dari ayahnya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab
Ghawts Faidhzani Imam Rabbani Mujaddid Alf
Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah
‘Alaih di Sirhind dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Wilayah Muhammad Baqi Billah
Rahmatullah ‘Alaih di Dehli dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul ‘Ali Khwajah Amkangi
Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Irshad Maulana Darwish
Muhammad Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul ‘Abid Maulana
Muhammad Zahid Rahmatullah ‘Alaih di
Turkistan dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul
Abrar Maulana ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah
‘Alaih di Turkistan dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Rabbani Maulana Ya’aqub Charkhi
Rahmatullah ‘Alaih di Khurasan dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Abrar Syeikh ‘Alauddin
‘Attar Rahmatullah ‘Alaih di Bukhara dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Shah
Bahauddin Naqshband Al-Uwaisi Rahmatullah
‘Alaih di Bukhara dan beliau telah mengambilnya
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Maqam Wal Hal Sayyid Amir Kullal
Rahmatullah ‘Alaih di Bukhara dan menerimanya
secara Uwaisiyah dari Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Aqtab Syeikh ‘Abdul Khaliq
Ghujduwani Rahmatullah ‘Alaih dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Samadani Muhammad Baba
Sammasi Rahmatullah ‘Alaih di Bukhara dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Faidhzani ‘Azizan
‘Ali Ramitani Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan
beliau telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Abrar Mahmud
Anjir Faghnawi Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan
dan beliau telah mengambilnya dari gurunya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul ‘Arifin
Khwajah ‘Arif Riwagari di Turkistan dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Aqtab Sultanul
Awliya Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘Alaih di Turkistan dan beliau telah
menerimanya secara Uwaisiyah dari Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Abul ‘Abbas Khidhir
‘Alaihissalam di Fars dan mengambilnya dari
gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul
Samadani Syeikh Yusof Hamdani Rahmatullah
‘Alaih di Fars dan beliau telah mengambilnya dari
gurunya Qutubul Ifrad Syeikh Abu ‘Ali Faramadi
Rahmatullah ‘Alaih di Fars dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul Awliya Syeikh Abul Hassan
‘Ali Kharqani Rahmatullah ‘Alaih di Fars dan
beliau telah mengambilnya dengan cara Uwaisiyah
dari gurunya Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul ‘Arifin Syeikh Abu Yazid Bistami
Rahmatullah ‘Alaih di Fars. Hadhrat Khwajah
Khwajahgan Qutubul ‘Arifin Syeikh Abu Yazid
Bistami Rahmatullah ‘Alaih telah mengambilnya
dengan cara Uwaisiyah dari gurunya Hadhrat
Khwajah Khwajahgan Qutubul Siddiqin Imam
Ja’afar Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau telah
mengambilnya dari gurunya juga datuknya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Salihin
Imam Qasim Bin Muhammad Bin Abu Bakar As-
Siddiq Radhiyallahu ‘Anhum dan beliau telah
mengambilnya dari Hadhrat Khwajah Khwajahgan
Qutubul Asfiya Sahibi Rasulullah Sayyidina
Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu dan beliau
telah mengambilnya dari gurunya juga Sahabatnya
Hadhrat Khwajah Khwajahgan Qutubul Ummah
Khalifah Rasulullah Sayyidina Abu Bakar As-
Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu di Madinah
Munawwarah dan beliau telah menerimanya dari
gurunya juga Sahabatnya Hadhrat Syafi’ul
Muznibin Rahmatan Lil ‘Alamin Imamul Anbiya
Wal Mursalin Sayyidina Wa Maulana Muhammad
‘Abdullah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
di Jabal Thur, Makkah dan Baginda telah
menerimanya dari Hadhrat Jibril Al-Amin
‘Alaihissalam di Jabal Nur, Makkah dan beliau
telah menerimanya dari Allah Subhanahu Wa
Ta’ala Jalla Jalaluhu.

Ya Allah, Rahmatilah kami dan


kurniakanlah Kasih Sayang dan Makrifat serta
Jam'iyat Zahir dan Batin serta ‘Afiyat di Dunia dan
Akhirat dan Lautan Kesempurnaan dari Limpahan
Faidhz dan keberkatan sekelian Para Masyaikh ini.
Ya Allah Tuhan Pemelihara kami, wafatkanlah
kami sebagai orang-orang Muslimin dan
himpunkanlah kami bersama orang-orang yang
Salihin.

Segala puji bagi Allah di atas segala nikmat ini;


Amin.

Faqir Haqir Khak Paey Buzurgan La Syaik Miskin


Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
Naqshbandi Mujaddidi Uwaisi
'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi
Wali Masyaikhihi Wali Jami'il Muslimin.
11 Zulqaidah 1429 Hijriyyah

E-Mel: rowi_naqsh@yahoo.com
GLOSARI
A
Akhirat - Kehidupan yang kekal sesudah mati
Agama - Ad-Din, Syariat dan hukum-hakam
Islam, ketaatan.
Ahadiyah - Keesaan
Ahmad - Yang Paling Terpuji
Ahwal - Hal-hal keadaan
Akabirin - Syeikh-syeikh besar
Akhfa - Yang paling tersembunyi, Latifah
Alam Hahut di Alam Amar
Alam Amar - Alam di atas ‘Arasy
Alam Arwah - Alam Para Ruh
Alam Bahut - Alam Sifat-Sifat Allah, Alam
Ketuhanan.
Alam Hahut - Alam Zat Allah, Alam Ketuhanan.
Alam Jabarut - Alam Para Ruh
Alam Kabir - Makrokosmos
Alam Khalaq - Alam di bawah ‘Arasy
Alam Lahut - Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah,
Alam Ketuhanan.
Alam Malakut - Alam Para Malaikat
Alam Saghir - Mikrokosmos
Allah - Nama Zat Tuhan yang wajib wujud
secara mutlak, memiliki segala sifat
kesempurnaan dan suci dari segala
sifat kekurangan, Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
Alf Tsani - Seribu tahun kedua sesudah Hijrah
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Amir - Pemimpin jemaah
Anjuman - Khalayak ramai
Anwar - Kata jamak bagi Nur, cahaya-cahaya
Aqrab - Paling dekat
Aulia - Kata jamak bagi Wali
Awrad - Himpunan wirid-wirid
Azkar - Kata jamak bagi Zikir
‘Adadi - Bilangan
‘Ainul Yaqin - Syuhud, Ihsan
‘Aliyah - Yang tinggi
‘Aqidah - Pegangan i’tiqad, keimanan
‘Arasy - Tempat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
bersemayam

B
Bai‘ah - Janji taat setia
Baz Gasht - Kembali kepada Allah dengan lafaz
“Ilahi Anta Maqsudi, Wa Ridhoka
Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa
Ma’rifataka”.
Basirah - Pandangan mata hati
Basyariyah - Sifat-sifat manusiawi
Bida ‘ah - Amalan yang tidak menuruti Sunnah

C
Chishtiyah - Tariqat Hadhrat Maulana Syeikh
Mu‘inuddin Chishti Rah. ‘alaih

D
Da‘i - Seorang pendakwah.
Dakwah - Menyeru kepada Agama Allah
Ta’ala.
Dawam - Secara berterusan, tetap, kekal.
Dawam Agahi - Sentiasa berjaga-jaga menantikan
limpahan Faidhz.
Dawam Hudhur - Kehadiran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala yang berterusan.
Dehlawi - Nisbat kepada tempat iaitu Delhi,
India.

F
Faidhz - Limpahan Ketuhanan.
Fana - Kehilangan diri.
Faruqi - Nisbat keturunan kepada Sayyidina
Umar Khattab Faruq (R. ‘anhu)
Fasad - Kerosakan, kejahatan
Fauqaniyah - Yang kedudukannya bersifat teratas.
Faqir - Orang miskin yang menyerah kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Feqah - Kefahaman Agama yang berkaitan
Syari‘at.

G
Ghaib - Sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh
mata kasar
Ghairullah - Makhluk, segala sesuatu yang selain
Allah Subhanahu Wa Ta’ala..
Ghauts - Darjat kewalian yang tinggi.

H
Ha/Hiya - Dia (muannats).
Haq - Kebenaran.
Hafiz - Seorang yang menghafal Al-Quran.
Hakikat - Kebenaran.
Hanafi - Mazhab Imam Abu Hanifah
Rahmatullah ‘alaih.
Hambali - Mazhab Imam Ahmad Bin Hambal
Rahmatullah ‘alaih.
Haqiqat - Kebenaran sesuatu.
Hadits/Hadis - Perkataan, perbuatan dan diam
Hadhrat Nabi s.a.w.
Hadhrat - Kehadiran.
Hidayah - Petunjuk.
Hijab - Penghadang, tirai.
Hosh - Sedar.
Hosh Dar Dam - Sedar dalam nafas.
Hu/Huwa - Dia (muzakkar).

I
Ihsan - Merasakan seolah-olah melihat Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Ijtihad - Menetapkan sesuatu hukum Syari‘at.
Ilahi - Tuhan, Tuhanku
Imam - Pemimpin
Iman - Percaya dan yakin dengan perkara
yang Ghaib.
Inabah - Kembali kepangkuan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Islah - Memperbaiki diri
Islam - Menyerahkan diri kepada Allah
dengan perlaksanaan Syari‘at.
Ismu Zat - Nama bagi Zat Pencipta iaitu Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
Istighfar - Memohon keampunan dari Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Itsbat - Menetapkan.
‘Irfan - Limpahan Ma’rifat Ketuhanan.

J
Jam‘iyat - Kesemua lataif yang tetap mengingati
Allah Subhanahu Wa Ta’ala
Jemaah - Secara berkumpulan.
Jihri - Menguat dan mengeraskan suara,
lisan yang kedengaran.
Jazbah - Penarikan terhadap Allah Subhanahu
Wa Ta’ala.

K
Kashaf - Pandangan batin.
Kaifiat - Cara dan kaedah perlaksanaan.
Khafi - Sesuatu yang bersifat tersembunyi,
Latifah Alam Bahut.
Khalifah - Naib, pengganti.
Khalwat - Bersendirian, berseorangan.
Khalwat Kabirah - Bersendirian dengan Allah dalam
kesibukan manusia.
Khalwat Saghirah - Bersendirian dengan Allah jauh
dari kesibukan manusia.
Khandan - Kelompok, golongan, keturunan.
Khanqah - Tempat Syeikh mendidik Para
Muridnya, Zawiyah, Ribat.
Khatrah - Kekhuatiran dan lintasan hati.
Khilafah - Menerima tanggungjawab Khalifah.
Khudawanda - Oh! Tuhanku.
Khwajah - Guru Murshid, Syeikh.
Khwajagan - Kata jamak bagi Khwajah.
Kiamat / Qiyamat- Hari tertegaknya perhitungan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala
L
La Ilaha Illa Allah - Tiada Tuhan Melainkan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Lafaz - Sebutan.
Lataif - Kata jamak bagi Latifah.
Latifah - Kehalusan sifat Rohani.
Lisani - Ingatan yang dilakukan menerusi
lidah.

M
Mabda - Tempat permulaan
Mabda Faidhz - Tempat sumber permulaan Faidhz
Ma’rifat - Pengenalan terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala
Masjid - Tempat mendirikan solat berjemaah
Majzub - Seorang yang ditarik menuju kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Mahabbat - Cinta, kasih sayang
Malaikat - Makhluk Allah yang diciptakannya
dari cahaya dan taat kepadaNya.
Malakutiyah - Sifat-sifat Malaikat
Malfuzat - Kata-kata, ucapan, perkataan yang
dilafazkan
Maliki - Mazhab Imam Malik Bin Anas
Rahmatullah ‘alaihima
Maqam - Tempat kedudukan
Masyaikh - Kata jamak bagi Syeikh
Maulana - Tuan Guru
Maulawi - Guru
Mawrid Faidhz - Tempat yang hendak dilimpahkan
Faidhz
Mazhab - Jalan anutan Para Imam Ahlus
Sunnah
Mi’raj - Perjalanan Ruhani dari tempat
rendah ke tempat yang tinggi.
Mujaddid - Seorang yang memperbaharukan
Agama Islam
Mujaddidiyah - Nisbat kepada Imam Rabbani
Mujaddid Alf Tsani.
Mujahadah - Jihad melawan hawa nafsu
Muqaddimah - Pendahuluan
Muqarrabin - Orang-orang yang mendekatkan diri
dengan Allah Ta’ala.
Muraqabah - Berjaga-jaga menantikan limpahan
Faidhz dari Allah Ta’ala
Murshid - Syeikh, pembimbing Rohani
Murid - Seorang yang berkehendak kepada
ilmu
Murad - Sesuatu yang dikehendaki
Musyahadah - Ihsan, Syuhud, menyaksikan
kehadiran Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.

N
Nabawiyah - Kenabian
Nafi - Menidakkan
Nafi Itsbat - Ucapan kalimah LA ILAHA ILLA
ALLAH
Nafs - Latifah Alam Khalaq
Nafsu - Kehendak yang bersifat Duniawi
Naqsh - Ukiran
Naqshband - Ukiran yang terpahat
Naqshbandiyah - Nisbat kepada Tariqat Shah
Bahauddin Naqshband Rah. ‘alaih
Nazar - Memandang
Nigah - Berjaga-jaga, memerhati
Nisbat - Pertalian hubungan
Nur - Cahaya

P
Pir - Syeikh, Murshid, Khalifah,
pembimbing Rohani.

Q
Qadam - Kaki.
Qadiriyah - Nisbat kepada Tariqat Hadhrat
Syeikh Abdul Qadir Jailani Rah.
‘alaih.
Qalb - Latifah Alam Malakut di Alam Amar.
Qalbi - Ingatan yang dilakukan dengan hati.
Qalbu - Hati.
Qalibiyah - Empat Latifah Alam Khalaq iaitu
Tanah, Air, Api dan Angin.
Qana ‘ah - Bersederhana dalam segala urusan
kehidupan.
Qaus - Maqam muraqabah di dalam Daerah
Wilayah Kubra.
Qiblah - Arah panduan.
Qutub - Seorang wali yang mencapai
kedudukan tertinggi dan
menghuraikan ilmu Hadhrat Baginda
Rasulullah s.a.w.
Qutubul Aqtab - Wali Qutub yang bertanggungjawab
ke atas sekelian Wali Aqtab.
R
Rabitah - Menghubungkan diri dengan Syeikh
secara jasmani mahupun rohani.
Rabbani - Pemelihara, pemberi tarbiyah.
Redha - Menerima Qada dan Taqdir Allah
dengan lapang dada.
Rohani - Sesuatu yang bersifat kekal pada diri
manusia.
Rahmat - Kasih sayang Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Ruh - Latifah Alam Jabarut di Alam Amar.

S
Sabar - Tetap dalam melakukan ketaatan dan
meninggalkan maksiat.
Safar - Perjalanan.
Safar Dar Watan - Merantau di Alam Amar.
Salafus Soleh - Orang-orang Soleh yang terdahulu.
Sanad - Sijil.
Sair - Berjalan, bersiar-siar, merantau.
Sair Afaqi - Perjalanan di luar diri.
Sair Anfusi - Perjalanan di dalam diri.
Sir - Latifah Alam Lahut di Alam Amar.
Solat - Sembahyang.
Sohbet - Berdamping, bersahabat.
Salik - Seseorang yang dalam perjalanan
menuju Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sirhindi - Nisbat kepada tempat Hadhrat Imam
Rabbani.
Sayyid - Seorang yang berketurunan Hadhrat
Baginda s.a.w.
Shauq - Keseronokan.
Syafi‘i - Mazhab Imam Syafi‘i Rahmatullah
‘alaih.
Syaitan - Musuh yang nyata bagi orang-orang
beriman.
Syeikh - Pembimbing rohani.
Syeikhul Masyaikh - Syeikh kepada Para
Masyaikh, Guru sekelian guru.
Syukur - Berterima kasih kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Silsilah - Kesinambungan rantaian sesuatu
hubungan.
Subhanahu - Maha Suci Dia.
Sufi - Seorang yang membersihkan hati
dari ingatan selain Allah Ta’ala.
Suluk - Perjalanan khusus menuju Hadhrat
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Sunnah - Amalan Hadhrat Baginda Nabi
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Syari‘at - Hukum hakam Agama Islam.
Syafa‘at - Pertolongan dan belas kasihan.
Syuhud - Ihsan, musyahadah.

T
Ta’ala - Maha Memiliki Ketinggian.
Tabligh - Menyampaikan kebenaran Agama
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tajalli - Manifestasi, penzahiran.
Talqin - Menyebut dan mengajarkan sesuatu
kalimah zikir.
Taqwa - mentaati perintah Allah Subhanahu
Wa Ta’ala. dan RasulNya Sallallahu
‘Alaihi Wasallam serta meninggalkan
laranganNya.
Taubat - Perjanjian tidak akan mengulangi
dosa.
Taufiq - Asbab kemampuan untuk melakukan
ketaatan.
Tariqat - Jalan khusus menuju kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Tasawwuf - Ilmu tentang membersihkan hati.
Taslim - Menyerahkan diri kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala.
Tawajjuh - Memberikan penumpuan.
Tawakkal - Berserah diri sepenuhnya kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Tilawah - Pembacaan Al-Quran secara lancar.

U
Ulul ‘Azmi - Lima Nabi yang tertinggi dan
teragung darjatnya iaitu Hadhrat
Nabi Nuh ‘Alaihissalam, Hadhrat
Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam, Hadhrat
Nabi Musa‘Alaihissalam, Hadhrat
Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan Hadhrat
Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Uwaisi / Uwaisiyah - Nisbat Ruhaniah secara
batin dengan seseorang Ahlullah
yang jauh samada yang masih hidup
ataupun yang sudah mati.
W
Wali - Seorang wakil bagi Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dari kalangan manusia.
Wara’ - Memperbanyakkan amalan ibadah.
Warid - sesuatu yang terhasil dari amalan
zikir.
Wazifah - Amalan zikir yang khusus.
Wijdani - Suatu pengalaman yang dapat dirasai
secara nyata.
Wuquf - Hentian tetap.
Wuquf Qalbi - Menumpukan kepada hati dan hati
menumpukan kepada Allah Ta’ala.
Wuquf ‘Adadi - Menumpukan kepada bilangan yang
ganjil ketika berzikir Nafi Itsbat.
Wuquf Zamani - Menumpukan kembali ingatan
kepada Allah selepas beberapa jam.

Y
Yad - Ingat, zikir.
Yad Dasyat - Zikir yang bersungguh-sungguh.

Z
Zauq - Kelazatan.
Zamani - Berkaitan dengan masa.
Zat - Hakikat diri.
Zihni - Kewujudan sesuatu di ruang fikiran.
Zikir - Mengingat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.
Zuhud - Meninggalkan kesenangan dan
kelazatan Duniawi.
Zuriat - Anak-anak.
SUMBER RUJUKAN
1. Al-Quran - Allah Subhanahu Wa Ta’ala
2. Al-Hadis - Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
3. Muwatta - Imam Malik Bin Anas
4. Sahih Bukhari - Imam Al-Bukhari
5. Sahih Muslim - Imam Muslim
6. Sunan Abu Daud - Imam Abu Daud
7. Sunan Ibnu Majah - Imam Ibnu Majah
8. Sunan Nasaie - Imam Nasaie
9. Sunan Tirmizi - Imam At-Tirmizi
10. Shamail Tirmizi - Imam At-Tirmizi
11. Tafsir Ibnu Katsir - Imam Ibnu Katsir
12. Tafsir Jalalain - Imam Jalalluddin Mahalli & Jalalludin Sayuti
13. Tafsir Qurtubi - Imam Qurtubi
14. Tafsir Tabari - Imam Tabari
15. Fathul Bari - Imam Ibnu Hajar
16. Al-Furqan Tafsir Al-Quran - A. Hassan
17. Al-Quran Dan Terjemahnya - Terjemahan & Tafsir Al-Quran, Indonesia.
18. Al-Madnun Bihi ‘Ala Ghairi Ahlihi - Imam Al-Ghazali
19. Ihya Ulumiddin - Imam Al-Ghazali
20. Minhajul ‘Abidin - Imam Al-Ghazali
21. Kimiya Sa‘adat - Imam Al-Ghazali
22. Riyadhus Salihin - Imam Nawawi
23. Al-Azkar - Imam Nawawi
24. Haalat Ahlil Haqiqah Ma`Allah - Imam Ahmad Ar-Rifa‘I
25. Nawadirul Usul - Al-Hakim At-Tirmizi
26. Futuhul Ghaib - Syeikh Abdul Qadir Jailani
27. Fathur Rabbani - Syeikh Abdul Qadir Jailani
28. Sirrul Asrar - Syeikh Abdul Qadir Jailani
29. Risalah Qudsiyyah - Syeikh Muhammad Parsa
30. Ma’arif Laduniyyah - Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
31. Maktubat Imam Rabbani - Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi
32. Kashful Mahjub - Syeikh ‘Ali Ibni ‘Utsman Al-Hujwiri Al-Jullabi
33. Al-Hikam - Syeikh ‘Ataullah Iskandari
34. Ta’aruf Li Mazhab Ahli Tasawwuf - Syeikh Ibnu Abi Ishaq Muhammad Al-Kalabadzi
35. ‘Aqaid An-Nasafi - Syeikh ‘Umar Najmuddin An-Nasafi
36. Faridatul Faraid - Syeikh Ahmad Al-Fathani
37. Tazkiratul Auliya - Syeikh Fariduddin ‘Attar
38. Awariful Ma‘arif - Syeikh Shahabuddin ‘Umar Suhrawardi
39. Idhahut Tariqah - Shah Abdullah Ghulam Ali Dehlawi
40. Hidayatut Talibin - Shah Abu Sa ‘id Dehlawi
41. Hayatus Sahabah - Maulana Muhammad Ilyas & Muhammad Yusuf
42. Fadhailul A’mal - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
43. Fadhail Zikir - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
44. Fadhail Namaz - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
45. Fadhail Quran - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
46. Fadhail Tabligh - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
47. Fadhail Hajj - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
48. Fadhail Sadaqat - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
49. Hikayatus Sahabah - Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi
50. Fiqhus Sunnah - Syeikh Sayyid Sabiq
51. Hadharat Kiram Naqshbandiyah - Hafiz Nazir Ahmad
52. Al-Kanzul A’zam - Maulana Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi
53. Al-Barakatul Makkiyyah - Maulana Muhammad Musa Ar-Ruhani Al-Bazi
54. On The Bridge To Eternity - Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqqani
55. Creation And Evolution - Dr. Absar Ahmed
56. D.S.M. Thariqat Naqsyabandiyah - Drs. Imron Abu Amar
57. Hakikat Tariqat Naqshbandiyah - H.A. Fuad Said
58. Mengenal Diri Dan Wali Allah - Muhammad Mustafa
59. Akhlak Dan Tasawwuf Islam - Zakaria Stapa
60. Himpunan Amalan Harian - Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi
61. Ar-Risalatul A’jam - Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi
62. Tuhfatul Abrar - Muhyiddin bin Abu Bakar As-Safi

You might also like