You are on page 1of 2

Refleksi Keseluruhan

Pada tahun pengajian, ini pihak maktab telah menawarkan matapelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi olahraga kepada semua guru pelatih PISMP

semester 5. Bagi kali ini, kami perlu mengikuti gerko olahraga ini pada setiap hari Rabu dari pukul 8.00pagi hingga 11.00 pagi bersama tiga unit yang lain iaitu Pra Muzik, Pemulihan Bahasa Malaysia dan Pemulihan Bahasa Tamil. Kami diajar oleh beberapa pensyarah pendidikan Jasmani iaitu En.Roshdan, En.Ahmad Yani dan En.Ramli secara bergilir-gilir.

Sebagai seorang guru pelatih yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai matapelajaran minor, gerko olahraga ini membantu saya meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa mengikuti gerko olahraga ini, saya mempelajari cara cara mengajar dan melatih pelajar untuk mengikuti sesuatu permainan atau lebih dikenali sebagai olahraga. Saya dapat mempelajari latihan latihan ansur maju yang boleh membina kecekapan dan stamina murid untuk mengikuti sesuatu permainan. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk mengukur dan membina balapan di padang rumput ataupun lebih dikenali sebagai penyediaan trek. Sepanjang sesi gerko olahraga ini, saya juga telahmengetahui cara-cara pengolahan sesuatu acara sukan mahupun acara merentas desa dengan mengikuti prosedur yang betul dan selamat.

Selain itu, salah satu aktiviti yang kami perlu rancang dan laksana mengikut proforma kursus ini adalah, acara Merentas Desa dan Sukan Tahunan. Kami diminta untuk merancang aktiviti-aktiviti ini untuk semua guru palatih maktab ini. Setelah semua ketua unit berbincang antara satu sama lain, kami diminta menghantar beberapa wakil daripada unit kami untuk menjadi ahli dalam jawatankuasa induk merentas desa dan sukan. Seterusnya jawatankuasa induk ini telah menyediakan kertas kerja. Setelah mengadakan beberapa perbincangan antara semua unit bersama dengan pensyarah

yang bertanggungjawab, kami mula melakukan tugas kami seperti yang telah dibahagikan.

Pertamanya kami mengadakan kejohanan merentas desa pada 09.02.2011. Kami membuat segala persiapan seperti menghias padang pada pagi tersebut. Seterusnya merentas desa dimulakan pada pukul 3.00 petang. Saya diminta untuk menjaga lorong dan memberikan nombor kepada pelajar mengikut kedudukan mereka. Setelah tamat aktiviti, kami semua telah diminta supaya membersihkan padang sebelum balik.

Seterusnya Kejohanan Olahraga Tahunan pula diadakan dari 07.03.2011 hingga 09.03.2011. Kami membahagikan acara-acara olahraga ini untuk tiga hari supaya kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang sedia kami rancang. Hari pertama dan kedua Kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan sebelah petang manakala hari kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan telah diadakan sebelah pagi. Saya telah

diamanahkan supaya memasang starting block kepada pelari dan mengediakan segala keperluan acara trek bagi ketiga-tiga hari Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini. Setelah akhirnya semua acara, kami telah berkumpul untuk berbincang dengan pensyarah. Beliau memberitahu tentang kelebihan dan kekurangan kami semasa menjalankan sukan.

Kesimpulannya sebagai seorang guru pelatih aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kami dalam gerko olahraga ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada kami. Kami dapat mempelajari pelbagai perkara baru seperti membina balapan di padang rumput, manganjurkan kejohanan merentas desa , menganjurkan sukan dan cara mengajar cara - cara melatih pelajar. Sebagai seorang bakal guru pengetahuan pengetahuan ini amat penting kepada kami untuk menjalankan tugas kami dengan efektif di sekolah pada masa akan datang.

You might also like