You are on page 1of 6

SEKOLAH DAN MASYARAKAT 2009 1.

Konsep Disiplin

Disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman (P.F.Oliva, 1956). G.V. Sheriakov F.Redl (1956) mentafsirkan disiplin sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman. Foucault (1977) menjelaskan disiplin sebagai suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki di mana sekolah merupakan sebuah mesin pedadogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah disediakan. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin boleh digambarkan dengan tindakan atau perlakuan seseorang secara sukarela atau sanggup untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, dan hak individu lain serta sanggup untuk berkhidmat atau bekerja dengan tertib kepada masyarakat atau organisasi tertentu. Seseorang yang berdisiplin sanggup dan rela mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu kepentingan orang lain, hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain, mempunyai semangat tolong menolong, dan sanggup membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina. Di bawah konteks masyarakat, disiplin boleh dimaksudkan sebagai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh ahli-ahlinya untuk mewujudkan tingkah laku yang sesuai demi menjamin kesempurnaan kehidupan mereka dalam masyarakat itu (Soon Mok Sang, 2003). Manakala jika diletakkan dalam konteks pelajar di sekolah, pelajar yang berdisiplin merupakan pelajar yang mematuhi peraturan sekolah, sanggup berkhidmat untuk sekolah melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum, menghormati guru dan rakan-rakan, sentiasa berpenampilan kemas, aktif di dalam dan di luar kelas, mempunyai prestasi yang cemerlang dalam kurikulum mahupun kokurikulum dan mempunyai kesanggupan untuk membantu guru dan rakan-rakan pelajar lain secara sukarela. Disiplin boleh dilihat melalui tingkah laku yang mengikut norma masyarakat atau organisasi umum. Tingkah laku ini meliputi tingkah laku yang mulia, berdasarkan kepada fikiran yang rasional, tersusun serta berkeyakinan. Di peringkat sekolah, disiplin merupakan satu latihan dengan tujuan untuk mengembangkan potensi individu dari segi intelek, jasmani, rohani, serta emosi (JERI) seperti yang dinyatakan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Disiplin digambarkan melalui peraturan-peraturan sekolah yang ketat bagi mengawal tingkah laku pelajar

SEKOLAH DAN MASYARAKAT 2009 melalui hukuman dan ganjaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh digambarkan melalui suasana sosioemosi bilik darjah yang harmonis, serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.

2. Salah laku atau Devian

2.1.

Konsep Salah Laku/Devian

Salah laku atau devian merupakan masalah disiplin dimana bentuk tingkah laku bermasalah tersebut menyimpang dari norma-norma sosial masyarakat atau organisasi. Amir Hasan Dawi (2009) menyatakan dalam konteks sekolah, mereka yang devian atau mempunyai masalah disiplin adalah mereka yang melanggar peraturan. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mendefinisikan tingkah laku bermasalah atau salah laku seseorang individu sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupan. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku ini boleh merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

2.2.

Punca Salah Laku/ Devian

Di peringkat sekolah, punca-punca utama salah laku kebanyakannya disebabkan oleh pelajar sendiri. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi perlakuan salah laku pelajar seperti keluarga, persekitaran dan pihak sekolah (Soon Mok Sang, 2003). Antara punca-punca salah laku/devian ialah;

2.2.1. Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang kurang sesuai oleh guru Pelajar-pelajar boleh merasa bosan dan hilang daya tumpuan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pelajar tidak memahami apa yang diajar oleh guru, tetapi juga boleh menyebabkan pelajar tersebut memberontak dan akhirnya mencetuskan salah laku di dalam kelas.

2.2.2. Keadaan persekitaran bilik darjah yang kurang selesa 9

SEKOLAH DAN MASYARAKAT 2009 Kekurangan infrastruktur, kemudahan dan keperluan asas di dalam bilik darjah yang diperlukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran menganggu proses pembelajaran pelajar. Contohnya, kekurangan meja atau kerusi, keadaan papan hitam yang rosak, dan kerosakan kipas angin menganggu tumpuan pelajar untuk belajar. Selain itu, sekiranya persekitaran seperti kerusi dan meja yang terlalu banyak dan sesak, susunan bilik darjah yang tidak teratur, cuaca yang terlalu panas, cahaya dan pengudaraan yang kurang, dan keadaan persekitaran yang kurang bersih juga boleh mempengaruhi. Keadaan ini boleh menyebabkan pelajar berasa kurang selesa untuk belajar dan gelisah. Oleh itu, tindakan salah laku merupakan jalan penyelesaian mudah yang dipilih oleh pelajar.

2.2.3. Perhubungan yang kurang baik dan kurang mesra antara guru dengan pelajar

Sesetengah guru suka mengamalkan kepimpinan autokratik dan mengawal disiplin secara kuku besi. Di bawah corak kepimpinan ini, komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar terhad atau tidak dapat diwujudkan. Ini menyebabkan emosi pelajar terganggu kerana pelajar sentiasa dalam keadaan gelisah, bimbang, dan takut kepada guru. Misalnya, sekiranya pelajar tersebut gagal menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan oleh guru atas sebab terleka atau sibuk dengan aktiviti luar, oleh sebab pelajar ini takut kepada guru, dia mengambil langkah untuk ponteng sebab takut akan dihukum oleh gurunya. Pengawalan disiplin secara kuku besi hanya akan menimbulkan masalah salah laku yang lebih teruk dalam kalangan pelajar. Emosi yang timbul dari perasaan negatif pada pelajar merupakan salah satu punca yang menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.

Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya dan persekitaran

Pelajar mudah dipengaruhi oleh tingkah laku ahli keluarga atau persekitarannya. Pengaruh negatif dari ahli keluarga adalah seperti berjudi, bergaduh, bercakap kasar, membaca buku lucah dan suka bertindak agresif dengan memukul adalah mudah dicontohi oleh pelajar. Persekitaran seperti tinggal berdekatan atau dalam lingkungan tempat perjudian, masyarakat atau penduduk yang kurang bermoral boleh mempengaruhi cara pelajar berfikir dan bertindak. Ini adalah kerana sekiranya pelajar tinggal dalam persekitaran yang kurang bermoral, pelajar tersebut melihat 10

SEKOLAH DAN MASYARAKAT 2009 tingkah laku yang tidak bermoral sebagai suatu keadaan yang biasa. Corak pemikiran bersama dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat inilah yang dibawa oleh pelajar ke sekolah, dan menimbulkan salah laku di sekolah. Selain itu, mereka juga boleh mempengaruhi rakan sebaya mereka untuk bertindak serupa.

Harapan dan aspirasi sekolah serta ibu bapa yang terlalu tinggi

Bagi pelajar yang belajar di sekolah-sekolah yang mempunyai prestasi akademik yang sentiasa cemerlang, mereka sentiasa disuruh untuk belajar dan sentiasa mengikut disiplin serta jadual yang ditetapkan. Ibu bapa pula terlalu mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Keadaan ini menimbulkan tekanan kepada pelajar yang tidak berupaya untuk sentiasa mencapai kehendak sekolah dan ibu bapa. Tekanan yang dirasa hasil daripada harapan yang terlalu tinggi sedangkan mereka tidak mampu untuk mencapai sepertimana yang diharapkan, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menimbulkan masalah disiplin bagi meluahkan ketidakpuasan hati, tekanan emosi, dan stress.

Hubungan Antara Disiplin dengan Latar Belakang Sosial Pelajar Teori fungsionalisme menganggap salah laku atau devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik pula mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas (Amir Hasan Dawi, 2009). Seperti yang dijelaskan dalam punca-punca salah laku atau devian, salah satu punca yang menyumbang kepada salah laku atau devian adalah disebabkan oleh pelajar tersebut memberontak dan menentang guru yang mengamalkan kepimpinan autokratik dan pengawalan disiplin secara kuku besi. Keadaan ini mudah berlaku sekiranya pelajar tersebut mempunyai pengalaman lepas dimana pelajar ini dihukum teruk oleh guru, terpaksa sentiasa mengikut arahan guru dan tidak dapat membantah atau mengeluarkan pendapat untuk membela diri. Bagi mengelak keadaan yang sama berulang, pelajar mengambil langkah salah laku sebagai jalan penyelesaian sekiranya mereka menghadapi situasi yang sama sekali lagi. Terdapat juga pelajar terus mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap guru mereka. Mereka melihat semua guru suka memimpin kelas secara autokratik, suka memaksa dan menghukum. Ini menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada guru yang menentang guru dengan menimbulkan salah laku.

11

SEKOLAH DAN MASYARAKAT 2009 Latar belakang keluarga juga banyak mempengaruhi jati diri pelajar terutamanya dari segi emosi dan rohani. Pelajar yang dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, bertimbang rasa, bahagia dan menitik berat soal agama kurang menimbulkan salah laku di sekolah. Ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pelajar, sentiasa dapat meluangkan masa untuk berkongsi masalah dan keluarga yang bertimbang rasa dan harmoni menghasilkan pelajar yang stabil dari aspek emosi. Sebaliknya, sekiranya pelajar tersebut dibesarkan oleh ibu bapa yang kasar, suka menunjuk-nunjuk, tidak bermoral, autokratik dan tidak mementingkan akademik mahupun agama, dia lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh nilai-nilai ini dan inilah yang dibawa oleh pelajar tersebut ke sekolah. Kajian-kajian menunjukkan masalah di sekolah adalah merupakan refleksi masalah di rumah (Amir Hasan Dawi, 2009). Pelajar yang berlatar belakangkan kelas pekerja atau kelas bawahan yang kurang mementingkan akademik lebih gemar dan mementingkan ganjaran yang cepat dan segera (Amir Hasan Dawi, 2009). Mereka ingin menceburi sektor pekerjaan dengan segera, mendapatkan wang untuk memenuhi kehendak mereka. Mereka melihat gaya hidup orang-orang disekeliling seperti rakan sebaya mereka yang berlatar belakangkan kelas sosial mewah sebagai matlamat mereka. Contohnya, rakan sebaya mempunyai telefon bimbit yang canggih dan mahal. Bersosial dengan golongan rakan sebaya yang mewah menjadikan mereka memiliki kehendak yang sama. Dengan latar belakang kelas sosial yang rendah atau pekerja, mereka mengambil jalan mudah, iaitu bekerja dan mendapatkan wang segera. Terdapat juga pelajar sanggup melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti mengedar dadah, menjadi pelacur, mencuri atau meragut dan memeras ugut untuk mendapatkan wang segera dengan cara cepat dan mudah. Salah laku tidak keseluruhannya melibatkan pelajar dari latar belakang sosial kelas rendah atau pekerja. Terdapat juga salah laku melibatkan pelajar-pelajar dari lingkungan latar belakang sosial golongan kaya atau mewah. Bagi pelajar dari kumpulan ini, terdapat pelajar yang dibesarkan dalam keadaan yang senang di mana semua kehendak mereka dipenuhi dan mereka tidak mengenal kesusahan. Mereka juga mempunyai ibu bapa dari golongan majikan atau pengurus atau berjawatan tinggi dalam organisasi. Sesetengah ibu bapa daripada golongan ini kurang menekankan nilai-nilai agama dan mempunyai sikap negatif seperti kurang bertimbang rasa, kepimpinan autokratik, suka memaksa dan menghukum sekiranya tidak memenuhi kehendak mereka, sombong, sukar untuk mengikut arahan dan suka dihormati dan disegani. Anak-anak mudah terpengaruh dengan nilai-nilai dan terbawa-bawa nilai ini ke sekolah di mana mereka 12

SEKOLAH DAN MASYARAKAT 2009 bersosial dengan rakan sebaya dari pelbagai kelas sosial. Di sekolah, pelajar ini sukar untuk mengikut arahan guru disebabkan, pada pandangan mereka guru tidak layak untuk memberikan arahan kepada mereka yang berasal dari golongan yang lebih tinggi dari guru berkenaan. Mereka juga berpendapat bahawa guru tidak dapat mengenakan sebarang tindakan disiplin ke atas mereka kerana mereka dilindungi oleh status sosial ibu bapa mereka. Selain itu juga, untuk dihormati dan mendapatkan apa yang mereka inginkan, mereka lebih suka membuli pelajarpelajar lain dari kelas sosial rendah dan pekerja. Mereka menjadi kurang bertimbang rasa, dan sombong dengan rakan sebaya kerana mereka tidak pernah merasa kesusahan dalam mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Kesimpulan Membenteras masalah disiplin dalam kalangan pelajar telah menjadi salah satu tanggungjawab yang berat bagi guru. Guru harus mengenal pasti masalah disiplin yang timbuk, mencari puncanya, dan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya masalah disiplin tidak berulang lagi dalam kalangan pelajar. Guru juga harus menjaga disiplin pelajar di kawasan mahupun di luar sekolah. Selain dari tindakan hukuman, guru juga boleh mengambil pendekatan yang berbentuk demoktratik seperti menghormati pelajar dan melayan mereka dengan baik untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan guru dengan pelajar. Dengan ini, pelajar lebih terbuka kepada nasihat dan saranan guru terutamanya melibatkan sikap dan disiplin mereka. Guru juga harus sentiasa menunjukkan amalan dan nilai-nilai murni sebagai contoh kepada pelajar. Tidak salah sekiranya guru membantu pelajar dalam aktiviti gotong-royong pelajar, atau membantu pelajar mengangkat kotak atau buku-buku, mengemas bilik darjah, memberikan salam terlebih dahulu kepada pelajar, bercakap secara lemah lembut tetapi tegas, sentiasa menunjukkan keyakinan diri dan memberikan penghargaan kepada pelajar atas kerjasama atau bantuan pelajar, begitu juga menunjukkan penghargaan atas kerjasama pelajar yang menunjukkkan kesungguhan dan aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan ucapan terima kasih kepada pelajar setiap kali selesai sesi kelas. Nilai-nilai ini tidak akan merendahkan martabat guru di hadapan pelajar, bahkan pelajar melihat sikap guru ini sebagai guru yang berjiwa murni, patut dicontohi dan mereka semakin menghormatinya.

13

You might also like