You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINTANG SELATAN TAMAN SHAMELIN PERKASA 56100 KUALA LUMPUR TEL : 03-92838367

http://www.sksbs.edu.my email : gurubesar@sksbs.edu.my

FAKS : 03-92838370

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami Tarikh : : SKSBS/05/03/018 12 April 2012

Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), SK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur Tuan, MEMOHON SUMBANGAN BAGI KELAB TARIAN & KEBUDAYAAN SK SERI BINTANG SELATAN Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan tarian SK Seri Bintang Selatan akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 17hb dan 18 hb Julai 2012 Masa : 8.00 Pagi 3. Ini adalah kali pertama pasukan tarian akan mengambil bahagian kerana kelab tarian baru sahaja ditubuhkan dengan rasminya di sekolah ini. Keanggotaan kelab ini terbuka kepada semua murid yang berminat dengan pelbagai jenis tarian di Malaysia. 4. Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi sumbangan berjumlah RM 1 ,000.00 bagi membantu kelab ini membeli kostum dan aksesori bagi pertandingan berkenaan. Ia juga bagi membantu pembayaran kepada jurulatih tarian professional yang dibawa khas dari Swatari. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ....... (AZHARI BIN HJ. OMAR) Guru Besar, SK Seri Bintang Selatan,

Kuala Lumpur.

You might also like