You are on page 1of 4

AMALI 1 : Bahan Api Tajuk : Mengkaji proses penyulingan berperingkat petroleum Bahan/Radas: Petroleum, cip porselin, kertas turas,

kaki retot, thermometer (-10 360oC), tabung didih, tabung uji, bikar, tiup penghantar, makkuk pijar, mancis dan penunu Bunsen.

Prosedur: 1. Radas disusun seperti gambarajah di atas. 2. Petroleum dipanaskan dengan perlahan-lahan dalam tabung didih. 3. Pecahan petroleum dikumpulkan pada suhu 30oC 80oC, 80oC 120oC, 120oC 160oC dan 160oC 200oC Ciri-ciri bagi pecahan: 1. Warna pecahan bagi setiap pecahan diperhatikan. 2. Kelikatan pecahan diperhatikan dengan mencondongkan tabung uji. 3. Hasil penyulingan dituangkan ke dalam mangkuk pijar dan dipanaskan. Warna dan jelaga yang terhasil direkodkan seperti jadual di bawah: JUMLAH JELAGA YANG DIHASILKAN Tiada Sedikit Sederhana Banyak

PECAHAN

JULAT SUHU 30oC 80oC 80oC 120oC 120oC 160oC 160oC 200oC

WARNA Tidak berwarna Tidak berwarna Kuning cair Kuning

KELIKATAN

KEBOLEHBAKARAN Sangat mudah terbakar Mudah terbakar Terbakar Susah terbakar

A B C D

Tidak likat Tidak likat Sedikit likat Sedikit likat

Hasil contoh jelaga dilampirkan di lampiran 1 kerja berkumpulan

Kesimpulan: Petroleum boleh diasingkan kepada komponen berasingan berdasarkan takat didih yang berbeza-beza. Takat didih rendah menghasilkan hasil penyulingan petroleum yang mudah terbakar, tidak berwana, tidak likat dan tiada jelaga apabila dibakar. Tahap kebolehbakaran hasil penyulingan petroleum berkurangan apabila takat didih bertambah.

Soalan: 1. Bincangkan kebolehbakaran setiap pecahan petroleum. Apabila proses penyulingan ke atas petroleum berlaku, kebolehbakaran dibahagikan berdasarkan kepada 4 julat suhu mengikut pecahannya. Pada julat suhu 30oC 80oC , hasil penyulingan sangat amat mudah terbakar dengan nyalaan biru , julat suhu 80oC 120oC , hasil penyulingan mudah terbakar dengan nyalaan kekuning-kuningan , julat suhu 120oC 160oC , hasil penyulingan terbakar dengan nyalaan berwarna oren dan julat suhu 160oC 200oC , hasil penyulingan susah terbakar .

2. Bincangkan hubungan antara takat didih dengan pecahan mengikut : a) Warna pecahan: Semakin tinggi takat dididh, semakin bertambah kuning warna pecahan. b) Kelikatan pecahan: Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah kelikatan pecahan. c) Jumlah jelaga yang dihasilkan: Semakin tinggi takat didih, semakin bertambah jumlah jelaga yang dihasilkan.

3. Pecahan X mempunyai formula C6H14 . Ramalkan warna, kelikatan dan jumlah jelaga yang dihasilkan. Warna pecahan X tidak berwarna, kelikatan pecahan X mudah mengalir dan tiada jumlah jelaga pecahan X yang dihasilkan. 4. Tuliskan persamaan kimia yang menunjukkan pembakaran gasoline (C8H18). 2C8H18 (c) + 25O2 (g) 16CO2 (g) + 18H2O (c) 5. Pembakaran tidak lengkap gasoline akan menghasilkan pengeluaran gas berbahaya seperti karbon monosida dan nitric oksida. Tuliskan persamaan kimia yang menunjukkan pembakaran tidak lengkap gasoline (C8H18). C8H18 N (c) + 10O2 (g) 7CO(p) + CO2 (g) + 9H2O (c) + NO(g)

6. Apakah maksud biodiesel ? Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia lipid (contoh, minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol)

7. Apakah kelebihan menggunakan biodiesel berbanding bahan api petroleum ? Kebaikan biodiesel ialah ia adalah bahan api yang mesra pengguna iaitu tidak membebaskan gas bertoksik yang berbahaya pada manusia seperti karbon monoksida dan karbon dioksida berbanding bahan api petroleum disamping itu biodiesel adalah jenis tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) berbanding petroleum yang akan kehabisan kelak.

You might also like