You are on page 1of 7

PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS

10 Pendahuluan

“The administration or direction of activities with special reference to such


problem as discipline, democratic techniques, use and care of supplies and
reference materials, the physical features of the classroom, general
housekeeping and the social relationship of pupils.”
(Good – Dictionary of Education, 1945)

Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal murid bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut
Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah
berhubung dengan peraturan dalam bilk darjah. Manakala McCaslin dan Good (1992)
pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih daripada kepatuhan
peraturan-peraturan bilik darjah: ia adalah satu jentera bagi memupuk pemahaman
kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid.

Pengurusan bilik darjah sangat penting kerana seperti kata MacAulay (1990),
bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang pelbagai
sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru.
Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial
dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur adalah;
• Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat
oleh murid,
• Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan murid dan guru di dalam
bilik darjah,
• Mengurangkan segala gangguan supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam
pembelajaran, dan
• Memastikan guru dan murid masing-masing merasa selesa. Dalam pengurusan
fizikal perlu difokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan murid
dan peralatan yang lengkap.

1
20 Kajian Kes
Kaji rajah yang diberikan. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik
darjah ini. Kenalpasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi
masalah ini di bilik darjah ini dengan merujuk bilik darjah prasekolah yang ideal serta
beri hujah-hujah yang menyokong cadangan anda.

Rajah 1: A room arrangement with potential problems


2.1 Masalah
Beberapa masalah telah dikenalpasti terdapat dalam gambar rajah bilik darjah yang
telah diberikan. Berikut adalah masalah-masalah tersebut;

2
(a) Laluan lalu lintas sempit.
Laluan lalu lintas di kawasan rak buku dan perjalanan menuju ke tandas dan
tempat mengasah pensel agak sempit. Murid-murid juga tidak dapat bergerak
secara aktif dan menyukarkan keadaan jika berlakunya sebarang kecemasan.

(b) Kedudukan meja “small group” tidak sesuai.


Meja “small group” di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan meja
murid. Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat
mereka, malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid.
Ini menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah.

(c) Beberapa orang murid membelakangi papan hitam.


Murid-murid yang duduk membelakangi papan hitam perlu menoleh ke papan
hitam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Keadaan ini tidak
sesuai kerana ia mengganggu konsentrasi murid dalam menerima pengajaran
yang disampaikan oleh guru.

(d) Meja yang terletak berhampiran dengan bilik rehat perempuan tidak sesuai.
Meja ini berpotensi memberi masalah kepada pergerakan lalu lintas dalam bilik
darjah. Ia menghalang laluan ke pintu bilik rehat perempuan. Lokasi meja
menyukarkan guru mengawasi bilik darjah.

2.2 Cara Atasi Masalah


Berikut adalah susunan fizikal bilik darjah Pendidikan Khas yang telah dilakukan
penambahbaikan daripada bilik darjah dalam Rajah 1;

Rajah 2: Susunan bilik darjah Pendidikan Khas yang telah dibaiki

Petunjuk bagi Rajah 2;


3
1. Meja Guru
2. Papan tulis atau papan putih
3. Sudut token ekonomi
4. Meja murid-murid
5. Meja murid
6. Sudut time-out
7. Bakul sampah
8. Meja bulat (bagi pelajar-pelajar belajar secara berkumpulan)
9. Tandas lelaki dan perempuan
10. Sudut renungan

Ulasan:
Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, saya berminat untuk menyusunkan
kekeliruan susunan kelas berdasarkan ‘Pengalaman Berasaskan Sekolah’ (PBS) yang
pernah saya hadiri dahulu. Dalam gambar rajah yang telah diberikan, merujuk kepada
Pengurusan Bilik Darjah yang Dinamik, oleh Tuan Haji Samsudin Bin Md Noor,
“pengurusan bilik darjah bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan
sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah harmonis,kondusif dan perlaksanaan
yang memberangsangkan serta mencapai objektif.”
Dengan itu, mengikut susunan yang teratur, perkara yang perlu dititikberatkan
adalah keadaan kelas itu sendiri. Rasionalnya, mengikut pengalaman (PBS) yang lalu,
kelas yang saya hadiri hanya mempunyai satu pintu masuk utama. Guru kelas
meletakkan poster ekonomi token sebelah pintu masuk kelas. Bilangan murid pelajar
pendidikan khas yang kurang iaitu seramai 6 orang ruang kelas itu besar dan teratur.
Sekolah ini telah menempatkan Pelajar Pendidikan Khas di Blok yang berhampiran
dengan kanak-kanak prasekolah. Bilangan guru seramai 3 orang serta dibantu 2 orang
pembantu memudahkan lagi kerja guru.
Papan putih atau papan hitam diletakkan berhadapan dengan meja murid-murid
pendidikan khas. Ini kerana, ia memudahkan lagi guru untuk menerangkan atau
mengajar serta memberi maklumat kepada pelajar. Meja murid-murid hendaklah
bersesuaian dengan kedudukan murid-murid kerana murid-murid pendidikan khas

4
dapat menyesuaikan diri dengan kedudukan meja murid-murid yang diaturkan oleh guru
sendiri.
Sudut token ekonomi diletakkan berhampiran dengan pintu masuk kerana ia
mudah dilihat oleh semua pihak yang telah masuk ke dalam kelas. Sudut token
ekonomi ini akan memberikan peranan sebagai satu sudut kesedaran bagi murid-murid
pendidikan khas. Bagi murid-murid pendidikan khas, mereka pasti akan mengawasi
sikap mereka bagi mengelakkan hukuman yang diterima. Bagi murid-murid pendidikan
khas yang mempunyai token ekonomi yang banyak mereka akan merima ganjaran dari
guru mereka.
Sudut ‘time-out’ diletakkan di sudut kiri belakang kelas. Ini kerana kedudukan itu
teal ditetapkan. Kebiasaannya murid yang telah melakukan kesalahan yang sama akan
berada dibelakang kelas di mana telah pelbagai hukuman telah dikenakan sudut ‘time-
out’adalah tempat untuk mereka (murid-murid pendidikan khas) yang melakukan
kesalahan berulang kali. Sudut ini berada dalam keadaan kosong dan tidak
mengandungi apa-apa perkataan melainkan sudut yang dibuat khas untuk mereka
berdiri sebagai tanda pengajaran.
Bakul sampah diletakkan di belakang kelas. Pada kebiasaannya murid-murid
pendidikan khas jarang menggunakan bakul sampah yang disediakan berdasarkan
pemerhatian yang saya lihat. Walau bagaimanapun, kekemasan kelas tetap dijaga
dengan rapi oleh pembantu kelas pendidikan khas berkenaan.
Meja bulat disediakan untuk murid berehat dan bermain alatan yang akan
diberikan oleh guru untuk murid-murid pendidikan khas sambil dipantau oleh pembantu
sekolah. Di meja bulat tersebut, pelajar perlu melakukan aktiviti bersama sambil
mempelajari ilmu baru.
Tandas lelaki dan perempuan perlu diasingkan kerana kesemua pelajar di
sekolah berkenaan beragama Islam dan subjek pelajaran Agama Islam dipelajari di
sana. Manakala sudut renungan adalah sudut untuk murid-murid melihat dan
menyedari diri sendiri di samping guru membagi peluang untuk mereka.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru
memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang hamonis,

5
kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan
serta mencapai objektif.

30 Rumusan

3.1 Kesimpulan
Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik tidak
berlaku tanpa sebarang perancangan. Pengajaran akan berlaku dengan lancer
sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan
tingkah laku yang tidak menyenangkan.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal,
peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi,
pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

6
Guru memainkan peranan penting sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan.
Guru bertanggungjawab mendapatkan kerjasama daripada murid-murid bagi
memastikan mereka mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Selain itu,
guru perlu menguruskan persekitaran bilik darjah yang kondusif agar dapat
merangsang minat kepada murid-murid untuk belajar.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah sangat penting. Semua guru perlu
mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik.

3.2 Rujukan
Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Carolyn M. Evertson, Edmund T. Emmer, Barbara S. Clements, Murray E.
Worsham(1994); Classroom Management for Elementary Teachers, Allyn and Bacon,
USA.
Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,
Selangor.
http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksimpang4/index
http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html
http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

You might also like