You are on page 1of 10

Praktikal 6

: Untuk mengkaji keadaan yang sesuai untuk menjalankan proses fotosintesis

Objektif

:
a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau. b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari adalah unsur

penting untuk menjalankan proses fotosintesis.


c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk

fotosintesis.
d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah unsur

penting untuk menjalankan proses fotosintesis. e) Untuk menunjukkan bahawa gas oksigen dihasilkan

semasa proses fotosintesis berlangsung. Bahan dan Radas : Daun

Hydrilla atau mana-mana tumbuhan air Bikar Bell Jar Turas Beg Polithine Tabung Uji Kaji Jubin Putih Metanol Larutan Iodin

Air Mendidih Kalsium Hidrosida Kalium Hidrosida Prosedur : a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun yang hijau.

1. Sehelai daun telah dipetik dari tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun telah diletakkan di dalam bikar yang mempunyai air yang

mendidih. Ia adalah untuk membunuh dan melembutkannya.

3. Sedikit larutan metanol telah diletakkan di dalam tabung uji kaji. Daun telah ditambah ke dalam larutan tersebut.

4. Tabung uji kaji telah diletakkan di dalam bikar yang mempunyai air panas. Penunu Bunsen tidak dinyalakan kerana larutan metanol sangat mudah terbakar. 5. Setelah lima minit, daun telah ditarik keluar daripada larutan metanol dan daun telah dikaji sama ada berubah warna atau tidak. Larutan metanol melarutkan klorofil tetapi bukan kanji. 6. Daun telah dicelup kedalam air panas untuk lebih melembutkannya. 7. Daun telah diletakkan di dalam jubin putih secara mendatar dan tiga hingga empat titisan larutan iodin telah diletakkan.

8. Segala pemerhatian telah direkodkan.

b) Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari adalan unsur penting dalam menjalankan proses fotosintesis.

1. Sebuah tumbuhan berpasu telah diletakkan di dalam gelap selama 24jam. 2. Sehelai daun telah dipetik. 3. Daun telah diuji untuk kanji. Langkah 2-6 di (a) telah diulang. 4. Segala pemerhatian telah direkodkan.

c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk fotosintesis.

1. Sehelai daun beraneka warna yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam telah dipetik. 2. Sebuah gambar rajah telah dilukis untuk menunjukkan penyerakkan warna hijau di dalam daun. 3. Daun telah diuji untuk kanji. Langkah 2-6 di (a) telah diulang. 4. Segala pemerhatian telah direkodkan.

d) Untuk menunjukkan bahawa karbon dioksida adalah unsur penting untuk menjalankan proses fotosintesis

1. Dua pasu tumbuhan telah ditinggalkan di dalam gelap selama satu hari untuk menyingkirkan kehadiran kanji. 2. Setiap pasu telah dilitupi dengan beg polithin untuk mengurangkan kadar penyerapan karbon dioksida di dalam tumbuhan. 3. Tumbuhan telah diletakkan dibawah dua bell jar, yang telah dilabelkan A dan B. 4. Di dalam bell jar A, satu bikar kalium hidrosida telah diletakan untuk menyerap mana-mana gas karbon dioksida daripada udara yang telah memasuki kawasan jar. Udara di dalam jar A telah bebas daripada gas karbon dioksida. 5. Bell jar B telah mempunyai satu tiub terbuka di bahagian hujung atas dimana untuk membenarkan udara atmosfera memasuki kawasan jar. 6. Kedua-dua bell jar diletakkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam. 7. Daun telah diuji untuk kanji. Langkah 2-6 di (a) telah diulang. 8. Segala pemerhatian telah direkodkan.

e) Untuk menunjukkan bahawa gas oksigen dihasilkan semasa proses fotosintesis berlangsung.

1. Beberapa tumbuhan air tawar (Hydrilla) telah diletakkan di bawah

turas yang diterbalikkan di dalam sebuah bikar yang mempunyai air kolam. Turas telah dinaikkan ke atas dari dasar bikar untuk membenarkan pengaliran air berlaku secara bebas.

2. Sebuah tabung uji kaji yang telah diisikan sepenuhnya dengan air telah diterbalikkan pada batang turas. Telah dipastikan bahawa tiada buih udara yang tersekat di dalam tabung uji kaji. Ia telah dilabelkan sebagai Set A. 3. Radas telah diletakkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam.

4. Sebuah eksperimen lain telah dijalankan mengikut cara yang sama tetapi diletakkan di dalam almari gelap. Ini dijadikan sebagai kawalan. Ia telah dilabelkan sebagai Set B.
5. Kehadiran gas telah diuji menggunakan kayu uji berbara di dalam

tabung uji kaji di Set A dan Set B. Apakah yang terjadi? Apakah jenis gas yang telah dibebaskan oleh tumbuhan air? (Rujuk pemerhatian dibawah.) Pemerhatian :

Keadaan a) Untuk

Pemerhatian Indikasi menguji - Kehadiran klorofil Semasa yang telah dipetik dihasilkan telah hilang produk. apabila dilarutkan di dalam larutan metanol. Bintik biru gelap telah apabila iodin dihasilkan larutan dititiskan

proses sebagai

kehadiran kanji di dalam daun hijau

hijau pada daun fotosintesis, kanji telah

kepada daun yang b) Untuk menunjukkan bahawa matahari unsur dalam menjalankan proses fotosintesis. cahaya adalan penting berubah warna. Daun yang telah Tumbuhan diletakkan bertukar tiada terjadi di menjalankan apabila di dalam kepada diletakkan dalam gelap telah fotosintesis tidak

warna kuning dan keadaan gelap dan tiada perubahan kanji dihasilkan. apabila

daun dimasukkan ke dalam metanol. Keadaan tidak apabila iodin diletakkan daun berubah titisan telah di diperlukan proses cahaya

c) Untuk menunjukkan bahawa adalah klorofil penting

atasnya. Warna hijau pada Klorofil daun warna dilukis endapan pada beraneka semasa telah fotosintesis.

dan Ketidakhadiran

untuk fotosintesis

biru matahari menyebabkan bahagian

gelap hanya hadir tiada kanji dihasilkan. hijau di atas daun.

Lukisan

Untuk prosedur (c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil adalah penting untuk fotosintesis.

Rajah: Daun yang berlainan warna yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam.

Perbincangan

1. Kenapa daun diletakkan dalam bikar yang berisi air mendidih? Daun telah diletakkan dalam bikar yang berisi air mendidih kerana rawatan masuk.
2. Merujuk kepada prosedur (c) Untuk menunjukkan bahawa klorofil

air panas melembutkan struktur pelindung

daun,

dan

menghalang sel membran untuk klorofil keluar dan membantu iodin

adalah penting untuk fotosintesis. Apa yang boleh anda perhatikan mengenai pembentukan warna biru hitam pada daun? Hanya bahagian daun berwarna hijau yang bertukar warna biru hitam apabila diuji dengan larutan iodin.

3.

Bolehkah anda katakana bahawa hanya bahagian hijau daun yang terlibat dalam penghasilan kanji dalam cahaya matahari? Dengan kata lain fotosintesis hanya berlaku apabila klorofil hadir? Ya, hanya bahagian hijau daun yang terlibat dalam penghasilan kanji dalam cahaya matahari dan fotosintesis hanya boleh berlaku apabila klorofil hadir.

Kesimpulan

Keadaan yang penting dalam fotosintesis : (i) Kehadiran kanji dalam daun hijau. (ii) Keperluan matahari yang cukup. (iii) (iv) Keperluan klorofil. Keperluan karbon dioksida yang cukup.

(v) Penghasilan oksigen. Rujukan :

Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II. Shah Alam: IPTA Publications. Wai, M. C. (2007). TOTAL PRO SPM Biology Form 4&5. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Cyprus, S. (2003). What is a Variegated Leaf? Diambil daripadaWise Geek: http://www.wisegeek.com/what-is-a-variegatedleaf.htm May, P. (2003). Chlorophyll. Diambil daripada School of Chemistry:

http://www.chm.bris.ac.uk/motm/chlorophyll/chlorophyllh.htm Photosynthesis. (2006). Diambil daripada Sambal's Science

Web:http://www.sambal.co.uk/photosynthesis.html

Wikipedia. (2009). Variegated Leaf. Diambil Wikipedia Free Encyclopedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Variegation

You might also like