You are on page 1of 12

TUGASAN B: Tugasan Individu Model : Model Disiplin Asertif Canter Tajuk : Sejauh manakah Model Disiplin Asertif Canter

dapat mengatasi masalah disiplin bilik darjah di sekolah-sekolah di Malaysia

Pengenalan

Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter. Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Berikut merupakan cara-caranya.

1.Menetapkan peraturan

Salah satu cara disiplin asertif adalah menetapkan peraturan kelas. Menurut Canter, muridmurid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah.

Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas

sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya.

Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.

2Peneguhan

Peneguhan juga merupakan salah satu cara disiplin asertif. Model Teori Disiplin Asertif berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid-murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan, pujian atau ganjaran. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Sebagai contoh, dalam kelas Tahun Empat Hijau, bukannya semua murid akan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru kelas dalam masa yang ditetapkan. Malahan terdapat beberapa murid dalam kelas tersebut yang sering tidak menghantar kerja rumah mereka.

Guru kelas tersebut haruslah memberi peneguhan seperti pujian atau hadiah dalam kelas kepada murid-murid yang menyiapkan dan menghantar kerja rumah dalam masa yang ditetapkan. Dengan cara ini, murid-murid tersebut akan terus mengamalkan tingkah laku yang baik tersebut pada masa yang akan datang. Pada masa yang sama, peneguhan tersebut juga diberikan kepada murid-murid yang lain dalam kelas terutamanya mereka yang tidak menghantar kerja rumah atau tidak menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan. Dalam masa yang singkat, sesetengah murid yang tidak menghantar atau

menyiapkan kerja rumah akan berubah sikap seperti menghantar kerja rumah pada masa yang tepat atau menyiapkan kerja rumah supaya mendapat pujian atau hadiah yang telah diberikan oleh guru.

Pada masa yang sama, guru kelas haruslah mengenakan peneguhan negatif terhadap mereka yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah. Guru memberi amaran yang terakhir kepada murid yang tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan dan berjanji akan menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Sekiranya masih terdapat segelintir murid yang enggan mengubah sikapnya untuk menyiapkan dan menghatar kerja rumah yang diberi, guru harus menghantar mereka berjumpa dengan guru disiplin sekolah. Dengan ini, murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan menghantar dan menyiapkan kerja rumah pada masa yang ditetapkan.

3Pendekatan asertif

Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan.

Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Muridmurid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-

murid dan bukannya berbentuk ancaman. Murid-murid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi.

Guru asertif tidak akan membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenalpasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru yang asertif memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya, peraturan kelas kita ialah angkat tangan unutuk menjawab soalan atau angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan memanggil awak. Secara ringkasnya, pendekatan asertif ini dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

4Tindakan pembetulan

Menurut Canter, akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada muridmurid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid.

Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah denagn peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan.

Canter menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru

untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan/akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

Kesimpulannya, terdapat empat cara yang dapat guru aplikasikan dalam pengurusan disiplin para murid iaitu, menetapkan peraturan kelas, peneguhan, pendekatan asertif dan tindakan pembetulan. Nescaya jika cara-cara ini diaplikasikan dengan baik dan mendapat sokongan daripada ibu bapa, masalah disiplin dalam bilik darjah dapat dikurangkan dan diselesaikan. http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif.html

Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya

Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan modelmodel modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).

Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah & Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.

1.2

Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai beberapa prinsip tersendiri.

Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua, tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, guru asertif menggangap murid mereka sebagai pesalah. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.

Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan

yang guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.

3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluankeperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

a)

Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti Duduk, Diam, Dengar sini!..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

b)

Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid.

Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti Tolonglah berkelakuan elok sikit atau Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!. Mereka kelihatan kelamkabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

c)

Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara guru dengan muridmurid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakantindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,Peraturan

kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.

Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid

mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku. Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.

Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan

pemahaman kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid

lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.

You might also like